RASUAH [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

RASUAH (FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN) SOALAN: Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini. Oleh itu, huraikan langkah-langkah pencegahan perlu untuk mengatasi gejala ini. Huraikan. ISI-ISI: FAKTOR-FAKTOR: 1. Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama) 2. Kelemahan kepimpinan 3. Faktor perkembangan modenisasi 4. Faktor sosial dan budaya KESAN: 1. Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana ditindas) 2. Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia) 3. Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan tidak berkualiti) 4. Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti) 5. Menghancurkan sebuah negara LANGKAH PENCEGAHAN: 1. Penguatkuasaan undang-undang 2. Kempen kesedaran 3. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 4. Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat) 5. Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan) 6. Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil) CONTOH JAWAPAN: Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini. Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadi seseorang induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.



Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga merupakan faktor utama berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti rasuah berlansung secara berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah. Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini seperti memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini. Seterusnya, pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Langkah lain ialah mempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan. Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa rasuah.



URUS NIAGA DALAM TALIAN Soalan: Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baru dalam urus niaga. Banyak kesan yang timbul akibat urus niaga melalui sistem elektronik ini. Bincangkan. Contoh jawapan: Perdagangan secara talian kini merupakan satu mekanisme baharu dalam urus niaga tanpa sempadan. Perdagangan secara talian kini semakin meningkat dari hari ke hari dalam kalangan rakyat di Malaysia. Namun, terdapat banyak kesan positif dan negatif yang timbul akibat urusniaga melalui sistem elektronik ini. Salah satu kesan positif yang ketara dalam urus niaga tanpa sempadan ini adalah dapat memudahkan dan mempercepatkan urus niaga. Hal ini kerana urus niaga dan perkhidmatan e-dagang ini boleh diakses dengan mudah setiap masa dan di mana jua sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya. Contohnya, urus niaga ini boleh dimulakan walaupun berada di rumah dengan adanya kemudahan mengakses internet. Selain itu, urus niaga secara talian juga dapat menjimatkan masa dan tenaga kepada pengguna. Hal ini kerana pengguna tidak perlu berkunjung ke tempat yang jauh untuk membeli barangan keperluan sebaliknya pengguna hanya perlu memesan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan melalui talian. Pengguna juga dapat menjimatkan masa kerana setiap maklumat tentang pembelian secara talian telah disediakan. Segala pesanan dan pembayaran boleh dilakukan melalui internet atau talian elektronik yang lain. Di samping itu, urus niaga elektronik dapat memudahkan pengeluar dan pengguna mendapatkan maklumat untuk membeli atau memasarkan sesuatu barangan. Hal ini memberi peluang kepada syarikat-syarikat untuk menghantar mesej-mesej pemasaran dan maklumat produk kepada pengguna multinasional di seluruh dunia melalui internet. Keadaan ini akan lebih memudahkan promosi sesuatu barangan. Pengguna juga akan memdapat maklumat yang tepat sebelum membeli sesuatu barangan. Kesan negatif yang ketara dalam urus niaga secara talian adalah berlaku penyelewengan dalam urus niaga ini. Hal ini berlaku kerana pengguna atau pembeli mungkin ditipu dalam urus niaga ini. Contohnya, barang yang dibeli pengguna mungkin tidak wujud sama sekali. Seterusnya, barang yang dibeli secara elektronik tidak berkualiti dan mendatangkan kemudaratan kepada pengguna. Kesan negatif lain adalah berlaku ketidaktentuan trasaksi. Misalnya, akses internet yang lambat di sesetangah kawasan menyebabkan pengguna sukar membuat tempahan atau pembelian. Barang yang dibeli pengguna juga kadangkala tidak sampai kepada pengguna seperti dalam terma dan syarat yang dipersetujui antara pengguna dan pengeluar. Senario ini akan menyebabkan sebilangan pengguna tidak berminat dalam urus niaga menggunakan akses internet ataupun e-dagang. Kesimpulannya, urus niaga secara talian ini mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara ke persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menggerekkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan negara luar.