Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah Di Malaysia [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



PENGENALAN Mata pelajaran Sejarah adalah suatu mata pelajaran yang mengajar tentang



perkembangan sejarah manusia sejak zaman batu hingga masa kini. Pengajaran ini merangkumi sejarah perkembangan manusia, perkembangan teknologi, perkembangan negara, perkembangan politik dan sebagainya. Pengenalan pelajaran sejarah kepada murid sekolah rendah bertujuan memberi kefahaman kepada murid tentang pentingnya sejarah dijadikan sebagai panduan untuk membentuk masa depan yang lebih baik dan bertamadun. Sejarah mampu mewujudkan kesedaran masyarakat untuk menjadi warganegara yang cintakan bangsa di samping melahirkan rakyat yang mempunyai sikap keterbukaan dan mencegah berlakunya rusuhan kaum. Pada hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran Al-Karim. Ulama telah menganggarkan kira-kira satu per enam daripada Al-Quran adalah terdiri daripada kisah-kisah sejarah. Bermula tahun 2014, mata pelajaran Sejarah mula diperkenalkan di sekolah rendah dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dalam KSSR, Sejarah dijadikan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid sekolah rendah. Ini bertujuan menyemai kefahaman murid terhadap Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh dan menguasai pengetahuan serta kemahiran pemikiran Sejarah. Disamping itu, pengetahuan dan pemahaman tentang aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan, menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Pendekatan pengajaran Sejarah menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif melalui aktiviti inkuiri dan penerokaan bagi mengukuhkan pemahaman tentang Sejarah. Aktiviti tersebut mengaplikasikan elemen didik dan hibur bagi menanam minat murid terhadap Sejarah. Pendidikan di negara kita seharusnya boleh mewujudkan jati diri yang tinggi di kalangan pelajar. Harapan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), adalah memupuk pembinaan jati diri melalui kurikulum, program kokurikulum dan sukan. Ini disebabkan jati diri yang terhasil daripada sistem pendidikan negara akan menghasilkan Negara Bangsa yang kukuh dan maju. Mata



pelajaran



ini



menyepadukan



pengetahuan,



kemahiran,



elemen



kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di dalam dan luar bilik darjah. Elemen ini diajar dengan harapan agar guru dapat menerapkan asas dalam melahirkan warganegara yang mempunyai identiti kebangsaan dan dapat membentuk rakyat Malaysia yang mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Sering kita hayati dan



mengimbau suatu peristiwa lampau yang banyak memberi impak positif mahupun negatif dalam diri masing-masing.



2.0



PERKEMBANGAN MATA PELAJARAN SEJARAH 2.1



Mata Pelajaran Tawarikh Pada duhulu lagi mata pelajaran sejarah sudah diperkenalkan dan hidup



dalam kehidupan alam melayu. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan lagi subjek sejarah telah dipupuk dalam kalangan rakyat. Hanya pada tahun 1956 mata pelajaran sejarah mula diajar secara formal di Tanah Melayu.(Bilcher Bala, 2000) Mata pelajaran tersebut telah diajar bermula di sekolah rendah yang dikenali sebagai subjek tawarikh. Tawarikh menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat bermaksud tarikh, sejarah dan riwayat. Subjek ini diajar di semua sekolah di Tanah Melayu pada ketika itu. Pendidikan Sejarah di Tanah Melayu sebenarnya sudah bermula sejak pertengahan abad ke-19 lagi. Namun, ketika pentadbiran British, mata pelajaran sejarah dianggap sebagai mata pelajaran tambahan sahaja dan bukanlah mata pelajaran teras. Tambahan lagi, semasa di pemerintahan British juga, Sekolahsekolah Inggeris di Negeri-Negeri Selat pada masa itu juga telah memasukkan mata pelajaran Sejarah dalam kurikulum sekolah khususnya untuk darjah-darjah yang lebih tinggi yakni peringkat sekolah menengah rendah. Pada awal abad ke-19 sehingga tahun 1957 pula, Sejarah British juga telah dimasukkan dalam kurikulum sejarah di peringkat sekolah. Hal ini, disebabkan ketika itu pengaruh British masih dominan di Tanah Melayu. (Amir Abdul Hadi, 2013) Kemudiannya, perubahan berlaku lebih kurang pada tahun 1918 apabila mata pelajaran Tawarikh diperkenalkan di sekolah dan maktab. Ketika itu, di sekolah Inggeris, sukatan pelajaran Sejarah tidak memperkenalkan “Alam Melayu”.(Muhd Yusuf Ibrahim, 2000) Oleh itu, kurikulum tersebut memperlihatkan bahawa pembesar Melayu sentiasa menganiayai rakyat dan sebaliknya pula tentang Residen. Apa yang dapat kita perhatikan, terdapat empat aliran sekolah yang berbeza pada tahun 1956 iaitu sekolah Inggeris, sekolah vernakular, madrasah dan pondok. Di samping itu, subjek tawarikh diajar di setiap sekolah bagi mencapai matlamat Penyata Razak ke arah satu sistem pendidikan yang seragam untuk mengeratkan



