Topik 10 Memori Dalam Pembelajaran Motor [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik



X



10



Memori dalam Pembelajaran Motor



HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.



Menerangkan konsep model memori stor berganda (multi-store) secara umum;



2.



Menyatakan tiga peringkat pemprosesan maklumat; dan



3.



Membandingkan tiga jenis memori dalam konteks tempoh dan kapasiti maklumat.



X PENGENALAN Ini topik terakhir untuk modul ini. Tahniah kerana anda telah berjaya mengikuti sebahagian besar kursus ini! Bersabar dan baca modul ini dengan tenang kerana sebaik sahaja anda tamat topik ini, ia bermakna peperiksaan akhir akan menjelang. Topik terakhir ini banyak memfokuskan kepada aspek daya ingatan dan bagaimana untuk meningkatkan kapasiti maklumat khususnya dalam pembelajaran motor. Memori, sebahagian daripada pemprosesan maklumat yang menyimpan maklumat untuk mendapatkan semula, juga terlibat dalam persepsi. Memori memainkan peranan penting dalam aktiviti harian kita. Sama ada dalam perbualan dengan rakan, penyelesaian masalah kerja harian atau semasa aktiviti riadah, kita menghadapi situasi yang memerlukan kegunaan memori untuk menghasilkan tindak balas. Memori adalah berkait rapat dengan pembelajaran. Apakah memori sebenarnya? Memori sering dirujuk sebagai penyimpanan atau peringatan. Dengan itu, memori selalu dianggap sebagai satu kebolehan mengingat.



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 257



Apakah pendapat tentang memori? Tulving (1985), seorang pengkaji dan ahli teori memori, telah menyatakan bahawa memori merupakan kapasiti yang membolehkan organisma untuk memperoleh faedah daripada pengalaman lepas mereka.



Memori sering diukur dengan ujian mengingat kembali dan bukti pengeluaran semula memori merupakan apa yang kita harapkan daripada seseorang individu dalam merujuk apabila memori pembelajaran telah berlaku. Sebagai contoh, jika anda mempelajari kemahiran servis tenis hari ini dan dapat melakukannya keesokan hari, maka anda telah mengekalkan atau menyimpan sesuatu yang membolehkan anda untuk mengingat kembali corak pergerakan servis tersebut.



10.1



MODEL KONTEMPORARI MEMORI: MODEL STOR BERGANDA ATKINSON DAN SHIFFRIN



Model memori menjelaskan kepada kita bagaimana memori dipercayai berfungsi. Siapakah yang memperkenalkan model stor berganda? Model stor berganda yang juga dikenali sebagai model memori AtkinsonShiffrin pertama kali diperkenalkan oleh Atkinson dan Shiffrin pada tahun 1968. Menggunakan analogi komputer, mereka mengandaikan bahawa struktur memori seharusnya sama seperti komputer. Mereka menganggap bahawa perisian (software) yang membolehkan komputer berfungsi merupakan sebahagian daripada proses kawalan yang melibatkan proses memori seperti penyimpanan dan pengeluaran maklumat serta adalah di bawah kawalan seseorang. Komponen strukturalnya terdiri daripada: (a)



Satu memori sensori;



(b)



Stor jangka masa pendek; dan



(c)



Stor jangka masa panjang.



258 X



10.1.1



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Model Memori Stor Berganda



Model memori stor berganda merupakanmodel yang cuba menjelaskan bagaimana proses memori berfungsi. Anda mendengar, melihat dan merasa pelbagai benda tetapi cuma sebilangan kecil sahaja diingati. Model ini pertama kali dikemukakan oleh Atkinson dan Shiffrin pada tahun 1968 dan telah disokong oleh Clive Wearing. Lihat Rajah 10.1 dan 10.2 berikut.



Rajah 10.1: Model Atkinson dan Shiffrin



Rajah 10.2: Model stor berganda



Organ deria mempunyai kebolehan yang terhad untuk menyimpan maklumat. Sistem visual akan memproses memori ikonik untuk rangsangan visual seperti bentuk, saiz, warna dan lokasi, dan bukan dalam bentuk maksud, sedangkan sistem pendengaran mempunyai memori bergema (echoic) untuk rangsangan auditori.



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 259



Coltheart et al. (1974) telah mempertikaikan bahawa pembekuan seketika (momentary) input visual membolehkan kita memilih aspek di mana input harus diteruskan untuk pemprosesan memori seterusnya. Kewujudan memori sensori telah dikaji dan dijelaskan oleh Sperling (1960) dengan penggunaan takistoskop. Maklumat dipilih dengan tumpuan daripada memori sensori akan mara ke memori jangka masa pendek. Ini membolehkan kita mengekalkan maklumat yang cukup lama untuk digunakan. Contohnya, melihat nombor telefon dan mengingatinya untuk mendail nombor berkenaan. Mari kita lihat pandangan tentang memori jangka pendek yang berikut. Memori jangka masa pendek boleh berkekalan atau disimpan antara 15 hingga 30 saat sahaja, kecuali seseorang itu melatihnya. Peterson & Peterson (1959) Memori jangka masa panjang membenarkan pengekalan atau penyimpanan maklumat dan kemahiran dari minit ke sepanjang hayat. Memori jangka masa panjang mempunyai kapasiti tidak terhad untuk pengekalan atau penyimpanan maklumat tetapi ia tidak dapat diukur kerana ia akan mengambil masa terlalu lama untuk melakukannya. Maklumat jangka masa panjang adalah dienkod terutamanya dalam bentuk maksud (memori semantik) seperti yang dijelaskan oleh Baddeley (1986, 1995). Ia juga mengekalkan atau menyimpan kemahiran dan bayangan. Semenjak Atkinson dan Shiffrin mengemukakan teori struktur memori, masalah utama teoretikal adalah untuk menentukan keadaan sebenar struktur ini. Sementara pendebatan berterusan mengenai struktur memori, terdapat satu persetujuan bahawa struktur memori seharusnya merangkumi komponen penyimpanan memori yang berlainan. Tambahan kepada berfungsi sebagai satu peranan fungsional untuk apa yang dilakukan dengan maklumat dalam setiap komponen. Salah satu pendekatan yang memenuhi ciri-ciri ini telah dicadangkan oleh Baddeley (1986, 1995). Menurut pandangan beliau, memori dilihat dalam dua komponen fungsional iaitu (rujuk Rajah 10.3): (a)



Memori kerja; dan



(b)



Memori jangka masa panjang.



