Soal Selidik Imej Kendiri [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAWAU PETI SURAT 295 91007 TAWAU, SABAH



SOAL SELIDIK IMEJ KENDIRI ( ZURAIDAH, 2005 ) Arahan Jawab soalan berikut dengan jujur. Tandakan ( √ ) pada kotak yang sesuai dengan diri anda. Bil . 1



2



3



4



5



Pernyataan berkaitan diri anda Pernahkah anda berasa orang kurang menyukai anda apabila mereka mengetahui banyak maklumat tentang diri anda? a. Selalu b. Kadang-kadang c. Tidak pernah Apabila anda dipuji, biasanya anda a. Tidak begitu selesa b. Sangat suka c. Berasa sangat malu Burung manakah yang anda rasa dikasihani? a. Burung Merak b. Burung Pipit c. Burung Helang Dalam keadaan bagaimana anda menerima cabaran? a. Secara sendiri b. Dengan galakan orang lain c. Apabila terdapat desakan daripada keadaan di tempat kerja, di tempat belajar ataupun di rumah. Apabila secara tiba-tiba anda terlihat bayangan wajah anda di cermin kereta ataupun di cermin lain, bagaimana anda melihat imej anda? a. Lebih menarik daripada apa yang anda percaya b. Kurang menarik c. Lebih kurang sama menarik daripada apa yang anda fikirkan



Bil . 6



7



8



9



Pernyataan berkaitan diri anda Anda mencuri masa bekerja, belajar ataupun masa menyempurnakan tugas-tugas di rumah untuk berehat. Adakah anda berasa……. a. Sangat bersalah sehingga tidak dapat berseronok b. Seronok dengan sedikit perasaan bersalah c. Tidak berasa apa-apa dan terus dia berseronok Apabila anda membandingkan diri anda dengan kawan rapat anda, adakah anda merasakan mereka… a. Lebih bijak daripada anda? b. Sebijak anda? c. Tidak sebijak anda? Apabila anda bertemu orang yang kelihatan tidak menyenangi diri anda, anda berasa….. a. Risau tentang apa yang anda mungkin lakukan padanya b. Mengesyaki dia berasa iri hati pada anda c. Terima keadaan kerana merasakan anda tidak boleh memenangi hati semua orang Apabila anda melakukan kesilapan sama ada di rumah, di tempat kerja ataupun di tempat belajar, adakah anda…… a. Ketepikan sahaja dan mengatakan tiada siapa yang sempurna b. Susah hati sehingga anda diberitahu perkara itu kecil sahaja c. Berasa sangat runsing tentang kesilapan yang anda buat



Memproses skor Ite m 1 2 3 4 5 6 7 8 9



Skor bagi setiap respons a a a a a a a a a



=0 =1 =2 =2 =0 =0 =0 =0 =2 Jumlah skor



Rendah



b=1 b=2 b=0 b=1 b=2 b=1 b=1 b=2 b=1 keseluruhan



c c c c c c c c c



= = = = = = = = =



2 0 1 0 1 2 2 1 0



Imej Kendiri Saya [ Tandakan ( √ ) ] Baik / Selaras



Tinggi



Diagnosis hasil ujian 1.



Skor 0 hingga 6



Anda memiliki imej kendiri sangat rendah kerana anda membina gambaran ataupun imej kendiri yang tidak tepat. Anda tidak berlaku adil pada diri sendiri. Sebenarnya orang lain menghargai diri anda. Bercakaplah dengan diri secara positif apabila anda berjaya melakukan sesuatu dengan baik. Jangan sesekali anda mengutuk diri apabila anda melakukan kesilapan. Belajar menjadi lebih objektif. 2.



Skor 7 hingga 12



Anda memiliki imej kendiri baik. Penilaian pada diri anda memang realistik. Anda melihat diri anda sebagaimana orang lain juga melihatnya. 3.



Skor 13 hingga 18



Anda memiliki imej kendiri sangat tinggi yang mungkin boleh menimbulkan masalah kerana anda ‘meninggi diri’. Individu yang memiliki imej kendiri sangat tinggi meletakkan nilai dirinya yang tinggi dalam semua aspek sehingga kadangkala dia dianggap angkuh dan meninggi diri. Nilai semula diri anda dan berfikir dengan lebih realistik. Tidak ada manusia yang sempurna dan tahu serba-serbi dalam semua perkara. Anda menjadi lebih berjaya dan mendapat ramai kawan apabila anda menerima hakikat ada masanya elok bagi anda merendah diri iaitu mengamalkan sikap sederhana (imej kendiri baik).