Psikologi Pendidikan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



Pengertian Psikologi Pendidikan



Psikologi Pendidikan ialah penggabungan bidang psikologi dan pendidikan, iaitu kajian saintifik terhadap tingkah laku murid dalam situasi pendidikan. Aspek-aspek psikologi pendidikan dalam kajian meliputi tingkah laku murid terhadap segala aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam situasi bilik darjah. Atan Long (1976) menghuraikan, psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku murid di bawah situasi pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan, termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Slavin (1991) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai kajian tentang murid, pengajaran dan pembelajaran yang mengfokuskan proses-proses pembelajaran ilmu, kemahiran, nilai dan sikap melalui pengajaran guru dalam bilik darjah, termasuk aplikasi prinsip-prinsip psikologi dalam pengajarannya. 1.1



Rumusan Konsep Asas Psikologi Pendidikan



Psikologi pendidikan adalah suatu prinsip disiplin ilmu yang mengkaji tingkah laku murid dengan aplikasi prinsip-prinsip psikologi untuk segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam alam belajar. Psikologi



Pendidikan



Psikologi Pendidikan



Teori-teori



Prinsip-prinsip



Teknik-Teknik



Kajian amalan pengajaran-pembelajaran dalam alam belajar 2.0



Tujuan dan Kepentingan Psikologi Pendidikan kepada Guru



Tujuan dan kepentingan utama psikologi pendidikan kepada guru ialah supaya setiap orang guru itu boleh berpengetahuan tentang teori dan prinsip psikologi, supaya guru terbabtit dapat mengamalkannya di dalam bilik darjah. selain itu, ianya berperanan untuk menyedarkan guru terhadap perbezaan individu dari aspek mental, fizikal,



1



kecerdasan dan minat, demi membolehkannya mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka dengan menggunakan aktiviti kumpulan. Guru juga boleh mengurangkan masalah disiplin yang tidak diingini dalam bilik darjah dengan berkesan dengan adanya pengetahuan berkenaan ilmu tingkah laku murid. Selain daripada itu, guru dapat membentuk personaliti murid yang sihat serta konsep kendiri yang positif dengan bimbingan yang wajar. Guru juga boleh mengaplikasikan teri dan prinsip psikologi sekaligus membantu meningkatkan kualiti pengajarannya dalam bilik darjah. Psikologi pendidikan juga berperanan memberikan kefahaman kepada guru tentang naluri dan keperluan murid, selain dapat membantu guru menggunakan teknik motivasi yang berkesan serta mewujudkan hubungan baik antara guru dan muridnya. Psikologi pendidikan juga membekalkan guru dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap mengajar yang berguna dalam aktiviti pendidikan serta membantu perkembangan JERIS. 3.0



Teknik-teknik Modifikasi Tingkah Laku



Modifikasi tingkah laku merupakan satu pendekatan sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Reverse Psikologi ialah salah satu teknik modifikasi tingkah laku yang menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenal pasti sikap, pandangan dan pemikirannya. Shaping pula merupakan satu proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa peneguhan diberi secara berandur-ansur dekat kepada tindak balas yang diharapkan. Manakala “token economy” adalah satu system untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang sebenar diidamkan. Kontrak pula ialah dengan membuat perjanjian secara lisan atau menandatangani kontrak secara formal dihadapan orang yang disanjungi , msialnya pengetua, akan meyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikannya. Modifikasi tingkah laku melalui ubahsuaian dalaman/ kendiri ini boleh diuruskan melalui dua cara, iaitu pengurusan diri dan pengubahsuaian kognitif. Manakala modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-langkah dalam menetapkan matlamat yang dicapai oleh murid sendiri, murid berusaha mengubah tingkah laku sendiri, murid boleh menilai kemajuan sendiri atau pencapaiannya dengan menggunakan senarai semak atau carta. Berdasarkan maklum balas daripada hasil penilaian, mengambil tindakan susulan dan membaiki tingkah laku yang telah diubahsuai. Mengikut Bandura, peneguhan diri memerlukan konsep kendiri positif serta kemahiran manipulasi diri (self-regulation) untuk mencapai piawai tingkah laku. Selain daripada ubahsuai dalaman,modifiikasi tingkah laku bermasalah juga boleh 2



dilaksanakan melalui pengubahsuaian luaran, misalnya melalui proses permodelan (modelling). Bandura mengemukakan teori pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah laku social yang dipelajari murid-murid. Teori pemerhatian Bandura juga dikenali sebagi teori peniruan atau teori permodelan. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan serta tingkah laku model boleh dipelajari melalui Bahasa, misalan dan teladan. Murid akan meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai modelnya bermakna proses pembelajaran meliputu pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas sesuai.



