Sejarah Perkembangan Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



1.0



PENGENALAN Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma



dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science 1990).



Dari segi pentafsiran dari perspektif yang lain, pendidikan merupakan segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitaran. Hal ini nyata sekali, pada peringkat awal umur, kanak-kanak tidak dapat membezakan baik buruk sesuatu perkata. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal lagi. Apa yang membezakan di sini ialah, Islam lebih menekankan kepada pembentukan sahsiah seseorang individu 1



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



iaitu kanak-kanak dan bukan hanya dari segi kelakuan fizikal malah seiring dengan pemantapan akhlak dan keimanan yang perlu diterapkan dalam ruh dan jiwa kanakkanak itu sendiri.



Sekiranya sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya bertumpu pada aras pengetahuan semata-mata tanpa diiringi penyemaian akidah dan pemantapan akhlak, maka sudah jelas membuktikan bahawa nilai penghayatan kontang dan proses pengaplikasian pengetahuan tidak dapat diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan intelek, tetapi ‘pencapaian tinggi’ yang pada hakikatnya dalam ruang lingkup yang lain ia pincang dan tiada keseimbangan.



Sekiranya hal ini yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, sudah jelas menunjukkan bahawa pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya diaplikasikan dalam kehidupan (Mastura Badzis 2008).



penghayatan



untuk



Maka, dari sini telah ramai



pihak dan agensi sama ada kerajaan, swasta mahupun pihak persendirian yang telah membuka mata dan minda perihal pentingnya penerapan ilmu dan pengetahuan bagi kanak-kanak bukan hanya pada umur tertentu, malahan sejak ia dilahirkan. Dengan 2



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



keterbukaan minda ini, ilmu asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak telah mula diperkembang di Malaysia yang bukan hanya sekadar mengasuh atau mendidik, malahan ia bertindak bertunjangkan prosedur dan berpaksikan kurikulum yang telah digubal oleh pihak yang berwajib.



Oleh yang demikian, dalam penulisan ini akan menghuraikan secara umum dan khusus berkaitan Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak dari perspektif Malaysia secara ringkas dan padat sebagai rujukan dan sumber ilmu pengetahuan berdasarkan fokus dari segi bidang yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Proses-proses perkembangan pendidikan awal kanak-kanak akan diselusuri dari peringkat awal ia wujud sama ada dari segi penubuhan institusi dan agensi, dasar dan polisi, program-program pendidikan dan latihan serta program yang berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh berasaskan fakta literatur yang dikutip dari pelbagai sumber.



2.0



SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK 3



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an. Pada pendidikan awal kanak-kanak telah didorong oleh sistem pendidikan British dan ianya hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya. Dari tahun 1950 hingga 1960, tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja. Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibubapa yang mampu membayar yuran. Kesannya, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Malangnya, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika. Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Mereka dipilih daripada Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor. Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee 2009). 4



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Pada tahun 1970, melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan



kepada



program



"Pembasmian



Buta



Huruf",



Jabatan



Kemajuan



Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan KanakKanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun. Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran). Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998). Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan 5



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009). Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut. Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan. Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4



6



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.



3.0



PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI



7



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



3.1



Aspek Perundangan



Peranan dan tanggungjawap agensi dalam pelaksanaan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak – Kanak Kebangsaan adalah berasaskan aspek perundangan, prinsip bidang tugas, amalan sedia ada dan kesediaan agensi. Perintah Menteri – Menteri Kerajaan Persekutuan ( No.2 ) 2008 [ P.U. ( A ) 170 / 2008 ] memperuntukan bahawa : i.



Y.B Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah bertanggungjwab ke atas perkara – perkara berkaitan dengan : 



Penggalakan dan penguatkuasaan perkhidmatan asuhan kanak – kanak dan pusat penjagaan ;



ii.







Pembentukan dasar dan strategi program pembangunan kanak – kanak ; dan







Penyelarasan dan pemantauan program pembangunan kanak – kanak. Y.B Menteri Pelajaran adalah bertanggungjawab ke atas perkara – perkara



berkaitan dengan pengurusan pendidikan Pra – sekolah, rendah dan menengah. (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008) 3.2 Agensi – Agensi Yang Terlibat Di antara agensi – agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program Pendidikan Prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia bermula pada 18 Disember 1991, di mana berlangsungnya mesyuarat Jemaah Menteri 8



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah. Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan. Akta Pendidikan 1996 (AKTA 550) telah ditubuhkan untuk Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.



Pada



6



Jun2001,



Mesyuarat



Jemaah



Menteri



bersetuju



KPM



melaksanakan Peluasan Program Prasekolah sehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM. Guru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada guru lepasan Diploma dan guru Siswazah. Peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran ialah



menggubal Kurikulum Asuhan dan



Didikan Awal Kanak–Kanak Kebangsaan berasaskan Kurikulum PERMATA dengan mengambil kira aspek asuhan Kurikulum KAAK. Ini bagi memastikan kesinambungan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran



bagi



kanak–kanak



berumur



4–6



tahun,



mengawal-seliaan,



pemantauan/naziran ke atas pelaksanaan Kurikulum dan menyediaan tenaga pendidik, termasuk perkara–perkara berkaitan dengan penetapan kelayakan pengasuh dan tenaga pendidik. (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah agensi bertanggungjwab menguatkuasa Akta Taman Asuhan Kanak–Kanak Tahun 1984 (Akta 308). Akta tersebut meliputi antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri–ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah ruang oleh pusat–pusat asuhan yang berdaftar. KPWKM dari itu perlu meneruskan peranan dan tanggungjwabnya seperti