260 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Rajah 10.3: Skematik memori kerja dan sistem memori jangka masa panjang dengan subsistem yang dikenal pasti bagi setiap anak panah mewakili sifat interaktif dua sistem



Setiap komponen memori ditakrifkan berdasarkan fungsinya. Walaupun pelbagai fungsi berbeza telah dicadangkan, kita akan memberi tumpuan kepada tiga yang utama iaitu: (a)



Memasukkan maklumat ke dalam memori, dirujuk sebagai proses penyimpanan;



(b)



Mendapatkan maklumat daripada memori, dirujuk sebagai proses mengeluarkan kembali; dan



(c)



Fungsi spesifik dalam setiap komponen.



AKTIVITI 10.1 Sebelum anda meneruskan pembacaan, adalah digalakkan melayari laman web berikut: http://www.simplypsychology.pwp.blueyonder.co.uk/multi-store.html Pada laman web ini, anda perlu klik ke pautan multi-store model pada bahagian memory PowerPoint. Muat turun dan ikuti penerangannya. Semoga ia boleh membantu anda meningkatkan kefahaman.



10.1.2



Memori Kerja



Memori kerja perlu dianggap sebagai satu sistem yang menggabungkan ciri-ciri dan fungsi tradisinya yang dikaitkan dengan: (a)



Sensori;



(b)



Deria persepsi;



(c)



Tumpuan; dan



(d)



Memori jangka pendek.



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 261



Apakah maksud memori kerja? Memori kerja merupakan satu konstruk teoretikal dalam psikologi kognitif yang merujuk kepada struktur dan proses yang digunakan untuk penyimpanan sementara dan pemanipulasian maklumat. Memori kerja beroperasi dalam semua situasi yang memerlukan kegunaan dan penyimpanan sementara dan proses perlaksanaan memori dan penghasilan respons. Oleh itu, memori kerja merangkumi fungsi tradisional yang dianggap memori jangka masa pendek. Begitu juga fungsi lain, kebiasaannya ia dikaitkan dengan proses tumpuan. Rajah 10.4 berikut memaparkan model memori kerja.



Rajah 10.4: Model memori kerja



(a)



Fungsi Memori Kerja Memori kerja boleh dianggap sebagai tempat di mana maklumat disimpan untuk satu jangka masa pendek dan sebagai satu struktur aktif fungsional. Tahukah anda kegunaan ciri-ciri fungsional memori kerja?



262 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Ciri-ciri fungsional memori kerja membenarkan manusia bertindak balas mengikut kepada permintaan dalam situasi „sekarang‰. Untuk melakukannya, memori kerja memainkan peranan kritikal dalam: (i)



Membuat keputusan;



(ii)



Menyelesaikan masalah;



(iii) Menghasilkan pergerakan; dan (iv) Melakukan penilaian serta fungsi memori jangka masa panjang. Merujuk kepada pengaruh ke atas fungsi memori jangka masa panjang, memori berkerja membekalkan aktiviti pemprosesan penting yang diperlukan untuk pemindahan maklumat yang mencukupi kepada memori jangka masa panjang. Akhirnya fungsi memori berkerja adalah berfungsi sebagai ruang kerja interaktif di mana pelbagai aktiviti pemprosesan memori boleh berlaku, seperti pengintegrasian maklumat dalam memori berkerja dengan maklumat yang dikeluarkan dari memori jangka masa panjang. Oleh kerana memori berkerja melibatkan kedua penyimpanan dan pemprosesan maklumat, ia adalah penting untuk mengambil kira setiap fungsinya berasingan. Dalam penyimpanan maklumat, dua ciri memori berkerja penting yang perlu difahami adalah: (i)



Tempoh masa maklumat akan kekal dalam memori berkerja, dikenali sebagai tempoh; dan



(ii)



Jumlah maklumat yang akan berada dalam memori berkerja pada bilabila masa, dikenali sebagai kapasiti.



Penjelasan tempoh maklumat dalam memori bekerja adalah hasil daripada kajian ke atas memori jangka masa pendek yang dijalankan oleh Peterson (1959). Kajian beliau mendapati bahawa kita akan kehilangan maklumat dari memori berkerja selepas 20 hingga 30 saat. Isu kapasiti dalam memori berkerja pada asalnya adalah dikemukakan oleh George Miller pada tahun 1956. Miller mendapati bahawa kita cuma mempunyai kapasiti mengekalkan tujuh item, tolak campur dua item, seperti perkataan atau nombor dalam penyimpanan jangka masa pendek. Untuk meningkatkan saiz sesuatu item dalam memori, ia melibatkan satu proses kawalan yang dikenali sebagai organisasi.



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 263



SEMAK KENDIRI 10.1 Terangkan secara ringkas model memori stor berganda



AKTIVITI 10.2 Rehat sebentar, layari laman web berikut dan uji memori berkerja anda: http://cognitivefun.net/test/4



10.2



PERINGKAT PEMPROSESAN MAKLUMAT



Terdapat tiga cara untuk mengklasifikasikan memori iaitu berdasarkan: (a)



Tempoh;



(b)



Sifat; dan



(c)



Pengeluaran kembali maklumat.