perpaduan, merapatkan jurang perbezaan antara kaum dan mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. 2.2



Perlaksanaan Kurikulum Sejarah dalam KBSM Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula telah



diperkenalkan di semua sekolah pada tahun 1988. Beberapa asas dalam sistem pendidikan negara telah menjadi panduan yang digariskan untuk rancangan KBSM antaranya ialah sejarah dijadikan subjek teras di sekolah menengah bermula tahun tersebut. Semua guru sejarah akan menghadiri kursus untuk memantapkan kefahaman mereka berkenaan sejarah dan teknik yang betul untuk mengajar subjek ini di sekolah. Selain itu, guru-guru pelatih daripada Institut Perguruan Sultan Idris yang kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dilatih untuk memenuhi keperluan guru sejarah di setiap sekolah menengah di Malaysia. (Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah,2008) Antara objektif menjadikan sejarah sebagai subjek teras dalam KBSM adalah untuk



menyatakan



mengamalkannya



kepentingan sebagai



Sejarah



pendidikan



sebagai sepanjang



satu



disiplin



hayat



ilmu



serta



dan



mampu



berdikari, menjelaskan perkembangan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi, dan sosial, menghuraikan ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan Malaysia serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian, menghargai usaha dan sumbangan tokoh-tokoh yang memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan negara, memiliki semangat patriotik dan melibatkan diri dalam usaha mempertahankan kedaulatan, pembangunan dan kemajuan negara, menjelaskan kedudukan



Malaysia



sebagai



sebahagian



daripada



peradaban



dunia



dan



sumbangannya di peringkat antarabangsa, mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah untuk mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan, mengamalkan nilai-nilai murni dan yang terakhir ialah menganalisis, merumus dan menilai faktafakta sejarah Malaysia dan dunia luar secara rasional. 2.3



Perlaksanaan Kurikulum Sejarah dalam KBSR Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di Tahun Satu di



semua sekolah rendah seluruh Negara pada tahun 1983. Fokus utama KBSR adalah untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dan alam sekelilingnya serta bidang perkembangan diri individu. Oleh kerana KBSR mementingkan kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M), maka pelbagai jenis bidang pengetahuan



diserapkan dalam pembelajaran bahasa sebagai memupuk kemahiran asas 3M tersebut. Melalui pembelajaran bahasa, murid dapat pengetahuan tentang sejarah disamping menguasai kemahiran asas bahasa. Pada Tahap Dua (tahun 4 hingga 6), pendidikan bertujuan untuk pengukuhan dan penggunaan kemahiran itu bagai mempelajari berbagai-bagai bidang ilmu. Pendidikan Sejarah telah diterapkan dalam Komponen Kemanusiaan dan Persekitaran di bawah mata pelajaran Alam dan Manusia. Mata pelajaran Sejarah digabungjalinkan dengan berbagai-bagai bidang pengetahuan daripada mata pelajaran-mata pelajaran Sains, Geografi, Sivik, Hal Ehwal Tempatan dan Pendidikan Kesihatan. Mata pelajaran Alam dan Manusia ini hanya mula diajar pada tahun empat dan Tahap Dua. Dijangka mata pelajaran ini dapat menolong pelajar memperkembangkan dan memperkayakan ilmu pengetahuan serta dapat membantu mereka membuat keputusan yang rasional. Aspek sejarah yang terkandung dalam mata pelajaran ini ialah sejarah kebudayaan, adat resam, perlembagaan, pembangunan Negara, perusahaan dan pengangkutan. Pembelajaran Alam dan Manusia ini menggunakan pendekatan integrasi yang menggabungkan berbagaibagai bidang pengetahuan menjadi satu kesatuan yang menyeluruh. Menurut Tan Ai Hoon (1997), dalam konteks pelajaran Alam dan Manusia, integrasi dimaksudkan sebagai “…penyepaduan unsur-unsur dari pelbagai bidang pengetahuan,kemahiran, dan aktiviti untuk menghasilkan suatu rancangan pelajaran yang menyeluruh dan harmonis.” Sejak KBSR diperkenalkan sehingga tahun 1983 didapati bahawa pencapaian kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah adalah paling rendah berbanding dengan mata pelajaran Sains, Geografi dan Tatarakyat. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1988) telah menjalankan kajian untuk melihat kejayaan KBSR bagi mata pelajaran Alam dan Manusia. Daripada kajian ini, didapati pencapaian kemahiran dalam mata pelajaran Sejarah amat lemah kerana hanya 36.5% sahaja murid mencapai kelulusan 50% ke atas. Ini dipaparkan seperti jadual I di bawah :



