Syeikh Abdul Malik Abdullah Tok Ku Pulau Manis [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

0



PPPJ 2323



SEJARAH TAMADUN ISLAM ASIA TENGGARA



TAJUK: SYEIKH ABDUL MALIK BIN ABDULLAH (TOK KU PULAU MANIS)



DISEDIAKAN UNTUK: Dr. IZZIAH SURYANI BINTI MAT RESAD@ARSHAD DISEDIAKAN OLEH: ROSLAINI BINTI OTHMAN ( A148768 )



JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 2016



SINOPSIS 1. Ismail Che Daud. 2012. Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1). Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.



1



Buku ini mengisahkan tentang seorang tokoh Islam yang terkenal di Terengganu iaitu Syeikh Abdul Malik atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Pulau Manis. Terkandung di dalamnya biografi hidupnya meliputi keluarga, keturunan, latar belakang pendidikan, bidang pengajian, kekeramatan beliau, dakwah beliau melalui lisan dan penulisan, serta kitab-kitab catatannya Gelaran lain adalah Dato’ Pulau Manis, Tok Syeikh Pulau Manis,Tuan Pulau Manis, dan Sharif Abdul Malik. Beliau berketurunan dari kalangan pengembang agama Islam yang terawal tiba di Terengganu iaitu datuknya, Sharif Muhammad bin Abdullah yang mana pada mulanya adalah seorang pembesar di kota Baghdad. Akibat suatu peristiwa, dia berhijrah ke semenanjung Tanah Arab sambil mencari kedamaian hidup di Mekah. Selanjutnya mengembara ke Acheh. Terakhir, merantau lagi ke semenanjung tanah Melayu, lalu menetap di sebuah desa berhampiran pulau Kampung Batu Belah, mukimJenagor, Ulu Terengganu. Bapa Tok Ku Pulau Manis, Abdullah bin Abdul Qahhar tinggal di Kampung Pauh, Ulu Terengganu di mana disinilah Tok Ku Pulau Manis dilahirkan. Tarikh kelahirannya yang tepat tidak diketahui, namun, ada yang mengagak paling awalnya sekitar tahun 1060/1650M. Umumnya berpendapat dalam tahun 1650-an Masihi. Semasa muda, beliau berguru dengan bapanya sendiri. Melanjutkan pelajaran ke kota Mekah selama 10 tahun lebih. Beliau pernah tinggal di rumah “Tuan Haji Abdul Rauf” sambil berguru dengan Syeikh Ibrahim bin Hassan. Bidang pengajiannya merangkumi ilmu-ilmu bahasa Arab, Usuluddin, fiqh, tasawuf, tafsir, hadith, dan lain-lain. Tetapi dalam bidang ilmu kerohanianlah yang beliau tumpu secara mendalam sehingga layak digelar Syeikh. Beliau diberi izin gurunya mengajar tarekat ilmu tasawuf setelah mencapai darjat tertinggi dalam Tarekat Syatariyyah. Selepas tamat pengajian di Mekah dan Madinah, beliau pulang ke Terengganu sekitar umur 40 tahun. Dijodohkan dengan puteri Tok Raja Sawa Sila, seorang pembesar tempatan yang berasal dari Johor. Sejak pulang dari menuntut ilmu, beliau giat menyusun gerakan intelektual keagamaan di Ulu Terengganu(pusat pemerintahan tempatan zaman itu). Kemudian berpindah ke Kampung Pulau Manis dan menetap disitu. Mendirikan sebuah institusi pengajian pondok yang mendapat sambutan hebat dari serata pelusuk semenanjung Tanah Melayu. Beliau seorang tokoh ulama besar yang mencapai taraf wali serta bergelar “al-Imam al-Allamah”. Beliau termasyhur