Dari perspektif pemprosesan maklumat, terdapat tiga peringkat utama dalam pembentukan dan pengeluaran kembali memori (lihat Rajah 10.5).



Rajah 10.5: Tiga peringkat pembentukan dan pengeluaran kembali memori



(a)



Peringkat pengekodan atau pendaftaran Peringkat pertama ini di mana pemprosesan dan penggabungan maklumat yang diterima. Pengekodan merupakan proses input sensori fizikal ke dalam memori seseorang. Ia merupakan peringkat pemprosesan maklumat



264 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



yang pertama. Semasa proses pengekodan, maklumat mungkin diproses adalah tentang ruang dan frekuensi melalui proses automatik. Tiga jenis pengekodan adalah seperti berikut: (i)



Pengekodan visual: Ia merupakan pemprosesan imej;



(ii)



Pengekodan semantik: Ia merupakan terutamanya makna perkataan; dan



pemprosesan



makna,



(iii) Pengekodan sentuhan: Ia merupakan pemprosesan bagaimana rasa sesuatu dan biasanya melalui sentuhan. Pengekodan untuk simpanan jangka masa pendek dalam otak adalah bergantung kepada pendengaran dan bukannya daripada pengekodan semantik. (b)



Peringkat penyimpanan Peringkat pemprosesan maklumat yang kedua adalah peringkat penyimpanan di mana perwujudan satu rekod maklumat kekal yang telah dienkod. Pada peringkat ini, maklumat disimpan sama ada di: (i)



Memori sensori;



(ii)



Memori jangka masa pendek; atau



(iii) Memori jangka masa panjang. (c)



Peringkat pengeluaran kembali atau mengingat kembali Peringkat akhir ini di mana maklumat dikeluarkan kembali dari simpanan sebagai tindak balas terhadap rangsangan untuk digunakan dalam sesuatu proses atau aktiviti.



Mari kita perhatikan teori pemprosesan maklumat oleh George Miller dalam Rajah 10.6 berikut.



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 265



Rajah 10.6: Teori pemprosesan maklumat George Miller



Peringkat pemprosesan memori dapat dilihat melalui struktur memori iaitu titik di sepanjang kontinum yang dikenali sebagai pendekatan peringkat pemprosesan memori. Pendekatan ini telah dikemukakan oleh Craik dan Lockhart pada tahun 1972. Pendekatan mereka adalah menumpukan kepada aspek fungsional memori. Apa yang penting untuk mengingati maklumat, menurut pandangan ini ialah apa yang telah individu lakukan dengan maklumat berkenaan. Mereka telah mencadangkan hierarki peringkat pemprosesan yang akan dapat menjangkakan kekuatan maklumat dalam memori dengan memastikan berapa „d dalam‰ individu itu telah memproses maklumat itu. Sekiranya individu itu cuma melihat sepintas lalu maklumat atau menumpukan perhatiannya cuma ke atas ciri-ciri fizikal maklumat itu sahaja, maka kedalaman atau peringkat pemprosesan adalah sangat cetek. Misalnya, jika anda melihat sesuatu perkataan dan tidak berusaha untuk mencari maksudnya. Sebaliknya, sekiranya individu itu memproses maklumat itu sehingga dapat kaitkan maklumat baru itu dengan apa yang telah diketahuinya, maka kedalaman atau peringkat pemprosesan adalah sangat dalam. Pemprosesan cetek adalah bersamaan dengan sensori atau penyimpanan jangka masa pendek dalam model Atkinson dan Shiffrin, manakala pemprosesan secara dalam adalah bersamaan penyimpanan jangka masa panjang.



266 X



10.2.1



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Kontinum Memori



Kontinum memori merupakan pendapat daripada Craik dan Lockhart (rujuk Rajah 10.7). Mereka berpendapat bahawa memori boleh dilihat dengan jelas dalam satu kontinum, dari satu titik di mana maklumat dalam memori adalah paling „ssementara‰ kepada yang paling „ttahan lama‰. Perhatikan bahawa struktur biasa memori yang ditunjukkan dalam Rajah 10.7 sebagai „p peringkat simpanan‰.



Rajah 10.7: Kontinum memori



Dua pendekatan biasa digunakan untuk membezakan peringkat simpanan ditunjukkan dalam hubungan dengan kontinum memori tersebut. Ia telah ditunjukkan bahawa dua ciri struktural ini iaitu tempoh dan kapasiti, membekalkan asas untuk menerima anggapan bahawa kita sebenarnya mempunyai maklumat tersedia ada untuk kita dalam memori pada berlainan tempoh masa. Setiap ciri ini akan dibincangkan dalam bentuk perhubungannya dalam peringkat simpanan memori seseorang. Mungkin ciri yang paling unik pada model kontinum memori adalah simpanan jangka masa panjang maklumat dalam situasi di mana tempoh dan kapasiti simpanan adalah infinit dan tidak terhad. Ciri ini sudah tentu berbeza daripada peringkat simpanan jangka masa pendek yang lebih terhad. Untuk memudahkan perbincangan, implikasi teoretikal ke atas peringkat memori difahami, rasional yang menyokong teoretikal pembahagian peringkat memori ini akan menjadi lebih jelas. Kebolehan kita segera menggunakan maklumat yang baru diberikan kepada kita, seperti nombor telefon daripada operator telefon atau arahan bagaimana melakukan servis rejaman dalam bola tampar, adalah hasil daripada simpanan maklumat ini dalam peringkat simpanan jangka masa pendek. Pada peringkat memori ini, kedua-dua tempoh maklumat dan kapasiti maklumat memberi bukti bahawa fasa ini adalah berbeza daripada peringkat memori yang lain. (a)



