4 0 96 KB
Sulalatus Salatin sebagai Karya Agung Melayu
Pengarang Tun Seri Lanang = Tun Muhammad Bendahara Paduka Raja menulis atas titah Sultan
Abdullah Maayah Shah Disesuaikan daripada Hikayat Melayu yang dibawa
dari Goa, Sulawesi TSL menyusun, menambah dan memperbaiki serta
menamakan sebagai Sulalatus Salatin yang bermaksud “Pertuturan Segala Raja-raja”. Kini dikenali juga sebagai “Sejarah Melayu”.
Pengarang SM Winstedt mengatakan pengarang asal SM tidak diketahui,
tetapi hidup di Melaka sebelum ditawan Portugis pada tahun 1511. Ada pandangan mengatakan asal SM hanyalah senarai
ringkas raja-raja Melayu yang ditokok tambah dengan pelbagai sisipan cerita dan maklumat sejarah Disokong oleh sebuah manuskrip kecil oleh Maxwell
(1878) di Perpustakaan ‘The Royal Asiatic Society’ London Winstedt yang menyelenggara naskhah SM Raffles
mengatakan pengarangnya adalah Tun Bambang anak Seri Akar. Kemudian membetulkan kepada Raja Bongsu.
… Shellabear menyanggah Windstedt dan menegaskan bahawa
Raja Bongsu itu adalah gelaran bagi Sultan Abdullah Maayah Shah yang menitahkan TSL. Nuruddin al-Raniri dalam Bustan al-Salatin
memperkenalkan Bendaharan Paduka Raja sebagai sumber membicarakan keturunan raja Melayu. Penulis asal SM tidak diketahui tetapi TSL menyunting,
menyusun dan menulis semula menjadi versi yang ada masa kini. Umar Junus menganggap SM sebagai karya intertekstual
dan bersetuju TSL sebagai pengarang dan penyusun SM.
Nama Sejarah Melayu SM mengkisahkan tentang keturunan raja-raja dan
nasib kerajaan Melayu sehingga kedatangan Portugis Francois Valentjin menganggap SM sebagai karya
Melayu yang penting Roolvink maklumat dalam SM hampir sama dengan
sebuah manuskrip Melayu di Perpustakaan Univ. Leiden berjudul “Ceritera Asal Raja-raja Melayu Punya Keturunan” Petrus van ver Vorm menterjemahkan SS sebagai
“Penurunan Segala Raja-raja” Roolvink mengatakan SS adalah terjemahan daripada
tajuk daripada BM.
Isi penting “Sejarah Melayu” Penaklukan oleh Iskandar Zulkarnain Asal usul dari Bukit Siguntang Puteri Nila Panca ke Singapura Singapura dilanggar todak Pembukaan Melaka Kebijaksanaan Tun Perak Keagungan kerajaan Melayu Melaka Kisah Tuah-Jebat Hubungan dengan China Pergolakan politik Melaka Pemerintahan Sultan-sultan Mansur, Muzaffar, Alauddin, Mahmud Kedatangan Portugis
Kandungan Mengandungi 34 bab Unsur metos
Asal usul raja
Asal usul nama tempat
Istiadat bersadur imaginasi
Unsur sejarah
Pembukaan negeri
Aktiviti Raja-raja
Undang-undang
Unsur Metos Kemasukan Islam
Di Pasai
Merah Silu di-Islamkan oleh Fakir Muhammad
MS bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W. dan besoknya boleh membaca al-Quran
Menukar nama Sultan Malikul Salleh
Di Melaka
Raja Kecil Besar bermimpi berpandangan dengan Rasulullah
Mengucap dua kalimah sahadat dan disuruh menukar nama kepada Raja Muhammad
Besoknya bangun terus sudah berkhatan dan boleh membaca al-Quran
Tujuan dimetoskan untuk mengagungkan Islam dan memberitahu Islam benar-benar berkembang di tempat itu
Tokoh-tokoh Islam Iskandar Zulkarnain dikaitkan dengan keturunan
raja Melaka untuk menampakkan kehebatan Amir Hamzah pahlawan Islam Tokoh-tokoh pendakwah: Sy. Abd. Aziz, Maulana
Abu Bakar, Kadi Yusuf, Maulana Sadar Jahan
Adat Istiadat dan Perundangan Unsur Islam
Adat perkahwinan
Hari kebesaran: Aidil Fitri dan Aidil Adha
Adat berkhatan
Amalan Wasiat. Contoh: wasiat S. Alauddin kepada S.Mahmud
Kesemuanya dikaitkan dengan sumber al-Quran dan hadis
Pendidikan dan Perkembangan Ilmu Keislaman Istana digambarkan sebagai pusat pengembangan
agama Islam. Cth: Pasai sebagai pusat muzakarah ilmu Fiqah mengikut Mazhab Shafie Sultan dan pembesar digambarkan turut dalam
pengajian Maulana Sadar Jahan dan Maulana Yusof dari
Jeddah antara tokoh mubaligh mengembangkan Islam di istana Melaka. Kitab Darul Mazlum diajarkan oleh Maulana Abu
Bakar di istana Melaka termasuk kepada Sultan Mansur Shah
Teknik Kepengarangan dalam SM Mukadimah dimulai dengan ‘Bismillahirrahmanir-
rahim..’ Disertakan dengan ayat-ayat suci al-Quran dan
terjemahannya Diselitkan dengan syair dan perbilangan Arab
dengan terjemahannya Struktur penulisan gaya khutbah, terutama dalam
memberi nasihat yang meleret-leret. Kalimah-kalimah Arab-Parsi: Shahbandar, alam,
bahara, sahibul hikayat dll.
