TAJUK 2 Proses Pembelajaran PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



TAJUK 2 : PROSES PEMBELAJARAN



SINOPSIS



Tajuk ini



membincangkan tajuk-tajuk berkaitan kesediaan belajar, persepsi dan



penanggapan, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran dalam proses pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN



      



Di akhir topik ini, pelajar dapat : 1. Memahami dan menjelaskan konsep kesediaan belajar dan pemindahan pembelajaran. 2. Menghuraikan persepsi dan penanggapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Menjelaskan dengan terperinci pengertian ingatan dan lupaan.Kesediaan belajar







10



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



TAJUK 2



EDU2033



PROSES PEMBELAJARAN



KANDUNGAN TAJUK 2: 2.1 Proses Pembelajaran    



Kesediaan belajar Persepsi dan Penanggapan Ingatan dan Lupaan Pemindahan pembelajaran



DEFINISI PROSES PEMBELAJARAN



Pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat bermula sabaik sahaja dilahirkan. Pembelajaran bukan setakat merangkumi penguasaan pengetahuan kemahiran semata-mata, tetapi perkembangan emosi, sikap, nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Pembelajaran membawa perubahan pada diri seseorang, sama ada perubahan ke arah kebaikan ataupun keburukan. Walaubagaimanapun, perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan, makan, penyakit dan kelaparan tidak dianggap sebagai pembelajaran.



11



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



KONSEP KESEDIAAN BELAJAR



Sebelum guru memulakan pengajaran, mereka lazimnya bertanya kepada pelajar-pelajar sama ada mereka sudah bersedia untuk belajar atau belum. Malah perkataan bersedia digunakan dalam pelbagai situasi seperti bersedia untuk bermain, bersedia untuk berbincang, bersedia untuk diperiksa dan sebagainya. Oleh itu, kesediaan pembelajaran sangat penting bagi memastikan pelajar-pelajar memperoleh ilmu daripada apa yang dipelajari. Ini boleh dikatakan kana-kanak tidak dapat memahami sesuatu konsep apabila tahap pemikirannya belum sampai ke tahap itu.



Menurut Ee Ah Meng (1995) sebenarnya kesediaan belajar merupakan keadaan seseorang individu yang membolehkannya menikmati pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal juga boleh mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya. Terdapat tiga jenis kesediaan belajar yang utama iaitu, kesediaan kognitif, kesediaan fizikal (psikomotor), afektif (emosi dan sikap) sebelum menerima pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran yang berkesan.



Thorndike (1913) mengemukakan Hukum Kesediaan seperti berikut: i.



Apabila seseorang individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan dan berjaya melakukannya, maka tindakan ini akan membawa kepuasan kepadanya.



ii.



Apabila seseorang individu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, tetapi tidak dapat melakukannya, maka individu itu akan merasa kecewa.



iii.



Apabila seseorang individu belum bersedia untuk melakukan sesuatu, tetapi dipaksa melakukannya, tindakan paksaan itu pula menimbulkan perasaan dukacitanya.



Piaget (1952) telah mengemukakan teori perkembangan kognitif yang boleh dijadikan panduan apabila merancang objektif dan aktiviti pembelajaran. Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat, iaitu Peringkat Deria Motor (0-2 tahun), Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun), Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun). Jadi, kesediaan kognitif merujuk kepada mental seseorang untuk belajar sesuatu.



Proses perkembangan kanak-kanak adalah berterusan. Ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Ini 12



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



dapat dilihat perkembangan intelek seseorang adalah mengikut pertambahan umurnya demi setiap tahun. Seterusnya ialah kesediaan afektif yang merujuk kepada sikap, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Menurut Stanford (1971), pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali seorang pelajar mengulang kaji bahan pelajarannya. Sebagai contoh, seseorang budak mempunyai kesediaan afektif yang tinggi maka dia akan lebih berminat untuk belajar. ini memudahkan proses pembelajaran dan mencapai kecemerlangan dalam sesuatu bidang yang dia minati. Sebaliknya, jika seseorang dipaksa untuk belajar, pembelajaran dan kemahiran tidak akan mencapai taraf yang tinggi dan tindakan ini akan membawa kekecewaan.