9



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



mana akta tersebut. Di samping itu JKM juga perlu meneruskan peranannya sebagai agensi penyelaras Taska Komuniti. (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) meneruskan peranannya sebagai agensi pelaksana program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA KEMAS dengan tumpuan kepada kawasan–kawasan di luar Bandar. Namun demikian pengubahsuaian



perlu



dilaksanakan



dari



segi



pemakaian



Kurikulum,



teknik



pembelajaran, serta keperluan fizikal dan peralatan pembelajaran di TASKA–TASKA KEMAS mengikut kemampuan dari segi kewangan dan tenaga pengajar. (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada masa kini terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak–kanak berumur 5 hingga 6 tahun atau di peringkat Prasekolah. Adalah dicadangkan supaya jabatan ini menubuhkan juga Pusat PERMATA di TABIKA Perpaduan untuk kanak kanak 4 tahun ke bawah di kawasan bandar dan pinggir bandar (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008). Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak–Kanak Kebangsaan (NCDRC) Universiti Pendidikan Sultan Idris pada peringkat permulaan, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak–Kanak Kebangsaan (NCDRC) melaksanakan perkara–perkara berikut di samping peranan dan tanggungjwab NCDRC membuat pengawalseliaan dan naziran ke atas pelaksaan Kurikulum Kebangsaan secara pentadbiran sebelum diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dan menyediakan keperluan latihan tenaga pendidik sehingga Kementerian Pelajaran bersedia untuk melaksanakannya. Di samping itu turut menjalankan penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan kanak–kanak selain 10



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



menjadi pusat rujukan dan member khidmat latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA serta lain–lain pihak yang berminat. NCDRC juga mewujudkan pengkalan data



kanak–kanak



seluruh



Malaysia



bagi



tujuan



memantau



dan



menyelidik



perkembangan kanak-kanak seluruh Malaysia. Turut menerbitkan bahan bacaan atau rujukan mengenai pengasuhan dan pendidikan awal kana–kanak hasil dari kajian yang dijalankan berasaskan keperluan pembangunan kanak–kanak dan membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti asuhan dan didikan awal kanak kanak di Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008). Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti menjadi urus setia kepada Majlis Penyelarasan Dasar PERMATA Negara, menyelaras perluasan Program Didikan dan Asuhan Awal Kanak–Kanak PERMATA di seluruh Negara dan mengurus 14 Pusat PERMATA sedia ada sebelum pengurusannya diserahkan kepada Kementerian Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008). Selain itu, agensi–agensi swasta turut memainkan peranan. Agensi swasta yang ditubuhkan berfokuskan kepada kanak–kanak berumur 0 hingga 4 tahun dan 4 hingga enam tahun. Jabatan Agama Negeri atau Kerajaan Negeri pula lebih berfokuskan kepada kanak – kanak berumur 0 hingga 4 tahun dan 4 hingga 6 tahun seperti mana agensi swasta.



3.3 Dasar & Polisi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak 11



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Convention On The Rights Of the Child – CRC adalah satu pertubuhan antarabangsa . Konvensyen ini banyak membincangkan khususnya tentang keperluankeperluan dan hak–hak kanak–kanak dan berfokuskan kepada kanak–kanak berumur 0 hingga 18 tahun (Sumber: Convention On The Rights Of the Child 2009). Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2002. Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-kanak, cara perbicaraan dan hukuman (Sumber: Akta Kanak-Kanak 2009). Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007 (Act 308) suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Tamantaman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Mengikut seksyen 4, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (Institusi-kanak-kanak & Itemid 2009). Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud



12



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Sumber: Akta Pendidikan 1996).



Fokus Dasar / Polisi / Akta



(Tahun)



Convention On The Rights Of the Child – CRC Child Act 2001 (Act 611) Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007(Act 308) Education Act 1996 ( Act 550 ) Education Act 1996 (Regulation of Special Education 1997) Education Development Master Plan (PIPPT) 2006 - 2010 The Early Childhood Care & Development (ECCD) Policy 2007 Child Health Services Policy – 1950 National Child Protection Policy (Act 574 & 521) National Policy on Disable Child (article 21 of CRC) National Policy on Indigenous Child (article 30 of CRC) 9th Malaysian Plan (2006 – 2010)



0 – 18 0 – 18 0–4 4–6 4–6 5–6 0–8 0 – 18 0 – 18 0 – 18 0 – 18 0 – 18



Umur



(Sumber: En. Azman b. Abd Salam 2009) 4.0



PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK Pendidikan awal kanak-kanak dan juga Prasekolah merupakan peringkat formatif



dalam perkembangan kanak-kanak. Atas dasar tersebut, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh banyak pihak dengan melaksanakan pelbagai agenda dan program yang sesuai untuk kanak-kanak dari peringkat usia 0 hingga 6 tahun. Hal ini bertujuan menggerakkan pemikiran dan juga minda serta meningkatkan kreativiti berbentuk kemahiran di samping membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-kanak. Melalui kewujudan pelbagai program khusus untuk kanak-kanak, pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup bermasyarakat di kalangan kanak-kanak dapat diterapkan. 13



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan agensi sama ada kerajaan, swasta mahupun persendirian untuk mengendalikan pusat pendidikan awal kanak-kanak dan juga Prasekolah. Dengan kewujudan pelbagai model Prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula paradigma 'rumah satu, tiang seribu atau infiniti' disebabkan kepelbagaian ragam pendekatan dan kurikulum yang digunakan di institusi yang terlibat. Antara program asuhan dan didikan awal kanakkanak yang paling sinonim adalah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA), Taman Bimbingan/Didikan Kanak-kanak (TABIKA/TADIKA) atau prasekolah dan juga Kumpulan Kanak-kanak Kurang Bernasib-baik diwujudkan oleh pelbagai agensi yang terlibat.



