Pukul Berapa Datuk Harimau [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PUKUL BERAPA DATUK HARIMAU PENGENALAN Permainan kecil ataupun permainan kanak-kanak merupakan permainan warisan yang diwarisi dari turun-temurun. Permainan yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak kecil ini telah dimainkan sejak dari dahulu lagi. Salah satu permainan tersebut ialah permainan Pukul Berapa Datuk Harimau. Permainan ini dikatakan telah dimainkan sejak dari zaman selepas kemerdekaan lagi. Permainan ini dapat mengisi masa lapang disamping dapat menjaga kesihatan kanak-kanak tersebut. Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau dapat menerapkan dalam diri pelajar konsep masa ataupun waktu. Melalui lagu yang dinyanyikan semasa permainan itu dimainkan bilangan nombor ataupun waktu yang dinyatakan oleh Datuk Harimau dapat melatih kanak-kanak mengenai aspek waktu dan masa. Lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak turut juga dapat mengajar mengenai aspek kiraan dan nombor. Dalam Permainan pukul Berapa Datuk Harimau, permainan ini dimainkan oleh dua pihak iaitu satu pihak menjadi Datuk Harimau dan satu pihak lagi akan menjadi kanak-kanak atupun mangsa kepada Datuk Harimau. Permainan ini mempunyai keluasan tapak yang ditetapkan. Permainan ini mampu memberi keseronokan



kepada



pemain



atau



pun



kanak-kanak



disamping



dapat



menghilangkan tekanan mereka. Permainan Pukul Berapa Datuk Harimau juga dapat mengajar kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain.



1.0 OBJEKTIF Permainan kanak-kanak yang dimainkan bertujuan untuk membantu kanakkanak dalam pertumbuhan dan pekembangan semasa kanak-kanak dengan aktiviti yang dijalankan dalam permainan kanak-kanak tersebut. a) Memilih dan merancang permainan kecil atau permainan kanak-kanak dengan menggunakan kemahiran yang diajar b) Mendemotrasikan permainan kepada umum.



2.0 KUMPULAN SASARAN Tahap 2 iaitu tahun 4, tahun 5 dan tahun 6



3.0 PROSES PENYEDIAAN GELANGGANG



Penyediaan gelanggang



penyediaan gelanggang



gelanggang permainan



Formasi Permainan



Alatan



4.0 PERATURAN PERMAINAN DAN CARA BERMAIN



Peraturan permainan



a) Pemain mestilah berada dalam kawasan yang telah ditetapkan b) “Murid-murid” yang disentuh atau ditangkap akan mengantikan tempat Datuk Harimau. c) Bilangan pemain dalam setiap permainan adalah 5-15 orang sahaja. d) Masa adalah tidak terhad. e) Permainan akan dimainkan di kawasan padang yang berkeluasan dalam anggaran 15 meter x 15 meter.



Cara Bermain



a) Permainan mestilah dimulakan dengan pemilihan Datuk Harimau. b) Pemain bolehlah membuat pemilihan dengan cara “lap tali lap lam li tap lum” ataupun “osom”.



c) Pemilihan menggunakan cara osom ialah menggunakan simbol burung,batu dan air. Setiap simbol ini mempunyai kelebihan dan kekuranggan. Burung akan menang dengan air tetapi kalah dengan batu. Air pula menang dengan batu, tetapi kalah dengan burung. Manakala batu pula, menang dengan burung tetapi kalah dengan air.



d) Selepas memilih Datuk Harimau, pemain-pemain yang lain dipanggil muridmurid. e) Murid-murid mestilah berada di belakang garisan selamat.



f) Datuk Harimau pula berada tiga meter dihadapan garisan selamat.



g) Kemudian,Datuk Harimau melangkah satu langkah ke hadapan.



h) Selepas melangkah, murid-murid mestilah secara bersama-sama menyebut “pukul berapa Datuk Harimau?”. i)



Datuk Harimau pula menjawab “Pukul 2”. Datuk Harimau boleh memilih untuk menyebut dari Pukul 1 hingga Pukul 11.



j)



Apabila Datuk Harimau menjawab “pukul 12”, dia memusing dan mengejar murid-murid



k)



Datuk Harimau akan menyentuh / menangkap salah seorang murid.



l)



Murid yang disentuh / ditangkap oleh Datuk Harimau akan mengantikan tempat Datuk Harimau. Jika Datuk Harimau gagal menyentuh / menangkap murid-murid, maka dia akan kekal menjadi Datuk Harimau.



Jangka Masa Tidak terhad



Tempat Padang atau gelanggang



7.0 KESELAMATAN a) Permainan ini hendaklah dimainkan di kawasan yang terbuka. b) Pakaian yang dipakai mestilah sesuai. ( pakaian sukan yang lengkap) . c) Garisan selamat mestilah berada di tempat yang lapang dan selamat.