Tajuk 1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN Tajuk 1: 6 Januari 2020 Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah: DR. FARIDAH BINTI SALAM 013-5530269



• • • •



Pengenalan



RMK Rancangan Semester Kuliah dan Tutorial Penilaian • Tugasan Projek • Peperiksaan • PBS • Soalan Perbincangan Tutorial • Pengurusan • Ketua Subjek • Padlet • Senarai Buku Rujukan



Hasil Pembelajaran • Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran • Menjelaskan proses pembelajaran dalam pendidikan • Menjelaskan prinsip-prinsip pembelajaran



Topik Perbincangan Konsep Pengajaran dan Pembelajaran



Pengajaran dan Pembelajaran



Jenis-jenis Pembelajaran Prinsip-prinsip Pembelajaran Proses Pembelajaran



Topik Perbincangan 1. Pengertian pengajaran dan pembelajaran 2. Proses pembelajaran dalam pendidikan 3. Prinsip-prinsip pembelajaran



Pengenalan  Mengajar ialah tugas utama bagi pekerjaan guru (Mohd Zohir dan Shukri Osman, 2004).



 Tugas mengajar memerlukan pengetahuan dan kemahiran pedagogi yang mantap selepas menjalani latihan perguruan yang mencukupi di IPGK, IPTA dan IPTS.



Apakah definisi dan konsep pengajaran?



Definisi Pengajaran  Pengajaran ialah perihal mengajar dan segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar (Kamus Dewan)



 Pengajaran adalah sebagai memberi arahan-arahan atau berkongsi pengetahuan dengan orang lain.



 Pengajaran sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan baik  Secara praktisnya, pengajaran merupakan suatu yang diagnostik dan preskritif (menganalisis keperluan pelajar dan mengaplikasikan strategi dan aktiviti yang sesuai)



Definisi Pengajaran Pengajaran melibatkan:



    



Perancangan Pengelolaan/Pelaksanaan Penyampaian Bimbingan Penilaian (Hasil Pembelajaran = Learning Outcomes)



Definisi Pengajaran Secara umumnya, pengajaran adalah melibatkan:



 Ilmu Pengetahuan (Knowledge) – (Kognitif)  Kemahiran (Skills) – Psikomotor(Fizikal/Jasmani)  Nilai (Values) – Afektif (Rohani + emosi)



Konsep Pengajaran  Pengajaran adalah susunan maklumat dan suasana bagi memudahkan



pembelajaran (Heinich, et al.,1996)  Gagne (1985), menyatakan pengajaran sebagai set tatacara luaran yang menyokong proses-proses dalaman yang berkaitan bagi mencapai hasil pembelajaran.  Wittrock(1979), mengatakan bahawa pengajaran ialah aktiviti yang melibatkan proses meransang pelajar untuk membina maksud atau erti berdasarkan pengalamannya, bukan meransang mereka mengeluarkan semula pengetahuan orang lain.



Konsep Pengajaran  Satu proses penyampaian ilmu pengetahuan dan juga



merupakan aktiviti intelek.  Tujuan: membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna.  Satu sistem aktiviti terhadap pelajar-pelajar dengan harapan akan membawa perubahan tingkah laku



Pengajaran melibatkan kegiatan tertentu:



• • • • •



Merancang Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran Memilih strategi pengajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Menilai dalam satu-satu pengajaran



Definisi Pembelajaran  Suatu proses perubahan tabiat, pengetahuan dan sikap (Crow & Crow)



 Perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat daripada interaksi dengan persekitaran. (Dr. Noriati, 2012)



 Pembelajaran melibatkan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman.



 Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman. (Slavin, 2005)



Definisi Pembelajaran  Sebagai perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal dan perubahan berlaku akibat daripada pengalaman (Commonwealth of Learning, 2002)



 Perubahan tersebut mungkin secara sengaja atau tidak, untuk lebih baik atau buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar (Hill, 2002)



 (Al-Ghazali), belajar merupakan usaha yang dilakukan untuk memperoleh ilmu kemudian mengamalkannya.



Definisi Pembelajaran Ahli psikologi mempunyai pandangan yang berbeza tentang pembelajaran.