2



keramat melalui kisah ‘kepulangannya’ mengambil sebiji buah durian di kampung, kemudian terus membawa ke hadapan gurunya di Mekah. Selain berdakwah secara lisan, beliau juga berdakwah melalui penulisan. Peninggalan empat buah pusaka ilmiah iaitu Kitab al-Kifayah, risalah Naql, Kaifiyyat al-Niyyah serta Syarh Hikam. Tarikh kematiannya yang sebenarnya tidak diketahui. Tradisi pengajiannya diteruskan oleh keturunannya. 2. Abdullah Jusoh. 1990. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis mengatakan bahawa pondok merupakan institusi pendidikan yang berpotensi dan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan masyarakat Melayu. Sistem pengajian tradisional ini bermula pada abad ke 18 M sehingga ke abad 20 M. Pengajian pondok telah berkembang pesat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, selepas Perjanjian Bangkok di antara Siam dan Inggeris pada1909M/1327H. Di utara semenanjung Malaysia, sistem pengajian pondok pada abad ke 19M begitu popular. Kelantan merupakan negeri yang terkenal dengan pengajian pondok sehingga digelar Serambi Mekah. Dalam siri perkembangan pengajian pondok, Terengganu terkenal sebagai pusat pengajian agama yang sering di kunjungi oleh penuntut-penuntut dari luar Terengganu. Pusat pengajian Islam boleh didapati sekitar bandar Kuala Terengganu terutamanya di Losong dan Pulau Duyung. Pada abad ke 18 M, Tok Ku Pulau Manis telah mendirikan pondok di Pulau Manis sebaik sahaja pulang dari Mekah.



3. Abdul Aziz Deraman. 2003. Peradaban Melayu Timur Laut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Buku ini ada menyentuh mengenai sistem pendidikan pondok yang merupakan sistem tradisi pendidikan. Sistem pendidikan pondok telah berkembang di alam Melayu seperti



3



di Acheh dan Pattani, kemudian diikuti oleh Terengganu. Di Terengganu, pengajian pondok terawal diasaskan oleh Tok Ku Pulau Manis. Pengajian ini terus berkembang ke Beladau. Sg. Rengas, Padang Midin, Tebauk, dan Losong di Kuala Terengganu sehingga abad ke-20. 4. Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Jakarta: Gema Insani Press. Penulis menulis mengenai aliran tradisional yang diikuti umat Islam di Nusantara dan Malaysia pada abad ke-19 M. Jatuhnya kerajaan Acheh yang terkenal sebagai pusat politik, dan pusat pengajian Islam terkemuka di Nusantara, menyebabkan pertumbuhan pusat pengajian di tempat lain seperti di Jawa, Banjar dan sebagainya. Dari Pattani, Islam berkembang ke wilayah pantai Timur serta utara Semenanjung Malaysia seperti Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Pengajian Islam tradisional di Terengganu memang sudah terkenal di Tanah Melayu berdasarkan catatan terdapatnya institusi pondok yang didirikan oleh Syeikh Abdul Malik. 5. Wan Zulkifli Wan Hassan & Azizi Umar. 2011. Sumbangan Ulama Nusantara di Terengganu dalam mengembangkan Mazhab Syafi’i. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara ⅳ. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penulis-penulis menceritakan peranan yang dimainkan oleh ulama tempatan mahupun luar, dalam mengembangkan agama Islam. Penulis mengkhususkan kepada ulama Terengganu, iaitu Tok Ku Pulau Manis. Terkandung di dalamnya latar belakang pendidikan, bidang pengajiannya, peranannya pada zaman pemerintahan Sultan Terengganu yang pertama, Sultan Zainal Abidin 1 serta karya-karya beliau dalam pelbagai disiplin ilmu. Mengenai latar belakang beliau di dalam pendidikan, beliau pernah ke Jawa dan Acheh, kemudian ke Mekah. Antara kitab fiqh yang masyhur dalam mazhab Shafi’i yang dipelajarinya daripada gurunya, Syeikh Ibrahim ialah Daw alSyama’ah karangan Imam Jalaluddin al-Sayuti, Minyah Ahl al-Wara’ karangan Syeikh