4.1



Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)



Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan secara tidak langsung dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.



Program asuhan kanak-kanak TASKA merupakan salah satu program induk yang merangkaikan beberapa program pendidikan lain di bawahnya termasuk yang 14



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



melibatkan agensi kerajaan, swasta, NGO, dan juga agensi persendirian dengan satu tujuan yang sama dan yang membezakan kesemua program ini adalah dari segi pendekatan yang dilaksanakan. TASKA juga dapat didefinisikan sebagai mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Hal ini bermakna kanak-kanak yang berusia seawal kelahiran sehingga ke usia empat tahun dapat diletakkan di bawah pusat asuhan berkenaan. Objektif TASKA ini adalah seperti; i. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa. ii. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. iii. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat. iv. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil. v. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal. Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari yang berjumlah 5 hari seminggu. Ahli Jawatankuasa TASKA bertanggungjawab menetapkan



15



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja ibu bapa dan masyarakat setempat. Walau bagaimanapun, fenomena ini tidak akan wujud tanpa adanya pihak yang begitu prihatin berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Oleh yang demikian, pihak atau agensi yang berkaitan dengan perlaksanaan program TASKA ini dapat diperjelas seperti berikut.



4.2



Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS )



Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan salah satu agensi yang telah melaksanakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA KEMAS. Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin. TASKA ini adalah di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.



Kurikulum TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.



16



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



4.3



Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)



Jabatan



Kebajikan



Masyarakat



(JKM)



merupakan



antara



agensi



bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak Tahun 1984 (Akta 308). Akta tersebut meliputi antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah ruang oleh pusat- pusat asuhan yang berdaftar. Di samping itu, JKM memainkan peranan sebagai agensi penyelaras TASKA Komuniti (TASKOM). TASKOM merupakan suatu pendekatan yang memberi tumpuan kepada keluarga berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar di bawah pengawalan standard minima pengasuhan berdasarkan Akta Taman Asuhan KanakKanak 1984 dan Peraturan TASKA (Di Institusi 1985) Pindaan 1993. Ia bertujuan menjamin semua kanak-kanak akan mendapat pengasuhan yang berkualiti dari pengasuh yang diberi latihan wajib. Pengasuh perlu mendapat latihan seperti yang telah ditetapkan di bawah Peraturan TASKA yang dinamakan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Namun mulai tahun 2009, pengasuh perlu menjalani latihan di bawah Permata.



4.4



TASKA Swasta



17



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Selain daripada TASKA yang dikendalikan oleh agensi kerajaan, pelbagai jenis TASKA swasta atau persendirian yang bukan kerajaan telah diwujudkan. TASKA yang diwujudkan tersebut terdiri dalam lingkungan empat jenis pusat asuhan yang menjalankan aktiviti yang sama, namun ia dibezakan dengan kawasan atau tempat asuhan itu dilaksanakan.



i.



Taska Di Rumah Merupakan taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.



ii.



Taska Di Institusi Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang kanakkanak atau lebih.



iii.



Taska Di Tempat Kerja Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih.



iv.



Taska Komuniti Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.



Kesemua jenis TASKA ini semakin berkembang pesat seiring dengan keperluan masyarakat dan juga kehendak pasaran. 18



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



4.5



TASKA PERMATA



TASKA PERMATA yang dinaungi di bawah Pusat Anak Permata Negara (PAPN) merupakan pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang mengambil contoh berdasarkan amalan Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak Pen Green di Corby, London. Pengisian yang terdapat di dalam TASKA tersebut kemudian diubah mengikut acuan yang menekankan modul pendidikan yang sesuai dengan perkembangan minda kanakkanak Malaysia. Struktur bangunan TASKA ini direka dan diubahsuai dengan menaiktaraf bangunan sedia ada serta memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak yang berusia empat tahun ke bawah. Bangunan yang digunakan juga memenuhi aspek keselamatan yang diiktiraf pelbagai agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Bomba. Perihal ini sememangnya amat diambil berat dalam memastikan program didikan dan asuhan kanak-kanak dapat berjalan dengan lancar dan mesra pengguna sepanjang proses pertumbuhan kanak-kanak. Sehingga kini, penubuhan TASKA PERMATA ini telah tersebar secara meluas yang mana setiap negeri telah menerima fenomena pusat asuhan kanak-kanak PERMATA sehingga wujudnya pelbagai program didikan dan asuhan kanak-kanak yang menggunapakai elemen termasuk kurikulum PERMATA. i.



Penubuhan Pusat PERMATA KEMAS 19



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Bagi



menjadikan



Taska



KEMAS



setaraf



dengan



Pusat



PERMATA,



pengubahsuaian dan naik taraf dari segi ruang dan kemudahan serta peralatan pembelajaran perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan. ii.



Penubuhan Pusat PERMATA Perpaduan Sebagai permulaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)



mencadangkan supaya Taska PERMATA Perpaduan ini dilaksanakan dalam lingkungan kawasan Rukun Tetangga di bandar dan pinggir bandar seperti di Pusat Aktiviti Perpaduan, pusat Rukun Tetangga dan bangunan Tabika Perpaduan. Bagi Fasa I sebanyak 105 Pusat PERMATA Perpaduan akan ditubuhkan iaitu 15 bagi tahun 2009, 30 buah Pusat pada tahun 2010 dan 60 buah Pusat pada tahun 2011. Sehingga kini, terdapat 415 buah bangunan yang sesuai dijadikan sebagai Taska PERMATA Perpaduan dan pelaksanaan sedang dibuat secara berperingkat bersesuaian dengan kemampuan kewangan. iii.



