Polisi Dan Perkhidmatan Awal Kanak-Kanak [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

POLISI DAN PERKHIDMATAN AWAL KANAK-KANAK



HDPS2303



NAMA



:



YAP YOKE YUEN



LEARNING CENTRE: PAHANG LEARNING CENTRE



NO I/C



: 650204065012



PROGRAMME: DIPLOMA IN EARLY CHILDHOOD EDUCATION



STUDY SESSION : MEI 2013



1



KANDUNGAN 1.



Pengenalan 1.1



1.2



3-5



Objektif temu bual 1.1.1



Akta 308 Taman Asuhan kanak-kanak



1.1.2



Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)



Latar belakang 1.2.1



2.



MUKA SURAT



6-8



Cadangan menu



Isi Kandungan 2.1



9-14



Pengurusan Persekitaran berkualiti 2.1.1



Ruang Dalam



2.1.2



Ruang Dapur



2.1.3



Ruang tempat rehat



2.1.4



Ruang tandas



2.1.5



Kemudahan keselamatan



3.



Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran



15



4.



Cadangan



16-17



5.



Kesimpulan



18



6.



Rujukan



19



2



1. Pengenalan Laporan temu bual yang dibuat ialah Taska Anna yang dipilih untuk membuat kajian,taska ini adalah berdasarkan Taska Permata Kemas yang mementingkan kualiti kakitangannya .Degan melaksanakan latihan tambahan seperti kursus Orentasi Kurikulum Permata kepada pengasuh,penyelia dan Pengawai Pemantau. Selain itu, Dasar Permata meningkatkan tahap kelulusan akademik Pemaju Masyarakat sedia ada ke peringkat diploma. Taska ini diakui sebagai ahli Persatuan Pengasuh Negeri Pahang yang menggunakan kurikulum Permata . Agensi-agensi kerajaan,NGO dan pihak swasta masing-masing bertanggungjawab untuk menyumbangkan tenaga ,kepakaran dan sumber ,menyediakan program, perkhimatan, pendidikan dan latihan .Perlindungan serta kemudahan-kemudahan yang merangsang perkembangan positif kanak-kanak. Sebagai contoh ,Taska Kemas yang dikelolakan oleh Kementerian Kemajuan luar Bandar;Taska Perpaduan ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Perpaduan,Kebudayaan ,Kesenian dan Warisan dan Taska Kementerian Pertahanan dan seterusnya Pusat Anak Permata Negara. Seterusnya,Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan adalah asas penting bagi landasan jangka panjang .Asas kukuh untuk pembangunan potensi Dasar Pendidikan Kebangasaan .Kanak-kanak adalah pewaris negara di masa akan datang,Usia ini mengasaskan pendidikan sepanjang hayat yang mampu menghasilkan insane yang berkualiti tinggi ,berperibadi yang berjiwa murni,disiplin dan kemahiran menangani perubahan sosiaemosi. 1.1



Objektif Temu bual Tema bual ini adalah antara saya dengan pengusaha Taska tersebut, antara tema perbualan adalah mengenali proses pendaftaran Taska tersebut yang merujuk kepada Akta 308 Taman Asuhan kanak-kanak . Mengikut Akta 308 dengan mengambil kira nisbah seorang penjaga adalah lima orang kanak-kanak dibawah tiga tahun; Dimana seorang pengasuh adalah nisbah dengan sepuluh orang kanak-kanak diantara tiga dan empat; dengan ini supaya lebih memberi tumpuan boleh dikonsentrasi kepada setiap kanak-kanak . Sebagai contoh, taman asuhan kanak-kanak perlu menjaminkan bahawa taman asuhan tersebut mempunyai kakitangan yang layak dengan cukup, kelengkapan perlu cukup dan sesuai, bilangan kanak-kanak yang terima tidak lebih had, mematuhi struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan serta keselamatan Di mana setiap pengasuh di taska wajib mengikuti kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diseliakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarat. Konsep perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia dibahagikan kepada dua peringkat , peringkat pertama adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada empat tahun di Taman asuhan atau Taska .Peringkat kedua ialah kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun di prasekolah atau tabika. Pendidikan prasekolah adalah satu program untuk empat hingga enam dalam masa satu atau dua tahun sebelum masuk ke darjah satu di sekolah formal. Pada tahun 1984 ,” Seksyen Umum Akta Taman Asuhan kanak-kanak (Akta 308)” diwujudkan bagi menjamin kebajikan kanak-kanak. Seterusnya “Akta Pendidikan 1996(Akta 550 )” dengan matlamat melindungi hak kanak-kanak ,penjaga , pengusaha dan pengasuh untuk menjamin kualiti perkhidmatan.



