Perang Dingin Di Eropah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERANG DINGIN DI EROPAH TAJUK: UCAPAN PERDANA MENTERI BRITAIN, WINSTON CHURCHILL DI FULTON MISSUORI PADA MAC 1946 BERHUBUNG FENOMENA ‘TIRAI BESI’ MENANDAKAN DETIK BERMULANYA PERANG DINGIN DI EROPAH. BAHASKAN PENYATAAN INI. PENGENALAN -



Perang Dingin merupakan satu krisis perperangan yang berlarutan antara 2 blok kuasa besar dunia yang muncul selepas tamatnya perang dunia ke-2 iaitu Amerika Syarikat( AS) dan Soviet Union ( SU).



-



Perselisihan bermula pada tahun 1890 selepas AS cuba membuka Asia (china) atas dasar pintu terbuka.



-



Pada April 1917 Amerika telah menyertai Perang Dunia Pertama (PD1) dengan berpihak kepada Britain,



Woodrow Wilson (Presiden Amerika) mewujudkan



diplomasi & pendamaian dalam konflik, menyeru kepada “ ekonomi liberal kapitalis & prinsip politik berasaskan kebebasan sivil” – Wilsonianism. -



Revolusi Bolshevik (diketuai oleh Lenin) telah berlaku pada okt 1917 dan ini menyebabkan timbulnya pergeseran antara AS dan SU.



-



Penubuhan Kerajaan Bolshevik merupakan kerajaan komunis yang berideologi Marxist. Bertentangan AS yang memperjuangkan kapitlisme, kedua2 kuasa ini cuba untuk menyebarkan ideologi masing2. Hutang2 Czar kepada Amerika telah diabaikan oleh Lenin.



1



-



Polisi tanpa pengiktirafan terhadap SU dijalankan oleh AS pada tahun 1920 bertujuan memencilkan pengaruh komunis. Namun pelaburan AS di SU tetap bertambah. Akhirnya pada



tahun 1934, Roosevelt menamatkan polisi tanpa



pengiktirafan kerana ingin melegakan kemerosotan ekonomi AS – dapat meluaskan pasaran AS diluar negari. Namun AS tetap enggan bekerjasama dengan SU.



Pertembungan Ideologi -



Zaman selepas tamatnya perang Dunia Ke-2 (PDII) merupakan satu jangka masa perkembangan pengaruh kuasa AS dan juga SU. AS berusaha mengembangkan idoelogi liberal dan demokrasi kapitalisnya manakala SU pula dengan ideologi komunisnya - sangat bertentangan.



-



Empayar AS tidak mengawal kebebasan rakyatnya, sebaliknya SU mengawal rakyatnya dengan ketat. Bertepatan dengan ideologi yang dibawa, SU lebih terdorong kepada cara peluasan pengaruh melalui penjajahan.



-



Perkembangan parti politik komunis di Perancis dan Italy dilihat oleh Stalin sebagai sesuatu yang baik. Di Eropah Barat pula Stalin berazam mengembangkan pengaruhnya secara paksa.



-



Penguasaan SU terhadap Eropah barat telah mengurangkan kekuatan pengaruh AS, dan ini memberi tekanan kepada usaha peluasan pengaruh AS.



-



Kerjasama antara AS dan SU telah wujud pada tahun 1941 dengan terjalinnya Perikatan Agung antara AS, Britain dan SU dalam mengekang kemaraan pengaruh Fasisme Jerman. (jaga kepentingan masing2).



2



-



Mulanya AS telah berasa tergugat selepas Jerman menjalinkan perikatan dengan SU pada tahun 1939. Namun Jerman telah menyerang SU secara tiba2 tahun 1941. AS ambil peluang ini untuk mengukuhkan pengaruh demokrasi kapitalisnya.



Persidangan Tehran - Nov 1943 -



Roosevelt dan Stalin telah berjumpa kali pertama dalam persidangan Tehran dan Stalin telah mengemukakan apa yang dinyatakan dalam ‘Pelan Stalin’.