4



Ahmad, guru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani, Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi dan lain-lain lagi. Selain mengajar ilmu di pondok, beliau merupakan seorang mufti yang dilantik oleh sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin. 6. Shafie Abu Bakar. 1989. Perkembangan Keilmuwan dan Kesedaran Keislaman di Terengganu. PESAKA . Terengganu: Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Di dalam rencana ini, penulis menyebut mengenai latar belakang keluarga, latar belakang pendidikan, permulaan dakwah Islamiyyah menyebarkan ilmu pengetahuan disekitar Kuala Terengganu melalui penubuhan pondok pengajian di kampung tersebut di samping berperanan sebagai ulama istana pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1. Beliau turut dibantu oleh pelajar-pelajar utamanya yang kanan di dalam mengendalikan pengajian. Peranannya tidak terhad kepada bersifat tempatan sahaja, sebaliknya dilihat dari segi penyebaran ilmu pengetahuan. Beliau merupakan orang pertama yang menghasilkan karangan terbesar tasawuf yang beraliran etika-ubudiyyah di dalam bahasa Melayu. Ianya jauh lebih awal mendahului karangan-karangan tasawuf Imam Ghazali yang disadur di dalam Bahasa Melayu seperti Sayr al-Salikin dan Hidayat al-Salikin yang diusahakan oleh Syeikh Abdul Samad al-Palimbani dari karangan asal Imam al-Ghazali yang berjudul Ihya’ Ulum al-Din dan Bidayat al-Hidayat.



7. Rogayah A. Salim, Mariyam Salim. 2006. Kesultanan Melayu Terengganu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Di dalam buku ini, penulis menyatakan hasil karya Tok Ku Pulau Manis adalah penulisan terawal yang ditemui di Terengganu iaitu Hikam Melayu yang dihasilkan kira-kira pada



5



akhir 1760-an. Hasil penulisan di Terengganu banyak lahir pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. 8. Wan Muhd Shaghir Abdullah. 1985. Perkembangan Ilmu Fiqh dan Tokoh-tokohnya di Asia Tenggara. Solo: Ramadhani Penulis menyatakan bahawa sejarah Tok Ku Pulau Manis masih sedikit ditulis berbanding Syeikh Nuruddin ar-Raniri dan Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri. Tok Ku Pulau Manis hidup sezaman dengan Sultan Zainal Abidin 1(1138-1146H/1725-1733M) atau diperhubungkan dengan period murid Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri. Ini kerana ulama ini meninggal dunia tahun 1690M. Pada kubur beliau tertulis tahun hidupnya pada 1089-1149H. Dinyatakan juga, berlaku pertikaian pendapat bahawa ada orang mengatakan Tok Ku Pulau Manis adalah murid Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri dan ada pula mengatakan beliau tidak sempat belajar dengan ulama Acheh yang terkenal itu. Dikatakan selama di Mekah beliau hanya sempat belajar dengan Syeikh Ibrahim alKurani. Kemudiannya, beliau pulang ke Terengganu, mengembangkan dakwah Islam di sana. Bukan hanya Sultan Zainal Abidin 1 sahaja yang murid beliau, malah hampir semua pembesar Terengganu adalah anak muridnya. 9. Abdul Rahman Embong. 2012. Terengganu Merentasi Tiga Abad Kesultanan, Politik, Ekonomi, Agama, Budaya. Kuala Lumpur: Card Information Sdn.Bhd. Buku ini mengisahkan perjalanan Tok Ku Pulau Manis di dalam menuntut ilmu. Dari Acheh, Syeikh Abdul Malik yang masih dahagakan ilmu pengetahuan menyambung pengajiannya ke Mekah selama lebih satu dekad. Semasa di Mekah, beliau berguru dengan Syeikh Ibrahim Al-Kurani dengan memberi tumpuan kepada keilmuan tiga serangkai iaitu ilmu fiqh, usuluddin dan tasawuf dengan menuruti pendekatan ahl alSunnah wa al-Jamaah di samping mempelajari tasawuf sunni yang dipelopori al-Ghazali. Semasa di Mekah inilah beliau mengarang kitab Syarh Hikam, sebuah kitab tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dalam bahasa Melayu. Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah adalah seperti penglibatan