2.4



Mata Pelajaran Kajian Tempatan Pada tahun 1994, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah dipinda dan



dinamakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk melahirkan murid-murid berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Dengan itu, berlakunya perubahan dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran sejarah. Mata pelajaran sejarah telah dipisahkan daripada mata pelajaran Sains, Ilmu Kesihatan, Sivik dan Hal-Ehwal Tempatan.(Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah, 2008) Mata pelajaran Sejarah dan Geografi telah digabungkan menjadi mata pelajaran bersepadu yang dikenali sebagai Kajian Tempatan (KT). Mata Pelajaran ini merangkumi bidang kemaknusiaan dan kemasyarakatan yang membicarakan dan mengkaji interaksi manusia dengan manusia dan manusia dengan alam persekitarannya. Kurikulum



Kajian



Tempatan



Sekolah



Rendah



membolehkan



murid



mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai anggota dalam keluarga dan masyarakat. Selain itu, memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat, mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara. Memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat setempat dan negara. Mencintai dan menghargai alam sekitar. Antara tujuan kajian tempatan ialah mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan. Memahami dan menghargai sejarah negara. Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik dan mensyukuri segala nikmat Tuhan Sejarah dapat diterapkan bersama dengan subjek kajian tempatan di sekolah agar dapat diaplikasikan pengalaman peristiwa lampau dalam pembelajaran khususnya kajian tempatan. Antara aktiviti yang dilakukan dalam kajian tempatan ialah membuat kerja khusus atau satu kajian tentang sesuatu tajuk, mengadakan satu lawatan sambil belajar suatu tempat yang mempunyai sejarah lampau dan mengadakan sesi tayangan tentang sejarah lampau negara kita agar pelajar lebih memahami sesuatu sejarah seterusnya memudahkan pelajar membuat tugasan yang diberi.



2.5



Perbezaan Kurikulum Sejarah Baru dan Lama Kurikulum sejarah digubal mengikut perkembangan sistem pendidikan



semasa dan keperluan terhadap pelajar-pelajar di Malaysia. Terdapat beberapa pendekatan yang telah dilakukan untuk menambah baik kurikulum sejarah di Malaysia setaraf dengan sistem pendidikan negara-negara maju di dunia. Pendidikan sejarah bersetujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia dan jati diri terhadap negara dan seluruh dunia Kurikulum sejarah lama menunjukkan jalinan itu tidak begitu jelas walaupun ia juga mengandungi unsur kemanusiaan umum di darjah empat. Selain itu, kurikulum tersebut berdasarkan kronologi dari masa silam ke moden bahkan sukatan pelajaran lama lebih mementingkan bidang politik berbanding aspek kenegaraan yang perlu diterapkan dalam setiap individu bergelar warganegara. Walaupun ada persamaan tajuk pada kurikulum sejarah baru dan lama, namun pendekatan yang berbeza digunakan menyebabkan nilai asas dalam mata pelajaran sejarah tidak dapat diterapkan dengan berkesan. Pembelajaran sejarah mengikut kurikulum lama ialah berdasarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja.(Arba’iyah Mohamad Noor, 2002) Hal ini berbeza dengan kurikulum sejarah baru. Kurikulum sejarah baru lebih banyak menyatakan unsur-unsur setempat dan rukun negara. Di samping itu, kurikulum ini lebih banyak menunjukkan jalinan antara