4.0 Pengaplikasian Teori Behaviourisme dalam pembentukan modifikasi tingkah laku di bilik darjah Pada asasnya, konsep pembelajaran yang berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang utama, iaitu, behaviouris, kognitif, social dan humanis. Antara tokoh mazhab behaviouris yang berpengaruh ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat pembelajaran berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Kebanyakan teori pembelajaran mereka dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal. Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang mengahsilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku murid boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori –teori pembelajaran Behaviourisme pada amnya boleh diklasifikasikan dalam dua kategori yang utama, iaitu Teori Pelaziman Klasik yang dipelopori oleh Pavlov dan Watson dan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh Thorndike dan Skinner. Teori Pelaziman Klasik menekankan pembelajaran melalui perhubungan rangsangan dengan gerak balas, manakala Teori Pelaziman Operan mementingkan pembelajaan melalui peneguhan. Mengikut Skinner, apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan oleh Skinner sebagai “peneguhan” (reinforcement). Mengikut beliau, peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Mengikut Skinner lagi, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaimana disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu mengulangi gerak balas responden tersebut.



3



Peneguhan Positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti memberi pujian , penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Melalui peneguhan positif misalnya dengan memberi ganjaran kepada muridmurid dalam bentuk lisan seperti pujian (cantik, betul, bagus, budak baik dll.), kata-kata perangsang (”Saya tahu anda boleh melakukannya!” ”Anda boleh!” dll.) atau pun dalam bentuk hadiah, gula-gula atau sesuatu yang menyenangkan murid-murid jika mereka menunjukkan tingkah laku yang positif. Kadang-kadang dengan menepuk tangan, menunjukkan isyarat ”ok” atau mengangguk kepala boleh memberi peneguhan kepada murid-murid. Murid-murid akan didorong untuk menunjukkan tingkah laku yang positif dengan diberi peneguhanpeneguhan positif ini. Guru juga boleh memberi token seperti bintang, sticker, gambar, setem dan lain-lain kepada murid-murid selepas menunjukkan sesuatu tugasan atau telah menunjukkan sesuatu tingkahlaku yang positif. Token-token ini boleh ditukar oleh murid-murid untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya. Peneguhan Negatif pula ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Manakala tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Manakala, tujuan peneguhan positif atau negatif adalah menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau tidak diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya , seperti yang dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya. Skinner turut berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Murid yang didenda kerana tidak boleh menguasai campur tolak matematik misalnya, mungkin akan timbul sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik. Selain itu, guru boleh menggunakan Time-out: Amalan ini digunakan apabila muridmurid telah melakukan sesuatu kesalahan. Murid-murid tidak dibenarkan meneruskan sesuatu aktiviti untuk seketika waktu sehingga dia telah bertenang (cool down) atau bersedia untuk bertingkah laku baik. ”I message” ialah satu pernyataan tentang apa perasaan kita tanpa menuduh atau mengkritik orang yang menyusahkan kita. ”I message” memaklumkan tiga perkara kepada pihak yang menyusahkan kita: Tingkah laku yang menyakiti kita; perasaan kita; dan kenapa kita merasa begitu. Contohnya, ”Saya merasa sakit bila dipijak pada kaki”. ”Saya tidak suka apabila dipanggil nama itu”. Murid-murid perlu diajar menggunakan ”I message” sebab ia membantu murid-murid menyampaikan perasaan mereka dengan lebih berkesan. I message” adalah langkah pertama yang penting dalam penyelesaian konflik. Guru prasekolah boleh mengajar murid-murid penggunaan ”I message” melalui modelling, iaitu menunjukkan teladan.