Penubuhan Pusat PERMATA FELDA FELDA



bercadang



untuk



memperluaskan



program



PERMATA



dengan



menambah lima lagi Pusat iaitu di FELDA Jaya Raja Alias, FELDA Gugusan Besout, FELDA Gugusan Kertih, FELDA Ciku Kelantan dan FELDA Tenggaroh. Bangunanbangunan sedia ada di lokasi-lokasi tersebut akan dinaiktaraf supaya sesuai dengan keperluan program PERMATA. iv.



Penubuhan Pusat PERMATA Angkatan Tentera Malaysia (ATM)



20



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Pusat PERMATA di 5 buah lokasi iaitu a.



Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur (Markas ATM),



b.



Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur (Markas Tentera Darat),



c.



Pangkalan TLDM Lumut (Markas Tentera Laut),



d.



Pangkalan Udara Subang (Markas Tentera Udara),



e.



Taskanita Kementerian Pertahanan (PUSPANITA).



ATM seterusnya akan menambah 8 lagi Pusat PERMATA ATM iaitu 4 lokasi bagi Tentera Darat, 2 lokasi bagi Tentera Laut dan 2 lokasi bagi Tentera udara.



4.6



Modul Kursus Awal Kanak – Kanak dan Kurikulum Permata



Kesemua jenis TASKA dan Pusat Anak Permata Negara (PAPN) menggunapakai Modul Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang digubal oleh Kementerian Pelajaran berasaskan Kurikulum PERMATA. Kurikulum ini berteraskan "pembelajaran



menggunakan



keseluruhan



otak"



dan



pembelajaran



yang



menyeronokkan dengan menggunakan tenaga pendidik terlatih dan mempunyai kelayakan minimum peringkat diploma (Mohd Najib Abd Razak, 2008). Kurikulum ini telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan samada dari segi 21



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi di samping menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum ini juga memberi penumpuan terhadap pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur lima tahun. 4.7



TADIKA / Prasekolah



Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) yang juga dikenali sebagai pendidikan kanak-kanak prasekolah merupakan program pendidikan yang melibatkan kanak-kanak berusia 4 hingga enam tahun. Tujuan program ini diwujudkan adalah bertujuan menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanakkanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah. Pelaksanaan TADIKA/TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Objektif TABIKA ini adalah: i. Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal dan intelek kanakkanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi. ii. Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira sebelum memasuki alam persekolahan.



22



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



iii. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak. iv. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu. v. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian. Masa pengajaran dan pembelajaran atau waktu kelas iaitu 3 1/2 jam sehari iaitu bermula 8.00–11.30 pagi dan 12.00–3.30 petang bagi sesi kedua (jika ada). Hari belajar ialah selama 5 hari seminggu mengikut penggal persekolahan. Penubuhan TADIKA dan Prasekolah ini telah dirintis oleh badan-badan berikut: i.



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)



KPM telah merintis program prasekolah yang diwujudkan di bawah Sistem Pendidikan Kebangsaan. Prasekolah ini beroperasi di bangunan yang diwujudkan di dalam kawasan sekolah rendah yang terpilih di seluruh Malaysia. ii.



Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)



Telah melaksana program TABIKA KEMAS yang berasaskan kepada 3K iaitu ‘Kehendak, Keperluan dan Keupayaan’ masyarakat yang ditubuhkan dan diuruskan dengan kerjasama KEMAS dan masyarakat. 23



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



iii.



Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) JPNIN pada masa kini terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-kanak



berumur 5 hingga 6 tahun atau di peringkat prasekolah. JPNIN bertindak dalam memastikan TABIKA mematuhi dan memenuhi keperluan berkaitan kebersihan dan kesihatan yang telah ditetapkan sebelum dan apabila beroperasi. iv. TADIKA Swasta Sebagaimana TASKA Swasta, TADIKA Swasta telah diwujudkan oleh badan-badan NGO dan orang persendirian berasaskan kehendak dan keperluan masyarakat dari semua golongan. Kebiasaannya, TADIKA Swasta menggunakan pendekatan yang agak berbeza dalam memberi didikan kepada anak-anak selaras dengan yuran yang dikenakan yang agak tinggi berbanding TADIKA yang disediakan oleh agensi lain.



4.8



Kurikulum Prasekolah Kebangsaan



Kesemua TADIKA dan juga prasekolah menggunapakai kurikulum pembelajaran yang



ditetapkan



oleh



Kementerian



Pendidikan



Malaysia



(KPM)



yang



telah



dikuatkuasakan pada 1 Januari 2003, mengikut Akta Pendidikan 1996, Peraturanperaturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002. Komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi: i. Bahasa dan Komunikasi (Kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) 24



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



ii. Perkembangan Kognitif iii. Kerohanian dan Moral (Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral) iv. Perkembangan Sosioemosi v. Perkembangan Fizikal vi. Kreativiti dan Estetika



4.9



Kumpulan Kanak-kanak Kurang Bernasib-Baik (The Diasadvantage Group)



Terdapat enam kumpulan kanak-kanak yang tergolong dalam golongan kurang bernasib-baik yang memerlukan perhatian semua pihak iaitu; i.



Kanak-kanak Kurang Upaya



ii.



Kanak-kanak Pribumi atau Orang Asli



iii.



Kanak-kanak Terbiar



iv.