Yang ketiga pula ialah kesediaan psikomotor yang merujuk kepada seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran yang baru. Kematangan fizikal ini meliputi perkembangan otot, tulang, anggota, pengawalan dan penyelarasan pergerakan di seluruh badan. Seseorang itu dikatakan mempunyai kesediaan psikomotor sekiranya tubuh badannya telah sampai kematangan selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan. Akan tetapi, peringkat kesediaan psikomotor bagi kanak-kanak yang berumur sama adalah berbeza. Contohnya, pelajar-pelajar Tahun 1 di dalam kelas yang sama boleh mendapati abjad yang ditulis adalah berbeza, ada yang tulis dengan kemas dan ada yang tidak kemas hurufnya. Keadaan tersebut wujud kerana sesetengah kanak masih belum mencapai kesediaan psikomotor walaupun dalam umur yang sama. Aktiviti-aktiviti seperti mengikat tali kasut, memegang pensel menulis atau membutang baju memerlukan koordinasi pergerakan otot. Justerunya, kesediaan psikomotor yang tinggi akan membolehkan seseorang menjalankan aktiviti latihan dalam proses pembelajaran dengan cekap dan berkesan.



Selain itu kita perlu memikir dan mempertimbangkan kemampuan, keupayaan, kebolehan dan kesediaan kanak-kanak mengikut tahap perkembangan mereka. Guru yang mengajar kanak-kanak pada peringkat awal perlu lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Oleh itu, persediaan dan pengalaman awal kanak-kanak memerlukan pembelajaran yang terancang, menarik dan relevan dengan perkembangan semasa serta dapat memenuhi keperluan individu kanak-kanak.



13



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



Secara ringkasnya, seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajar sesuatu sekiranya



individu



itu



belum



mempunyai



kesediaan



belajar.Kesediaan



belajar



yang



dimaksudkan adalah dari segi:-



1. Kesediaan Kognitif 



Perkembangan mental pelajar bagi membolehkan mereka memahami, berfikir dan menaakul persekitaran pembelajaran yang baru.







Meningkat apabila umur bertambah



2. Kesediaan Psikomotor 



Penguasaan kemahiran yang memerlukan tindakan fizikal







cth: melukis, membaling bola



3. Kesediaan Afektif 



Merangkumi sikap, rasa ingin tahu, rajin, minat



IMPLIKASI KESEDIAAN BELAJAR 1. Menggunakan pelbagai rangsangan untuk mengekalkan minat pelajar terhadap pembelajaran 2. Membangkitkan naluri ingin tahu pelajar dengan menggunakan teknik menyoal dan kaedah inkuiri-penemuan. 3. Menggunakan strategi pengajaran kumpulan dan pengajaran individu untuk melayani perbezaan individu. 4. Merancang aktiviti pembelajaran yang boleh menghasilkan perasaan kepuasaan pelajar, demi memupuk



dan meningkat tahap kesediaan belajar untuk aktiviti pembelajaran



yang berikutnya. 5. Gunakan teknik peneguhan untuk memupuk kendiri positif pelajar, demi menimbulkan keyakinan mereka dengan kesediaan belajar yang tinggi 6. Memberi aktiviti kemahiran asas yang cukup sebagai aktiviti pengukuhan. Gunakan kemahiran asas yang dikukuhkan sebagai kesediaan belajar utk aktiviti pembelajaran kemahiran yang baru dan kompleks 7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan membentuk iklim bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 8. Menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan serta dapat menarik perhatian pelajar. 14



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



PERSEPSI DAN PENANGGAPAN



Persepsi atau pengamatan merupakan satu proses di mana otak menerima maklumat dari deria-deria, menyusun semula maklumat dan memberi makna kepadanya. Dari pengertian ini adalah jelas bahawa untuk melakukan pengamatan kita tidak sahaja memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan tetapi kita hendaklah memberi makna kepada rangsangan-rangsangan yang tiba pada deria-deria kita (Ee Ah Meng, 1997).