Simpanan jangka masa pendek dan tempoh maklumat Peterson dan Peterson pada tahun 1959 merupakan orang pertama melakukan kajian ke atas tempoh maklumat dalam simpanan jangka masa



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 267



pendek. Mereka mendapati kita sering kehilangan maklumat atau lupa dari simpanan jangka masa pendek selepas 20 hingga 30 saat. Kajian pertama dan mungkin kajian yang paling signifikan yang pernah diterbitkan berkaitan memori jangka masa pendek dan kemahiran motor adalah oleh Adams dan Dijkstra pada tahun 1966. Pada asasnya, idea mereka adalah jika maklumat verbal dalam memori simpanan jangka masa pendek mempunyai tempoh yang lebih singkat, adakah maklumat motor pada peringkat memori ini mempunyai kesan yang sama? Hasil eksperimen menunjukkan bahawa maklumat motor dan kinestetik akan hilang agak cepat dalam simpanan jangka masa pendek. Sejak itu, pendekatan Adams dan Dijkstra telah menjadi standard prosedur untuk kajian memori motor jangka masa pendek. Hasil kajian dan eksperimen pada umumnya menyokong bahawa tempoh simpanan jangka masa pendek maklumat kinestatik adalah antara 20 hingga 30 saat. Maklumat yang tidak kita proses selanjutnya atau latihan akan hilang. Dengan itu adalah penting kita memahami bahawa maklumat dalam simpanan memori peringkat jangka masa pendek akan berkekalan seketika sahaja iaitu antara 20 hingga 30 saat sebelum ia mula hilang dari memori. (b)



Simpanan jangka masa pendek dan kapasiti Kita bukan sahaja mengambil berat tentang berapa lama maklumat akan berada di simpanan jangka masa pendek tetapi juga berapa banyak maklumat kita boleh simpan dalamnya. Isu kapasiti dalam memori jangka masa pendek adalah dikemukakan oleh George Miller pada tahun 1956, dalam satu artikel yang telah menjadi satu eksperimen klasik dalam kesusasteraan psikologi. Miller mengemukakan bukti yang menunjukkan bahawa kita mempunyai kapasiti untuk menyimpan hampir tujuh item, tolak campur dua item seperti perkataan atau nombor dalam simpanan jangka masa pendek. Untuk meningkatkan saiz sesuatu item dalam memori, ia melibatkan satu proses kawalan yang dikenali sebagai organisasi. Item yang besar atau „ketul‰ yang diperkenalkan oleh Miller, memerlukan pemprosesan maklumat melepasi peringkat simpanan jangka masa pendek. Oleh itu, ia kelihatan bahawa dalam satu situasi mengingat kembali segera, kita boleh mengendalikan lima hingga sembilan item dengan mudah. Jumlah yang selebihnya akan meningkatkan kesilapan mengingat kembali. Untuk mentafsirkan kapasiti item tujuh campur tolak dua Miller kepada maksud motor adalah satu tugasan yang tidak mudah. Wilberg dan Salmela pada tahun 1973 telah mengambil kira masalah ini dalam



268 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



kajiannya dengan menghendaki subjek-subjek mengingat kembali satu urutan dua, empat, enam atau lapan pergerakan dengan menggunakan satu kayu ria (joystik) dua dimensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa lapan pergerakan kelihatan mewakili satu jarak memori segera untuk memori motor jangka masa pendek. Malangnya kita mempunyai maklumat yang amat terhad mengenai kapasiti memori segera untuk pergerakan. Mungkin ia adalah lebih baik untuk mengambil kira pengingatan kembali pergerakan sebagai satu aspek kognitif daripada proses motor. Jika ini benar, kita boleh menerima pendekatan item tujuh campur tolak dua Miller sebagai satu angka penunjuk untuk membuat aplikasi lanjutan kepada situasi domain motor setelah kita memahami lebih lanjut dengan proses memori sebagai latihan dan organisasi. (c)



Meningkatkan daya ingatan Salah satu cara untuk meningkatkan daya ingatan ialah memindahkan maklumat ke dalam simpanan jangka masa panjang. Ia memerlukan latihan terhadap maklumat tersebut. Proses kawalan ini membolehkan satu cara pemprosesan maklumat ke tahap yang lebih sukar hilang atau lupa. Jika anda ingin mengingat kembali nombor telefon diberitahu oleh operator telefon, anda akan mengingatinya dengan lebih baik sekiranya anda menyebut atau berlatihnya beberapa kali. Nombor telefon anda, alamat, poskod atau nombor kata laluan bank anda adalah biasa kepada anda. Jika anda mengambil kira jumlah kali anda telah menggunakan nombor ini dalam masa minggu, bulan atau tahun, anda akan menyedari bahawa satu latihan yang ekstensif telah pun berlaku. Dengan itu, maklumat ini telah berkekalan dalam sistem simpanan jangka masa panjang anda. Tempoh infinit dan kapasiti simpanan jangka masa panjang tidak bermaksud tidak ada unsur lupa. Kita tidak dapat elak daripada kehilangan memori. Lupaan merupakan satu persoalan mengeluarkan kembali daripada satu masalah tidak mempunyai maklumat dalam simpanan jangka masa panjang. Kita seakan-akan tidak dapat mencari lokasi di mana kita telah menyimpan maklumat tersebut. Ia seperti kita pergi ke perpustakaan di mana kad katalognya hilang. Buku yang anda perlu adalah dalam perpustakaan tetapi anda menghadapi satu masalah besar untuk mencari buku tersebut. Akhirnya kita dapat merumuskan bahawa struktur memori dapat ditunjukkan sebagai satu kontinum yang boleh dicirikan dengan tempoh maklumat dalam memori dan dengan kapasiti maklumat disimpan dalam



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 269



memori. Oleh itu, memori jangka masa pendek dan panjang adalah dirujuk sebagai satu peringkat simpanan. Menurut peringkat pemprosesan memori, peringkat di mana maklumat disimpan adalah bergantung kepada jumlah pemprosesan maklumat berkenaan oleh individu tersebut. Peringkat simpanan memori jangka masa pendek adalah terhad tempohnya iaitu antara 20 hingga 30 saat dengan kapasiti yang terhad, iaitu lima hingga sembilan item atau ketul. Peringkat simpanan jangka masa panjang mempunyai tempoh dan kapasiti maklumat yang tidak terhad.



