Refleksi Individu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI INDIVIDU Tugasan ini memerlukan seramai 10 orang ahli dalam setiap kumpulan. Ini merupakan cabaran utama kami dalam menjayakan tugasan ini memandangkan, tempat bertugas kami bukanlah sama dan jaraknya adalah berjauhan. Namun demikian, kami telah berbincang bersama secara maya melalui facebook, watsapp dan ‘face to face’ pada perjumpaan yang lepas dan, sependapat untuk memilih satu masalah pendidikan khas yang harus kami kaji dan perhatikan di tempat masing-masing. Semasa menjalankan tugasan ini, saya membuat pemerhatian ke atas pelajar pendidikan khas di sekolah saya iaitu SK.Taginambur, Kota Belud. Kelas integrasi di sekolah saya ini terdiri daripada 4 orang guru dan 1 orang pembantu. Terdapat 16 orang murid pendidikan khas yang terdaftar di sekolah ini. Murid-murid tersebut mempunyai masalah yang berbeza-beza. Namun demikian, saya memfokuskan kepada sorang murid (Adik Wasili) yang mana mempunyai masalah sindrom down. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi penjagaan, dan pengawalan guru terhadap murid-murid pendidikan khas integrasi di dalam kelas tersebut. Guru menggunakan corak kepimpinan autokratik dalam mengawal disiplin murid pendidikan khas. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid akur dengan arahan guru. Arahan guru dapat difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan. Saya juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan menyebabkan guru sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran berikutnya kerana tahap perkembangan dan masalah murid-murid adalah berbeza. Setelah selesai melakukan pemerhatian ini, saya menyedari tentang keperluan murid-murid pendidikan khas masalah sindrom down dan peranan guru dalam pengawalan bilik darjah. Murid pendidikan khas masalah sindrom down masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar kepada aktiviti permainan. Justeru terjana idea yang mana, guru perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mereka alat bantu mengajar yang menarik minat murid. Alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh kumpulan kami adalah pensel bercorak – menarik minat murid untuk menulis, kotak hadiah menarik – menarik minat murid untuk menyentuh bahan maujud yang ada, huruf ’e’ yang dilekatkan



dengan biji kacang merah – merangsang motor halus murid, dan sagu – memudahkan murid menyurih huruf ’e’ . Guru



pendidikan khas juga



tidak



boleh



mengabaikan



aspek penilaian ke atas



perkembangan murid istimewa ini kerana mereka berada pada tahap pembelajaran aktif. Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak istimewa sebegini. Mereka juga sama seperti kanak-kanak yang lain iaitu ingin dididik dan disayangi. Saya juga merakam jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya khususnya, dan juga pensyarah yang turut sama memberi input kepada kami untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan ini.