Persepsi adalah satu proses yang mana otak kita menerima maklumat dari deria-deria kita (seperti deria lihat, deria mendengar, deria merasa, deria menghidu dan deria menyentuh), menyusun semula maklumat itu dan memberi makna kepadanya. Kebiasaanya, maklumat yang diterima adalah berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi dan membentukkan gambaran, bayangan, makna atau konsep rangsangan tersebut. Sebagai contoh, jika sebuah motosikal lalu, seseorang itu mendengar bunyi (deria pendengaran) tersebut dan dia telah pernah melihat objek (motosikal) mengeluarkan bunyi tersebut (pada masa yang lalu), maka gambaran ‘motosikal’ dengan cepat terbayangnya. Akan tetapi, seseorang individu yang tidak ada pengalaman seperti ini tidak akan mampu memberikan makna kepada bunyi ini.



15



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



JENIS-JENIS PERSEPSI



Persepsi ruang yg mengandungi ruang dua dimensi (spt gambar) & tiga dimensi (spt bahan konkrit). Contoh: persepsi linear – semakin dekat semakin lebar, semakin jauh semakin sempit & tinggi. Persepsi gerakan yg dihasilkan drp rangsangan bergerak dibiaskan pd retina melalui mata. Selama imej dibentuk serupa bergerak, maka persepsi gerakan akan dihasilkan. Kadangkadang persepsi gerakan menjadi persepsi ilusi cth persepsi bangunan bergerak semasa menumpang bas, kereta sebelah lori.



Persepsi masa yg subjektif & berbeza kerana individu, perkara, masa atau tempat yg berlainan PENANGGAPAN



Bruner (1973) menggunakan perkataan pengkategorisasikan sebagai pembentukan konsep iaitu membuat kategori dengan membezakan perkara-perkara atau benda-benda yang beraneka jenis mengikut ciri-ciri yang sama masing-masing. Sebagai contoh, haiwan adalah diklasifikasikan berdasarkan sifat-sifat khusus seperti jenis binatang yang terbahagi kepada mamalia, reptilian dan amfibia. Cara pengkategorisasi ini membolehkan kita mengenal pasti, memahami, mempelajari ataupun mengingati mereka dengan lebih mudah lagi.



Penanggapan merupakan satu proses pembentukan konsep di mana pembelajaran bergantung kepada pengamatan pelajar terhadap sesuatu rangsangan dan membuat tanggapan yang tepat terhadap sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Namun, dalam proses membuat tanggapan yang tepat, pelajar sering terganggu sekiranya banyak rangsangan wujud di sekelilingnya. Oleh itu, dalam teori belajar Bruner, beliau berpendapat bahawa mata pelajaran dapat diajarkan secara efektif dalam bentuk intelektual yang sesuai dengan tingkat perkembangan anak serta untuk mengembangkan program pengajaran yang lebih efektif adalah dengan mengoordinasikan model penyajian bahan dengan cara di mana anak dapat mempelajari bahan itu sesuai dengan tingkat kemajuan mereka. Jadi sebagai seorang guru, kita harus memberikan kesempatan kepada pelajar dalam menemukan erti bagi diri mereka sendiri dan mempelajari konsep-konsep di dalam bahasa yang dapat diertikan oleh mereka semasa dalam pengajaran di sekolah.



16



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



Bruner telah mengemukakan tiga konsep: i.



Konsep konjuntif: menerangkan gabungan dua atau beberapa atribut yang tidak dapat dipisahkan atau dikurangkan.



ii.



Konsep disjuntif: pula merupakan gabungan atribut dalam konsep itu boleh digunakan dalam satu situasi atau situasi yang lain.



iii.



Gabungan:



ialah



konsep



hubungan



yang



bermaksud



atribut-atribut



dalam



konsep mempunyai hubungan khas antara satu sama lain.



Ketiga-tiga konsep ini boleh diaplikasikan dalam amalan pembelajaran sekolah kerana ia melibatkan perhubungan antara guru dengan pelajar dan kedua-dua memainkan peranan penting dalam pembentukan suasana pembelajaran. FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN PENANGGAPAN



i.



