Tugasan 1 - Alexson [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pengenalan Guru boleh dikategorikan sebagai golongan profesional kerana sikapnya yang berdedikasi tinggi, sentiasa peka dengan perubahan dan keperluan persekitaran, sentiasa bersikap positif dan terbuka, berkeupayaan memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara. Tugas seorang guru memerlukan banyak kepakaran dan kemahiran serta mempunyai peribadi dan sahsiah yang unggul dalam dirinya. Hasil pendidikan yang dibentuk mestilah mempunyai kualiti. Di samping itu, tugas guru menuntut banyak kesabaran dan kesungguhan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang jitu dan tinggi. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan



pendidik



memainkan



peranan



yang



penting



dalam



menentukan



jatuhbangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan gurusebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapandengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalambentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran,budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. ‘Konsep guru yang profesional’ adalah guru yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kepakaran serta kemahiran yang pelbagai menjadi tuntutan utama dalam diri seseorang guru bagi melaksanakan satu proses pendidikan secara berterusan. Bagi menjalankantugas dengan cekap, guru hendaklah berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik, bermakna serta menyeronokkan muridmurid.



Isu dan Cabaran Guru Masa Kini Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat.



Kalau dulu guru sering



diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik.



Guru-guru



disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas



kesalahan,



kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. atu perbahasan relevan tentang



globalisasi



ialah



pengkajian



mengenai



kesan



globalisasi



terhadap



perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi



dalam



perkembangan



profesionalisme



keguruan



ialah



dapat



meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.



Pelan Pembangunan Guru Pelan



Pembangunan



Pendidikan



Malaysia



(2013-2025)



yang



telah



diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah meletakkan peningkatan profesionalisme profesion keguruan sebagai salah satu fokus utama. Dalam usaha untuk memastikan hasrat tersebut direalisasikan dengan jayanya, guru seharusnya mengambil tindakan proaktif ke arah meningkatkan profesionalisme profesion keguruan sejajar dengan hasrat murni Kementerian Pendidikan Malaysia tersebut. Untuk meningkatkan profesion keguruan seperti mana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, guru sebagai entiti utama dalam pelaksanaan kurikulum pada peringkat sekolah seharusnya mengambil langkah yang proaktif dalam meningkatkan pembangunan diri dan kerjaya yang dilihat sebagai mekanisme utama untuk meningkatkan martabat profesionalisme keguruan. Dalam hal ini, aspek pembangunan diri dan pembangunan kerjaya merupakan perkara yang penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan seperti mana yang diberi penekanan dalam Teori Trotter (1986). Secara holistik, peningkatan profesionalisme guru sama ada dari aspek pembangunan kendiri ataupun pembangunan kerjaya amatlah penting dalam meningkatkan profesionalisme keguruan. Peningkatan profesionalisme guru amatlah penting ke arah merealisasikan aspirasi sistem pendidikan negara. Dalam hal ini, guru sebagai individu yang memainkan peranan penting sebagai pelaksana dasar kurikulum pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya menguasai pelbagai kemahiran yang dianggap relevan dengan keperluan semasa. Profesionalisme yang dimiliki oleh guru amatlah penting dalam usaha untuk melahirkan murid yang mampu memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara ke arah pembentuk masyarakat berminda kelas pertama. Profesionalisme dalam kalangan guru juga membolehkan guru melaksanakan peranannya dengan lebih efektif. Oleh yang demikian, guru sewajarnya melaksanakan aktiviti yang menjurus ke arah peningkatan pembangunan diri dan juga kerjaya.



Kepentingan Pembangunan Profesionalisme Keguruan Membangunkan



guru



itu



sendiri



menjadi



salah



satu



faktor



dalam



membangunkan pendidikan di sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan guru terutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20 tahun mengajar di sekolah masih mengguna cara lama dalam mengajar, misalnya. Dengan ini satu perubahan perlu dilakukan di mana ahli jabatan di universiti perlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti pendidikan mesti menitikberatkan kepentingan ilmu dan kerajaan negeri mestilah berusaha keras dalam



menjalankan



satu



usaha



yang



sistematik



untuk



mengembangkan



pembangunan profesional para guru (Wu, 1999). Hasil membangunkan profesional guru, kelak kita akan dapat membina kemahiran, pengetahuan dan strategi pengajaran-pembelajaran, ketrampilan serta kemampuan untuk berurusan dengan masyarakat sekolah dengan lebih baik. Mungkinkah profesional guru boleh terbangun? Sekiranya pembangunan profesional guru tidak menjadi pelan utama bagi Kementerian Pendidikan, sehingga itulah kita tidak akan memenuhi keperluan pendidikan bagi semua pelajar (NJCLD, 2000). Untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan sahaja para guru yang terlibat tetapi juga sepatutnya melibatkan banyak pihak termasuk pentadbir di jabatan pendidikan, para-para pentadbir sekolah, staf sokongan dan penjaga atau ibu bapa. Ia mestilah dianggap tanggungjawab bersama dalam mendidik anak bangsa kita. Diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah sebagaimana yang disarankan oleh Anna Cratt (1996) ialah ia dapat membaiki kemahiran prestasi kerja guru, membaiki ketrampilan, menambah pengalaman untuk perkembangan kerjaya atau untuk naik pangkat, membina pengetahuan profesional dan pemahaman seorang guru, meningkatkan peribadinya, menghargai sumbangan guru, memberi kepuasan dari segi ikhtisas, meningkatkan kefahaman guru, membolehkan guru menjangka dan bersedia untuk berubah dan memperjelaskan polisi sekolah dan jabatan guru. Untuk membangunkan profesional guru perlu dibuat dengan usaha yang teliti dan berhati-hati. Ini kerana, kita tidak mahu usaha kerajaan yang mengguna dana yang banyak tidak mendapat hasil yang sepatutnya.



Kesimpulan Perkembangan profesional guru ini sangat penting kerana gurulah yang mendidik anak bangsa kita. Harus diingat bahawa pendidikan itu adalah nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa dan negara. Identiti sesuatu bangsa ditentukan oleh pendidikan. Ertinya pendidikanlah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak, berani atau penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada cita-cita atau tidak. Pendidikan jugalah yang akan menentukan hala tuju sesuatu bangsa di sesebuah negara samada bangsa itu menjadi satu bangsa yang baik atau jahat, lembut atau kasar, bangsa yang individunya memikirkan diri sendiri atau memikirkan bangsa, agama dan negaranya. Perkembangan profesionalisme guru secara berterusan adalah aspek yang tidak patut diabaikan oleh pentadbir institusi pendidikan termasuk sekolah. Ianya perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha untuk menginstitusikan konsep pembangunan sumber manusia.



Rujukan Anderson, E.M and Lucasse Shannon A. (1995). ‘Towards a conceptualization of mentoring’ in Issues in Mentoring, London: Routledge,Open University. Boon, P. Y. (2002). Amalan Reflektif Kearah Peningkatan Profesional Guru. Journal IPBA/Jilid 3 : Bil 2. Dr Abd Yusof. (2007). Guru dan kepentingan amalan reflektif: satu kajian kes. Journal Akademik, Institut Perguruan Kota Bharu. Jilid 13. Edward, A and Collison, J.(1996). Mentoring and Developing Practice in Primary Schools. Buckingham: Open University Press. Effandi Zakaria, Norazah Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend pengajaran dan pembembelajaran matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publications. Fullan,M . (1982). The meaning of educational change. New York. Teachers College Press. Hamid Fahmy Zarkasyi. (1990). Pemikiran Al-Ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.