kandungan bagi tiap-tiap



peringkat serta menghubung kait perkembangan politik,ekonomi,dan sosial di Malaysia akibat perkembangan luar. Aktiviti pembelajaran bukan sekadar di dalam kelas sahaja tetapi lebih kepada membuat lawatan tempat-tempat bersejarah untuk menambah minat dan kefahaman pelajar terhadap sub-topik yang dipelajari. Kesan daripada penambahbaikan kurikulum sejarah ini telah menyebabkan perpaduan kaum dapat diperkukuh, pelajar mempunyai jati diri yang tinggi, tidak mudah dipengaruhi anasir luar, bersemangat patriotisme, pelajar tidak lupa asal usul mereka, memperkukuh semangat setia negara dan pendedahan terhadap sejarah lebih awal. 2.6



Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah di Institut Pengajian Tinggi Semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia disarankan untuk



menerapkan elemen sejarah dalam pengajian semua pelajar di institut masingmasing. Hal ini merujuk kepada titah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Abdul



Halim Muadzam Shah yang menyarankan mata pelajaran sejarah yang mula diajar pada peringkat sekolah perlu diteruskan ke peringkat IPT bagi membentuk generasi Malaysia yang matang dan maju pada masa hadapan. Baginda bertitah lagi, pengajian tentang sejarah negara bukan wajib dipelajari di peringkat sekolah sahaja kerana subjek itu penting dalam kehidupan berbangsa dan bernegara. “Sejarah itu ialah 'guru kehidupan'. Di dalamnya mengandungi pelbagai pengajaran dan perkara penting yang boleh dijadikan panduan dalam perancangan dan kemajuan sesebuah negara bangsa. Sebagai contoh, pelajar dalam bidang Sains, Perdagangan dan Kejuruteraan



perlu



didedahkan



dengan



kursus



sejarah,



falsafah



atau



pengajian



perbandingan agama. Justeru, sejarah bangsa itu perlu diketahui, difahami dan diserapkan ke seluruh lapisan masyarakat. Oleh itu suatu nilai tambah perlu disuntik dalam kurikulum pendidikan tinggi kita agar mampu melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan mempunyai personaliti unggul” Titah Sultan Abdul Halim Muadzan Shah, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Mempelajari sejarah di peringkat IPT mampu untuk membentuk jati diri pelajar, dapat mempelajari sejarah negara, mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar dan menerapkan semangat patriotisme. Mempelajari sejarah bukan saja untuk pengetahuan, tetapi perlu dijadikan iktibar dan pedoman kepada sesuatu bangsa mengenai apa yang pernah berlaku satu masa dulu. Generasi baru ini akan lebih menghargai erti kemerdekaan berasaskan kedaulatan bangsa serta negara secara lebih bermakna serta bijaksana. 2.7



Subjek Sejarah dalam KSSR Apabila KSSR diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 2011, mata



pelajaran Kajian Tempatan telah ditransformasikan kepada mata pelajaran yang lebih khusus iaitu Sejarah. Mata pelajaran Sejarah telah dilaksanakan secara rasmi bermula pada tahun 2014 di semua sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia. Kurikulum Sejarah di sekolah rendah akan memberi penekanan yang khusus kepada sejarah negara selaras dengan dengan kehendak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia celik sejarah di samping menghayatinya. Mata pelajaran Sejarah termasuk dalam mata pelajaran teras di bawah tunjang kemanusiaan. Subjek ini akan diajar kepada murid-murid Tahap 2 dan kurikulum diorganisasikan secara modular. Perubahan dalam sistem pendidikan kebangsaan ini dibuat berdasarkan keperluan semasa yang dilihat penting dalam membangunkan masyarakat abad ke-21



yang holistik, dinamik dan berilmu pengetahuan. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan Kamaruddin Haji Husin (1994), antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam KBSR