SEMAK KENDIRI 10.2 Terangkan secara ringkas peringkat pemprosesan maklumat.



10.3



JENIS ATAU KOMPONEN MEMORI



Perhatikan Rajah 10.8 berikut, apa yang anda lihat? Uji memori anda yang mana satukah yang lebih anda ingat? Wajah atau perkataan liar?



Rajah 10.8: Wajah atau "liar" Sumber: http://www.nwlink.com



270 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Memori merupakan perkara yang penting dalam semua hal apatah lagi semasa belajar. Kebolehan untuk belajar tidak dapat diteruskan tanpanya. Memori adalah dirujuk sebagai pengekalan atau penyimpanan dan seterusnya pengeluaran kembali maklumat. Memori biasanya diukur dengan ujian pengenalpastian dan mengingat kembali. Memori dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: (a)



Sensori;



(b)



Jangka masa pendek; dan



(c)



Jangka masa panjang.



Secara ringkasnya, jenis atau komponen dalam sistem memori dapat digambarkan dalam Rajah 10.9 berikut.



Rajah 10.9: Jenis atau komponen sistem memori



10.3.1



Memori Sensori



Memori sensori merupakan aspek periferi bagi sistem memori di mana ia terletak di lapisan paling luar. Ia menyimpan sementara maklumat yang diterima oleh organ sensori sehingga dikesan oleh individu. Fungsi utama ialah untuk mengenal pasti rangsangan yang dikesan oleh reseptor sensori tetapi tidak menyimpan lama maklumat yang telah dikenal pasti. Jangka masa yang digunakan untuk menyimpan maklumat persekitaran yang dikesan ialah di antara 200 hingga 250 milisaat. Pemprosesan maklumat pada



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 271



peringkat ini berlaku secara selari atau serentak. Sekiranya maklumat yang dikesan tidak diproses, maklumat tersebut akan hilang dan maklumat baru akan dikesan. Jika maklumat yang dikesan adalah maklumat yang bermakna dan diperlukan untuk menghasilkan lakuan, maklumat yang diproses tersebut akan di hantar ke komponen yang kedua, iaitu memori jangka pendek atau lebih dikenali sebagai memori kerja.



10.3.2



Memori Jangka Pendek



Apakah memori jangka pendek? Memori jangka pendek juga dikenali sebagai memori kerja ialah satu tempat di mana maklumat disimpan untuk masa yang singkat dan struktur aktif yang berfungsi.



Ia berfungsi untuk membolehkan seseorang bertindak balas mengikut keperluan atau kehendak semasa situasi berlangsung. Komponen ini mengawal aktiviti pemprosesan maklumat yang boleh digunakan untuk maklumat yang relevan. Untuk melakukan tugas ini, memori kerja memainkan peranan yang kritikal dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah, penghasilan dan penilaian pergerakan, dan fungsi memori jangka panjang. Dengan mengambil kira ia mempengaruhi fungsi memori jangka panjang, memori kerja menyediakan aktiviti pemprosesan penting yang diperlukan untuk pemindahan maklumat yang mencukupi ke dalam ingatan jangka panjang. Seterusnya, perkara yang paling penting untuk diberi perhatian bahawa memori kerja adalah fungsi penting untuk bertindak sebagai ruang kerja yang interaktif di mana pelbagai aktiviti pemprosesan memori boleh berlaku, seperti mengintegrasikan maklumat dalam memori kerja dengan maklumat yang telah diambil dari memori jangka panjang. Walau bagaimanapun, kapasiti penstoran maklumat masih terhad iaitu tujuh hingga sembilan item dalam satu masa dan boleh kekal dalam tempoh 20 hingga 30 saat sahaja. Untuk meningkatkan keupayaan kapasiti, maklumat yang diperoleh perlu diulang dan dihubungkaitkan dengan item lain yang mempunyai kaitan.



272 X



10.3.3



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Memori Jangka Panjang



Apakah memori jangka panjang? Memori jangka panjang atau juga dikenali sebagai memori stor adalah komponen dalam sistem struktur memori yang bertindak sebagai sebuah repositori penyimpanan yang secara relatif kekal untuk menyimpan maklumat. Ini adalah komponen memori yang mengandungi maklumat mengenai peristiwa lepas yang spesifik serta pengetahuan umum kita mengenai persekitaran. Dari segi tempoh maklumat dalam memori jangka panjang, ia diterima secara umum bahawa maklumat itu disimpan agak kekal dalam memori jangka panjang. Biasanya, maklumat yang terlupa yang disimpan dalam memori jangka panjang adalah di sana tetapi individu berkenaan mempunyai kesukaran untuk mengingatinya. Dengan mengambil kira kapasiti memori jangka panjang, ia secara umumnya bersetuju bahawa terdapat kapasiti maklumat dalam memori jangka panjang yang secara relatif adalah tidak terhad. Malah, kita tidak tahu berapa banyak seseorang boleh menyimpan maklumat dalam ingatan serta bagaimana untuk mengukur kapasiti memori jangka panjang. Kapasiti tanpa had membawa kepada masalah yang unik. Sebagai contoh, organisasi maklumat dalam ingatan menjadi lebih kritikal dalam sistem kapasiti yang tidak terhad berbanding dengan satu kapasiti yang terhad. Oleh itu, terdapat keperluan untuk memahami bagaimana orang menganjurkan maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. Dari segi tempoh maklumat dan ciri-ciri keupayaan, ia menjadi jelas bahawa memori jangka panjang adalah berbeza daripada memori kerja. Satu lagi ciri yang berbeza memori jangka panjang ia jenis maklumat yang ia disimpan. Terdapat tiga jenis maklumat yang disimpan dalam memori jangka panjang ini. Tulving (1985) mencadangkan sekurang-kurangnya terdapat sistem atau jenis maklumat yang disimpan dalam memori jangka panjang iaitu: (a)