Kanak-kanak Bagi Ibubapa Masuk Penjara



v.



Kanak-kanak Miskin / Kanak-kanak HIV/Aids Kesemua golongan kanak-kanak yang memerlukan pembelaan ini sentiasa



mendapat perhatian dari pelbagai pihak terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat, 25



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Kemeterian Pendidikan Malaysia, UNICEF (United Nations Children’s Fund) Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), dan beberapa agensi lain yang terlibat. Hal ini bagi memastikan setiap kanak-kanak memperoleh hak yang saksama dari segi pembangunan diri, pendidikan, sahsiah serta keperluan yang sama dirasai oleh kanak-kanak yang bernasib-baik. Misalnya, Program Pendidikan Khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi golongan kanak-kanak berkeperluan khas serta Rumah Kanak-kanak yang diwujudkan bagi kanak-kanak terbiar, miskin dan juga teraniaya serta pelbagai program lain yang dirangka sedikit-sebanyak membantu golongan kanak sehingga ke usia 18 tahun agar memperoleh hak sebagai kanak-kanak yang terkandung di dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Melalui program-program pendidikan awal kanak-kanak berasaskan kurikulum yang bersesuaian yang diwujudkan ini, adalah diharapkan agar kanak-kanak memperoleh manfaat dan kebaikan dari semua aspek dari peringkat awal lagi seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.



5.0



PROGRAM UNTUK KESIHATAN KANAK – KANAK



Sebelum menjelang akhir tahun 1800 istilah kesihatan telah didefinisikan sebagai suatu keadaan yang bersetentangan dengan sihat. Seseorang dikatakan sihat



26



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



sekiranya dia tidak mempunyai penyakit yang berbahaya atau penyakit yang akan merebak kelak (Zainun Ishak, 2006). Pertumbuhan kesihatan sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai “keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika tiada sakit”. Bagi mana-mana organisasi, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan



(membolehkan



pertumbuhan).



Kesihatan



juga



membawa



erti



kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Menurut Dubos (1968), seorang pakar biologi dan ahli falsafah, memperluaskan bagi definisi kesihatan WHO. Beliau telah menyatakan bahawa “kesihatan adalah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spirituil, dan kecergasan biologi bagi pihak individu, dengan berpandukan persekitaran” (Zainun Ishak, 2006). 5.1



Perkhidmatan Kesihatan Kanak - Kanak



Program kesihatan kanak-kanak telah bermula sejak tahun 1950-an sebagai program kesihatan ibu dan anak. Semenjak dari itu ia telah berkembang ke kawasan luar bandar dan juga bandar dan mada masa ini perkhidmatan kesihatan kanak-kanak dijalankan di semua klinik kesihatan dan juga klinik desa di seluruh negara. Antara aktiviti yang dijalankan ialah peperiksaan berkala mengikut jadual yang telah ditetapkan, imunisasi, penilaian tahap perkembangan dan pertumbuhan, pengukuran berat badan dan tinggi, nasihat tentang pemakanan dan ceramah kesihatan. Jadual lawatan kanak-kanak ke klinik kesihatan



27



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



UMUR 0-6 bulan 6-12 bulan 1-2 tahun 2-4 tahun 4-6 tahun



JADUAL KEDATANGAN Setiap bulan Setiap 2 bulan Setiap 3 bulan Setiap 6 bulan Setiap tahun



(SumberdariFh.Moh.Gov.My) 5.2



Imunisasi



Tujuan imunisasi ialah untuk mendapat perlindungan terhadap penyakit berjangkit. Oleh itu, ibu bapa harus memastikan bahawa anak mereka diimunkan. Walaupun sesuatu penyakit sudah dihapuskan, imunisasi masih diperlukan untuk mengelak penyakit ini muncul semula. Sebelum ketahanan dapat bertindak balas terhadap serangan penyakit, tubuh badan perlu dijangkiti terlebih dahulu. Dalam imunisasi, langkah ini dilakukan melalui suntikan, oral atau gurisan pada kulit. Bahan yang dimasukkan ke dalam tubuh badan dikenali sebagai vaksin dan kaedahnya dikenali sebagai vaksinasi atau inokulasi. Kebanyakan vaksinasi dilakukan semasa anak berumur empat bulan. Jika bahagian yang disuntik menjadi merah dan bengkak, keadaan ini adalah perkara biasa. Namun juka anak mula meragam atau demam, atau anak mula menjerit dengan nyaring dan mengalami konvulsi, bawa anak berjumpa doctor (Dr Miriam 1998). Penyakit berjangkit adalah penyebab utama berlaku kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak. Imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan penyakit ini. Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang 28



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



lengkap. Kementerian Kesihatan Malaysia telah memulakan program imunisasi bagi mencegah 6 penyakit utama iaitu; I. II. III. IV. V. VI.



Tuberculosis ( tb ) Difteria Pertussis Tetanus Polio Measles



Antara Kepentingan Imunisasi Ialah: i. Imunisasi memberi faedah kesihatan kepada kanak-kanak kerana dapat mengelakkan daripada dijangkiti pelbagai penyakit berjangkit yang serius yang bole mengakibatkan kecacatan dan kematian. ii. Kebanyakan penyakit berjangkit ini tidak mempunyai rawatan khusus dan boleh mengakibatkan kesan sampingan dan komplikasi yang teruk dan kekal. iii. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Imunisasi juga dapat mengelakkan kesengsaraan yang dialami oleh kanak-kanak itu dan juga ahli keluarga. iv. Imunisasi dapat mengelak daripada berlakunya kejadian epidemik dan wabak penyakit berjangkit. v. Imunisasi juga dapat mengurangkan atau membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal tetanus dan difteria.