6



penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci Mekah sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan mereka adalah mereka yang datang dari Tanah Jawa. Kedudukan beliau disini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama ulama Jawa yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau. 10. Nurazmi Kuntum. 1991. Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengenai Tok Ku Pulau Manis dari sudut tradisi penulisan dan pemikiran Islam yang mana beliau tidak menonjol seperti ulama dan tokoh penulisan dan pemikiran Islam seperti Tok Ku Tuan Besar pada abad ke-19 di Terengganu biarpun tradisi penulisan dimulai oleh beliau. Beliau digelar Syeikh Ulama dan Tuan Besar Paduka Indera (meninggal dunia TM 1876) telah menghasilkan buku seperti Kanzu’l-’Ula, yang dikenali juga dengan Naban atau Nazam, Jawahiru’l-Saniah, atau disebut juga kitab Puji, ‘Uhudu Puratin fi Tarjamati Kalimatain Syahadatain yang juga dikenal sebagai Syahadan Tuk Ku dan Mukhtasar. Keahliannya meliputi banyak bidang ilmu Islam seperti ilmu fekah, tauhid, nahu, tafsir, hadis dan ilmu tasawuf.



11. Mohd Taib Osman dan A. Aziz Deraman. 2000. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Dinyatakan di dalam buku ini mengenai inisiatif masyarakat Islam terdahulu yang sangat cintakan ilmu dengan mengadakan kelas al-Quran dan majlis ilmu di masjid dan surau



7



selain kelas pengajian oleh guru dan sultan. Iltizam yang ditunjukkan ini telah mendorong kepada penubuhan institusi pondok. Kesultanan Terengganu yang bermula pada kurun ke-17 Masihi telah menyaksikan perkembangan Islam di negeri ini melalui pembabitan Syeikh Abdul Malik. Masyarakat sekitar petempatan Tok Ku Pulau Manis, sebagaimana penduduk lain di Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu telah menerima pengajaran Islam daripada guru raja dan ulama pondok yang bergiat pada masa tersebut. Masjid, surau, balai, rumah dan istana raja sendiri menjadi tumpuan umum bagi mereka yang dahagakan ilmu. 12. Nizaita Omar & Zulkifly Muda. 2005. Penglibatan Ulama dalm Pentadbiran: Kesannya Terhadap Perkembangan Dakwah dan Kesatabilan Politik di Terengganu. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara. Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Buku ini berkisar tentang penglibatan ulama dalam pemerintahan Terengganu iaitu sejak pemerintahan Sultan Zainal Abidin 1 lagi. Tok Ku Pulau Manis telah mendapat tempat yang istimewa di bawah pemerintahan baginda. Bahkan dikatakan beliaulah yang bertanggungjawab memberi restu melalui pengaruhnya sebagai seorang ulama kepada pembentukan kesultanan di Terengganu sehingga terlantiknya Tun Zainal Abidin yang sebenarnya berasal dari Kesultanan Johor-Riau daripada keturunan Tun Habib Abdul Majid sebagai sultan bagi negeri Terengganu. Dengan didikan agama yang diperoleh daripada Tok Ku Pulau Manis, baginda sultan telah menjalankan pemerintahan dengan berkesan. Turut dinyatakan, terdapat fakta sejarah bahawa apabila baginda Sultan memindahkan kediaman diraja beliau ke Pulau Manis, Syeikh Abdul Malik mengambil kesempatan untuk turut mengalihkan pusat agama ke kawasan baru Diraja. Bagi tujuan tersebut, sebuah masjid dibina dan ianya masih kekal sehingga hari ini. 13.Auni Abdullah.2015. Pemikiran Politik Islam dalam Sejarah Persuratan Alam Melayu.



Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.



Penulis menyentuh mengenai hubungan antara ulama dan pemerintah iaitu tradisi ulama menasihati raja. Juga peranan Tok Ku Pulau Manis ketika zaman pemerintahan Sultan



8



Zainal Abidin 1. Peranan para ulama adalah memberi nasihat dan bimbingan kepada para raja dan pembesar negeri tentang selok-belok pemerintahan daripada hal tanggungjawab raja hinggalah kepada aspek-aspek kewangan, perniagaan, pengawasan moral, dan kehakiman(tugas kadi). Peranan Tok Ku Pulau Manis adalah sebagai pelantik raja(king maker) dan mentua kepada Sultan Zainal Abidin 1, pengasas kesultanan Terengganu. 14. Muhammad Saleh Awang. 1983. Sejarah Darul Iman hingga 1337H=1918. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Di dalam buku ini penulis menyatakan bahawa Sultan Zainal Abidin 1 ketika berada di Pulau Manis, baginda telah memperisterikan anak perempuan Datuk Pulau Manis. Setakat yang diketahui baginda sultan mempunyai empat orang putera dengan isterinya Cik Puan Besar dari Patani, dan dua orang putera dari isteri anak Tok Ku Pulau Manis iaitu Ku Tana (Tanang) Mansur dan Ku Embong tetapi ada cerita mengatakan Ku Tanang Mansur itu dari isteri baginda yang berkahwin di Kampung Langgar(boleh jadi dialah anak Tok Ku Pulau Manis. Tok Ku Pulau Manis mengazan dan qamat sebagaimana yang disunatkan agama serta berdoa memohon diberkati putera itu dan dikhabarkan beliau telah meramalkan, putera ini akan menjadi pemerintah di antara saudara empatnya., dan akan membasmi perompatk dan lanun di laut serta namanya menjadi masyhur.



15. Muhammad Yusoff Hashim. 1991. Terengganu Darul Iman Tradisi Persejarahan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Penulis mengisahkan bahawa Terengganu sejak zaman awal hinggalah ke tahun 1940-an, memang giat dalam arena penulisan sejarah dan kesusasteraan. Amnya, hasil-hasil sastera



9



terbahagi kepada dua. Pertama, karya sastera yang bercorak sejarah. Ia dapat digunakan terus sebagai sumber sejarah. Kedua, hasil sastera yang bercorak bukan sejarah dari segi genre tetapi berguna dan dapat menjadi sumber sejarah. Sebelum tahun 1700 sudah terdapat bahan-bahan bertulis pada kertas, baik yang bercorak sastera mahupun sejarah. Sekiranya benar dakwaan MISBAHA, penulis dan ahli sejarah tempatan Terengganu mendakwa di dalam rencananya, bahawa Tok Ku Pulau Manis adalah satu-satunya ulama tempatan yang melahirkan dan menterjemahkan kitab Hikam Ibn Ata’ullah Assakandari dan lahirnya almarhum Syed Muhammad bin Zainal Abidin(Tok Ku Tuan Besar) lalu mendapat gelaran “ Pelopor dan Bapa Kesusasteraan”, maka didapati hanya pada penghujung abad ke 18, Terengganu mula memasuki tradisi kesusasteraan dengan menggunakan alat kertas/surat. Dengan demikian, terdapat andaian bahawa Tok Ku Pulau Manislah yang memulakan apa yang disebut “Zaman Pelopor Kesusasteraan Terengganu”. Hasil-hasil sastera yang begitu banyak lahir pada penghujung abad ke 19 dan awal abad ke-20 di Terengganu sebenarnya dapat mewajarkan keadaan. 16. Abdul Razak Mahmud et. al. 2009. Bunga Rampai Persuratan Melayu Wilayah Timur Sejarah, Pemikiran dan Karya. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Penulis mengisahkan bagaimana Tok Ku Pulau Manis dikenali, peninggalan kitab-kitab catatannya, serta penerusan legasi tradisi pendidikan pondok beliau. Buku ini menerangkan secara lebih terperinci tentang hasil catatan beliau. Di perkampungan di sekitar Kuala Terengganu dan Ulu Terengganu, Tok Ku Pulau Manis dikenali mereka melalui cerita-cerita lisan berkait dengan kekeramatannya. Di kalangan mereka berpengajian agama secara tradisi dan penyelidik-penyelidik yang berminat dalam lapangan tasawuf pula, mereka mengenalinya dari sebuah karangan dalam bentuk syarh terhadap matan Hikam Ibn Ata’i’Llah(M.709/1309) yang dikaitkan dengan Syeikh Abdul Malik. Di balai(madrasah) di Padang Midin, tersimpan beratus-ratus buah kitab lama yang kebanyakannya di dalam bentuk naskah tulisan tangan yang telah digunakan di dalam pengajaran sejak dari zaman beliau membawa kepada generasi selepasnya. Kebanyakan naskah-naskah tulisan tangan ini di dalam bahasa Arab di samping beberapa naskah berbahasa Melayu dalam tulisan Jawi. Terdapat juga beratus-ratus lagi kitab



