TASK 1 Definisi Kurikulum [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 Definisi Kurikulum Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Kurikulum juga merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. (Tyler, 1962). Secara praktikalnya, hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak pula, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya pada ketika ini ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang. Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa Inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi pelajaran sesuatu subjek yang diajar di sekolah, kolej atau universiti. Kurikulum juga boleh membawa maksud isi kandungan pelajaran yang disampaikan di sekolah atau institusi pengajian (Kamus Oxford, 2006). Menurut Ornstein dan Hunkins (1993), kurikulum didefinisikan sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang diingini. Manakala menurut Mohd Daud (1995) dalam Mohd Salleh Lebar (1998), kurikulum ialah unsur budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar sekumpulan murid. Kerr.J.F (1968) pula mentakrifkan kurikulum sebagai semua pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan secara individu ataupun berkelompok baik di sekolah mahupun di luar sekolah. Pengertian kurikulum menurut Inlow (1966) ialah usaha yang menyeluruh yang rirancang khusus oleh pihak sekolah bagi membimbing murid untuk memperoleh hasil pembelajaran yang dirancang. Definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, ialah semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler 1990). Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1979 mentakrifkan kurikulum sebagai; ‘Sesuatu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan dan kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur budaya dan kepercayaan yang terpilih untuk diwariskan kepada ahli-ahli masyarakat’. Manakala Akta Pendidikan 1996 mencatatkan definisi Kurikulum Kebangsaan sebagai; “... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”. Melalui perbincangan mengenai definisi kurikulum menjelaskan bahawa kurikulum merupakan aspek penting yang merangkumi keseluruhan program pendidikan yang bertujuan membantu perkembangan manusia dari segi intelek dan fizikal seterusnya membentuk sahsiah 1



dan moral yang tinggi sepertimana yang terkandung dalam kurikulum yang ingin disampaikan. Kurikulum juga dijadikan sebagai bahan utama dalam menyampaikan maksud pendidikan iaitu proses pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai kepada orang lain. Dalam sistem pendidikan formal di sekolah mahupun institusi pengajian, kurikulum dijadikan panduan untuk menyampaikan ilmu atau isi pelajaran kepada para pelajar dalam bentuk yang lebih terancang. Sekiranya kurikulum tidak dibentuk dengan baik, sistem pendidikan akan menjadi tidak terancang dan teratur. 2.0 Fungsi Kurikulum Fungsi kurikulum sudah semestinya sebagai alat untuk mencapai tujuan pendidikan bagi mengembangkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Dengan kata lain, kurikulum adalah berfungsi sebagai alat bagi membantu manusia mencapai tujuan mereka dalam pendidikan. Pendidikan bagi satu bangsa dengan bangsa yang lain tidak akan sama kerana setiap bangsa dan negara mempunyai falsafah dan tujuan pendidikan yang tertentu yang biasanya dipengaruhi oleh pelbagai aspek seperti agama, ideologi, kebudayaan mahupun kepentingan negara itu sendiri. Secara ringkasnya kurikulum boleh berfungsi sebagai alat untuk mencapai matlamat pendidikan nasional. Kurikulum juga berfungsi sebagai program yang harus dilaksanakan oleh guru dan murid dalam proses belajar serta mengajar. Kurikulum juga boleh dijadikan panduan bagi guru dan pelajar agar proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik seterusnya dapat mencapai matlamat pendidikan. Di Malaysia, kurikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Selain itu, kurikulum juga berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan kehendak semasa. Pusat perkembangan kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar mengikut trend pengetahuan terkini. Kurikulum pendidikan dibina bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir. Selain daripada intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan insan yang sayang dan cintakan tanah air. 3.0 Pendekatan dalam Kurikulum Menurut Ornstein dan Hunkins (2009) enam pendekatan kurikulum adalah Pendekatan Behavior, Pendekatan Pengurusan, Pendekatan Sistem, Pendekatan Akademik, Pendekatan Reconceptualist, dan Pendekatan Humanistik. Setiap satu adalah penting untuk mendefinisikan perkataan kurikulum. Di samping itu, enam pendekatan boleh diklasifikasikan sebagai teknikal /saintifik atau bukan teknikal/bukan saintifik. Ornstein dan Hunkins (2009) menambah setiap daripada enam pendekatan tersebut dapat membentuk dasar kurikulum yang tertumpu kepada keperluan murid, guru, pentadbir dan semua kakitangan sokongan. Kejayaan kurikulum juga bergantung kepada kejayaan pelaksanaan kurikulum dan pengajaran dalam kelas dan kejayaan 2



