12 0 95 KB
2.1
KONSEP KEMAHIRAN MENDENGAR Chuah (1987) menyatakan dengar adalah satu proses fisiologi
yang melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang psikologi. Dakin
(1980:31) .......listening is one half of the process of communication. Kemahiran
mendengar merupakan gabungan segala yang didengar, difahami dan diingati.
2.2 TUJUAN KEMAHIRAN MENDENGAR Terdapat beberapa tujuan kemahiran mendengar. Antaranya ialah :
Mendengar
untuk
mendapatkan
maklumat,
fakta,
data
dan
pengetahuan. Contohnya seperti mendengar ceramah untuk mendapatkan pengetahuan. Untuk menghayati keindahan
bahasa dan muzik.
Misalnya dalam puisi.
Bahasa yang digunakan
begitu puitis, dengan itu pendengar dapat menghayatinya melalui proses pendengaran yang baik.
Manakala mendengar untuk tujuan
menghayati keindahan muzik pula bertujuan untuk menghayati lirik-lirik lagu yang didendangkan.
12
Untuk
semasa.
mengetahui
keadaan
Tujuan ini amat penting supaya kita tidak ketinggalan daripada
mengetahui perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita.
Kita dapat
mendengar perkembangan semasa ini melalui media elektronik seperti radio dan televisyen. Untuk mendengar penjelasan
guru tentang sesuatu.
Tujuan ini amat penting bagi pelajar dan
penuntut-penuntut di institut pengajian tinggi. Mereka perlu mendengar dengan teliti setiap input yang diberikan oleh guru mahupun pensyarah seperti penerangan tugasan mahupun ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku.
2.5
PROSES KEMAHIRAN MENDENGAR
Proses mendengar (hearing) ialah satu proses fisiologi yang melibatkan telinga sebagai alat penerima bunyi-bunyi bahasa.
Sungguhpun telinga
merupakan alat asas dalam proses mendengar, proses memahami pendengaran (listening) pula melibatkan proses psikologi dan mental seperti pengamatan (perception), kecerdasan (intelligence) dan pemikiran (thinking). Selain itu, kefahaman mendengar (listening comprehension) juga akan dipengaruhi oleh minat dan tumpuan (concentration) yang ada pada seseorang pendengar. Proses mendengar boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu mendengar deretan bunyi bahasa, memahami bunyi tersebut, menguasai makna beberapa deretan bunyi dan bertindak terhadap bunyi. Mendengar deretan bunyi bahasa ialah apabila seorang individu mendengar bunyi dari unsur-unsur luar yang sengaja dihasilkan dengan maksud tertentu. Bunyi itu dapat didengar setelah ia dapat dikesan dari mana arahnya. Pada peringkat permulaan mendengar, hanya bunyi-bunyi yang jelas dan lantang 13
sahaja yang dapat dikesan.
Setelah mendengar beberapa kali, barulah
deretan bunyi itu dapat didengar secara keseluruhan.
Proses ini hanya
ditujukan kepada individu yang mempunyai alat artikulasi 发 音 dan pancaindera yang normal. Proses yang kedua ialah memahami bunyi tersebut. Sesuatu bunyi yang didengar itu dikaitkan dengan maksud tertentu. Apabila deretan bunyi tersebut didengarkan dan diikuti dengan tingkah laku tertentu daripada penutur, pendengar akan menghubungkaitkan tingkah laku tersebut dengan deretan bunyi yang didengar olehnya. Dalam erti kata lain, pendengar akan menghubungkaitkan benda yang dimaksudkan, atau tingkah laku yang dilakukan dengan bunyi yang dilafazkan.
Proses ini yang berulangkali
dilakukan lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan kepada pendengar. Pada peringkat ketiga, pendengar perlu atau mesti menguasai makna beberapa deretan bunyi.
Ia dapat memahami persamaan erti dan
perbezaan makna antara satu deretan bunyi dengan deretan bunyi yang lain dalam bahasa yang sama.
Misalnya, bunyi yang menggunakan intonasi
yang tinggi lagi keras menandakan perasaan marah.
Bunyi yang
menggunakan intonasi lemah melambangkan tanda manja, sedih, simpati dan sebagainya. Kesimpulannya, pendengar yang baik akan memahami dan mengerti maksud setiap ujaran 言 语 yang dilafazkan. 拼 出 Mereka bukan sahaja boleh memahami malahan boleh juga membuat interpretasi daripadanya. Peringkat yang terakhir ialah bertindak terhadap bunyi. Peringkat ini hanya akan terlaksana setelah pendengar melalui peringkat-peringkat yang terdahulu iaitu mendengar deretan bunyi, memahami bunyi tersebut dan menguasai makna beberapa deretan bunyi. Ia berlaku apabila pendengar hendak membuat rumusan dan keputusan. Pendengar akan bertindak untuk melakukan sesuatu yang wajar setelah arahan dalam bentuk deretan bunyi bahasa dilafazkan.
14