3



1.1.1



Akta 308 Taman Asuhan Kanak-kanak Akta 308 Taman Asuhan kanak-kanak adalah suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak dan membekalkan maksud yang berkaitan dengan taman asuhan kanak-kanak. Akta tersebut adalah diwujudkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen. disetujukan oleh Diraja pada tarikh 4 September dan tarikh untuk penyiaran dalam Warta adalah 6 September 1984. Susunan Seksyen untuk akta ini terdapat enam bahagian, iaitu diasing dengan bahagian 1, bahagian 2, bahagian 3, bahagiab 3, bahagian 4, bahagian 5, dan bahagian 6. Dalam bahagian 1 adalah permulaan bagi Akta 308 taman asuhan kanak-kanak dan mempunyai 3 seksyen. Seksyen 1 adalah melibatkan tentang tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian. Pada bahagian ini, perkataan dalam Akta ini mempunyai makna yang lain. Seperti berikut, perkataan “daftar” dalam Akta ini bermaksud mana-mana pendaftaran yang perlu disimpan di bawah peruntukan Akta tersebut; maksud “taman asuhan kanak-kanak’ adalah premis yang menerima masuk dengan bayaran upah untuk menjaga sekurang-kurang empat orang atau lebih kanak-kanak yang di bawah umur empat tahun; dan “taman asuhan kanak-kanak berdaftar” adalah bermaksud mana-mana taman asuhan kanak-kanak yang telah didaftarkan bawah seksyen 7. Dalam Bahagian 2 adalah tentang pendaftaran taman asuhan kanak-kanak. Setiap taman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah Akta 308 Taman Asuhan Kanakkanak. Seterusnya, taman asuhan kanak-kanak yang didaftar terdapat dua jenis kategori, iaitu taman asuhan kanak-kanak yang menerima sekurang-kurangnya sepuluh kanak di dalam rumah dan taman asuhan kanak-kanak yang berada di institusi menerima lebih sepuluh orang kanak-kanak. Selain itu, taman asuhan yang tidak berdaftar akan dilarangkan oleh pihak berkuasa. Sebagai contoh, taman asuhan kanak-kanak yang tidak berdaftar bawah Akta tersebut tidak boleh memulakan pengurusan oleh taman asuhan tersebut. Dalam bahagian pendaftaran, permohonan bagi pendaftaran berhubungan dengan suatu taman asuhan kanak-kanak hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah dalam borang yang tertentu. Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak pendaftarkan pemohon berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak yang tersebut dalam permohonan itu. Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya yang mutlak mendaftarkan atau enggan mendaftarkan taman asuhan kanak-kanak. Taman asuhan kanak-kanak yang hendak didaftar mesti mengikutkan terma dan syarat yang telah ditentukan dalam Akta 308. Sebagai contoh, taman asuhan kanak-kanak perlu menjaminkan bahawa taman asuhan tersebut mempunyai kakitangan yang layak dengan cukup, kelengkapan perlu cukup dan sesuai, bilangan kanak-kanak yang terima tidak lebih had, mematuhi struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan serta keselamatan.



