Punca Berlakunya Rasuah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH



Antara punca berlakunya rasuah ialah : a)



Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.



b)



Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.



c)



Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.



d)



Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.



e)



Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.



Kesan-kesan rasuah Pastinya ramai dikalangan masyarakat amat fobia dan benci dengan perkatan rasuah. Kita juga sedia maklum bahawa isu rasuah ini kerap menjadi perbincangan setiap lapisan masyarakat. Sesungguhnya isu rasuah ini kerap menjadi bahan perbincangan kerana gejalah ini banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Oleh itu, di sini dikongsikan keburukan amalan rasuah. Keburukan pertama gejala rasuah ialah ianya merendahkan harga diri seseorang. Seseorang yang melakukan rasuah akan hidup dalam keadaan yang tidak tenteram dan maruahnya juga akan turut tercemar. Hal ini kerana perbuatan rasuah adalah salah di sisi undang-undang negara. Jika didapati bersalah seseorang yang melakukan rasuah boleh didenda dan dipenjarakan. Malah, kegiatan rasuah bukan sahaja boleh merendahkan harga diri seorang yang mengamalkan rasuah tetapi juga ahli keluarganya. Keburukan kedua akibat daripada perbuatan rasuah juga adalah kehidupan masyarakat pasti menjadi tidak harmoni jika gejala rasuah ini tidak dibendung. Contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Selain itu, gejala rasuah yang dilakukan oleh seseorang individu itu boleh merebak kepada orang lain dan keadaan ini pasti akan menggugat keharmonian masyarakat. Sesungguhnya, masyarakat yang mengamalkan perbuatan rasuah akan mendatangkan masalah kepada negara pada jangka masa panjang. Oleh yang demikian, pihak berkuasa perlu membendung gejala rasuah di kalangan masyarakat dengan segera. Sama ada kita sedar atau tidak, ketidakcekapan pentadbiran kerajaan berpunca daripada masalah rasuah. Pentadbiran negara tidak dapat berjalan dengan lancar kerana banyak urusan tidak dapat dibuat selagi kakitangan yang bertugas tidak diberi rasuah. Secara tidak langsung gejala rasuah juga akan mengurangkan kualiti kerja seseorang pegawal. Sebagai contoh, seseorang pegawai itu akan terus meluluskan sesuatu permohonan membina sesuatu kilang tanpa melihat kesan buruk yang berlaku jika kilang tersebut dibina kerana pegawai itu telah dirasuah. Justeru, keselamatan rakyat akan tergugat dan pencemaran alam sekltar pasti akan terjadi jika amalan rasuah terus berlaku di sesebuah jabatan kerajaan. Gejala rasuah yang berlaku juga akan mengganggu perkembangan ekonomi negara. Hal ini kerana pelabur asing takut untuk datang melabur di negara ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan permohonan perniagaan. Oleh itu, pelabur asing akan mencari negara lain untuk melabur kerana perbuatan rasuah menjadikan perniagaan mereka terganggu atau mereka berasa bosan menghadapi kerenah birokrasi. Selain itu, perbuatan rasuah dalam pemberian tender kerajaan umpamanya boleh menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan.