08 Hbml4203 Topik 4 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Topik  Bentuk



4



Thesusasteraan Melayu Moden



HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.



Mengenal pasti hala tuju pemikiran dan aliran dalam penulisan karya sastera;



2.



Membezakan empat bentuk Thesusasteraan Melayu Moden;



3.



Mengenal pasti kategori, tokoh, karya dan unsur dalam drama moden; dan



4.



Membandingkan antara cerpen dengan novel.



 PENGENALAN Anda telah pun didedahkan tentang pembahagian genre Thesusasteraan Melayu Moden dalam Topik 1. Di samping itu, anda turut didedahkan dengan sejarah perkembangan Thesusasteraan Melayu Moden dan tokoh-tokoh yang berkaitan dalam Topik 3. Topik ini akan membincangkan Thesusasteraan Melayu Moden dengan lebih lanjut iaitu dari aspek bentuk, kategori, jenis, unsur, tokoh dan karya dalam Thesusasteraan Melayu Moden. Tidak ketinggalan, kita juga akan membuat perbandingan antara novel dengan cerpen. Namun sebelum kita membincangkan bentuk Thesusasteraan Melayu Moden, mari kita pelajari dahulu aliran dalam penulisan karya sastera.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



4.1



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







83



ALIRAN DALAM PENULISAN KARYA SASTERA



Tahukah anda bahawa penulis menggunakan pelbagai cara untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya? Namun, mereka hanya berpegang kepada satu haluan pemikiran sahaja untuk berkarya. Haluan pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan sebagai aliran. Terdapat empat haluan pemikiran atau hala tuju penulis dalam mencipta karya mereka dengan lebih jelas. Ia dipaparkan dalam Rajah 4.1.



Rajah 4.1: Empat hala tuju pemikiran penulis dalam berkarya



Bagi aliran pula, terdapat tujuh aliran dalam penulisan karya sastera. Thesemuanya disenaraikan dalam Rajah 4.2 berikut.



Rajah 4.2: Tujuh aliran penulisan karya sastera



Thesemua aliran ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



84







4.1.1



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Klasikisme



„Thlasik‰ berasal daripada perkataan classic dalam bahasa Inggeris yang bermaksud sesuatu yang bermutu dan tinggi nilainya. Classics pula merujuk kepada karya sastera agung terutamanya karya-karya dari zaman Greek dan Latin.



Classical pula bermaksud pengelasan karya atau penilaian terhadapnya berasaskan kesetaraan nilainya dengan karya pada zaman Greek dan Latin. Akhir sekali, classicism bermaksud gaya yang didasarkan kepada tamadun Greek dan Latin sebagai modelnya. Terdapat juga pendapat lain yang mentakrifkan klasik sebagai sesuatu yang memiliki kedudukan yang diakui dan tidak diragukan. Jika dirujuk kepada kesusasteraan, klasik bererti karya yang tinggi nilainya dan sering dijadikan tolok ukur atau karya sastera zaman kuno yang bernilai kekal. Oleh itu, klasikisme bererti peniruan langgam seni (kebudayaan mahupun kesusasteraan) Yunani dan Romawi kuno. Ia memberi keutamaan terhadap bentuk, kesederhanaan dan penguasaan emosi seperti yang berlaku pada abad ke-18 Masihi. Berdasarkan keterangan tadi, dapat dirumuskan bahawa klasikisme merupakan satu aliran pemikiran yang berpegang bahawa karya sastera mestilah mengutamakan bentuk, isi dan penuh dengan emosi. Aliran ini juga sangat mementingkan nilai yang terkandung dalam sesebuah karya. Sehubungan itu, penulisnya patuh kepada konvensi sastera yang sedia ada, tidak kira sama ada prosa mahupun puisi. Jika karya itu serangkap pantun misalnya, konvensi pantun mestilah dipatuhi, isinya telah dikenal pasti dan matlamatnya juga telah ditentukan.



4.1.2



Romantisisme



Aliran penulisan karya sastera ini memfokuskan kepada perasaan. Thonsep ini muncul di Eropah sebagai reaksi kepada rasionalisme. Aliran romantisisme beranggapan bahawa fikiran manusia adalah terbatas. Oleh sebab itu, intuisi (gerak hati) diperlukan untuk mentafsir rahsia alam ini. Tafsiran ini pula dikaitkan dengan karya yang bergelumang dengan perasaan. Perasaan dalam aliran ini diungkapkan secara romantis, sedih dan pilu (melankolis) terhadap orang yang dikasihi. Namun, perasaan tersebut tidak terhad kepada kekasih sahaja malahan juga kepada negara dan Tuhan. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



4.1.3



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







85



Realisme



Aliran penulisan karya sastera aliran realisme menumpukan perhatian kepada gambaran atau penggemblengan isu masyarakat. Ia muncul di Barat pada tahun 1930. Di Malaysia dan Singapura, aliran ini diamalkan oleh penulis dan penyair ASAS 50. Thesemuanya memperjuangkan keadilan sosial. Oleh sebab itu, persoalan utama yang melatari karya mereka ialah isu kemasyarakatan. Antaranya adalah darurat, ketidakadilan sosial, politik dan nasionalisme. Akibat daripada kecenderungan untuk memihak kepada politik dan idea-idea sosialis, muncul satu cabang baru dalam realisme, iaitu realisme sosialis. Para penulis yang berpegang kepada cabang realisme ini memberi kemenangan kepada golongan miskin dan tertindas. Di Malaysia, Thassim Ahmad menulis kritikan sastera berasaskan realisme sosialis.



4.1.4



Naturalisme



Pada peringkat awal, aliran penulisan karya ini dipegang oleh para pelukis. Lukisan yang terhasil menggambarkan sesuatu objek dalam bentuk sebenarnya. Apabila aliran ini dibawa masuk ke dalam penghasilan karya sastera, para penulis mendukungnya dengan cara mengemukakan karya yang isi dan persoalannya benar-benar wujud dalam masyarakat, terutamanya mengenai kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Penggemblengan aliran ini boleh kita temui dalam kumpulan cerpen yang berjudul Dua Zaman. Harus diingat bahawa cerpen yang terkumpul dalam kumpulan tersebut dihasilkan oleh penulis ASAS 50.



4.1.5



Absurdisme



Aliran penulisan karya absurdisme lahir sesudah eksistensialisme. Manusia seolah-olah kehilangan segala-galanya selepas Perang Dunia Thedua. Situasi tersebut membentuk kekosongan dalam jiwa manusia, tidak terkecuali jiwa para penulis. Oleh sebab itu, muncullah keluh-kesah dalam jiwa pengarang. Perasaan ini diluahkan dalam bentuk karya sastera; lalu muncullah karya yang bertentangan dengan kenyataan, tidak masuk akal dan mustahil.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)







86



4.1.6



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Surealisme



Surealisme muncul dalam dunia kesusasteraan akibat daripada pelaksanaan psikoanalisis Freud yang berhubung dengan kejiwaan manusia. Tharya-karya yang mengaplikasikannya menjurus kepada aspek tidak rasional dalam kehidupan manusia, iaitu aspek bawah sedar.



4.1.7



Keislaman



Aliran ini muncul di Malaysia akibat tercetusnya polemik sastera Islam. Menurut aliran ini, karya sastera yang terhasil perlu mengikut lunas Islam. Di samping itu, karya yang terhasil juga perlu melukiskan kejernihan hidup orang bertakwa dan menggambarkan ketidaktenteraman orang yang menjauhi Islam.



4.2



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Terdapat empat bentuk Thesusasteraan Melayu Moden iaitu novel, cerpen, drama dan sajak. Mari kita pelajarinya dengan lebih lanjut dalam subtopik seterusnya.



4.2.1



Novel



Genre novel dalam Thesusasteraan Melayu Moden merupakan kesinambungan daripada genre hikayat dan cerita lipur lara dalam Prosa Melayu Tradisional. Secara umumnya, novel boleh dibahagikan kepada dua iaitu novel konvensional dan novel tidak konvensional. Bagi novel konvensional, terdapat tujuh jenis novel ini dalam Thesusasteraan Melayu Moden iaitu: (a)



Novel saduran;



(b)



Novel Melayu asli;



(c)



Novel berunsur Islam;



(d)



Novel remaja;



(e)



Novel kanak-kanak;



(f)



Novel popular; dan



(g)



Novel sejarah. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







87



Thita akan melihat ketujuh-tujuh jenis novel ini dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. (a)



Novel Saduran Thajian awal menunjukkan bahawa Hikayat Setia Asyik kepada Maksyuknya atau lebih dikenali kemudiannya sebagai Hikayat Faridah Hanum (1925–1926) karya Syed Syeikh al-Hadi, seorang reformis Islam sebagai novel pertama. Selalunya kenyataan ini akan disambung dengan kenyataan bahawa novel itu merupakan saduran daripada novel Mesir. Jika kita menerima fakta ini, maka bentuk pertama genre novel di Tanah Melayu ialah berbentuk novel saduran. Sehubungan itu, Syed Syeikh Al-Hadi boleh dianggap sebagai Bapa Novel Saduran. Selain beliau, Haji Ahmad Ismail turut menyadurkan novel-novel Timur Tengah. Novel yang dimaksudkan ialah Cogan Setia (1929) dan Puteri Mesir dengan Pahlawan (1931).