4



1.1.2



Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Akta 550 juga dinamakan sebagai Akta Pendidikan 1996 yang bermula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri dengan melalui pemberitahuan dalam Warta. Selain itu, Menteri tersebut juga boleh menetapkan tarikh yang lain untuk peruntukan yang berlainan dalam Akta 550. Dalam Akta 550 tercatat bahawa ilmu adalah penentu utama bagi arah tujuan Negara dan penyelemat untuk sebuah Negara. Tujuan pendidikan adalah memberi ilmu kepada masyarakat Malaysia supaya menguasai kemahiran dan nilai ilmu untuk berdaya saing dengan Negara yang lebih pesat dari segi pembangunan sains dan teknologi. Pendidikan mempunyai kuasa yang boleh meningkatkan taraf Negara menjadi maju dan mancapai taraf ekonomi yang tinggi serta rakyat Malaysia boleh menjadi lebih rohani, moral dan etika. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mengandungi System Pendidikan Kebangsaan yang terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Sekolah yang seperti sekolah ekspatriat tidak termasuk dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan akan diasingkan kepada tiga kategori institusi pendidikan, iaitu institusi pendidikan kerajaan, institusi pendidikan bantuan kerajaan dan institusi pendidikan swasta. Oleh itu, pra-sekolah yang terdapat di Malaysia juga terdiri daripada tiga jenis institusi pendidikan. Sebagai contoh, Tabika Perpaduan adalah institusi pendidikan bantuan kerajaan, Prasekolah yang terdapat di Sekolah Rendah adalah institusi pendidikan kerajaan dan institusi pendidikan swasta adalah dibuka oleh individu swasta. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), taska atau prasekolah yang bawah institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan akan diberikan penyediaan kemudahan dan perkhimatan. Menteri yang berkuatkuasa akan memberikan bantuan kepada taska atau prasekolah tersebut. Menteri tersebut boleh menberika bantuan kewangan seperti pemberian dermasiswa, makanan percuma untuk pagi dan tengah hari. Selain bantuan kewangan, Menteri juga boleh memberikan bantuan melalui penyediaan pengakutan, buku, perkhimatan perubatan dan pergigian kepada murid-murid taska atau prasekolah. Semua institusi pendidikan hendak didaftar bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Ini bermaksud semua taska dan prasekolah dari institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta mesti didaftar bawah Akta ini. Ketua pendaftar hendak mengikutkan langkah-langkah yang ditetap untuk memohon pendaftaran. Pemilik taska atau prasekolah yang sedang beroperasi tidak boleh mengadakan promsi dengan melalui iklan dan prospectus. Seterusnya, pendaftaran oleh taska atau prasekolah akan dibatalkan. Sebagai contoh pertama, pendaftaran akan dibatalkan jika disiplin taska atau prasekolah tidak cukup dijaga. Kedua, taksa atau prasekolah melakukan kesilapan atau memaklumkan pernyataan yang palsu. Ketiga, taska atau prasekolah yang didaftarkan tidak ada pengerusi, pengerusi lembaga pengelola atau guru besar. Oleh itu, semua pengelola dan pekerja mesti didaftarkan termasuklah guru besar, guru penolong dan sebagainya.Dalam perkembangan berkaitan, mutu program pendidikan di semua tadika juga dipertingkatkankerana Akta Pendidikan 1996 mensyaratkan semua tadika diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. 1.2 Latar Belakang Taska Anna adalah berdasarkan Taska Permata Kemas yang mula beroperasi pada tahun 2009 .Pengurus ialah Pn. Zainun dan dibantu oleh tiga orang pengasuh iaitu Cik Hasimah, Cik Amirah dan Cik Hafizah.Melalui carta organisasi Taska tersebut saya dapat 5



