Teori Psikolinguistik [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Dikemukakan oleh Chomsky (1968) dan rakan-rakan sebagai respons terhadap kekurangan yangterdapat dalam teori behaviorisme. Menurutnya, adalah mustahil bagi seseorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun menguasai bahasa pada tahap yang begitu kompleks dengan hanya mendengar bahasa orang dewasa dan mengingatinya.



Beliau berpendapat kanak-kanak bukan sahaja menghafal input bahasa satu per satu, malah mereka juga belajar peraturan-peraturan bahasa.



Maksudnya, bayi dilahirkan dengan kesediaan untuk belajar sesuatu bahasa. Menurutnya, bayi mempunyai satu mekanisme yang dikenali sebagai the language acquisition device (LAD) yang terdiri daripada kategori tatabahasa asas & satu set peraturan yang dikongsi oleh semua bahasa.



Menurut teori ini, LAD hanya beroperasi apabila kanak-kanak didedahkan kepada sesuatu bahasa.



Menurut teori ini, kualiti input bahasa orang dewasa tidak penting & orang dewasa tidak perlu mengajar bahasa/ memperkukuhkan penggunaanya.



Apabila , kanak- kanak didedahkan kepada input bahasa, LAD akan mengambil alih untuk membantu kanak-kanak memperoleh peraturanperaturan bahasa. Sebaik sahaja peraturan dikuasai , kanak-kanak akan memahami dan menghasilkan bahasa.



KELEBIHAN Teori ini dapat memberi penjelasan terhadap fakta bahawa hampir semua kanak-kanak berupaya berbahasa tanpa latihan khas.



Teori ini juga dapat menjelaskan mengapa kanak-kanak menguasai bahasa dengan begitu cepat, seolah-olahnya mereka tidak diprogramkan sejak lahir untuk memproses peraturan-peraturan bahasa



KELEMAHAN Menurut teori ini, input bahasa tidak memainkan peranan penting. Pada hakikatnya, kajian-kajian terhadap interaksi ibu bapa & anak menunjukkan bahawa, ibu bapa sering



menyesuaikan bahasa yang digunakan ketika berinteraksi dengan anak yang kecil.



Teori ini hanya berjaya menerangkan bagaimana kanak-kanak memperoleh sintaksis



bahasa, namun tidak dapat menjelaskan bagaimana elemen-elemen lain seperti peraturan morfologi, semantik / pragmatik diperoleh.



Teori ini tidak memberi harapan yang tinggi untuk ibu bapa atau guru yang ingin membantu kanak-kanak yang bermasalah bahsa memandangkan kanak-kanak tersebut mempunyai LAD yang defektif sejak lahir.