ialah



sukatan



pelajaran yang



digubal memberi



penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan dan penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu, penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Kehendak masyarakat juga menjadi faktor kepada perubahan kurikulum, ini kerana masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Salah satu faktor kurikulum Sejarah sekolah rendah ini diperkenalkan adalah untuk memastikan masyarakat Malaysia mempelajari, mengetahui dan menghayati peristiwa-peristiwa sejarah negara ini. Hal ini demikian kerana, generasi pada masa kini dilihat tidak lagi menghayati sejarah negara yang menjadi dasar utama kepada pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang kita lihat pada masa ini. Kekurangan ilmu sejarah telah menyebabkan perpaduan yang dibina selama ini semakin goyah. Masyarakat juga mula berani mempertikaikan dan mempersoalkan perkara-perkara yang boleh menggugat ketenteraman negara seperti hak-hak sesuatu kaum, rasisme dan sebagainya tanpa menyedari bahawa bukan mudah untuk membina perpaduan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini. Langkah untuk memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah adalah tepat supaya murid-murid dapat diberi pendedahan awal tentang sejarah di samping memupuk minat untuk mempelajari sejarah sejarah sebagai persediaan di peringkat menengah nanti. 3.0



Matlamat Pendidikan Sejarah Pendidikan Sejarah bertujuan memupuk semangat setia negara dan perasaan



bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Di peringkat menengah rendah, kurikulumnya meliputi jangka masa selama lima ratus tahun dan disusun secara kronologi. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia (Abd. Rahim Abd. Rashid. 1999). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antara bangsa (Aini Hassan & Siti Hawa Abdullah, 2008) kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk



memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. 3.1



Keperibadian Bangsa Matlamat pendidikan sejarah dapat dilihat melalui aspek keperibadian



bangsa. Sejarah mampu mewujudkan kesedaran masyarakat untuk menjadi warganegara yang cintakan bangsa di samping melahirkan rakyat yang mempunyai sikap keterbukaan dan mencegah berlakunya rusuhan kaum. Dalam masa yang sama, sejarah mampu mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu sistem sosial di mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri, dan kebajikan insan tidak berkisar kepada orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Pendidikan



sejarah



juga



menekankan



pendekatan



memupuk



dan



meningkatkan semangat perpaduaan serta bangga sebagai rakyat Malaysia, mengurangkan perbalahan kaum dan kerenggangan dalam perhubungan inter dan intra kaum dan wilayah, meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuaan Labuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di Semenenjung serta memantapkan perpaduaan dan integrasi nasional melalui cara menghormati perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat kenegaraan melalui Kelab Rukun Negara, penyebaran maklumat dan kempen cintakan warisan bangsa. 3.2



Semangat Patriotik Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan diwar-



warkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme



merupakan



satu semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri. Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme. Pendidikan



sejarah



mampu



membentuk



keperibadian



palajar



dalam



menyemai semangat patriotik dalam jiwa individu supaya setiap yang bergelar warganegara Malaysia mempunyai semangat cinta akan negara dan bangsa, berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif.



Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk menyemai semangat patriotik dalam jiwa individu adalah dengan menyertai aktiviti sambutan Hari Kemerdekaan, menghargai jasa pemimpin dan semua aktiviti yang mencetus kesedaran semangat cintakan negara. 3.3



Tokoh dan Sumbangannya Ramai generasi muda kini tidak kenal dan tidak tahu akan bekas pemimpin



dan jasa mereka. Sikap tidak cakna itu menyebabkan tiada perasaan hormat, kagum dan apatah lagi menyayangi pemimpin. Mereka melihat semua manusia adalah sama sebagaimana mereka melihat rakan-rakan sedangkan mereka perlu ditanam pemahaman tentang perbezaan sosial antara manusia. Mengenali perbezaan sosial adalah penting sebagai asas membina kesantunan diri di samping rasa kagum dan hormat. Mata Pelajaran Sejarah banyak menceritakan mengenai perjuangan tokohtokoh misalnya Rentap, Dol Said, Tok Janggut dan lain-lain yang dapat pelajar ambil iktibar. Sebagai generasi muda penerus bangsa ini, kita berkewajiban meneruskan perjuangan para pahlawan kita dengan cara mengisi kemerdekaan ini. Ada banyak hal yang dapat kita lakukan untuk mengisi kemerdekaan. Sebagai seorang mahasiswa pendidik misalnya, kita harus belajar dengan giat, berprestasi di institut, dan tidak melakukan perbuatan yang tidak terpuji. Kita harus berusaha untuk kuatkan dan menonjolkan diri dengan pelajar-pelajar dari negara-negara yang telah maju di dunia. Kegigihan dan kesungguhan tokoh-tokoh negara dalam memperjuangkan kemerdekaan negara dan membangunkan negara seharusnya dihargai seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang berusaha memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Tun Tan Chen Lock, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh tanah air yang lain. 3.4