lihat seperti gambar 1.2.1: jumlah kanak-kanaknya adalah seramai limabelas orang kanakkanak yang terdiri daripada lapan orang lelaki dan tujuh orang perempuan iaitu seorang bayi berumur sebulan; empat orang berumur antara dua hingga tiga tahun; dan sepuluh orang kanak-kanak adalah antara tiga bulan hingga empat tahun. Kanak-kanak disini semua berbangsa Melayu.Yuran bagi kanak-kanak yang berdaftar di taska ini mengenakan yuran minimum sebanyak tiga ratus ringgit bagi seorang kanak-kanak seperti ( rujuk gambar 1.2.2) Taska tersebut ini lebih berfungsi sebagai Taman asuhan kanak-kanak, sudut-sudut khas untuk pembelajaran mengamalkan konsep enam tunjung seperti perkembangan fizikal; perkembangan kognitif;perkembangan kreativiti dan estetika;bahasa dan komunikasi; serta perkembangan kerohanian dan moral. Setip hari,menu yang disedikan oleh taska adalah berbeza ,enak dan berkhasiat untuk kanak-kanak membesar dengan sihat . menu-menu adalah seperti berikut: (0-2 tahun) Sarapan pagi (8.30 a.m.) : Makanan : - roti (direndam) - Lobak (dilenyak) - Kentang (dilenyak) Minuman : - Nestum - Susu - Air kosong Makan tengah hari (11.30 a.m.) : Makanan : - Bubur nasi + ikan bilis + lobak - Bubur nasi + sup ayam + lobak - Bubur nasi + kentang + sup telur - Bubur nasi + bayam masak air + lobak - Bubur nasi + lobak + sup ikan - Bubur nasi + sawi masak air + lobak - Buah-buahan (pisang, betik) Minuman : - Susu - Air kosong Makan petang (4.00 p.m.) : - Nestum - Susu - Air kosong



(2-4 tahun) Sarapan pagi : Makanan : 6



-



Kuih muih (jemput-jemput ikan bilis, jemput-jemput udang, jemput-jemput pisang, karipap, kuih lapis) - Roti + marjerin - Oats - Mee goring - Bubur nasi Minuman : - Air milo - Air masak - Nestum + susu - Susu Makan tengah hari : - Nasi putih - Lauk (ikan masak kicap, ikan goreng, ikan singgang, ayam masak kicap, ayam masak merah, ayam goreng, sayur kangkung tumis, sawi, bayam) - Sup (sup telur + kentang, sup ikan, sup ayam + kentang + lobak, sup sayur sawi, sup sayur bayam, sup sayur kobis, sup sayur sawi + lobak) - Buah – buahan (pisang, betik, tembikai, tembikai susu, buah lai) - Air masak Makan petang : Makanan : - Bubur cha – cha - Koko krunch - Sup macaroni - Kuih muih (donat, kek pisang, kuih keria, kuih apam) - Roti (roti sardine, Sandwich telur) Minuman : - Air masak - Susu - Air milo



7



Cadangan menu saya yang berkhasiat untuk kanak-kanak adalah : Cadangan menu berkhasiat untuk kanak-kanak yang dapat menarik minat kanak-kanak ialah bubur ikan soya dan buah pisang. Kandungan bubur ikan ini adalah bubur nasi, ikan, dan hirisan lobak. Bubur ini mengandungi pelbagai nutrisi. Terutamanya, bubur nasi mengandungi karbohidrat yang dapat membekalkan tenaga kepada kanak-kanak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti berjalan, bernafas dan bermain. Seterusnya, lobak mengandungi banyak vitamin, iaitu vitamin A dan vitamin C. Vitamin A dapat membantu dalam pertumbuhan dan pemeliharaan kulit yang sihat serta untuk penglihatan yang baik pada waktu malam manakala vitamin C dapat meningkatkan imunisasi badan terhadap penyakit. Di samping itu, menu ini kaya dengan protein yang terdapat daripada ikan dan soya dapat membantu kanak-kanak dalam pertumbuhan badan. Selain daripada pertumbuhan, protein juga diperlukan semasa membina sel-sel baru serta menggantikan tisu yang rosak. Oleh itu, kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan banyak protein. Ikan juga mengandungi iodine dan fosforus yang diperlukan untuk kelenjae tiriod serta pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Tambahan pula, warna terang lobak itu dapat menarik perhatian kanak-kanak dan warna merah dapat membuka selera kanak-kanak. Justeru, keenakan dan kewangian bubur ikan ini lagi dapat menarik minat terhadap makanan ini dan menghabiskannya. Pelawas daripada buah pisang dapat merangsangkan tindakan peristalsis dan pergerakan otot di sepanjang usus kecil dan usus besar serta mengelakkan sembelit. Makanan yang dimakan oleh kanak-kanak mudah dihadam dengan makan buah pisang sebagai pembasuh mulut.