29



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Jadual Imunisasi yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia



5.3



Baby-Friendly Hospital



Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur dan melaksanakan pelbagai strategi di dalam mempromosikan penyusuan susu ibu, salah satu strategi untuk menggalakakn penyusuan susu ibu di malaysia adalah melalui pelaksanaan inisiatif hospital rakan bayi. Di malaysia, konsep ‘inisiatif hospital rakan bayi’ telah dilaksanakan bermula tahun 1993. Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu, menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan dan menjaga anak dan menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu. Pada Mac 1998, Malaysia telah diisytiharkan sebagai negara ke-3 di dunia yang mempunyai kesemua hospital kerajaan diiktiraf sebagai “hospital rakan bayi”. “10 langkah ke arah penyusuan susu ibu yang berjaya ” merupakan kriteria utama yang telah ditetapkan pada tahun 1989 dalam pelaksanaan hospital rakan bayi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization) dan Tabung KanakKanak Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Children’s Fund). Polisi penyusuan ibu kebangsaaan telah menetapkan “semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu bermula semasa anak berumur 4 ke 6 bulan”.



30



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu hospital rakan bayi (baby friendly hospital). i. Mengamalkan “rooming-in”, di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari). ii. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi. iii. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong. iv. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik. v. Mengadakan satu polisi bertulis ,mengenai penyusuan ibu. vi. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini. vii. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyususan ibu dalam 1 jam selepas bersalin. viii.Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin. ix. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik. x. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan. (Sumber dari Ratuhati.Com)



5.4



Oral Health Amatlah penting bagi kanak-kanak mendapatkan rawatan perubahan dan



rawatan pemeriksaan mulut dan gigi. Para ibu bapa perlu menggalakkan kanak-kanak mempraktikkan penjagaan gigi dari awal lagi. Pelbagai jenis jangkitan boleh berlaku dibahagian mulut bayi seperti penyakit ulser mulut aftus, ulser mulut traumatik, barah gusi, dan jangkitan kandida sekiranya kesihatan tidak jaga dengan baik.



31



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Semasa bayi sedang membesar dalam kandungan ibunya lagi giginya sudah mula dibentuk dalam pangkal gusinya. Sarapan ibu hamil itu perlulah mengandungi zatzat galian dan vitamin tertentu supaya gigi bayi yang dalam kandungan itu kuat dan kukuh apabila muncul kelak. Jenis-jenis makanan dan minuman yang kaya mengandungi zat galian dan vitamin yang sesuai untuk membina gigi bayi agar kuat dan kukuh termasuklah jambu batu, buah limau, belimbing bintang, tempe, kacang dan susu. Makanan ibu seharian perlulah mengandungi salah satu atau lebih daripada bahan makanan tersebut dan termasuk juga dua atau tiga gelas susu. Walaupun set gigi pertama bayi itu akan digantikan oleh gigi tetap di masa depan, gigi-gigi ini patutlah dijaga supaya tidak rosak kerana kerosakan gigi set pertama ini mungkin menjejas pertumbuhan gigi tetap yang berikut. Gigi yang busuk juga boleh menjejas kesihatan umum seseorang bayi itu (Abdul Kader Hussain, 1986). Satu program gigi terutama untuk kanak-kanak prasekolah telah dilancarkan pada tahun 1984. Program ini kebanyakan menumpukan kepada cara mengalak dan mencegah penyakit-penyakit mulut. Tujuannya ialah untuk mendorong dan membawa perubahan bagi meningkatkan kesihatan mulut di kalangan kanak-kanak Prasekolah. Melalui program ini hampir seratus peratus TADIKA kerajaan telah dilawat oleh klinik kerajaan. Tetarus merupakan jangkitan bakteria yang serius dan berpunca daripada bakteria clostridium tetani. Bakteria ini biasa terdapat di tanah, pasir dan logam yang berkarat dan memasuki tubuh badan menerusi luka yang disebabkan duri atau logam yang tajam. Bakteria ini hidup membiak dalam keadaan oksigen rendah yang dhasilkan oleh 32



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



luka yang dalam dan mengeluarkan racun atau toksin dan menyebabkan otot-otot badan menjadi kejang. Biasanya otot rahang ialah bahagian yang pertama diserang. Tetanus dapat dielakkan melalui suntikan yang diberi semasa anak berumur dalam lingkungan lima tahun pertama dan diulangi setiap lima tahun selepas itu. Melalui program suntikan tetanus. Penyakit ini akan dapat dihindarkan (Mariam Stoppard, 1998).



6.0



PROGRAM UNTUK LATIHAN GURU 6.1



Latihan untuk Childcare Provides & Childcare Minders.



Pengasuh yang berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak, diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan (KAAK) di mana kursus tersebut berfokus kepada asuhan dan keselamatan kanak-kanak (Jabatan Perdana Menteri). Pusat PERMATA KEMAS menganjurkan Kursus Orientasi Kurikulum PERMATA kepada Pengasuh. Ia 33



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



akan dibuat secara berperingkat dalam jangka masa 3 tahun (Jabatan Perdana Menteri 2009). Persatuan Pengasuh dengan kerjasama PPNP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menganjurkan kursus kepada pengasuh adalah seperti berikut: i.



Kursus Pengenalan Asas Asuhan Kanak-kanak



ii.



Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak



iii.



Kursus Pertolongan Cemas



iv.



Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak Taska Rumah



v.



Hari Pengasuh



vi.



Hari Taska.