Alat Membangunkan Perpaduan Kaum, Bangsa dan Negara Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang



diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Melalui pendidikan dan pemantapan mata pelajaran Sejarah yang mampu meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dengan mudah. Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan dan integrasi nasional



dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. (Chan Nelee, 2010) Pendidikan merupakan antara aspek penting yang diambil kira dalam merangka program-program di bawah Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Sistem pendidikan negara harus menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi interaksi dan sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat yang masih berusia muda. Bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia, integrasi nasional merupakan persoalan yang sangat rumit dan menyukarkan proses pembinaan



negara



bangsa.



Dasar



Pendidikan



Kebangsaan



menggariskan



matapelajaran sejarah sebagai alat utama bagi merealisasikan matlamat tersebut. Penekanan pendidikan sejarah tertumpu terhadap kesedaran sejarah, toleransi dan kepekaan masyarakat untuk berkongsi tanggungjawab terhadap masa depan negara.Matlamat tersebut digariskan dengan jelas dalam sukatan mata pelajaran sejarah 3.5



Penekanan Terhadap Penghayatan dan Iktibar Peristiwa Sejarah Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk



melalui pengkisahan sejarah tokoh-tokoh patriotik dan dapat dijadikan iktibar kepada generasi hari ini. Seharusnya kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh-tokoh tempatan walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat mereka ini diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu pada tempat yang sesuai.Sumbangan dan peranan para penulis tempatan ini amat besar ertinya kerana telah berani memperbetulkan fakta bias yang dihasilkan oleh sejarawan atau penulis Barat. Sebagai generasi baru, kita perlu meluangkan sedikit masa untuk ambil tahu dan ambil kisah mengenai detik-detik bersejarah atau peristiwa bersejarah sebelum negara ini benar-benar merdeka daripada penjajah. Negara kita telah melalui pelbagai peristiwa pahit manis yang amat panjang dan ia berlaku bukan setahun dua, tiga atau empat tahun tapi beratus tahun. Marilah kita hayati peristiwa demi peristiwa yang berlaku dan kita akan dapati betapa mahalnya sebuah kemerdekaan.



3.6



Generasi Upaya Ekonomi, Sosial dan Politik Negara Ke arah membentuk satu negara-bangsa Malaysia, terdapat tiga faktor yang



mendominasi perbincangan iaitu faktor politik, ekonomi, dan sosial. Mengikut Ishak Saat(2010), faktor politik dilihat dari sudut penggabungan parti-parti politik pelbagai kaum melalui Parti Perikatan dan Barisan Nasional.Kerjasama dan pakatan politik pelbagai kaum dalam Barisan Nasional telah menghasilkan kestabilan politik dan keamanan di dalam negeri. Faktor politik juga merupakan ciri asas ke arah mempercepatkan agenda pembinaan negara-bangsa ini.Kestabilan politik menjadi prasyarat kepada pembangunan dan kepesatan ekonomi sesebuah negara. Secara umumnya terdapat perbezaan persepsi antara individu di dalam melihat kepada faktor ini. Perbezaan persepsi ini berlaku kerana di dalam masyarakat majmuk yang dicirikan oleh kewujudan berbagai-bagai unsur perbezaan menghasilkan kehendak yang berbeza didalam melihat sesuatu isu.Seterusnya ianya menghasilkan perbezaan



