Pengenalan Rasuah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENGENALAN Rasuah adalah perbuatan atau tindakan yang menyalahi undang-undang apabila ia



dilakukan bertujuan untuk mendapatkan pertolongan dengan cara pemerasan dan faedahnya adalah untuk diri sendiri. Rasuah merupakan penyalahgunaan kuasa dan jalan pintas seseorang untuk mengecapi hidup mewah atau dengan erti kata yang lain ingin menjadi kaya dalam masa yang singkat. Kebiasaannya, orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruknya dan hanya memikirkan keuntungan untuk diri sendiri. Pengamal rasuah ini hanyalah mementingkan nilai-nilai material dan menyisihkan terus tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat



awam



yang



berintegriti,



amanah



dengan



kuasa



yang



diberi



dan



tiada



pertanggunjawaban. Malahan mereka kurang menghayati nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik sehingga menyebabkan mereka bergelumang dalam jenayah rasuah. Tetapi, tidak dinafikan juga kurangnya penyeliaan pegawai atasan yang mendorong mana-mana individu berpotensi melakukan amalan tidak sihat ini dan mengambil kesempatan melakukan penyelewengan, penyalhgunaan kuasa dan rasuah. Rasuah juga dikatakan berpunca daripada pembanguna social ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Jadi, perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu organisasi. Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya. 1.1



SEJARAH Di negara ini, dari segi undang-undang, semua perbuatan memberi dan menerima



suapan,adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah. Rasuah bukanlah



satu fenomena baru. Ia suatu fenomena universal tanpa batasan waktu dan tempat. Tiada negara boleh mendakwa bebas daripada jenayah rasuah. Kewujudannya bermula sejak sejarah peradaban manusia yang dinodai oleh sifat-sifat tamak dan haloba. Rasuah merupakan satu jenayah berat yang mudah menular ke dalam sistem hidup masyarakat. Membanteras gejala rasuah di dalam masyarakat adalah satu jihad sosial yang sangat utama demi keadilan yang dituntut oleh Allah SWT. Perbuatan ini dengan sendirinya mencemar Islam dan negara. Perbuatan rasuah sejak permulaan sejarah lagi sudah berlaku. Rasuah datang dalam pelbagai kaedah. Ada melalui acara permainan golf, janji pakej umrah malah tidak keterlaluan rasuah menggunakan wanita cantik untuk memperoleh sesuatu perkara yang dihajatinya, selain menggunakan wang dan menaja percutian mewah seseorang. Kebiasaannya, orang yang dijadikan sasaran ialah mereka yang mempunyai kedudukan atau ada kuasa membuat keputusan berhubung dengan apa yang diinginkan itu. Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada tahap organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai wujud. Gejala rasuah telah membelenggu manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan rasuah yang berlaku adalah berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan. Terdapat banyak catatan kuno yang menceritakan tentang gejala rasuah yang telah berlaku dimasa lalu contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap para hakim dan tingkah laku para pegawai pemerintah. Kegiatan rasuah ini terus menular dan berlaku sehingga kini dan telah meninggalkan pelbagai kesan yang negatif kepada sesebuah negara. Misalnya Empayar Rom, Empayar Uthmaniah, Dinasti Ming dan sebagainya yang tidak terurus pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan pemerintahan negara tersebut. Mengikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Kejatuhan kesultanan Melaka di tangan orang-orang Portugis dikatakan ekoran dari sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera Portugis kepada pegawai-pegawai tertentu yang bertugas di Istana Sultan Melaka. Kegiatan rasuah ini terus wujud sehingga pemerintahan orangorang British di Tanah Melayu dan dibuktikan bilamana pentadbiran British ketika itu telah menguatkuasakan undang-undang rasuah dalam tahun 1871 di mana perbuatan menerima hadiah yang boleh disifatkan sebagainya sebagai rasuah telah dikanunkan sebagai satu kesalahan undang-undang iaitu dalam kanun kesiksaan, 1871. Kemudian budaya rasuah ini terus menular dan berlaku di Malaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya.



1.2



AMALAN RASUAH Era digital ini menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang begitu rancak. Namun dalam



usaha menuju era globalisasi dunia tanpa sempadan, Malaysia terpaksa bersemuka dengan satu penyakit sosial yang agak kritikal sehingga boleh meranapkan peradaban bangsa kita, iaitu amalan rasuah. Kita singkap laporan rasuah oleh Transparency International 2010 yang melaporkan bahawa Malaysia masih lagi berada di tangga 56 pada Indeks Persepsi Rasuah. Marcapada ini, amalan rasuah dalam kalangan masyarakat semakin berleluasa. Amalan rasuah melibatkan wang ringgit, harta benda atau perkhidmatan mampu melenyapkan nilai kejujuran dan kepercayaan antara satu sama yang lain dalam sesebuah masyarakat. Amalan rasuah yang sudah lama wujud dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah, di seluruh dunia ini perlu ditangani dengan segera. Justeru, demi melahirkan masyarakat Malaysia berintegriti, pihak kerajaan terutamanya masyarakat sendiri perlu mengambil beberapa inisiatif untuk menangani gejala ini. Perbuatan rasuah mempunyai kesan yang sangat buruk dan besar terhadap keluarga, masyarakat, masyarakat dan juga negara. Sejarah telah mengajar kita bahawa gara-gara perbuatan rasuah, sebuah empayar boleh runtuh dalam sekelip mata. Bukan itu sahaja, gara-gara