Memori prosedur Memori prosedur menyimpan maklumat mengenai kemahiran motor. Sistem ini menggunakan maklumat tentang bagaimana untuk melakukan sesuatu. Memori prosedur memudahkan penghasilan tingkah laku tertentu yang mencapai matlamat spesifik, berdasarkan tindak balas yang dipelajari.



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 273



Memori prosedur boleh dianggap sebagai pengetahuan prosedur (procedural knowledge), di mana pengetahuan prosedur adalah pengetahuan yang membolehkan seseorang tahu bagaimana untuk melakukan kemahiran tetapi pengetahuan ini biasanya adalah sukar untuk dinyatakan secara lisan. (b)



Memori episodik Disimpan di dalam sistem memori episodik adalah peristiwa spesifik yang telah dialami oleh individu dengan perkaitan waktu. Memori episod boleh diungkapkan secara lisan, emosi dan tingkah laku motor.



(c)



Memori semantik Memori semantik sistem menyimpan maklumat tentang persekitaran umum yang telah terbina dari masa ke masa.



Memori episodik dan memori semantik dianggap sebagai pengetahuan deklaratif, di mana ia adalah pengetahuan yang menjelaskan tentang "apa yang perlu dilakukan" dalam situasi. Pengetahuan ini biasanya boleh dinyatakan secara lisan. Satu perkara penting yang menghubungkan ketiga-tiga sistem memori ini dengan kawalan motor adalah keistimewaan antara mengetahui apa perlu dilakukan dan mampu melakukan sesuatu aksi dengan jayanya. Ada beberapa ahli teori pembelajaran berpendapat, maklumat dalam sistem memori episodik dan semantik seharusnya dianggap sebagai pengetahuan deklaratif. Pengetahuan ini adalah ditakrifkan sebagai apa yang boleh kita gambarkan (declare) jika kita diminta berbuat demikian. Oleh itu, pengetahuan deklaratif adalah khusus kepada mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam sesuatu situasi. Pengetahuan jenis ini adalah berbeza daripada pengetahuan prosedural, yang tidak dapat dinyatakan secara lisan. Seperti dijelaskan terlebih dahulu, pengetahuan prosedural membolehkan seseorang untuk mengetahui „bagaimana melakukan‰ sesuatu kemahiran.



10.4



INGATAN DAN LUPAAN



Pelbagai sebab yang wujud untuk menjelaskan lupaan. Empat istilah perlu dikenal pasti dan diberi definisi sebelum perbincangan mengenai lupaan dibuat dengan lebih mendalam lagi seperti disenaraikan dalam Jadual 10.1.



274 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Jadual 10.1: Empat Istilah dan Definisinya Istilah



Definisi



Pengekodan (encoding)



Transformasi maklumat yang perlu diingati ke dalam bentuk yang boleh disimpan dalam ingatan



Penyimpanan



Proses menempatkan maklumat dalam ingatan jangka panjang



Raptai



Proses yang membolehkan individu untuk memindahkan maklumat daripada memori berkerja ke memori jangka panjang



Pengeluaran semula (retrieval)



Melibatkan carian melalui memori jangka panjang bagi maklumat yang perlu diakses dan digunakan untuk melaksanakan tugas yang di tangan.



10.4.1



Menilai Ingatan dan Lupaan



Terdapat dua kategori ujian memori yang boleh digunakan untuk menentukan apa dan berapa banyak ingatan dan lupaan oleh individu. (a)



Ujian memori eksplisit Apabila kita bertanya kepada orang ramai untuk mengingati sesuatu, kita meminta mereka untuk secara sedar memanggil sesuatu ke minda. Ujian memori yang melakukan ini jenis yang sama perkara yang dikenali sebagai ujian memori eksplisit. Ujian ini menilai apa yang orang secara sedar boleh ingat. Dua jenis ujian memori eksplisit yang telah popular dalam penyelidikan memori dikenali sebagai: (i)



Ujian ingat kembali (recall tests) Ujian ini memerlukan seseorang untuk menghasilkan tindak balas yang diperlukan dengan beberapa isyarat atau bantuan yang disediakan.Ujian ini meminta orang untuk mengingati maklumat yang telah dibentangkan. Dalam domain lisan, ujian ini biasanya mengambil dari bentuk esei atau ujian isi tempat kosong. Sebagai contoh, penguji boleh bertanya, "Namakan tulang tangan." Bagi kemahiran motor, ujian ingat memerlukan seseorang untuk melaksanakan tindakan ke atas arahan seperti. "Lakukan kemahiran yang saya baru sahaja tunjukkan kepada anda" atau "tunjukkan kepada saya bagaimana anda mengikat tali kasut anda.‰



(ii)