8



2.



Isi Kandungan Di dalam taman asuhan kanak-kanak harus mempunyai kelengkapan dan kemudahan-kemudahan yang tersusun atur supaya aktiviti dapat dijalankan dengan lancar. 2.1



Pengurusan Persekitaran berkualiti Pengurusan persekitaran Taska tersebut dalam keadaan tersusun atur , di lengkapi dengan kemudahan-kemudahan.Di luar bangunan dilengkapi dengan alat-alat permaianan (rujuk gambar 2.1 ), bersih dan menjaga keselamatan kanak-kanak dengan pintu pagar dan pintu grill di kunci .Taska ini adalah bangunan berada di corner lot serta dilengkapi dengan kemudahan , ruang-ruang serta peralatan pembelajaran.Oleh sebab Taska ini adalah perumahan teres , maka tiada padang untuk kanak-kanak bersukan.Pelbagai permaianan luar disediakan seperti pondok-pondok,gelongsor, buaian dan juga tempat bermain pasir dan air disediakan. Mengikut jadual saya dapat tahu bahawa Taska ini mempunyai senaman ringkas pada setiap pagi dan bermain mengikut peringkat umur seperti aktiviti main bola, gelung, gelongsor, air dan pasir .(rujuk gambar 2.2 )Semasa aktiviti dijalankan, kanak-kanak dijaga oleh tiga orang pengasuh dimana keselamatan kanak-kanak amat diutamakan.Keadaan fizikal di taska dan rekod laporan yang lengkap kanak-kanak.Dengan adanya aspek-aspek tersebut di atas yang boleh dicontohi untuk saya membuka pusat jagaan saya.



Gambar 2.1: Di luar bangunan dilengkapi dengan alat-alat permaianan



9



Gambar 2.2: bermain mengikut peringkat umur seperti aktiviti main bola yang berwarna-warni.



10



2.1.1 Ruang Dalam Keseluruhan pelan (rujuk Gambar 2.5) dalam taska tersebut mempunyai kelengkapan dan disusun dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalakan dengan lancar. Penyusunan bagi bahagian kekal dalam bangunan, kedudukan tingkap yang stregik menyebabkan ruang pembelajaran terang dan selesa, udara nyaman;bahagian sedia bina adalah seperti bilik, tandas,bilik mandi dan dapur manakala ruang ini kekosongan dan tidak ada kabinet atau perabot.Dinding di ruang ini mempunyai mural yang menarik dan dalam keadaan yang hormoni. Peralatan seperti meja dan kerusi berwarna yang bersesuaian dengan kanak-kanak tetapi tidak disusun kerana ruang yang terhad.( rujuk gambar 2.3 ) Keperluan lain seperti laporan rekod kesihatan,pendaftaran, maklumat peribadi, maklumat perkembangan kanak-kanak , kedatangan dan buku log harian kanak-kanak disediakan untuk mencatit aktiviti harian kanak-kanak.(rujuk gambar 2.4) .Jadual waktu untuk aktiviti harian bagi bayi 2 bulan hingga2 tahun dan juga bagi kanak-kanak antara 2 hingga 4 tahun adalah berasingan.