Pengalaman Pengalaman seseorang akan membantunya membentuk konsep. Tanpa pengalaman lalu yang boleh dikaitkan, pelajar-pelajar tidak dapat membentuk penanggapan yang betul.



ii.



Imaginasi Imaginasi adalah kebolehan mental seseorang untuk membayangkan sesuatu walaupun objek atau orang itu tiada di hadapannya. Daya imaginasi yang tinggi juga mempercepatkan pembentukan penanggapan seseorang individu.



iii.



Kecerdasan Merujuk



kepada kebolehan



mental



seseorang



untuk



melihat



perkaitan



serta



menggunakan perkaitan-perkaitan ini dalam proses penyelesaian masalah. Kecerdasan yang tinggi seseorang individu maka mempercepatkannya untuk membuat generalisasi serta membentuk penanggapan.



17



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



iv.



EDU2033



Penguasaan Bahasa Pembentukan konsep memerlukan perbendaharaan kata dan pengungkapan ayat yang baik. bahasa yang mengelirukan boleh menyebabkan pelajar-pelajar membentuk penanggapan yang salah.



CARA-CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENANGGAPAN



1.



Membimbing pelajar-pelajar berdasarkan pendekatan daripada konsep sedia ada kepada konsep baru dan daripada konsep mudah kepada konsep kompleks.



2.



Menggunakan bahan-bahan konkrit untuk mengaitkannya dengan perwakilan simbol.



3.



Memulakan pelajaran dengan atribut-atribut utama yang mudah dan jelas dikenal pasti



4.



Membimbing pelajar-pelajar berdasarkan kaedah induktif dan deduktif.



5.



Memeringkatkan isi pelajaran



6.



Menolong pelajar-pelajar menguasai bahasa untuk digunakan membentuk konsep baru



7.



Membimbing pelajar-pelajar menggunakan analogi



8.



Mengajar menggunakan carta/ gambar rajah sebelum mengkaji situasi sebenar



9.



Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk membentuk konsep yang lebih tinggi



INGATAN



Definisi Ingatan :-



Merupakan



proses



kebolehan



manusia



utk



menerima



maklumat,



memproses



dan



menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan.Ingatan merupakan proses mental yang menyimpan perkara-perkara yang telah dipelajari, dan kemudian mengeluarkannya kembali sebagai tindakbalas dalam situasi yang diperlukan, seperti menyelesaikan masalah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.



Mengikut Atan Long (1968), ingatan boleh diertikan sebagai kebolehan seseorang dalam pemilihan dan penerimaan rangsangan sebagai maklumat dan pengalaman untuk disimpan dalam otaknya. Fein (1978) mentafsirkan ingatan sebagai pemerosesan maklumat yang diterima dalam otaknya, menyimpan dan mengeluarkannya.



18



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



Berdasarkan huraian-huraian pengertian ingatan di atas, maka bolehlah dirumuskan bahawa ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. JENIS-JENIS INGATAN



i.



Ingatan Jangka Pendek



Ingatan jangka pendek merujuk kepada berapa banyak item atau data disimpan dalam satu masa setakat mana seseorang dapat memberi penumpuan secara sedar dalam masa pendek. Ia mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa latihan. Biasanya, maklumat-maklumat yang disimpan di dalamnya boleh hilang dalam masa kurang daripada 30 saat, malah kadang-kala lebih cepat lagi. Cara yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah melalui latihan dengan mengulangi maklumat yang diterima beberapa kali. Dua fungsi utamanya ialah untuk mengekalkan maklumat dalam ingatan jangka pendek dan membantu manusia memindahkan maklumat daripada ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang.



2.



Ingatan Jangka Panjang



Ingatan jangka panjang ialah apa yang dimaksudkan oleh orang ramai apabila mereka bercakap tentang ingatan. Ia sering merupakan sasaran yang memerlukan pembaikian melalui teknik-teknik atau kaedah-kaedah memperbaiki ingatan.



FAKTOR MEMPENGARUHI INGATAN



i.