falsafah



dalam



rupa



pembinaan



negara-bangsa



dan



cara-cara



mencapainya.Melalui kajian dan penulisan, didapati perbezaan persepsi tentang negara-bangsa melalui faktor politik wujud berdasarkan kaum dan wilayah. Keadaan ini menjuruskan kepada lahirnya persepsi-persepsi tersendiri daripada mahasiswa mengenai perspektif politik ini.Jika terdapat perbezaan persepsi yang tidak ketara dikalangan mahasiswa pada masa kini, ianya mampu mempercepatkan terbentuknya negara-bangsa Malaysia. Dari segi faktor ekonomi, perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan perkara yang sering dikaitkan dengan pembinaan negara-bangsa Malaysia.Selepas merdeka, keadaan ekonomi rakyat Malaysia pada masa itu adalah diidentifikasikan dengan sesuatu kumpulan etnik.Secara umumnya, jika terdapat kumpulan etnik yang diindentitikan sebagai menguasai sesuatu bidang, ianya pasti menimbulkan perasaan cemburu dan syak wasangka dan ini pastinya mencacatkan proses pembinaan negara-bangsa.Pudarnya pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi secara tidak langsung menguatkan lagi hubungan perpaduan antara kaum di Malaysia.vSelepas perlaksanaan DEB, persepsi-persepsi mahasiswa mengenai aspek ekonomi ini adalah diharapkan turut berubah. Faktor sosial yang mempengaruhi pembinaan negara-bangsa Malaysia pula merangkumi peranan-peranan Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan.Melalui perkara-perkara ini banyak perbincangan yang dapat dibuat bagi menghasilkan satu identiti nasional



negara-bangsa Malaysia yang dibentuk.Pembinaan negara-bangsa merupakan suatu proses mewujudkan semangat kenegaraan atau perasaan kekitaan Melalui takrifan ini faktor sosial merupakan faktor penting untuk mewujudkannya.Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia menyukarkan pembentukan satu identiti nasional namun titik pertemuan antara kepelbagaian kaum ini masih tidak mustahil dapat dilaksanakan. Oleh itu persepsi-persepsi yang lahir dari mahasiswa sebagai sebahagian dari masyarakat mampu membantu mencari titik persamaan dan pertemuan didalam melahirkan negara-bangsa yang stabil. 4.0



HUBUNGKAIT ANTARA PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 4.1



Pembinaan Negara Bangsa Sejarah Pendidikan di negara ini, selepas merdeka dirangka bagi tujuan



pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep ‘Malayanization’ ialah untuk membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang kea rah masa depan pembangunan bangsa. Menggunakan kurikulum berorientasikan Malaysia dapat mendukung aspirasi dan cita-cita baru pembinaan negara Malaysia. Sistem pendidikan yang digubal mendukung wawasan bagi membina semula negara baru berteraskan kepada Negara-Bangsa. Konsep pembinaan Bangsa dan Negara menyebabkan



terbentuknya



‘Negara-Negara’ (Nation



State)



yang



bertujuan



mengukuhkan dan mendaulatkan imej, identiti dan kewibawaan bangsa yang dikaitkan dengan negara. Asas-asas pembinaan negara ini dibuat dengan memperkukuhkan unsur-unsur nasionalisma dan budaya kebangsaan. Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. (Shakila Yacob, 2010)



Hasrat untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut: “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad, Melangkah Ke Hadapan, 1991) Melalui pembinaan negara bangsa, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang di menifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi.( Abd. Rahim Rashid, 2004) Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti peradabannya yang tersendiri. Negara bangsa menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. 4.2



Perpaduan Kaum di Malaysia Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan



India. Kemajmukan kaum ini menyebabkan perpaduan merupakan asas yang amat penting dalam mewujudkan keharmonian dan keamanan dalam kalangan rakyat. Perpaduan merupakan perkara pokok atau asas dalam pembentukan sebuah negara harmoni yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia tercinta ini. Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran setempat mereka. Perpaduan juga merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan (Chew Fong Peng,2006). Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling melengkapi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat. (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1972)



Perpaduan kaum amat penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh. 4.3



Perkaitan Antara Mata Pelajaran Sejarah, Pembinaan Negara Bangsa Dan Perpaduan Kaum di Malaysia Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara.