 Teori behaviorisme: menegaskan bahawa pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku, kemahiran-kemaharan baharu atau pengetahuan yang boleh diperhatikan (didemontrasikan).



 Teori kognitif: menekankan proses mental yang digunakan seseorang individu untuk belajar dan mengingatkan maklumat baharu atau kemahiran-kemahiran, walaupun tidak dapat diperhatikan. Pembelajaran berlaku kerana pelajar cuba memahami persekitaran secara aktif.



Pembelajaran  Pembelajaran dilihat daripada dua perspektif: i. Fizikal – Perubahan tingkah laku yang dapat dilihat.



ii. Mental – Proses-proses mental untuk ingat maklumat, kemahiran dan nilai baru.



 Pembelajaran berlaku apabila seseorang individu telah berjaya mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.



Jenis-jenis Pembelajaran • Pembelajaran secara formal • Pembelajaran secara tak formal • Pembelajaran non-formal Apakah perbezaan antara tiga jenis pembelajaran ini? Berikan contoh untuk setiap jenis pembelajaran di atas.



Teh Chiew Lan-IPGKPP



1/9/2020



Proses Pembelajaran  Proses yang melibatkan kegiatan interaksi antara guru-murid dan komunikasi timbal balik yang berlangsung dalam situasi edukatif untuk mencapai tujuan belajar (Rustaman, 2001).



 Guru dan murid merupakan dua komponen yang tidak boleh dipisahkan.



 Antara dua komponen tersebut harus terjalin interaksi yang saling menunjang agar hasil belajar murid dapat tercapai secara optimal.



Konsep Pembelajaran Gagné (1985)



Proses Pembelajaran GAGNE (1985)  Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia memproses maklumat seperti komputer. Beliau mengenalpasti lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari. Peringkat 1 – Motivasi Peringkat 2 – Memberikan Perhatian Peringkat 3 – Perolehan Peringkat 4 – Ingatan Peringkat 5 - Ingat Kembali dan Retrieval Peringkat 6 – Generalisasi Peringkat 7 – Prestasi Peringkat 8 – Maklum Balas dan Peneguhan



Proses Pembelajaran GAGNE (1985) 1. Motivasi



Set induksi yang menarik dan dapat merangsang motivasi belajar dan minat murid Murid-murid menerima rangsangan daripada pengajaran guru ABM/BBM yang bersifat multimedia – Menarik dan berfungsi dengan baik (klip video) Suasana bilik darjah yang kondusif – Bersih, ceria, susunan kerusi dan meja yang teratur dll.



Proses Pembelajaran GAGNE (1985) 2. Menarik Perhatian  Melibatkan proses pengamatan dan penanggapan terhadap konsep, maklumat/input baru yang disampaikan oleh guru



 Guru perlu memberi penerangan dan menghuraikan sesuatu fakta dengan baik, jelas dan mantap.



 Memberi contoh-contoh yang relevan dengan topik yang dibincangkan  Kaedah latih tubi digunakan agar murid dapat menguasai sesuatu kemahiran baru  Komunikasi 2 hala antara guru dengan murid – Murid-murid diberi peluang untuk bertanya soalan kepada guru sekiranya terdapat perkara-perkara yang diajar kurang difahami.



Proses Pembelajaran GAGNE (1985) 3. Perolehan (Mendapat maklumat/information)



 Rangsangan yang diterima oleh pancaindera (lihat, dengar, hidu, rasa dan sentuh) dibawa ke otak untuk diberikan makna dan diterima



 ABM/BBM yang bersifat multimedia – Memudahkan proses pemerolehan maklumat



Proses Pembelajaran GAGNE (1985) 4. Ingatan  Maklumat/konsep baharu yang diajar oleh guru akan disimpan di dalam ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang  Menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan murid 5. Ingat Kembali  Fakta, pengetahuan dan pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk menyelesaikan sesuatu masalah  Mengingati semula fakta-fakta penting untuk menjawab soalan-soalan di dalam ujian dan peperiksaan  Mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada  Mengingati nombor telefon mudah alih rakan sebelum menelefonnya



Proses Pembelajaran GAGNE (1985) 6. Generalisasi – Aplikasi ilmu dalam situasi yang lain/memerlukan atau dalam kehidupan seharian



 Pengalaman dan pengetahuan yang diamalkan dalam situasi baru yang sesuai dan sepadan



 Menggunakan pengetahuan dalam Matematik untuk mengira jumlah perbelanjaan makan dan minum dalam seminggu



 Pengajaran berjaya jika murid dapat mengaplikasikan perkara yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar bilik darjah.



Proses Pembelajaran GAGNE (1985)



7. Prestasi  Seseorang individu mendapatkan maklum balas orang lain mengenai tingkah lakunya.  Keputusan ujian atau peperiksaan yang menggambarkan prestasi akademik seseorang murid  Prestasi dapat dinilai berdasarkan ujian lisan atau bertulis



8. Maklum Balas  Murid mendapat peneguhan positif daripada guru mengenai perlakuannya dan prestasinya dalam akademik.  Maklum balas ini penting untuk menentukan sama ada murid dapat mengingati fakta-fakta penting atau mengamalkan kemahiran yang diperolehnya dengan baik



Proses Pembelajaran



 Gagne (1985) Menggariskan 9 langkah pengajaran bagi memaksimumkan proses pembelajaran:



Langkah1 – Menarik Perhatian Langkah 2 – Menyampaikan objektif



Langkah 3 – Mengingati Pelajaran Lalu Langkah 4 – Menyampaikan isi dan pendorong pembelajaran Langkah 5 – Menyediakan Panduan Pembelajaran Langkah 6 – Menggalakkan perlakuan (melatih kemahiran/tingkah laku baru) Langkah 7 – Memberikan maklum balas



Langkah 8 – Menilai Pencapaian Langkah 9 – Merangsang pemindahan dan meneguhkan ingatan



Langkah 1: Menarik Perhatian Tujuannya supaya pelajar dapat memberikan tumpuan terhadap perkara yang diajar. Pelajar memerlukan sumber motivasi bukan sahaja di awal pembelajaran malah sepanjang proses pembelajaran. Penggunaan bahan grafik, gabungan warna, animasi dan bunyi berupaya menjadi sumber motivasi kepada pelajar.



Langkah 2 – Menyampaikan Objektif • Tujuannya supaya pelajar tahu hasil pengajaran. • Ini akan membantu pelajar untuk focus kepada perkara yang akan mereka pelajari dan isi-isi penting yang patut diperoleh di sepanjang proses pembelajaran.



Langkah 3 – Mengingati Pelajaran Lalu • Tujuannya supaya pelajar dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengetahuan sedia ada dan seterusnya membina idea baru.



Langkah 4 – Menyampaikan isi dan pendorong pembelajaran • Isi yang disampaikan perlu sesuai dengan tahap pelajar. • Isi penting digariskan dan dihuraikan dalam bentuk penerangan serta contohcontoh yang lebih konkrit.



Langkah 5 – Menyediakan Panduan Pembelajaran • Panduan pembelajaran diberikan dengan menggunakan contoh, gambar rajah dan latihan dalam pengembangan pengajaran.



• Contoh: bagi konsep-konsep yang abstrak seperti konsep atom, pergerakan molekul dan sebagainya boleh ditunjukkan dengan menggunakan grafik animasi.



• Tujuannya supaya pelajar mudah memahami konsep tersebut.



Langkah 6 – Menggalakkan perlakuan • Membolehkan pelajar mencuba kebolehan yang baru hasil dariapda pembelajaran.



• Boleh dilaksanakan dengan memasukkan aspek kebolehan pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dalam isi kandungan pembelajaran.



• Contoh: kebolehan membanding dan membeza, kebolehan membuat pengelasan, kebolehan menganalisis, membuat pemerhatian dan sebagainya (Ritchie, 1996)



Langkah 7 – Memberikan maklum balas • Maklum balas diberikan dengan cara membetulkan kesilapan pelajar. • Membolehkan pelajar berhubung dengan guru.



Langkah 8 – Menilai Pencapaian • Menilai kebolehan pelajar.



Langkah 9 – Merangsang pemindahan dan meneguhkan ingatan • Mengaplikasikan pengetahuan baru dalam situasi yang berbeza. • Mendedahkan pelajar kepada situasi dan pengalaman dunia sebenar.



Prinsip-Prinsip Pembelajaran  Ahli psikologi pendidikan telah mengenalpasti beberapa prinsip pembelajaran yang juga dirujuk sebagai hukum pembelajaran.



 Prinsip-prinsip ini telah ditemui, diuji dan digunakan dalam situasi pembelajaran.



 Prinsip-prinsip ini memberikan pengertian tambahan tentang pembelajaran berkesan.



Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997) 1. Penglibatan Aktif  Murid perlu dilibatkan secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran  Contoh: Perbincangan di dalam kumpulan 2. Perkaitan dan Corak  Murid melaksanakan tugasan yang mencabar – Penyelesaian masalah  Murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif  Contoh: Menjana idea-idea bernas dalam percambahan fikiran



Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997) 3. Pembelajaran Informal  Pembelajaran berlaku sepanjang masa di dalam dan di luar bilik darjah  Contoh: Sudut bacaan di dalam bilik darjah



4. Pengalaman Langsung  Learning-by-doing  Belajar sambil bermain  Contoh: Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah



Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997) 5. Situasi Mendesak (Compelling situation)  Pembelajaran sebagai suatu proses penyelesaian masalah  Wujudkan situasi pembelajaran yang mencabar  Contoh: Kuiz, perbahasan, sesi soal jawab dsb.  Cara-cara guru dapat mewujudkan situasi mendesak: • Menyediakan standard yang tinggi terhadap tingkah laku murid-murid di dalam atau di luar bilik darjah • Memberi tanggungjawab yang lebih kepada murid untuk memupuk bakat kepimpinan • Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang menggalakkan penglibatan yang aktif dalam pelbagai aktiviti pembelajaran • Menyediakan pembelajaran berasaskan kontekstual – Rujuk Teori Konstruktivisme



Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997) 6. Maklum Balas Berterusan Murid diberi peluang untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri Aspek ini sangat penting untuk meningkatkan prestasi akademik murid Contoh: Ulasan guru yang positif dalam Buku Rekod Kemajuan 7. Suasana yang Menyeronokkan Mempelbagaikan aktiviti p & p – Sumbang saran, simulasi, kuiz dan sebagainya. ABM/BBM yang bercorak multimedia



Prinsip-Prinsip Pembelajaran EWELL (1997) 8. Refleksi Guru akan menyedari kekuatan dan kelemahan diri semasa melaksanakan PdP. Guru dapat merancang pelbagai strategi yang berkesan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri semasa mengajar. Guru dapat merancang pelbagai strategi untuk melaksanakan penambahbaikan dalam perancangan dan pelaksanaan PdP pada masa akan datang. Contoh: Menulis refleksi dengan baik dan jelas pada bahagian akhir RPH



RUMUSAN  Pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu cara untuk menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.



 Pembelajaran membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baharu kesan daripada pengalaman yang dilalui. Manusia mula belajar sejak dilahirkan melalui pembelajaran secara formal dan informal. Pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan dan tingkahlaku seseorang.



RUMUSAN  Pengajaran boleh dihuraikan sebagai suatu cara untuk menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.



 Pembelajaran membawa makna satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baharu kesan daripada pengalaman yang dilalui. Manusia mula belajar sejak dilahirkan melalui pembelajaran secara formal dan informal. Pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan dan tingkahlaku seseorang.



RUMUSAN  Gagne (1985) menerangkan bahawa minda manusia memperoses maklumat seperti komputer. Beliau mengenalpasti lapan peringkat dalam proses mengubah maklumat kepada pengetahuan yang dipelajari iaitu; motivasi, memberikan perhatian, perolehan, ingatan, ingat kembali, generalisasi, prestasi dan maklum balas.



 Ewell (1997) telah mengemukakan lapan prinsip pembelajaran untuk hasil yang lebih berkesan iaitu; penglibatan aktif, perkaitan dan corak/konstruktivisme, pembelajaran informal, pengalaman langsung, situasi mendesak, maklum balas berterusan, suasana yang menyeronokkan dan refleksi.



Rujukan: Ewell, P.T. (1997), Organizing for Learning: A point of entry. Draft. Dipetik dari http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html Gagne, R. (1985), Conditions of Learning. New York: Holt, Rinehart and Winston



Noriati A. Rashid, Boon, P.Y dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar (Edisi Kedua).Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.