Faktor Bahan Pembelajaran (a) Panjang bahan pembelajaran (b) Faktor kesukaran bahan pembelajaran (c) Kedudukan bahan pembelajaran (d) Bahan pembelajaran yang bermakna



ii.



Faktor Kaedah Pembelajaran (a) Masa belajar secara bahagian/sekali gus 19



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



(b) Pembelajaran berlebihan iii.



Faktor Peribadi (a) Faktor umur (b) Faktor jantina (c) Perkaitan motivasi dgn pembelajaran (d) Emosi dgn ingatan



Daya ingatan juga boleh dipengaruhi secara tidak langsung melalui beberapa cara:i.



Alat bantuan memori Contoh seperti jam loceng , penggera kereta , membantu dalam proses ingatan masa dan tempat kereta diletak . Ini memudahkan proses daya ingatan.



ii.



Menghadapi tekanan sosial Mengenali dan mengenalpasti tekanan social yang mempengaruhi



perlaksanaan/



prestasi daya ingatan seseorang membantu menjadikannya lebih efektif. Contoh : Daya ingatan orang muda lebih di percayai berbanding dengan orang tua. Wanita dipercayai lebih mahir dalam mengingati nama , berbanding dengan lelak yang lebih pakar dalam menghafal nombor.



PENGERTIAN LUPAAN



Bermaksud kelenyapan atau kehilangan dalam persepsi seseorang terhadap maklumatmaklumat yang telah dipelajari.



JENIS-JENIS LUPAAN: 



Lupaan keusangan







Lupaan gangguan







Lupaan desakan



FAKTOR MEMPENGARUHI LUPAAN 



Tempoh masa







Gangguan retroaktif & proaktif







Motif lupaan (a) gangguan retroaktif 20



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



(b) gangguan proaktif 



Perubahan kuantiti dan kualiti ingatan (a) perubahan kuantiti ingatan (b) perubahan kualiti ingatan



CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN ATAU MENGURANGKAN LUPAAN



1.



Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna.



2.



Mengajar dengan menggunakan panjang bahan pembelajaran yang berpatutan dan memberi masa yang cukup uuntuk mengekalkannya dalam ingatan.



3.



Mengajar secara menarik untuk menarik perhatian pelajar.



4.



Rancangkan bahan pembelajaran dengan kesukaran yang berpatutan.



5.



Membentuk iklim pembelajaran yang kondusif.



6.



Gunakan kaedah nemonik supaya fakta lebih mudah diingati.



7.



Menarik perhatian pelajar dengan menonjolkan isi/ fakta penting.



8.



Memberi ulangkaji secukupnya untuk mengukuhkan ingatan.



9.



Elakkan gangguan proaktif ataupun gangguan retroaktif.



10.



Mengajar dengan carta atau gambarajah untuk mengilustrasikan bahagian dan fakta yang penting.



PEMINDAHAN PEMBELAJARAN •



Boleh diertikan sebagai kecekapan dan kebolehan menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran yang sedia ada dalam ingatan untuk diaplikasikan kepada proses pembelajaran atau sesuatu situasi baru yg berkaitan.







Boleh berlaku dalam fasa generalisasi dan fasa penanggapan Gagne dan juga gangguan proaktif (iaitu pembelajaran sebelumnya mengganggu pembelajaran yang berikutnya).







Fenomena



kesan



pembelajaran



yang



berlaku



dikenali



sebagai



pemindahan



pembelajaran atau pemindahan latihan. •



Pemindahan positif berlaku apabila hasil pembelajaran lama boleh membantu pembelajaran baru.







Pemindahan negatif berlaku apabila kesan pembelajaran lama mengganggu atau menghalang pembelajaran baru. 21



PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK



EDU2033



TUGASAN



1. 1... 1. Bincangkan jenis-jenis pemindahan pembelajaran berikut dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah 2. Bagaimana seorang guru dapat membimbing pelajar kepada pembelajaran yang berkesan berdasarkan fasa pembelajaran Gagne?. 3. Nyatakan implikasi prinsip meningkatkan pemindahan pembelajaran positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.



22