6. 2



Latihan untuk Guru Prasekolah & Pembantu Pengurusan Murid



Perkhidmatan Tenaga Pendidik yang terlatih dan berkelayakan akademik sekurang-kurangnya di peringkat Diploma dalam bidang perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak (Jabatan Perdana Menteri). Pendidik (guru Prasekolah) disarankan menggunakan kaedah pengajaran berasaskan tiga teori yang penting iaitu: i.



Belajar melalui bermain 34



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



ii.



Teori konstruktivisme Piaget



iii.



Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner



(Aminah Ayob et.al 2008) Kursus-kursus yang ditawarkan kepada guru prasekolah (Lapan KURSUS). i.



Pengenalan Kurikulum Prasekolah



ii.



Memahami Kanak-kanak dan Keperluan mereka



iii.



Pendekatan Pengajaran Bahasa dan Literasi



iv.



Perkembangan fizikal/Daya Estetika dan Kreativiti Kanak-kanak Prasekolah



v.



Pengurusan Prasekolah



vi.



Penilaian dan Laporan Prestasi Kanak-kanak



vii.



Pembelajaran Sains dan Matematik Prasekolah



viii.



Pendidikan Moral dan Agama Islam Untuk Kanak-kanak Prasekolah



Kursus Jangka Panjang: i.



Kursus Sijil Perguruan Prasekolah merupakan dengan kerjasama antara Jabatan Perpaduan Negara



ii.



Kursus Sijil Perguruan Prasekolah individu (ditawarkan kepada individu yang berminat). Terbahagi kepada dua iaitu Kursus Sepenuh Masa dan Kursus Sambilan 35



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Kursus Jangka Pendek: •



Kursus Tadika bersama Prima Education







Kursus Reka Bentuk dan Pembinaan Item-item Soal Selidik







Kursus 'Test Specialist'







Kursus Model Rasch - "Introduction To Rasch Measurement Models"







Kursus "Design and Construction of Questionnaire Items"







Kursus "Bimbingan Kaunseling"







Kursus "Pendidikan Khas“



Bagi pembantu pengurusan murid pula, mereka akan mengikuti kursus/pengajian di peringkat diploma.



6.3



Latihan untuk Community-Based Rehabilitation Workers



Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga 36



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lainlain (Jabatan Pembangunan Masyarakat 2009).



7.0



KESIMPULAN Perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi, dan perkembangan dalam



industri



telah



membawa



perubahan



dalam



bidang



pendidikan,



perhubungan,



pengangkutan, pentadbiran, struktur ekonomi dan juga dalam bidang kerjaya dan keperluan kerjaya. Perkembangan dalam bidang industri juga telah menyebabkan perpindahan anak-anak muda ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang dan pusat perniagaan di bandar-bandar yang tumbuh seperti cendawan. Penghijrahan penduduk 37



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



ke bandar pula, ditambah pula dengan kadar kelahiran yang tinggi, serta kepesatan ekonomi telah selanjutnya membawa penubuhan keadaan cara hidup, sistem kekeluargaan, corak perhubungan dalam masyarakat dan sikap terhadap kehidupan masyarakat. Kesemua perubahan ini telah menjadikan kehidupan manusia pada hari ini bertambah canggih, bertambah sukar, bertambah mencabar dan memberikan tekanan yang lebih berat terutama kepada anak-anak muda.walaubagaimanpun, perubahanperubahan ini memang tidak boleh dielakkan kerana ia adalah perkara yang datang bersama dengan kemajuan. Sebagai manusia yang inginkan kehidupanyang lebih baik, lebih seksa dan lebih maju setanding dengan orang lain kita tidak ada jalan lain mesti berubah. Begitu juga dengan negara kita, untuk menampung bilangan penduduk yang bertambah, untuk menjaga keamanan negara, memberi kemakmuran kepada rakyatnya dan untuk maju setanding dengan negara lain, negara kita juga perlu berubah. Negara kita tidak boleh menumpukan ekonominya kepada pertanian semata-mata, ia perlu memperbagaikan ekonominya



kepada



industri



pembuatan



dan



perusahaan



selaras



dengan



perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Sebagai warganegara, apa yang perlu kita lakukan bukanlah mengelak atau melarikan diri dari perubahan itu, tetapi menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya untuk menghadapi tekanan dan cabaran yang berpunca dari perubahan itu. Keadaan hidup yang semakin bertambah canggih ini menyebabkan anak-anak muda kita sekarang ini menghadapi tekanan dan cabaran yang lebih kuat sehingga ada masa-masa anak-anak muda yang paling kuat dan komited di antara merekapun, mendapati mereka terkeluar dari landasan, terjerumus kepada diri mereka. Kadang38



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



kadang terdapat kanak-kanak yang baik iaitu kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang dan sediakan dengan berbagai kemudahan melakukan perkara-perkara yang tidak baik disebabkan mereka menghasilkan sebahagian besar dari masa mereka dalam masyarakat yang telah menjadi senjata halus kepada kemusnahan. Satu senjata yang diarahkan kepada pemikiran, hati dan jasmani mereka.



