Proposal Produk Inovasi Dalam PDP [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PROPOSAL PROJEK INOVASI DALAM PDP Nama Murid



:



Tenalagi A/P M. Mahandran



No. Kad Pengenalan :



960725-02-5300



Program



:



PISMP



Opsyen



:



Sejarah/ Pengajian Tamil



Tajuk Inovasi



:



“HISTORY HELPERS”



1.0 Pengenalan Projek inovasi “History Helpers” merupakan aplikasi pengajaran digital yang direka bentuk dalam bentuk nota dan permainan menggunakan perisisan Microsoft Powerpoint. Kaedah penggunaan aplikasi pengajaran ini memerlukan murid untuk memahami konsep yang diajar dan kuiz yang menarik. Perisian ini banyak menggunakan elemen animasi dalam penghasilannya. Bahan yang digunakan hanyalah perisian aplikasi Micrososft Powerpoint yang dimuat turun di google. Perisian ini membantu pembina perisian membuat persembahan dengan menggabungkan unsur animasi, grafik, audio, video, dan teks. Perisian ini tidak memerlukan capaian internet ketika sedang beroperasi dan ia memudahkan pengguna mengaplikasinya. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dimana sahaja pada bila-bila masa dalam keadaan interaktif dan menarik. Powerpoint adalah merujuk kepada perisian pembentangan dalam pengajaran. Ianya mudah dipersembahkan melalui projektor slaid ataupun OHP (Over Head Projector) dari komputer ke skrin tayang. Jika Kleenex terkenal dengan merujuk kepada mana-mana jenama tisu muka, begitulah juga dengan Microsoft Powerpoint mewakili setiap perisian pembentangan serupa termasuklah Corel presentation, Apple’s keynot dan banyak lagi yang berkaitan dengan perisiannya. Namun begitu, perisian yang paling popular dan menjadi pilihan guru ialah Microsoft Powerpoint. Microsoft Powerpoint merupakan suatu program keluaran Microsoft Cooperation termasuk dalam Microsoft Office yang banyak digunakan ramai. (Fouri,2000). Aplikasi ini banyak digunakan dalam pembentangan, mengajar, dan membuat animasi yang ringkas ataupun sederhana. Powerpoint merupakan aplikasi yang mudah dan menarik dengan aspek-aspek yang canggih. Kandungan pengajaran dalam “History Helpers” merangkumi tajuk pembelajaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah tahun 5 iaitu Perjuangan Tokoh Tempatan menentang British. Projek inovasi ini ialah pengajaran dan pembelajaran



yang berkonsepkan pengajaran berbentuk digital yang merangkumi elemen-elemen seperti audio, video dan teks. Inovasi ini turut mengandungi kuiz yang berkaitan dengan tajuk tersebut dalam bentuk permainan ‘Puzzle’ dan permainan ‘Win The Prize’. Nota yang terdapat dalam produk ini akan disokong dengan gambar-gambar ataupun grafik yang bersesuaian dengan isi pelajaran bagi tajuk berkenaan. Bagi menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, penerbit juga akan memasukkan elemen-elemen animasi yang terdapat di dalam perisian Microsoft Powerpoint. 2.0 Penyataan Masalah Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang agak membosankan dalam kalangan murid-murid. Mereka berpendapat bahawa sejarah adalah satu mata pelajaran yang susah serta kurang diminati. Hal ini kerana, kebanyakan guru-guru yang mengajar subjek Sejarah terlalu mengikut cara tradisional iaitu hanya mengajar dan memberi ilmu pengetahuan secara lisan. Bagi sesetengah tajuk yang terdapat dalam DSKP juga agak sukar untuk menjelaskan kronologi sejarah dan memperkenalkan tokoh-tokoh sejarah kerana murid tidak dapat melihat sesuatu perkara terebut secara visual. Tamsilnya, bagi tajuk 7 iaitu Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang British, agak sukar bagi guru untuk menjelaskan peristiwa dan tokohtokoh tersebut secara lisan. Murid-murid menjadi bosan akibat mendengar dan melihat ada kandungan buku teks sepanjang masa. Justeru itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan serta pemahaman murid terhadap sesuatu peristiwa sejarah dan seterusnya memupuk minat murid terhadap sejarah. Jadi, seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam mengintegrasikan inovasi digital di dalam pengajaran harian. Di samping itu, setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Muridmurid di dalam satu kelas turut mempunyai kebolehan dan prestasi yang berbeza. Murid yang pintar dapat belajar dan menyiapkan aktiviti dengan lebih cepat mengikut tahap pemahaman mereka masing-masing. Manakala, murid yang lemah pula menghadapi masalah dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi. Mereka mengambil masa yang agak lama untuk memahami sesuatu fakta sejarah. Murid yang lemah lambat untuk menguasai sesuatu tajuk yang diajar walaupun tajuk tersebut adalah senang apatah lagi tajuk yang sukar. Oleh itu, pengintegrasian inovasi digital seperti media pengajaran dapat membantu murid lemah untuk mempelajari dan menarik minat mereka terhadap mata pelajaran sejarah. Menurut Yakop (1985), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan Media seperti Powerpoint ini boleh digunakan untuk mengatasi masalah murid yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza.