Gambar 2.3: tidak disusun kerana ruang yang terhad



Gambar 2.4: buku log harian kanak-kanak disediakan untuk mencatit aktiviti harian.



11



Gambar 2.5: Pelan lantai Taska Anna



12



2.1.2 Ruang Dapur Dapur ialah tempat menyediakan makanan yang wajib disediakan di taska .Dapur harus berasingan dan berpintu mengelakan kanak-kanak masuk. Keadaan di Taska tersebut tidak mempunyai kemudahan sebegini, dapurnya adalah terbuka dan hanya dihalang oleh satu penghadang khas yang dibuat dipasang pada laluan masuk ke dapur untuk menghalang kanak-kanak masuk ke dapur. Namun begitu , peralatan di dapur disusun teratur dan kemas di almari dapur. Makanan disimpan dan ditudung di ruang menyimpan makanan yang bersih. Peralatan seperti pinggan mangkuk ,cawan dan sudu kecil adalah dibuat daripada plastik yang selamat digunakan .Di ruang dapur terdapat rak-rak untuk menyimpan barang dan makanan kanak-kanak seperti tepung susu ,biskut dan sebagainya dengan tersusun.Plag-plag yang digunakan adalah selamat dan dipasang tinggi supaya tidak di pegang oleh kanak-kanak. 2.1.3 Ruang Tempat rehat Dalam jaudual waktu taska ini mulakan operasi pada pukul tujuh pagi hingga lima setengah petang. Oleh itu,sesi tidur diadakan pada pukul satu tengah hari hingga tiga petang.Suasana hiasan dinding adalah sesuai yang mengambarkan suasana keharmonian di dalam bilik. Seterusnya bilik tidur tidak dibekalkan dengan perabot seperti katil dan almari,kanak-kanak tidur diatas tilam yang diletakan diatas lantai. Tempat rehat untuk kanak-kanak yang sakit tidak disediakan kerana di mana kanak-kanak yang sakit tidak dibenarkan hantar ke taska kerana penyakit akan berjangkit pada bayi dan kanak-kanak di taska.Pada masa temu bual didapati ada seorang kanak-kanak yang demam akan diambil oleh ibu bapanya. Kotak ubat berkunci tidak disediakan di dalam bilik ini.



2.1.4 Ruang Tandas Tandas untuk kanak-kanak haruslah dibina bersesuaian dengan kanakkanak ,manakala tandas di taska tersebut tempat duduk, singki dan air paip tidak dibina mengikut ketinggian kanak-kanak.selain itu tandas perempuan dan lelaki tidak berasingan, ini disebabkan ada satu tandas sahaja yang sedia dibina. Dari segi kebersihan,lantai tidak basah, tempat menyimpan tuala dan sabun adalah sesuai dengan ketinggian kanak-kanak supaya mudah di ambil oleh kanak-kanak.



2.1.5 Kemudahan Keselamatan Pihak taska telah menjalankan beberapa langkah-langkah keselamatan yang mestilah diutamakan untuk memastikan kanak-kanak adalah sentiasa dalam situasi yang selamat dan selesa. Di dalm taska ini mengandungi tiga pintu keluar yang beasingan yang terletak di depan, belakang dan tepi bangunan. Demi mengelakkan kanak-kanak daripada terperangkap jika berlakunya kebakaran serta mudah dibuka dari dalam, semua pintu dan tingkap di dalam bangunan tidak memasang pagar besi .