Kesan amalan rasuah terhadap ekonomi ialah rasuah mempersulit kemajuan ekonomi apabila kecekapan menurun selain mengubahsuaikan sistem yang selama ini diterima pakai dan efektif.



Dalam sektor swasta, perbelanjaan akan meningkat kerana wujudnya perbelanjaan "di luar akaun", belanja perundingan dengan pejabat yang korup (duit kopi?), dan serta risiko pembatalan konsesi. Walaupun ada yang menyatakan bahawa rasuah mengurangkan kos kerana birokrasi berjaya "dicairkan", penyelidikan terbaru mendapati hal demikian tidak berlaku, sebaliknya lebih tinggi lagi kosnya kerana pejabat korup tersebut akan membuat lebih banyak peraturan dan hambatan yang baru. Rasuah juga menjejaskan persaingan dalam perniagaan dan pasaran seluruhnya apabila syarikat tertentu yang mempunyai "hubungan" dilindungi daripada persaingan,



lantas



melahirkan



industri



yang



tidak



berdaya



maju.



Rasuah menimbulkan kekacauan dalam sektor awam apabila perbelanjaan awam untuk projekprojek kemasyarakatan yang sememangnya banyak, naik mendadak kosnya, sehingga melepasi peruntukan awal. Jabatan awam (mungkin juga kontraktor) mungkin "mengubahsuai" projek tersebut (selepas menerima peruntukan daripada peringkat kerajaan yang lebih tinggi, misalnya), walaupun sebenarnya tidak diperlukan, sebagai usaha menyorokkan rasuah yang berlaku. Kemudiannya, keselamatan, keselesaan, dan kesan alam sekitar projek tersebut menjadi pertaruhan . Rasuah juga menjejaskan kualiti perkhidmatan sektor awam dan infrastruktur yang dirancangkannya, sekali gus mengenakan tekanan yang hebat kepada belanjawan bajet kerajaan. Para pakar ekonomi berpendapat, antara punca ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berkembang lemah, terutama di Afrika, ialah rasuah yang berbentuk "penagihan sewa" yang menyebabkan perpindahan penanaman modal ke luar negara, bukannya dilaburkan di dalam negara (yang sering kali disebut orang betapa ramai diktator Afrika mempunyai akaun bank di Swiss). Berbeza pula dengan diktator di Asia, seperti Suharto yang sering meminta sogokan (daripada setiap biaya atau keuntungan projek), namun lebih memberikan perhatian dalam pelaburan dalaman, seperti dalam projek prasarana, kewangan, perbankan, dan lain-lain (yang bermanfaat kepada rakyat jelata Indonesia). Pakar daripada Universiti Massachussetts memperkirakan, dari tahun 1970 hingga 1996, "pelarian" modal 30 buah negara Sub-Sahara berjumlah sekitar US $187 bilion (RM710.6 bilion); melebihi jumlah hutang luar negara-negara tersebut! (Hasilnya, Mancur Olson mengutarakan model ekonomi tentang pembantutan pembangunan). Dalam kes Afrika lagi, antara punca lain termasuklah ketidakstabilan politik; dan kerap kali kerajaan baru yang berjaya menggulingkan pemerintah lama, merampas segala harta



kerajaan terdahulu yang diperoleh daripada rasuah. Mereka kemudiannya akan melakukan perkara yang sama, tanpa henti, dan menyimpan hasilnya di seberang laut untuk persiapan "masa-masa sukar"



Kesan kepada demokrasi ialah musuh pembangunan. Dalam dunia politik, rasuah menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap apabila formaliti diabaikan. Rasuah dalam pilihan raya atau pemilihan umum lain dan dalam badan perundangan merosakkan akaun libiliti dan kecekapan, juga rasuah dalam sistem pengadilan pula mencabul ketertinggian undangundang dan rasuah dalam pentadbiran awam menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial. Secara umum, rasuah mengikis kemampuan sesuatu sistem kerana tidak tepat prosedur, kemerosotan sumber daya usaha, dan pejabat diiktiraf oleh jabatan bukan kerana prestasi. Keseluruhannya, rasuah menghancurkan kepercayaan masyarakat terhadap sistem-sistem yang ada. Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak dibawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang



baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Selain itu, siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiat lagi agar masyarakat sedar betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibanteras dan dibendung untuk keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.