12 0 136 KB
Undang-undang 99 Perak Pensejarahan Malaysia Oleh : Muhammad Syakirin Bin Ariffin
Pengenalan
Undang-undang Sembilan Puloh Sembilan atau dalam
bahasa Inggerisnya ‘Ninety Nine Laws of Perak’ adalah undang-undang yang tertua dalam negeri Perak.
Dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.
Undang-undang dikatakan berasal daripada Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke17.
Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:1. Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.
Contohnya : Fasal 92 "Undang-undang orang menjadi Raja di-dalam negeri itu apaapa yang jadi aman pada negeri itu?" Maka sembah Menteri, " Pertama-tama adil hukum-nya, kedua murah makan di-dalam negeri itu, jadi aman-lah negeri itu.
2.
Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat
menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya. Contohnya : Fasal 24 " Undang-undang orang mengadap raja-raja atau orang besar-besar: maka titah Raja Nasruan Adil, "Apa hukum-
nya ? " Maka sembah Menteri, " Tatkala dudok di-balai itu mau-lah tundokkan kepala dan tiada boleh di- liarkan mata dan jangan memandang muka-nya dan suara
3. Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya. Contoh : Fasal 1
Undang-undang orang mengadir: maka titah Raja Nasruan Adil, "Apa-lah hukum-nya bilang-bilang hari orang datang mengadukan orang menchuri harta orang
?'* Maka sembah Menteri, " Ya tuan-ku, jika sa-kali boleh di-muafakatkan, suroh ganti barang itu ; jika sampai dua kali di-potong jari-nya; jika sarapai tiga kali di-buang
4.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal
kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya. Contoh : Fasal 54
"Undang-undang orang perempuan mengadu hendak cherai apa hukum-nya?" Maka sembah Menteri, " Pertama-tama tiada nafkah batin, kedua tiada nafkah dzahir, boleh-lah cherai."
Rujukan
Papers on Malay Subjects. Law: Part II, The 99 laws of Perak. ed. Rigby J. FMS Government Press, Kuala Lumpur. 1908
Sekian, terima kasih.