13



Selain itu, pihak taska tidak menggunakan tingkap jenis nako. Pihak taska juga menempatkan soket kuasa elektrik di tempat yang tinggi dan menutupkan soket kuasa elektrik yang berada di tempat yang rendah. Alat-alat elektrik seperti lampu meja, lampu kaki, kipas meja, kipas kotak dan kipas berkaki juga tidak digunakan dalam bangunan ini. Tambahan pula, pintu pagar dan kekisi tingkat bawah dibuat daripada jenis yang tidak tajam dan berbahaya. Penghalang yang mengelakkan kanak-kanak memasuki ke dalam dapur adalah dibuat dan diubahsuai daripada paip pvc. Di samping itu, telefon yang ditempatkan di tempat yang mudah didapati selain untuk kegunaan harian amat diperlukan, malah juga untuk kegunaan semasa kecemasan. Paritparitnya jaga diletakkan dengan geriji lubang. Pokok-pokok yang ditanam di tepi bangunan seperti pokok pisang, pokok kelapa dan pokok manga adalah tidak berbahaya, miang, beracun dan tidak berduri. Justeru, kawasan sekeliling bangunan dipagar bagi mengelakkan kanak-kanak bermain di luar. Pintu-pintu pagar juga sentiasa berkunci dan dikawal untuk mengelakkan kanak-kanak keluar dari kawasan bangunan dan orang yang tidak kenali masuk ke dalam kawasan bangunan.



14



3.



Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran



Di Taska Anna aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah berdasarkan dengan tema, rancangan pelajaran atau konsep-konsep baru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Pelajaran.Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut: (a) Bahasa dan komunikasi Melalui pusat bahasa, kanak-kanak dapat mengenal gambar ,bentuk , warna ,anggota badan dan sebagainya .Kanak-kanak dapat meningkatan kemahiran berkomunikasi melalui berinteraksi dengan bahan bacaan ,rakan-rakan dan persekitaranya serta mengembangkan kemahiran membaca dan menulis. (b) Perkebangan kognitif Pusat kognitif membolehkan kanak-kanak meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas pengetahuan konsep pranombor ,asas nombor dan asas sains. Ia dapat dilakukan melalui kemahiran seperti pemerhatian, pengelasan melalui aktiviti main lego, puzzle ,kolaj dan dol untuk mengembangkan motor halus kanak-kanak. (c) Perkembangan kerohanian dan moral Pusat kerohanian dan moral dapat melahirkan kanak-kanak yang bersemangat tentang nilai-nilai murni seperti bertolak ansur, hormatmenghormati, bekerjasama dan percaya kepada Tuhan sebagai pencipta alam. Selain itu, dapat memupuk semangat cintakan Negara dan perpaduan . (d) Perkembangan kreativiti dan estetika Kanak-kanak dapat membuat penerokaan pelbagai bahan semulajadi dan kitar semula dengan pelbagai konsep tekstur, saiz, warna dan bentuk dengan menghasilkansesuatu rekaan atau ciptaan secara kreativiti . Melalui minat dan bakat kanak-kanak seperti bercerita , berlakon, tarian mahupun nyanyian. Kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran mendengar melalui permainan alat muzik untuk meningkatkan kepekaan dan daya mengingat. (e)



Perkembangan fizikal. Untuk perkembangan fizikal, taska ini mempunyai senaman ringkas setiap pagi mengikut peringkat umur seperti aktiviti main gelung, gelongsor, air dan pasir serta bola. Aktiviti ini membolehkan kanak-kanak menjalankan aktiviti sendiri, berinteraksi dan berkomunikasi sesame sendiri ataupun berseorangan serta dapat memperkembangkan motor kasar kanak-kanak.