-



Stalin telah berusaha untuk mendapatkan persetujuaan Roosevelt dan Churcill supaya selepas perang, wilayah SU akan merangkumi Poland, Romania, Finland dan negari2 Baltik.



-



Tuntutan terhadap negari Baltik dipersetujui oleh Roosevelt, namun beliau enggan membincangkan tuntutan terhadap wilayah lain. Menyebabkan Stalin mencurigai keikhlasan AS berunding.



Persidangan Yalta - Feb 1945 -



Stalin, Roosevelt dan Churchill telah bertemu di Yalta, Crimea untuk membincangkan penyelesaian terutamanya pada zaman selepas perang.



-



Persetujuan telah dicapai dan mereka bersetuju membahagikan wilayah Jerman kepada 4 bahagian (dibawah kuasa SU, AS Britain dan Perancis). United Nation juga telah ditubuhkan.



-



Di Persidangan ini kuasa-kuasa barat telah mengakui kekuatan pengaruh SU hampir di seluruh negara bahagian Timur Eropah, terutamanya di Poland.



3



-



Namun Stalin dan Roosevelt telah bercanggah pendapat mengenai Poland. Sebenarnya Poland dan SU telah lama bermusuhan. ( Poland menjadi laluan kepada Jerman dalam melancarkan serangan mengejut terhadap SU pada tahun 1941) SU tidak mahu kejadian ini berulang dan mahu menutup laluan ini.



-



Rusia telah menduduki Poland dan mendirikan sebuah kerajaan Poland dalam buangan di London.



-



Selepas kematian Roosevelt, Truman telah melaksanakan dasar yang tegas terhadap SU. Beliau telah meminta SU mengubahsuai perjanjian kerajaan Poland supaya disusun semula, namun SU enggan. AS kemudiannya telah menghentikan bantuan pinjaman dan juga ketenteraan – menyebabkan tekanan ekonomi kepada SU. Hal ini menyebabkan hubungan mereka bertambah tegang.



-



AS telah menghentikan bantuan terhadap SU kerana keengganannya, sehingga pada tahun tersebut SU setuju merombak semula perjanjian Poland itu.



Persidangan Postdam (Berlin) - Julai 1945 -



Persidangan dihadiri oleh Stalin, Roosevelt dan Churchill



-



Persidangan bertujuan untuk mencari masa depan Jerman.



-



Truman dan Churchill menjadi marah apabila kawasan Timur Jerman ( garisan Oder Neisse) telah diduduki oleh kerajaan Komunis Poland - menyebabkan 5 juta rakyat Jerman telah dihalau keluar.



-



Suasana berubah selepas itu, Churchill telah digantikan oleh Clement Attlee dan kematian Roosevelt pada bulan April telah digantikan oleh Truman yang sebelum itu memegang jawatan sebagai Naib-Presiden.



4



-



Jerman merupakan negara perindustrian Eropah yang paling pantas membangun selepas Perang Dunia ke-2. Kekalahan Jerman pada Mei 1945 merupakan satu peluang kepada kepada kedua2 kuasa besar ini untuk memastikan ancaman Jerman tidak wujud lagi.



-



Setiap anggota perikatan Agung telah bersetuju untuk membahagikan jerman kepada 4 bahagian dan masing2 mendapat satu bahagian wilayah Jerman.



-



Setiap kuasa dibenarkan memperolehi ganti rugi daripada kawasan yang dikuasai dan industri-industri perang Jerman telah dipersetujui akan dibubarkan.



-



Pada tahun 1946 dasar pembubaran industri Jerman telah berubah. SU menganggap bahawa tindakan tersebut adalah tidak praktikal dan mahukan bahan mentah dan juga mesin-mesin dari Jerman dipindahkan ke dalam sektor industri SU – Namun Kuasa barat tidak menyetujui pendirian SU ini.



-



Sebagai tindak balas, pada tahun 1946 AS, Britain dan Perancis telah menyatukan zon mereka. Pada bulan September AS telah umumkan dasarnya untuk mengekalkan tentera di Jerman bergantung kepada keadaan. Ekoran itu Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat.



Reaksi Rusia -



Sebagai reaksi terhadap ancaman kuasa barat, Rusia telah mengukuhkan cengkamannya terhadap negara-negara Eropah Timur.