pelajar secara keseluruhan. Pendekatan behavior mentakrifkan kurikulum dari segi logik, preskriptif, dan teknikal dan kaedah saintifik dan model. Rancangan kurikulum melibatkan pengajaran yang memberi tumpuan kepada keperluan belajar dan matlamat dan objektif pembelajaran memberi tumpuan kepada tingkah laku pelajar. Pendekatan Pengurusan pula mentakrifkan kurikulum sebagai keperluan bagi pekerja yang terlibat seperti pakar kurikulum, penyelia dan kakitangan pentadbiran. Melalui pendekatan ini pendidik dapat merancang dan menumpukan kurikulum untuk program-program tertentu, jadual, ruang, sumber dan peralatan. Pendekatan kurikulum ketiga adalah pendekatan system yang mentakrifkan kurikulum dari segi mengatur rakyat dan dasar dengan mengaitkan semua bahagian secara keseluruhan. Lima perkara utama dalam pendekatan pendidikan ini ialah pentadbiran, kaunseling, kurikulum, pengajaran, dan penilaian. Pelan kurikulum menggunakan pendekatan ini menekankan penggunaan gambar rajah organisasi, carta aliran, dan struktur jawatankuasa termasuk mata pelajaran, kursus, rancangan unit, dan rancangan pelajaran. Pendekatan keempat ialah pendekatan akademik. Kebanyakan sekolah mengambil pendekatan akademik begi menarik minat pelajar terhadap subjek seperti sejarah, falsafah, sossial dan politik. Pendekatan kurikulum kelima adalah pendekatan Humanistik, iaitu berasaskan penggunaan strategi pengajaran seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran kendiri, pembelajaran kumpulan kecil, dan aktiviti-aktiviti sosial dan bukan kompetitif, penguasaan guru dan pembelajaran dalam kumpulan besar. Sekolah-sekolah yang menggunakan pendekatan ini menekankan penglibatan pelajar aktif dalam dalam konteks pembelajaran. Pendekatan keenam adalah pendekatan Reconceptualist, yang member tumpuan kepada setiap perubahan yang berlaku. Dianggap sebagai lanjutan daripada pendekatan humanistik, sasaran pembelajaran melalui usaha politik, ekonomi, sosial, moral, dan seni. Sekolah yang menggunakan pendekatan ini melihat kurikulum sebagai satu cara untuk membantu sekolah menjadi lanjutan daripada komuniti dan masyarakat, banyak memberi manfaat kepada diri pelajar dan kuasa sosial dalam dan di luar bilik darjah. 4.0 Kesimpulan Sebagai pendidik, menyedari apa yang pelajar-pelajar perlukan dan bagaimana untuk mengajar merupakan salah satu aspek untuk mengetahui pelajar dan cara terbaik untuk menggunakan kurikulum. Guru yang baik perlu dapat memahami kurikulum pengetahuan dan kemahiran pelajar, minat dan latar belakang untuk kejayaan semua pelajar. Pendekatan kurikulum akademik menganggap pelajar yang berubah-ubah dan peranan pentadbir dan semua peserta juga termasuk kurikulum yang pelbagai dalam perkara seperti agama, psikoterapi, kritikan sastera dan linguistik. Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu menguasai cara yang berkesan untuk menguasai bahan dan belajar daripada satu sama lain. Berdasarkan teori-teori tradisional organisasi sosial peranan guru dalam proses kurikulum adalah penting untuk keberkesanan kurikulum itu sendiri.



3



Rujukan Mohd Salleh Lebar (1998). Pengenalan Ringkas, Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Batu Caves: Thinker’s Library Sdn Bhd. Ornstein, A. C., & Hunkins, F. P. (2009). Curriculum: Foundations, principles, and issues, http://www.coursesmart.com/9780132074117/firstsection# Taba (1962), Curriculum Development, Theory and Practice. New York: Harcourt Brace Tyler (1949), Basic Principles of Curriculum and Instruction. Chicago: University of Chicago Press. Kamus Oxford (2006), Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. Wikipedia Ensiklopedia Bebas, http://ms.wikipedia.org/wiki/Kurikulum



4