4



Murid-murid perlu dibantu memahami kesan-kesan yang ditunjukkan oleh mereka itu. Contohnya, merosakkan alat permainannya akan hilang peluang murid yang membuang nasinya akan merasa lapar memakannya.



dan akibat daripada tingkah laku seseorang murid-murid yang bermain atau seseorang muridkerana tidak berpeluang untuk



5.0 Implikasi Modifikasi Tingkah Laku Terhadap Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP). Modifikasi tingkah laku membantu murid mengubah tingkah laku negative dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ianya secara tidak langsung, boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian serta keberkesanan aktiviti pembelajaran murid selain dapat membentuk tingkah laku yang positif dari aspek fizikal, mental, emosi dan social. Melalui ubah suaian kendiri, ia dapat meningkatkan motivasi kendiri serta disiplin arahan kendiri. Melalui proses permodelan, dalaman atau pembiasan, ia dapat membentuk murid yang berilmu pengetahuan, gemar membaca serta berakhlak mulia. Sebagai contoh , Guru boleh menjadi role model yang gemar dicontohi murid, di mana demonstrasi guru yang jelas serta menarik membolehkan murid menirunya dengan tepat. Selain itu, hasilan guru atau contohcontoh seperti kraftangan, seni lukis, karangan dan sebagainya yng ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yan tinggi.



6.0



Jadual perbezaan nasihat, bimbingan, kaunseling dan psikologi



Nasihat Bimbingan Kaunseling Definisi : Pendapat Definisi : Bantuan/ Definisi :Satu proses yang diberikan Pertolongan kepada sistematik untuk seseorag tentang pelajar normal dimana membantu perhubungan perkara yang mereka mengalami berdasarkan berdasarkan sepatutnya mereka pertumbuhan dan prinsip psikologi lakukan. perkembangan dari dilaksanakan oleh aspek mental, fizikal, kaunselor yang berdaftar emosi, social dan mengikut kod etika intelek, kejiwaan dan kaunseling bagi kerohanian. mencapai sesuatu perubahan. Nasihat adalah Membimbing pelajar Membantu pelajar petunjuk/ pengajaran misalnya pelajar keliru membuat perubahan yang baik kepada membuat pilihan misalnya pelajar yang seseorang kursus atau universiti. kerap ponteng sekolah.



Psikologi Definisi : Gabungan perkataan Psyche dan logos.Perkataan Psyche bermaksud nafas hidup, roh, jiwa atau minda. Manakala perkataan logos boleh diertikan sebagai ilmu atau pengajian.



Psikologi adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran , sikap, perasaan, 5



Nasihat adalah strategi penyelesaian masalah dengan maklumat baru dan berguna. Nasihat boleh diberikan oleh sesiapa sahaja.



Mengikut kamus dewan Bahasa online, ajaran atau petunjuk yang baik beserta peringatan.



Suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka (Shertzer & Stone, 1992; Suradi, 1996) Guru , Rakan , Kaunselor atau keluarga boleh memberi bimbingan.



Ada 2 jenis kaunseling, kaunseling kelompok dan individu.



1. Fokus kpd perkembangan personal 2. Satu proses sistematik bantu individu fahami diri (soalselidik, kaunseling) 3. Tiada paksaan, secara sukarela 4. Berasaskan kepercayaan bahwa manusia berupaya bangunkan diri 5. Menghormati maruah dan hak individu 6. Proses pendidikan yang berurutan dan berterusan



1. Setiap manusia unik 2. Setiap manusia punyai harga diri 3. Manusia melalui proses sosialisasi 4. Hubungan teraputik bersifat sukarela, kerjasama 5. Proses pendidikan berterusan 6. Perhubungan menolong antara seorang pro dengan yg perlu bantuan psikologi 7. Beretika 8. Proses sistematik 9. Manusia menuju kesejahteraan diri 10. Untuk individu normal



Kaunseling hanya boleh dilakukan oleh kauselor yang berdaftar di bawah Akta kaunseling 580 sahaja.



naluri, potensi, kecerdasan, keperluan, dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran social. Terdapat 4 konsep asas dalam psikologi iaitu naluri, keperluan, desakan dan motivasi.



Psikologi yang asal bukan sahaja berasaskan bidang falsafah tetapi juga bidang fisiologi.Wilhem Wundt seorang ahli falsafah dan psikologi yang pertama menggunakan instropection. Memfokus kajian struktur kesedaran melalui introspection atas minda individu, memfokus analisis minda manusia dan tingkah lakunya berdasarkan fungsi atau kegunaan.



6



7