Ucapan Wakil Pelajar Sempena Persaraan Guru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN CIK GONG WEI CHEONG DAN PUAN MAZNAH BINTI AHMAD TARIKH: 25 OKTOBER 2016



TEKS UCAPAN WAKIL PELAJAR SEMPENA MAJLIS PERSARAAN ________________________ DAN ________________________________________



Terima kasih Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha _______________________, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra Yang Dihormati, ______________________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. ______________________________, Penolong Kanan Kokurikulum, ______________________________, Penolong Kanan Petang Yang diraikan _______________________ dan ______________________________, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.



Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian, Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, ”Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell” “Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan.” Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan keduadua guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, keduadua guru ini bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kepada kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Cik Gong Wei Cheong . Cik Gong Wei Cheong telah



memulakan tugasnya sebagai seorang guru pada tanggal 1 Ogos 1983 setelah tamat pengajian di Campbell University USA dalam bidang Sains dan kemudiannya menyambung Diploma Pendidikan di Universiti Malaya. Sepanjang tempoh perkhidmatan Cik Gong Wei Cheong, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra kerana di sinilah tempoh perkhidmatannya yang paling lama iaitu selama 16 tahun. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan pelajar melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat para pelajarnya. Hadirin dan Hadirat sekalian, “Ingatan lalu adalah cara untuk kita merangkul perkara yang kita sayang, perkara yang membentuk kita, dan perkara yang kita sukar lepaskan.” Itulah Puan Maznah Bt Ahmad yang cukup kita kenali. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang guru pada tahun 1986. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan bersunggguhsungguh melaksanakan tugas dan tanggungjawab beliau. Beliau juga dikenang sebagai guru yang begitu rendah diri dan memahami. Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudah sesuatu urusan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya, pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Hadirin dan Hadirat sekalian, Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil pelajar SMK Tunku Abdul Rahman Putra merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru kami yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa agar Cik Gong Wei Cheong dan Puan Maznah Binti Ahmad akan dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat



agama, bangsa dan negara. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.