10



bercetak di dalam kedua-dua bahasa yang digunakan di institusi tersebut di zaman kemudiannya. Peninggalan kitab-kitab tersebut mencerminkan keadaan pengajian di zaman tradisi dan berorientasikan keagamaan. Hasil penyelidikan luar dan kajian tehadap kitab-kitab di institusi Tok Pulau Manis, sekurangnya beliau telah menghasilkan empat buah karangan. Dua daripadanya berbentuk risalah iaitu risalah Naql dan risalah Kaifiyyah Niyyah, manakala dua lagi berbentuk kitab iaitu kitab Kifayah dan kitab Syarh Hikam(kitab Hikam Melayu). Risalah Naql sebuah kitab risalah fiqh yang membicarakan mengenai bilangan yang sah dengannya didirikan solat Jumaat. Risalah Kaifiyyah Niyyah sebuah risalah yang membicarakan tentang keadaan niat yang ada kaitannya dengan hukum fiqh dan juga mengenai persoalan tasawuf. Kitab Kifayah adalah kitab kedua besar hasil karangan beliau selepas kitab Hikam Melayu. 17. Mohd Faizal Harun. 2015. Tasawuf dan Tarekat Sejarah Perkembangan dan Alirannya di Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Di dalam buku ini penulis menerangkan Tok Ku Pulau Manis antara ulama sufi Melayu terawal yang tergolong ke dalam pemikiran tasawuf neosufisme. Selain beliau, tokoh lain adalah Syeikh Yusuf Tajul al-Khalwati al-Makassari, Syeikh Burhanuddin Ulakan, Tok Ku Paloh, Tuan Tabal dan lain-lain lagi. Di alam Melayu, tokoh yang menjadi rujukan dalam membawa kedua-dua aliran pemikiran tasawuf Sunni dan falsafi ialah Syeikh Abdul Rauf bin Ali al-Singkeli. Beliau mengambil baiah tarekat Syatariyyah daripada gurunya, Syeikh Ahmad al-Qusyasyi dan Syeikh Ibrahim al-Kurani, ketika beliau belajar di Mekah dan Madinah. Tok Ku Pulau Manis adalah salah seorang murid beliau yang mana hidup kesemua mereka meneruskan usaha dakwah dan penyebaran tarekat Syatariyyah di tempat masing-masing. 18. Mohd Fadzil Othman. 1980. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Buku ini menceritakan asal-usul tarekat Syatariyyah yang kemudian diperturunkan sehinggalah kepada Tok Ku Pulau Manis. Mengikut beberapa cerita dikatakan ianya