Oleh itu, KPM menghadapi cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia yang dihasratkan terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, serta berfikiran dan berbudaya saintifik. Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, aktiviti pendidikan mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Usaha-usaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Mempelajari



sejarah



bukanlah



semata-mata



untuk



mendapatkan



pengetahuan, tetapi ianya boleh menjadi pedoman dan member iktibar kepada sesuatu bangsa mengenai apa yang telah berlaku. Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula bagi tujuan merancang perubahan masa depan. Oleh sebab sejarah memberi banyak pengajaran yang berkait jatuh bangun dan perpaduan kaum sesuatu negara maka mata pelajaran sejarah patut dijadikan garis panduan untuk pembinaan semula kedudukan dan kekuatan bangsa dan negara. Pendidikan Sejarah bertujuan memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Oleh itu, kandungan kurikulum sejarah member penekanan terhadap pengetahuan tentang



sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat kewarganegaraan dan patriotisme. Selepas kemerdekaan, kurikulum pendidikan sejarah ditumpukan ke arah pembinaan dan penyatuan bangsa Malaysia agar matlamat untuk membina sebuah Negara Bangsa Malaysia dengan penyatuan setiap etnik dalam negara menjadi satu bangsa Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, Akta Pendidikan 1995 digubal untuk menegaskan peri pentingnya Dasar Pendidikan Kebangsaan yang akan diterapkan melalui sistem pendidikan kebangsaan bagi memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara dalam pelbagai bidang melalui sektor pendidikan. Perpaduan yang ada perlu diperteguhkan lagi ke tahap yang lebih mantap dan kukuh supaya mampu menghadapi berbagai-bagai tekanan dan cabaran tanpa mudah digugat. Isi kandungan kurikulum yang memaparkan sumbangan kaum Melayu, Cina dan India terhadap proses kemerdekaan dan pengisian kemerdekaan negara. Dengan ini semua kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum yang lain dan menarik minat pelajar semua kaum menilai sumbangan kaum mereka terhadap sejarah pembangunan negara. Ini secara tidak lansung akan dapat meransang pelajar-pelajar agar dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan mereka. Sejarah mengandungi unsur-unsur penting yang meliputi pembinaan semangat kebangsaan dan semangat tersebut amat diperlukan untuk mencapai hasrat satu negara dan impian bangsa Malaysia. (Azwani Ismail & Zahara Aziz, 2009) Hubungkait seterusnya, tema-tema yang dipilih dalam kurikulum pendidikan sejarah itu sendiri menjurus kepada tema yang dapat meningkatkan tahap integrasi kaum di negara ini. Tema ini adalah berkaitan dengan peranan dan sumbangan setiap kaum dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Contohnya dalam menuntut kemerdekaan negara, peranan Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan dikupas dan diperhaluskan dengan perspektif perpaduan dan integrasi kaum di negara ini. Perkara ini dapat dijadikan model integrasi terbaik generasi terdahulu dalam membentuk konsep integrasi kaum sebenar. Semua ini dapat membina, memupuk perpaduan dan menyatukan bangsa Malaysia.



5.0



Penutup Generasi yang buta sejarah sering tidak menghargai apa yang berlaku. Contohnya



kemajuan yang terbina kini tidak berlaku secara tiba-tiba atau kebetulan. Ia akibat perancangan, pemikiran dan strategi bijaksana yang terjadi dan menyebabkan generasi hari ini berada dalam iklim sosial dan kehidupan yang jauh lebih baik berbanding situasi di awal kemerdekaan dulu. Yang baik itu seharusnya dijadikan tradisi, manakala landasan yang berguna itu harus diteruskan walaupun dengan pendekatan berbeza untuk respons cabaran yang tidak serupa. Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran jati diri dan kewatanan supaya generasi muda menginsafi, memahami dan menghayati sejarah adalah penting supaya kesayangan negara terbina. Pendidikan sejarah sejak awal dapat merangsang pelajar-pelajar agar dapat menghayati sejarah yang dipelajari itu adalah milik bersama. Perkara ini penting agar setiap kaum akan dapat memahami sejarah bagi setiap kaum lain. Pengetahuan dan pemahaman tentang aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan, menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara matang. Kandungan kurikulum Sejarah bertujuan mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Kandungan kurikulum pendidikan sejarah meletakkan integrasi dan asas perpaduan sebagai matlamat dan hala tuju negara. Oleh itu, kurikulum sejarah dapat membentuk jati diri dalam kalangan pelajar, semangat patriotik, membinan negara bangsa serta meningkatkan lagi unsur perpaduan kaum yang sedia terjalin. Melalui kefahaman dan usaha memperkasakan elemen ini akan dapat membantu hasrat kerajaan merealisasikan hasrat 1Malaysia. Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.



.