Ujian kenal pasti (recognition tests) Sebaliknya, ujian ini menyediakan beberapa isyarat atau maklumat yang dapat dijadikan asas tindak balas. Dalam ujian jenis ini, tugas



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 275



seseorang adalah untuk mengenal pasti tindak balas betul dengan membezakan ia daripada beberapa alternatif. Dalam domain lisan, ujian aneka pilihan atau padanan contoh ujian kenal pasti. Sebagai contoh, anda boleh ditanya, "Yang manakah satu daripadanya adalah tulang tangan?" Anda akan diberikan empat pilihan jawapan untuk dipilih, di mana hanya satu adalah betul. Untuk menjawab soalan ini, anda hanya perlu untuk kenal pasti yang manakan merupakan alternatif yang betul, atau yang alternatif tidak betul. Bagi kemahiran motor, satu contoh untuk ujian kenal pasti pergerakan akan memerlukan seseorang menghasilkan beberapa pergerakan yang berbeza dan kemudian bertanya yang mana daripada ini paling sesuai untuk keadaan tertentu. Dalam segi pembelajaran dan melaksanakan kemahiran motor, kita sering berhadapan dengan ujian ingat semula dan ujian kenal pasti, kadangkala dalam situasi yang sama. Dalam konteks sukan, apabila pemukul dalam permainan sofbol mesti memutuskan sama ada atau tidak untuk membuat ayunan memukul. Dalam situasi ini, dia terlibat dalam ujian kenal pasti apabila menentukan sama ada bola berada dalam zon memukul atau tidak. Kemudian untuk menghasilkan ayunan yang sesuai, pemukul mesti ingat apa yang perlu dilakukan untuk melaksanakan tindakan ini dan kemudian dapat mengenal pasti jika ayunan yang telah dimulakan adalah sesuai untuk memukul bola yang telah dilemparkan. (b)



Ujian memori implisit Banyak kali orang mempunyai maklumat yang disimpan dalam ingatan tetapi ia disimpan dalam apa-apa cara yang mereka mempunyai kesukaran mengakses maklumat itu supaya mereka boleh bertindak balas dengan betul pada ujian ingatan eksplisit. Situasi ini adalah amat relevan untuk memori prosedur yang kita dibincangkan sebelum ini sebagai salah satu daripada sistem memori jangka panjang. Bagi kemahiran motor, kita boleh menilai memori implisit dengan meminta seseorang secara lisan menerangkan bagaimana untuk melaksanakan kemahiran dan kemudian meminta dia melaksanakannya. Seperti yang sering berlaku, terutamanya dengan individu yang berkemahiran tinggi, mereka berjaya melaksanakan kemahiran tetapi tidak boleh secara lisan menggambarkan apa yang dia lakukan.



276 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Sebagai contoh, jika anda ditanya secara lisan menerangkan bagaimana anda mengikat tali kasut anda tanpa menggunakan tangan anda, anda mungkin tidak dapat melakukannya atau anda mungkin mengalami beberapa kesukaran melakukannya. Adakah ini bermakna anda tidak tahu bagaimana untuk mengikat tali kasut anda atau yang anda telah terlupa bagaimana untuk mengikat kasut anda? Tidak, dari segi perbezaan sebelum ini, kita antara pengetahuan prosedur dan deklaratif. Ia bermakna bahawa anda tidak mempunyai akses kepada, atau akses segera ke pengetahuan deklaratif anda tentang kasut mengikat. Bagaimana anda akan menyediakan bukti bahawa anda tahu bagaimana untuk mengikat kasut anda? Anda secara fizikal atau amali akan menunjukkan mengikat kasut anda di mana akan menunjukkan bahawa anda mempunyai pengetahuan prosedur yang perlu untuk melaksanakan kemahiran ini. Terdapat dua teori asas lupaan iaitu (Shea, Shebilske dan Worchel, 1993): (i)



Teori kerosakan jejak (trace decay theory) Teori kerosakan jejak merujuk kepada tanggapan bahawa seseorang boleh lupa apabila sambungan saraf yang terlibat dalam memori tidak cukup kuat dan sambungan "mereput" berlaku dari semasa ke semasa. Teori gangguan (interference theory) Teori gangguan menyokong tanggapan bahawa lupa berlaku kerana memori lain menghalang atau mengganggu dengan memori yang seseorang itu cuba untuk mengesan. Ada dua jenis gangguan iaitu: x



Perencatan proaktif Apabila sesuatu yang baru dipersembahkan, kenangan lama mengganggu pembelajaran baru. Ini boleh disebabkan oleh perencatan proaktif. Sebagai contoh, seorang individu telah belajar untuk membaling bola lurus dalam boling. Dalam usaha untuk individu memperoleh permainan yang sempurna (300 mata), balingan bola lencung (hook) perlu dipelajari. Apabila balingan bola lencung bola ia diajar tetapi kerana persamaan dengan balingan bola lurus dalam banyak rentak dan corak, memori bola lurus bertindak secara proaktif menghalang pembelajaran balingan bola lencung.



x



Perencatan retroaktif Dalam perencatan retroaktif, pembelajaran yang baru telah diganggu dengan telah memori yang telah lama. Seorang individu telah belajar untuk membaling bola lurus dan mempunyai



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 277



kesukaran pembelajaran membaling bola lencung, jadi dia memutuskan untuk kembali ke membaling bola lurus. Apa yang mengejutkan, dia kini mempunyai kesukaran membaling bola lurus.



10.4.2



Strategi untuk Meningkat Prestasi Memori



Dalam usaha untuk mengatasi lupa, ia adalah penting untuk memahami keberkesanan strategi yang digunakan dalam perkembangan memori. Strategi yang berikut (mnemonik) telah didapati berkesan apabila diaplikasikan dengan kanak-kanak dan dewasa: (a)



Pelabelan;



(b)



Latihan atau raptai; dan



(c)



Organisasi.