11



berasal daripada Nabi Muhammad, yang kemudian diturunkan kepada Saidina Ali. Kemudian Ali mengajarkan kepada anaknya Husain, selanjutnya diturunkan kepada Zainul Abidin. Zainul Abidin kemudian menganugerahkannya kepada Muhammad alBakar, yang kemudian diijazahkan kepada Imam Ja’afar as-Sadik(meninggal 886), yang selanjutnya sampai kepada Abdul Rauf anak Ali. Abdul Rauf mengajarkan kepada muridnya Syeikh Haji Abdul al-Muhyi dari Kampung Saparwadi di Karang(Preanger, Jawa), yang kemudian memberikan pula kepada Pakir Kiai Agus Nazim al-Din dari kampung yang sama. Kiai Agus menganugerahkan kepada Kiai Haji Muhammad Yunus, juga dari tempat yang sama, yang selanjutnya diajarkan kepada Kiai Mas, penghulu dari Bandung, yang kemudian melimpahkan kepada Haji Abdullah bin Abdul Malik(Tok Ku Pulau Manis) yang tinggal di Kampung Rusa, Terengganu, yang kemudian beliau memberikan pula kepada Lebai Bidin anak Ahmat, seorang Acheh. 19. Jamilah Ahmad & Zalila Sharif. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tok Ku Pulau Manis muncul sebagai tokoh di Terengganu yang memberi pengajaran fahaman tasawuf menurut as-sunnah wal-jamaah. Tulisannya yang terpenting merupakan sebuah syarahan terhadap karya sufi yang amat terkenal iaitu kitab Hikam karangan Imam Taj al-Din bin Ata’Allah al-Iskandari. Ulasan dan syarahan Kitab Hikam dalam bahasa Melayu itu amat popular, dibaca sebagai panduan kepada amalan tasawuf menurut aliran al-Sunnah wal-Jamaah. Ajaran dibawa kitab ini berpandu kepada karangan Imam al-Ghazali. Ajaran yang dipentingkan di dalam kitab ini lebih bercorak tasawuf etika, iaitu tasawuf yang memberi penekanan terhadap tindak-tanduk atau budi pekerti dalam kehidupan sehari-hari dan sifat-sifat yang mulia yang seharusnya diamalkan oleh seorang ahli sufi seperti sifat-sifat mujahadah, taubat, wara’, takut kepada Allah dan sebagainya. 20. Shafie Abu Bakar. 1974. Shaykh Abdul Malik Ibn Abdullah(Tuk Pulau Manis) Ulama Sezaman Dengan Shaykh Abdul Rauf Singkel Dalam konteks Pengislaman Terengganu. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di dalam tesis ini, penulis mengkaji mengenai pengislaman Terengganu dalam konteks



12



pensejarahannya di Kepulauan Melayu, hasil-hasil penulisan Syeikh Abdul Malik, Syeikh Abdul Malik ulama sezaman dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel serta pemikiran beliau. Kedatangan Islam ke negeri Terengganu terbukti dengan penemuan batu bersurat di Kuala Berang. Hasil penulisan beliau yang paling terkenal adalah Sharh Hikam. Turut dikatakan, dua lagi kitab beliau telah hilang iaitu Usul al-Tahqiq dan Kifayah. Beliau dikatakan pernah mengarang Tafsir al-Quran, tetapi belum sempat tamat. Selain itu, terdapat lagi kitab-kitab lain yang tidak diketahui. Penulis berpendapat berkemungkinan ada lagi kitab Tok Ku Pulau Manis tersimpan pada milik jurai-jurai keturunan yang lain. Syeikh Abdul Malik ulama sezaman dengan Syeikh Abdul Rauf Singkel. Ketika pengajian, beliau belajar dengan Abdul Rauf Singkel ketika di Mekah. Beliau kemungkinan tokoh ulama sezaman dan sezaman dengan abd Rauf Singkel, mungkin semasa mereka belajar di Madinah. Dari sudut pemikiran, beliau ulama yang alim dalam ilmu fiqh dan tasawuf, akan tetapi lebih alim di dalam tasawuf. Di dalam perkembangan ilmu tasawuf, tumbuh berbagai tarekat. Beliau adalah pengikut Shatariyyah. Dari sudut pengaruh dan perkembangan pemikiran Tok Ku Pulau Manis, beliau menguasai banyak cabang ilmu. Beliau satu-satunya tokoh terawal yang mendapat didikan pelajaran tinggi di Acheh dan Mekah dan menghasilkan beberapa buah karangan yang beberapanya masih tinggal bersama kita. Inisiatif beliau di dalam menghasilkan karangan-karangannya sedikit sebanyak datangnya dari pengaruh perkembangan keintelektualan yang telah dialami sebelumnya di Aceh yang mana antara pelopor-pelopor pengarang yang mengarang kitab-kitab keagamaan di dalam bahasa Melayu termasuklah Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumaterani dan Nuruddin al-Raniri. Konsep pengajian secara pondok modelnya juga diambil dari Acheh. Beliau merupakan seorang ulama penting yg lahir di alam melayu pd akhir abad ke 11/17. Kedudukannya selari dengan ulama-ulama seperti Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Sumaterani, Nuruddin al-Raniri. RUJUKAN