Penggunaan perisian Powerpoint dapat mengatasi masalah guru dalam mengajar murid-murid yang lemah. Menurut Jean Piaget (1950), kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kalat (1999) berpendapat kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis. Pembelajaran berbantukan Powerpoint dapat memberi peluang kepada murid belajar dan memahami fakta mengikut keupayaan diri. Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan Powerpoint ini dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana yang sihat serta seronok untuk murid. Hal ini kerana, Powerpoint merupakan perisian yang berkualiti dan penggunaan media ini semakin popular dalam bidang pendidikan pada era ini. 3.0 Objektif Kajian Objektif kajian adalah bagi mengenalpasti : a. Penggunaan Powerpoint boleh menjadi bahan bantu mengajar yang berkesan. b. Penggunaan Powerpoint dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid terhadap tajuk 7 iaitu Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang British tahun 5. c. Penggunaan Powerpoint dapat membantu murid-murid yang lemah dalam mengingat fakta sejarah. d. Penggunaan Powerpoint dapat meningkatkan dan memupuk minat serta motivasi murid dalam matapelajaran Sejarah. 4.0 Persoalan Kajian Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab ialah : a. Adakah penggunaan Powerpoint sesuai untuk menjadikan bahan bantu mengajar yang berkesan bagai matapelajaran Sejarah? e. Adakah penggunaan Powerpoint dapat meningkatkan tahap penguasaan dan pemahaman murid terhadap Tajuk 7 iaitu Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang British tahun 5? b. Sejauhmanakah penggunaan Powerpoint dapat meningkatkan dan memupuk minat serta motivasi murid dalam matamuridan Sejarah? c. Sejauhmanakah penggunaan Powerpoint dapat membantu dalam meningkatkan ingatan dalam kalangan murid?



5.0 Kumpulan sasaran Projek Inovasi ini tertumpu pada murid-murid tahun 5 dan guru-guru yang mengajar matapelajaran Sejarah sahaja. Tambahan lagi, projek ini hanya meliputi satu tajuk dari Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tahun 5 iaitu iaitu Perjuangan Tokoh Tempatan menentang British. 6.0 Lokasi 1. Di dalam bilik darjah 2. Di rumah 7.0 Model Pembelajaran 7.1 Model Pembelajaran Koperatif Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana murid-murid saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif berlaku apabila murid bekerja secara berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan berkerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, rakan-rakan yang lain. Menurut Ahmad Md Sharif (1994), pengajaran dan pembelajaran yang dikatakan menarik ialah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar dan berkesan iaitu di mana pengajaran tersebut berpusatkan murid. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi, berkomunikasi, mengalami dan menghayati proses pembelajaran yang lebih berkesan. Sesuatu pendekatan itu ada kekuatan dan kelemahannya. Ini adalah kerana sesuatu pendekatan atau kaedah itu mungkin sesuai dan berkesan bagi sesuatu objektif pelajaran dan suasana pembelajaran. Jika pendekatan atau kaedah ini dilaksanakan dengan serius ia akan membawa manfaat kepada murid (Ahmad,1994). Menurut Kagan (1992), kebaikan pembelajaran koperatif kepada murid adalah seperti berikut:i.



Motivasi yang lebih tinggi untuk berjaya kerana seseorang bukan sahaja mencapai kejayaan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan-rakan sekumpulan juga.



ii.



Keadaan ini menyebabkan lebih masa ditumpukan pada sesuatu tugas dan akan meningkatkan pembelajaran.



iii.



Murid dengan strategi pembelajaran yang lemah mendapat lebih peluang untuk melihat model murid lain yang mempunyai strategi yang lebih berkesan.



iv.



Perhubungan interpersonal bertambah baik, disebabkan oleh kemahiran bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain.



v.



Suasana sosial pembelajaran kerjasama membuat sekolah itu satu tempat yang seronok.