8.0



BIBLIOGRAFI



Buku: Abdul Kader Hussain. 1986. Suluh Asuhan Panduan Asas Kesihatan Anak. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Aminah Ayob et.al. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Department of Education and Sciences (DES). 1990. Starting with Quality, London, HMSO. Haiza Noor & Norizan Abu Samah. 2004. Penjagaan & Kesihatan Bayi Sejak Lahir Hingga 12 Bulan Pertama. Selangor: Jasmin Enterprise. 39



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Jabatan Perdana Menteri. 2009. Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan. Selangor: PERMATA Negara. Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanakkanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kasnani Ab Karim, Norbe Md. Nor & Nazimah Abdullah. 2005. Perkembangan Pendidikan Prasekolah Untuk Kursus Persediaan Dan KPLI (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) Bahagian 1. Selangor: Added Enterprise. Kurikulum Permata. 2008. Panduan Pendidikan Awal Kanak-kanak 0-4 Tahun. Perak: Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara Universiti Pendidikan Sultan Idris. Miriam Stoppard. 1998. Panduan Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak. Tropical Press Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Permata Negara, Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri. 2008. Enterprise Building. Selangor. Zainun Ishak. 2006. Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.



Rujukan Elektronik:



Institusi-kanak-kanak & Itemid. Diperolehi daripada http://www.jkm.gov.my/jkm (29 Julai 2009). Akta



Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh pada http://leeannkang.tripod.com/home.htm.



Ogos



14,



2009



daripada



Akta Kanak-Kanak. 2009. Diperoleh daripada http://leeannkang.tripod.com/home.htm (14 Ogos 2009). Akta Pendidikan. 1996. Diperolehi pada 14 Ogos, 2009 daripada http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf



40



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



Bernard Van Leer. 2009. About the Bernard van Leer Foundation. Diperoleh dari http://www.bernardvanleer.org/about (14 Ogos 2009). Convention On The Rights Of the Child Diperolehi pada 12 Ogos 2009 daripada http://www.unicef.org/crc/. Dorothy L.Noltes. 2003. Children Learn What They Live. Diperoleh dari http://www.direktori- perdamaian.org/ina/org_intdetail.php?cardno=14 (17 Ogos 2009). fh.moh.gov.my. Diperoleh pada 14 Ogos 2009. http://docs.google.com/gview?a=v&q=cache:zAxvgZHDlLgJ:www.permata.jpm.my/gedu ng%2520multimedia/Dasar_Asuhan_dan%2520Didikan_Awal_Kanak_Kanak_Ke bangsaan.pdf+taska+swasta&hl=en&gl=my (9 Ogos 2009, 11.15 p.m). http://en.wikipedia.org/wiki/Child_Act_2001. Diperoleh pada 17 Ogos 2009. http://en.wikipedia.org/wiki/Convention_on_the_Rights_of_the_Child. Diperoleh pada 17 0gos 2009. http://kelabchedet.com/modules.php?name=News&file=article&sid=248 (13 Ogos 2009, 3.03 p.m). http://www.direktori perdamaian.org/ina/org_intdetail.php?cardno=14p. Diperoleh pada 17 Ogos 2009. http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=125%3Aas rama- akhlak&catid=59%3Ainstitusi-kanak-kanak&Itemid=66&lang=ms. Diperoleh pada 29 Julai 2009. http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=235%3Ade finisi- taska&catid=178%3Ataska&Itemid=502&lang=ms (10 Ogos 2009, 3.03 p.m) http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=347%3Ats kakomuniti&catid=37%3Akanak-kanak&Itemid=305&lang=ms (11 Ogos 2009,12.07 p.m). http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=category&id=59&Item id=66&lang=ms (13 Ogos 2009, 2.13 p.m). http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=2&l ang=ms (12 Ogos 2009, 2.13 p.m). http://www.kemas.gov.my/20#, (10 Ogos 2009, 4.18 p.m) http://www.kemas.gov.my/7# (10 Ogos 2009, 4.40 p.m) 41



SEJARAH PERKEMBANGAN ASUHAN & PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK DI MALAYSIA



http://www.moe.gov.my/?id=134&lang=my. Diperoleh pada 17 Ogos 2009. http://www.permata.jpm.my/buletin/28.html (10 Ogos 2009, 3.17 p.m) http://www.permata.jpm.my/gedung%2520multimedia/Dasar_Asuhan_dan%2520Didika n_Awal_Kanak_Kanak_Kebangsaan.pdf+taska+swasta. Diperoleh pada 9 Ogos 2009. http://www.unicef.org/malaysia/msl/protection_5193.html (14 Ogos 2009, 12.01 p.m). Jabatan Kemajuan Masyarakat. 2008. Diperoleh daripada http://www.kemas.gov.my/13 (14 Ogos 2009). Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM). 2009. Pemulihan Dalam Komuniti 2009. Diperolehi daripada http://www.japen.gov.bn/perkhidmatam/PDK.html. Mastura Bazdis, (2008). Pendidikan Anak-anak di Peringkat Awal Umur Berasaskan Binaan Kurikulum yang Integratif. Jurnal Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC). Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malaysia. Diperoleh dari http://www.mindamadani.my/content/view/186/2/ (29 Julai 2009). Mohd Najib Abd. Razak. 2008. Kurikulum Permata Jadi Panduan Didikan Awal Kanak-kanak. Bernama.com. Diperoleh daripada http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=371552 (13 November 2009). Pemulihan-dalam-komuniti.www.jkm.gov.my/.../index.php. Diperoleh pada 17 Ogos 2009. Pengasuhpahang.blogspot.com/.../ppnp-jaya-adakan-kursus-asuhan-kanak.html. Diperoleh pada 17 Ogos 2009. ratuhati.com. Diperoleh pada 14 Ogos 2009. Sharifah Rajipah Drahman. 2006. Pembantu Pengurusan Murid. Diperoleh daripada www.scribd.com/doc/3226890/ (17 Ogos 2009). www. Karangkraf.com. Diperoleh pada 14 Ogos 2009. www.usm.my/beru/TadikaPage.htm. Diperoleh pada 17 Ogos 2009.



42