Abdul Rahman Abdullah. 1997. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Jakarta: Gema Insani Press.



13



Abdullah Jusoh. 1990. Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman Embong. 2012. Terengganu Merentasi Tiga Abad Kesultanan, Politik, Ekonomi, Agama, Budaya. Kuala Lumpur: Card Information Sdn.Bhd. Abdul Aziz Deraman. 2003. Peradaban Melayu Timur Laut. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Razak Mahmud et. al. 2009. Bunga Rampai Persuratan Melayu Wilayah Timur Sejarah, Pemikiran dan Karya. Kelantan: Pustaka Aman Press Sdn Bhd. Auni Abdullah.2015. Pemikiran Politik Islam dalam Sejarah Persuratan Alam Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ismail Che Daud. 2012. Tokoh-tokoh Ulama’ Semenanjung Melayu (1). Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Jamilah Ahmad & Zalila Sharif. 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Fadzil Othman. 1980. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Mohd Faizal Harun. 2015. Tasawuf dan Tarekat Sejarah Perkembangan dan Alirannya di Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Mohd Taib Osman dan A. Aziz Deraman. 2000. Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. Muhammad Saleh Awang. 1983. Sejarah Darul Iman hingga 1337H=1918. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.



14



Muhammad Yusoff Hashim. 1991. Terengganu Darul Iman Tradisi Persejarahan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nizaita Omar & Zulkifly Muda. 2005. Penglibatan Ulama dalm Pentadbiran: Kesannya Terhadap Perkembangan Dakwah dan Kesatabilan Politik di Terengganu. Nadwah Ulama Nusantara . Bangi: Fakulti Pengajian Islam Universiti



Prosiding Kebangsaan



Malaysia dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Nurazmi Kuntum. 1991. Teori dan Pemikiran Sastera Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rogayah A. Salim, Mariyam Salim. 2006. Kesultanan Melayu Terengganu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shafie Abu Bakar. 1974. Shaykh Abdul Malik Ibn Abdullah(Tuk Pulau Manis) Ulama Sezaman Dengan Shaykh Abdul Rauf Singkel Dalam konteks Pengislaman Terengganu. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Shafie Abu Bakar. 1989. Perkembangan Keilmuwan dan Kesedaran Keislaman di Terengganu. PESAKA . Terengganu: Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Wan Muhd Shaghir Abdullah. 1985. Perkembangan Ilmu Fiqh dan Tokoh-tokohnya di Asia Tenggara. Solo: Ramadhani



Wan Zulkifli Wan Hassan & Azizi Umar. 2011. Sumbangan Ulama Nusantara di Terengganu dalam mengembangkan Mazhab Syafi’i. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara ⅳ. Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.



15