-



Sehingga selepas tahun 1947 kebanyakkan negara-negara di Eropah Timur adalah Komunis kecuali Czechoslovakia.



5



-



Stalin telah melaksanakan satu dasar baru dan telah menolak pinjaman 1 juta Dollar US walaupun pada awalnya bersusah payah mendapatkan pinjaman tersebut daripada AS.



-



Hubungan SU dan AS telah terjejas selepas SU enggan menyertai Bank Antarabangsa dan juga IMF.



-



Stalin telah melancarkan satu siri rancangan 5 tahun untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi Soviet dan untuk membesarkan tentera tanpa bantuan luar.



-



Menjelang Mac 1946, dasar Rusia telah berubah dan mereka mula mendirikan kilang2 di Jerman dan pakar2 menghidupkan barang2 ke Timur.



Ucapan Churchill “ Tabir Besi” ( Iron Curtain)” - Mac 1946 -



Pada Mac 1946, Winston Churchill telah menyampaikan ucapan yang kontroversi iaitu The Iron Curtain.



-



Ucapan beliau adalah sebagai satu ingatan



bahawa Stalin sedang berusaha



meluaskan pengaruh komunisnya ke seluruh Eropah Timur. -



Kedegilan Stalin untuk mengubah sempadan Poland dan kemunculan golongan pro- komunis di kalangan rakyat Poland di Lublin menyebabkan Churchill sedar akan situasi yang sedang berlaku.



-



Rusia dakwanya telah menutupi Eropah Timur dengan ‘pagar besi’. Namun tidak semua negarawan barat setuju dengan kata-kata Churchill ini.



-



Proses memagari Eropah ini telah berlaku antara tahun 1945 hingga tahun 1947 yang menyebabkan satu demi satu Negara Eropah Timur telah terseret ke dalam lingkungan pengaruh komunisme SU.



6



-



Kerajaan pro-komunis telah didirikan Di Poland, Bulgaria, Romania, Hungary dan Albania - para ahli politik bukan komunis telah dihapuskan dan parti petani telah disabotaj. Kerajaan-kerajaan campuran telah dilumpuhkan dengan keganasan, ugutan dan pilihan raya yang diselewengkan.



-



Stalin pula menganggap bahawa ucapan Churchill



tersebut merupakan satu



panggilan kepada perperangan.



Doktrin Truman -



Bagi menyekat pengaruh Komunis yang semakin berkembang, AS telah mengemukakan Doktrin Truman pada 12 Mac 1947 di Kongres.



-



Golongan pro-Komunis di Greece telah cuba meruntuhkan kerajaan Monarki yang disokong oleh Britain. Beliau telah menyampaikan ucapan dalam Truman Doctrine kerana timbulnya ketakutan bahawa SU akan mengisi kekosongan kuasa disebabkan oleh penarikan diri Britain daripada tanggungjawab terhadap Greece.



-



Komunis telah mendapat sokongan di Albania, Bulgaria dan Yugoslavia..



-



Truman telah meminta kongres meluluskan bantuan keatas Greece dan Turki yang menghadapi perang saudara dalam membendung kemaraan Komunis.



-



Truman mengatakan bahawa perang tersebut didalangi oleh komunis yang hendak menguasai Eropah Barat, Asia Tenggara dan matlamat akhir mereka adalah untuk merampas Jerman.



-



Kongres telah meluluskan 400 juta untuk membantu Greece dan Turki dari segi ekonomi dan ketenteraan.



7



-



Turki telah diperkuatkan dengan bantuan AS dengan menolak secara tegas tuntutan diplomatik daripada SU.



-



Penasihat2 Amerika telah dibawa masuk ke Greece untuk cuba menewaskan pemberontak Komunis dan mewujudkan suasana politik yang baik.



-



Doktrin ini menunjukkan telah kesungguhan barat untuk terus kekal di Berlin dan melambangkan bahawa mereka akan terus menetapkan batasan2 untuk mengekang pengaruh komunis dalam apa jua cara.



