RPH PJK - Pukul Berapa Datuk Harimau [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Page 1 of 2 MINGGU : 2 TARIKH : 12 JAN 2011 SEMESTER : 1 HARI : RABU



PERKARA



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN



TAJUK: 1.Asas Pergerakan STANDARD KANDUNGAN : 1.1 Melakukan Pergerakan Lokomotor



KOMPONEN: PEND.JASMANI KELAS: PKBP 1&2



STANDARD PEMBELAJARAN : 1.1.1 Menggunakan kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari, merangkak, berguling dan galop. OBJEKTIF: Pada akhir pelajaran, murid dapat menggunakan kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari, merangkak, berguling dan galop. AKTIVITI: 1. Permainan “Pukul Berapa Datuk Harimau” ( Warming Up)



MASA: 0720-0820 ( 1 JAM)



2. Berjalan 2.1.Berjalan perlahan 2.2 Berjalan laju 3. Berlari 3.1 Berlari setempat 3.2 Berlari anak (jogging) 3.3 Berlari pantas 4. Senaman menyejukkan badan. TUNJUK CARA: 1. Guru tunjuk cara berjalan perlahan & berjalan laju kepada murid. 2. Murid berjalan perlahan & berjalan laju bergilir-gilir. 3. Guru tunjuk cara berlari setempat, berlari anak (jogging) & berlari pantas kepada murid. 4. Murid berlari setempat, berlari anak (jogging) & berlari pantas bergilir-gilir dalam kumpulan masing-masing.



BBM: 1. Skittel 2. Wisel



Page 2 of 2



Refleksi pengajaran: 1. Kekuatan: Saya sangat bersemangat hari kerana hari ini merupakan kelas pertama PJ. Demikian juga murid-murid yang sangat bersemangat menunggu kehadiran saya untuk kelas PJ sekembali ke sekolah setelah bercuti akhir tahun. Pentertaan murid adalah 100%. Semua murid berjaya melakukan aktiviti yang telah saya rancang. 2. Kelemahan: Kawalan kelas agak kucar kacir. Ini berkemungkinan atas faktor kelas PJ pertama setelah cuti akhir tahun. Saya mendapati murid-murid sangat teruja dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti. Saya agak letih mengejar beberapa orang anak-anak baru yang agak sukar dikawal pergerakkan mereka kerana saya belum mengenali mereka dengan lebih mendalam lagi. Saya merasakan saya sepatutnya memulakan P&P dengan aktivti suai kenal agar dapat mengetahui sifat anak-anak baru kami. 3. Langkah Mengatasi: Semasa cuti sekolah, saya sepatutnya menjaga stamina agar konsisten semasa P&P awal tahun setelah bercuti panjang. Saya sepatutnya merancang aktiviti suai kenal terlebih dahulu walaupun terdapat murid lama bagi memudahkan saya memahami sifat/emosi/masalah anak-anak baru kami. Saya juga merujuk kepada fail peribadi murid untuk mengetahui masalah anak-anak baru kami serta membuat sedikit temu bual dengan penjaga/ibu bapa anak-anak baru kami agar dapat menyelami mereka & memudahkan proses P&P saya pada masa akan datang.