15



4 Cadangan Pada lawatan ke taska kali ini, saya dapat memerhatikan taska tersebut juga adalah kurang kreativiti, kelengkapan kurang lengkap, alat pengajaran juga kurang taraf dan kurang orang pekerja. Oleh itu, saya terdapat beberapa cadangan untuk cadangkan untuk taska tersebut supaya dapat meningkatkan mutu dan taraf taska tersebut. Pertama adalah meningkatkan kreativiti taska tersebut dengan memasukkan lebih banyak idea yang baru. Kreativiti bukan saja nak baru, tetapi mesti ada nilai guna (Boden, 1994). Sebagai contoh, taska tersebut boleh menyediakan kenderaan yang dihiaskan dengan kreatif dan disukai oleh kanak-kanak untuk menghantarkan kanak-kanak pergi ke taska untuk belajar dan balik rumah. Sebagai contoh, taska tersebut boleh menyediakan bas taska yang dihiaskan dengan “Pikachu”. Dengan bas tersebut, keminatan dan keinginan kanak-kanak untuk pergi ke taska mesti dapat ditingkatkan. Seterusnya, kehiasan dalam taska adalah sangat penting. Penghiasan taska yang mengikutkan jenis perayaan dan menjalakan aktiviti yang berkaitan dengan penghiasan tersebut boleh menceriakan suasana taska dan meningkatkan keminatan kanak-kanak. Selain itu, sudut permainan juga adalah satu tempat yang dapat meningkatkan keminatan belajar kanak-kanak. Sebagai contoh, taska tersebut boleh menyediakan sudut permainan seperti “kolam bola” untuk kanak-kanak bermain. Bukan saja menyediakan sudut permainan yang diminati oleh kanak-kanak, cara mengajar yang kreatif dan bermutu juga sangat penting bagi taska tersebut. Pada pendapat saya, bercerita sambil mengajar adalah cara mengajar yang diminati oleh kanak-kanak. Taska tersebut juga hendaklah menambahkan kelengkapan untuk kanak-kanak. Sebagai contoh, katil untuk kanak-kanak adalah kelengkapan yang sangat penting. Katil boleh bagi kanak-kanak rehat semasa sakit atau berasa tidak selesa. Taska tersebut juga hendak menyediakan kerusi yang mencukupi supaya kanak-kanak tidak duduk di lantai masa yang panjang. Untuk membekalkan mutu pengajaran yang tinggi, guru-guru dalam taska tersebut hendak memasuki khusus untuk belajar ilmu pengajaran yang baru supaya boleh meningkatkan mutu pengajaran. Selain itu, taska tersebut hendaklah mengupah seorang pembersih rumah dan tukang masak untuk membersihkan taska dan menyediakan makanan yang berkhasiat untuk kanak-kanak; kerana kebersihan dan makanan juga sangat penting bagi tumbuh kanak-kanak.



Gambar 4.1:Bus taska yang dihiaskan dengan “Pikachu”.



16



Gambar 4.2 :Penghiasan taska dan menjalakan aktiviti mengikuti jenis perayaan.



Gambar 4.3:Sudut permainan yang disukai oleh kanak-kanak.



Gamdar 4.4:Mengajar sambil bercerita kepada kanak-kanak.



17



5. Kesimpulan Dari pandangan saya, taska yang terdapat di Malaysia majoritinya kurang kreatif dan terlalu tradisional. Pada pendapat saya, taska atau prasekolah perlu kreatif untuk meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar. Taska atau prasekolah adalah tempat untuk kanak-kanak memulakan belajar. Oleh itu, meningkatkan minat kanak-kanak terhadap belajar adalah sangat penting. Tetapi, idea yang digunakan bukan kreatif sahaja; ia juga ada nilai untuk guna, tahan lama dan selamat untuk digunakan. Kanak-kanak adalah sangat penting bagi pembangunan negara pada masa depan. Oleh itu, pengajaran ilmu dan nilai murni adalah sangat penting bagi kanak-kanak. Penyediaan kelengkapan dan pengajaran yang bermutu tinggi adalah penting, tetapi penjagaan pemikiran dan perasaan kanak-kanak adalah lebih penting daripada kelengkapan yang disediakan dalam taska.



18



Rujukan -Boden, M. A. (1994). Dimensions of creativity. Cambridge, MA: Massachusetts Institute of Technology Press. -Gadi (2013) Teaching ESL in the kindergarten. Available at: http://beinginawe.com/photo-of-the-week-teaching-esl-kindergarten/ [Accessed: 3 July 2013]. -Kasnani Karim, Sabariah Siron(2007).Polisi dan Perkhidmatan Pendidikan Awal kanakkanak. Meteor Doc. Sdn. Bhd.



19