Rancangan Marshall - Jun 1947 -



Setiausaha Negara Amerika yang baru iaitu Jeneral George Marshall telah mengumumkan untuk melaksanakan Rancangan Marshall pada bulan Jun 1947.



-



Rancangan Marshall ini sebanarnya diwujudkan untuk membantu negara-negara Eropah dari segi ekonomi dan mengembangkan pasaran industri AS disamping cuba untuk mengekang pengaruh komunis SU.



-



AS bimbang keadaan Eropah yang teruk akan menyebabkan mereka terdesak hingga terpengaruh untuk menerima ideologi komunis.



-



Bagi melaksanakan pelan Marshall, Marshall dalam ucapannya di Harvard Universiti, telah menjemput negara-negara Eropah termasuk SU untuk bersama2 menjayakan pelan ini.



-



Molotov (Menteri Luar SU ) telah menyertai pemimpin-pemimpin lain dalam perbincangan awal namun akhirnya menolak rancangan Marshall ini. Beliau menganggap pekara ini merupakan campur tangan AS terhadap hal ehwal negara lain. SU juga telah memaksa negara lain untuk berbuat demikian.



8



-



SU membantah syarat yang terkandung dalam pelan Marshall untuk membuka Eropah Timur kepada perdagangan AS - Rancangan ini dianggap Molotov hanya akan menguntungkan AS secara tidak langsung akan mengurangkan pengaruh SU di Eropah.



-



Negara di Eropah Barat telah bekerjasama dalam membaik pulih pengeluaran dan diwakili 16 buah negara. European Economic Cooperation ( EEC ) telah ditubuhkan di Paris pada 12 Julai 1947 bagi menjayakan pelan tersebut. Seterusnya tertubuh pula Organization for Economic Cooperation dan Development ( OECD ).



-



SU telah bertindak balas dengan mengumumkan pembentukan Biro Penerangan Komunis yang dengan ibu pejabatnya di Belgrade.



Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) - April 1949 -



Sebenarnya pada Mac 1948, Britain, Perancis, Belgium, Holland & Luxembourgh telah menandatangani ‘ Brussels Defence Treaty’ yang mensyaratkan kerjasama tentera antara mereka sekiranya perang meletus.



-



Penubuhan NATO pada Mac 1949 lebih condong kepada Pakatan Ketenteraan yang ditubuhkan untuk menjamin keselamatan negara barat dari ancaman SU kerana mereka tidak bersedia dari segi ketenteraan.



-



Persetiaan ini bukan sahaja bertujuan untuk menentang pemulihan negara Jerman, malah untuk menentang kehadiran SU di Eropah.



9



-



Selanjutnya pakatan ini telah disertai oleh AS, Kanada, Portugal. Denmark, Ireland, Itali & Norway. Asas kepada wujudnya pakatan ini adalah jika satu diserang, semuanya akan terlibat.



-



Dengan bertambahnya anggota NATO pada tahun 1950-an, AS berikrar akan



-



‘mempertahankan sebahagian besar benua Eropah malahan bahagian2 di Timur dekat’.



-



Sebagai tindak balas SU telah mengadakan Pakatan Warsaw pada 14 Mei 1955.



-



Bagaimanapun, Penubuhan NATO sebenarnya tidak dapat menandingi kekuatan SU dan sekutunya sekiranya tidak mendapat sokongan AS. AS merupakan kuasa besar yang memberikan bantuan ekonomi kepada negara Eropah dan juga kuasa yang maju dalam teknologi senjata atomnya.



KESIMPULAN Perang Dingin telah berlaku disebabkan oleh ketidakmampuan Amerika Syarikat dan Soviet Union yang menjadi 2 blok kuasa besar dunia dalam menyelesaikan pertentangan ideologi, politik dan ekonomi selepas Perang Dunia II.walaupun terdapat usaha untuk meredakan ketegangan yang wujud, namun kebanyakan usaha adalah tidak berjaya mencapai kata sapakat kerana ingin menjaga kepentingan masing2 sehingga Perang Dingin terus berlarutan.



10



Ahli kumpulan: Ahmad Khairi Mohd Hamedy Vasantakumar



11