Penilaian terhadap SM SM karya sastera bukan sejarah
Winstedt : SM menyimpang daripada ciri kesejarahan kerana banyak unsur mitos dan legenda
Roolvink mengakui SM kaya dengan bahan sejarah tetapi bukan karya sejarah tetapi sebuah dongeng anekdot
Umur Junus (1984): banyak unsur fiksyen dan khayalan
SM karya sejarah yang penting
Bottoms: pengumpulan data sejarah orang Melayu. Pengarang ahli dalam sejarah bangsanya
M. E. Emeis (1968): menampilkan kenyataaan sejarah yang jelas. Menjadi sumber penting kajian terhadap kemunculan, kemakmuran dan kejatuhan Melaka
Liaw Yock Fang (1982): SM boleh digunakan untuk menyusun sejarah kemasyarakatan Melayu
Unsur Kebudayaan dalam SM Mohd. Taib Osman (1974):
SM merangkaikan kebudayaan Melayu yang mengandungi unsur peradaban Hindu dan perkembangan kebudayaan berteraskan Islam.
Budaya asing tidak diterima secara total. Unsur terpilih dikaitkan dengan kebudayaan berteraskan Islam.
SM disusun untuk membesarkan kedudukan dan sejarah
silam raja-raja Melaka yang ditewaskan Portugis
Pelbagai unsur bukan sejarah dimasukkan bagi menguatkan tujuan itu.
SM berjaya menggambarkan budaya hidup orang Melayu
zaman feudal.
Gabungan unsur sejarah dan mitos adalah budaya sebenar orang Melayu zaman itu.
Perjanjian Klasik Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Seri Teri
Buana menjadi dasar konsep daulat dan derhaka
Seri Teri Buana adalah raja Palembang yang berketurunan Iskandar Zulkarnain
Ingin mengahwini anak Demang Lebar Daun tetapi musykil takut terjadi spt isteri-isteri terdahulunya kena penyakit kulit
Demang bersetuju mengahwinkan anaknya dengan STB dengan syarat:
Tidak menghalau anakandanya jika terkena penyakit kulit yang sama
Baginda tidak memalukan rakyat walaupun kesalahan besar
Baginda boleh menjatuhkan hukuman bunuh jika memenuhi hukum syarak
STB setuju dan juga memberikan syarat:
Rakyat jangan sekali-kali menderhaka kepada raja tidak kira betapa kejamnya raja itu,
Kedua-dua pihak mengikat perjanjian dan bersumpah setia.
Jika ada yang melanggar perjanjian akan menerima padah yang buruk:
Jika DLD (rakyat) melanggar perjanjian akan diterbalikkan bumbung rumah oleh Allah swt
Jika STB (raja) tidak mengotakan janji, akan dibinasakan Allah negeri dan kerajaannya.
Perjanjian itu dikatakan jelas menguntungkan pihak raja.
Pengaruh Hindu dalam Sejarah Melayu Winstedt membincangkan pengaruh ini secara umum
dan tidak menyeluruh
Ada persamaan motif: Sang Sapurba diterima oleh orang Minangkabau kerana berjasa membunuh ular Saktimuna.
Persamaan nama watak: Sapurba (Suprabta), Maniaka (Menaka), Nila Utama (Tilottama) = bidadari dari keinderaan
Pengurniaan Laksamana kepada Hang Tuah sama motif dengan Ramayana
Pengaruh Hindu jelas pada bahagian awal SM: Bukit Siguntang Mahameru, lembu ditunggang 3 anak raja, manusia terpancar daripada buih dari lembu, padi mengeluarkan warna emas dan berbatang perak, Sang Sapurba mendapat anak perempuan dari buih