Pelabelan, menyediakan ringkas, imej yang bermakna pergerakan melalui verbal atau lisan, boleh membantu dalam prestasi. Raptai atau latihan, atau secara aktif melaksanakan pergerakan, mempunyai manfaat yang besar kepada pembangunan ingatan kerana ia menggabungkan latihan dengan pengalaman. Apabila berlatih lagu di piano (fizikal), menyanyi melodi (lisan) dan melihat jari menekan papan kunci yang sesuai (secara mental) boleh membantu seseorang untuk membangunkan satu pengalaman memori bersepadu untuk perbandingan pada masa hadapan hadapan. Strategi organisasi digunakan untuk menggabungkan maklumat bermakna dalam usaha untuk mengurangkan permintaan kognitif. Istilah lain untuk strategi ini ialah pengelompokan (chunking). Dengan mengumpulkan dan pengekodan, maklumat menjadi lebih terkawal, dengan ini individu mudah dapat memahami dan ingat konsep urutan.



SEMAK KENDIRI 10.3 Jelaskan secara ringkas perbezaan antara memori sensori, memori jangka masa pendek dan memori jangka masa panjang dalam konteks tempoh dan kapasiti maklumat.



278 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



AKTIVITI 10.3 Anda digalakkan melayari laman web berikut untuk menambahkan bahan bacaan: http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/learning/memory.html#Sensory







Memori sensori, jangka masa pendek dan jangka masa panjang merupakan satu komponen pemprosesan maklumat yang menyimpan maklumat.







Memori sensori menyimpan maklumat seketika sahaja sebelum ianya diproses ke memori jangka masa pendek.







Memori jangka masa pendek merupakan satu stesen untuk latihan maklumat pasif.







Memori berkerja merupakan bahagian aktif memori jangka masa panjang.



x



Memori jangka masa panjang merupakan satu jenis memori yang menyimpan maklumat dengan kekal.



x



Latihan merupakan perlakuan sesuatu pergerakan berulang kali.



x



Memori prosedural merupakan tempat penyimpanan maklumat berkaitan kemahiran motor yang berhubung dengan bagaimana untuk melakukan sesuatu.



x



Memori semantik merupakan tempat penyimpanan maklumat mengenai persekitaran umum yang dibentuk dari semasa ke semasa.



x



Model stor berganda merupakan satu paradigma struktur memori yang menggunakan satu perkakasan (hardware) komputer dan analogi perisian sebagai di bawah kawalan seseorang individu, mempermudah pengaliran maklumat yang disimpan dan dikeluarkan semula.



x



Teori tahap pemprosesan menjelaskan individu melalui kawalan tumpuan, menentukan kedalaman pemprosesan dengan menentukan kesignifikan dan perhubungannya dengan maklumat yang diingatinya sebelum ini.



TOPIK 10



MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



W 279



x



Pengekodan merupakan proses memori yang melibatkan transformasi maklumat yang akan diingat ke dalam bentuk yang boleh disimpan dalam memori.



x



Pengeluaran semula adalah proses memori melibatkan carian melalui memori jangka masa panjang untuk maklumat yang diperlukan untuk melakukan sesuatu tugasan yang diberi.



x



Ujian peringatan adalah satu ujian memori eksplisit yang memerlukan seseorang menghasilkan tindak balas yang dikehendaki.



Latihan



Memori sensori



Memori



Model stor berganda



Memori berkerja



Pengekodan



Memori jangka masa pendek



Pengeluaran semula (retrieval)



Memori jangka masa panjang



Persepsi



Memori prosedural



Teori tahap pemprosesan



Memori semantik



Ujian peringatan



Adams, J. A., & Dijkstra, S. (1996). Short term memory for motor responses. Journal of Experimental Psychology, 71, 314-318. Atkinson, R. C., & Shiffrin, R. M. (1968). Chapter: Human memory: A proposed system and its control processes. In Spence, K. W.; Spence, J. T. The psychology of learning and motivation, 2, pp. 89-195. New York, NY: Academic Press. Baddeley, A. D. (1986). Working memory. New York, NY: Oxford University Press. Baddeley, A. D. (1996). Exploring the central executive. Quaterly Journal of Experimental Psychology, 49A, 5-28.



280 X



TOPIK 10 MEMORI DALAM PEMBELAJARAN MOTOR



Coltheart, M., Pattrson, K., & Marshall, J. C. (1980). Deep dyslexia. London: Routledge and Kegal Paul. Craik, F. I. M., & Lockhart, R. S. (1972). Levels of processing: A framework of memory research. Journal of Verbal Learning and Verbal Behaviour, 11, 671-684. Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance. US: Morton. Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications (7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill. Peterson, L. R., & Peterson, M. J. (1959). Short-term retention of individual verbal items. Journal Experimental Psychology, 58, 193-198. Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neuropsychological approach. Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown. Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics. Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human Kinetics. Shea, C. H.; Worchel, S., & Sheldiske, W. L. (1993). Motor learning and control. New York, NY: Prentice Hall. Shiffrin, R. M., & Atkinson, R. C. (1967). Storage and retrieval procession longterm memory. Psychological Review, 76, 179-193. Sperling, G. (1960). The information available in brief visual presentations. Psychological Monographs: General and Applied, 74 (11, Whole No. 498). pp. 1-29. Tulving, E. (1985a). How many memory systems are there? American Psyscholigst, 40, 385-398. Tulving, E. (1985b). Memory and consciuousness. Canadian Psychology, 26, 1012. Wilberg, R. B., & Salmela, J. (1973). Information load and response consistency in sequential short-term memory. Perceptual and Motor Skills, 37, 23-29.