7.2 Model Pembelajaran Konstruktivisme Konstruktisvisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu. Seseorang individu akan membina atau “konstruk” ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain. Teori ini menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang aktif dan murid membina konsep baharu atau pengetahuan baharu berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baharu. Setiap murid yang menerima maklumat akan memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri. Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik disediakan oleh guru untuk membantu murid dalam proses pembelajaran kendiri dan cepat menguasai ilmu baharu. Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru haruslah menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid. Murid membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman, interaksi sosial dan persekitaran. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi di antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru. Proses pembinaan pengetahuan adalah berterusan yang melibatkan penjanaan idea, pemeriksaan dan penstrukturan semula idea-idea tersebut. 8.0 Kepentingan projek (Rasional) Projek Inovasi “History Helpers” ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) mata pelajaran sejarah. Penggunaan Powerpoint dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran sejarah. Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran. Penerangan dan penjelasan guru tentang sesuatu perkara akan lebih mudah difahami apabila guru dibantu oleh pelbagai



bahan dan peralatan seperti Powerpoint mampu menterjemahkan maksud yang jelas berhubung dengan penerangan guru. Projek inovasi ini turut membantu dalam pembelajaran kendiri. Penggunaan Powerpoint dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan walaupun tanpa kehadiran guru. Penggunaan teknologi



seperti



aplikasi



Powerpoint



dalam



pembelajaran



melatih



murid



agar



bertanggungjawab terhadap perkembangan dan prestasi matapelajaran sejarah mereka tanpa bergantung pada guru. Seterusnya, penggunaan inovasi ini membuka peluang belajar kepada sesiapa sahaja walaupun tanpa sekolah atau guru. Melalui projek inovasi ini murid boleh belajar dengan cara jarak jauh dan ini menjadikan proses pembelajaran lebih terbuka dan bebas. 9.0 Model Pembelajaran Triologikal Pengkaji telah menggunakan Model Pembelajaran Triologikal untuk menghasilkan projek inovasi ini. Pengkaji telah berkongsi idea dengan guru-guru pelatih lain dan pensyarah kursus inovasi digital dalam pendidikan semasa menjalankan projek inovasi ini.



10.0 Pelan perancangan projek 10.1 Proses pembangunan



Mengenalpasti Topik dan Isi Kandungan



Membuat Ringkasan Isi Kandungan



Proses Reka Bentuk



Membentuk Reka Bentuk / Susun Atur



Powerpoint



Murid dan Guru Terima & Guna



Rajah 1: Carta Alir Proses Pembangunan dan Pengedaran



10.2 Strategi Pelaksanaan ( Diterima )



Taklimat projek



Pemilihan tajuk projek



Pembentangan kertas cadangan



Penyediaan kertas cadangan



Ya



Tidak



Penambahbaikan



Analisis kelemahan



Pengujian hasil projek



Penghasilan projek



Pelaksanaan projek



Penilaian hasil projek



Membuat laporan



Membuat kesimpulan



11.0 Kesimpulan Microsoft Powerpoint merupakan salah satu program komputer yang dirancang untuk kepentingan pembentangan. Perisian Powerpoint ini mampu menggabungkan semua unsur media seperti teks, audio, imej, grafik, video, dan animasi menjadi satu penyampaian pengajaran yang efektif. Ia dapat memenuhi keperluan murid-murid yang memiliki gaya pembelajaran yang berlainan. Antara gaya pembelajaran yang dimiliki adalah gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditif dan gaya pembelajaran kinestetik. Guru dapat mewujudkan



satu



suasana



pembelajaran



yang



seronok



dan



menarik



dengan



mengintegrasikan inovasi digital di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Elemenelemen yang ada pada menu perisian Powerpoint untuk membuat media pembelajaran seperti pembuatan slid, pengaturan huruf dan warna, hyperlink, animasi dan penggunaan audio dan video dapat meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Sejarah.



Rujukan 1. Mook Soon Sang (2009). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 2. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed ahmad, Zuraidah A. Majid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. 3. Lucas, Sandra Goss & Douglas A. Bernstein, (2005). Teaching Psychology A Step By Step Guide. London: Lawrence Erlbaum Associates. 4. Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 5. Efendi Zakaria (1998). “Pembelajaran Koperatif”. Bangi:Universiti Kebangsaan Malaysia. 6. Ahmad Md. Shariff (1994), “Strategi Pendidikan Bahasa Melayu” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Kagan, S (1992). “Cooperative Learning Resources For Teachers”. Riverside, CA: University of California at Riverside.