(b)



Novel Melayu Asli Selepas Syed Syeikh al-Hadi, muncul seorang lagi novelis dalam kalangan intelek agama, iaitu Ahmad Rasyid Talu. Beliau ialah novelis pertama yang menghasilkan novel Melayu asli. Ini adalah kerana buat pertama kalinya, novel karya tempatan menggunakan latar Tanah Melayu dan mengemukakan watak bangsa Melayu. Oleh sebab itu, beliau digelar Bapa Novel Melayu Asli. Antara novel yang dihasilkan oleh Ahmad Rasyid Talu ialah Thawan Benar (1927), Iakah Salmah? (1928) dan 12 Thali Sengsara (1929). Oleh itu, kita boleh rumuskan bahawa bentuk kedua genre novel di Tanah Melayu ialah novel Melayu asli. Harus diingat bahawa semua karya yang telah diterangkan dalam Bahagian (a) dan (b) tadi mengemukakan persoalan moral dan agama. Thewujudannya sudah sebati dalam Thesusasteraan Melayu. Isu tersebut terus diketengahkan daripada masa ke masa walaupun ada pasang surutnya. Perkembangan novel tidak menggalakkan selepas Perang Dunia Thedua. Begitu juga halnya pada era ASAS 50. Namun demikian, antara karya penting era tersebut ialah Darah Thedayan (1947) karya Harun Aminurrasyid, Pahlawan Rimba Malaya (1947) karya Theris Mas, Hancur Hati (1949) karya Ahmad Bakhtiar, Saka Thampung Gergasi (1950) karya Wijaya Mala dan Rumah itu Dunia Aku (1951) karya Hamzah.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



88







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Themudian, pada tahun 1960an dan 1970an, banyak novel bermutu dihasilkan oleh penulis baru. Antara yang utama ialah Musafir karya Hassan Ali, Salina karya A. Samad Said, Desa Pingitan karya Ibrahim Omar, Saga karya Abd. Talib Mohd. Hassan, Arca Berdiri Senja karya Baharuddin C. D., Hari-hari Terakhir Seorang Seniman karya Anwar Ridhwan, Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, Sandera karya Arena Wati dan Angin Timur Laut karya S. Othman Thelantan. (c)



Novel Berunsur Islam Pada tahun 1970an dan 1980an, persoalan moral dan agama kembali mendominasi Thesusasteraan Melayu Moden. Situasi demikian digerakkan oleh kesedaran mendalam para penulis untuk mengajak khalayak mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, muncullah novel berunsur Islam. Antaranya ialah AlSyiqaq I karya Shahnon Ahmad, Arbain karya Sabda S., Di Sebalik Sebuah Thubah karya Harun Haji Salleh, Seorang Guru Tua karya Abdul Rahman Harun, Mengejar Thedamaian karya Manap Abdul Malik, Mereka yang Tertewas karya Hasanuddin Md. Isa dan yang terbaru pada tahun 1990an ialah Imam karya Abdullah Hussein.



(d)



Novel Remaja Bentuk seterusnya ialah novel remaja. Thhalayak novel ini sudah semestinya golongan remaja. Utusan Melayu dan Public Bank telah menganjurkan sayembara penulisan novel remaja pada tahun 1997. Antara novel yang terhasil daripada sayembara ini ialah Julia karya Abu Hassan Morad dan Ekspedisi karya Mohd. Ghazali Tocheh. Novel-novel remaja yang lain ialah Terminal Tiga karya Othman Puteh, Meniti Thaca karya Raja Sabarudin Abdullah dan Panas Salju karya Talib Samat.



(e)



Novel Thanak-kanak Novel kanak-kanak merupakan satu lagi bentuk novel yang dikhaskan untuk bacaan kanak-kanak. Banyak penulis yang terlibat dalam penulisan novel ini. Terdapat banyak syarikat penerbitan yang giat menerbitkan novel kanak-kanak selain Dewan Bahasa dan Pustaka. Antaranya ialah Penerbit Warisan, Th Publishing, Edusystem dan lain-lain. Antara karya novel kanak-kanak ialah Penerbangan QR 13, Budi dan Lelaki Berkaki Thayu oleh Siti Aishah Ali, Misteri Azrul oleh Ghazali Ngah Azia dan Pulau Impian dan Hantu Pulau Thambing oleh Adi Alhadi.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







89



Selain itu, ada juga penerbit dalam bidang kesusasteraan kanak-kanak menterjemah karya Enid Blyton dan siri Harry Potter karya J. Th. Rowling dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. (f)



Novel Popular Novel popular menyasarkan golongan muda yang gemar bacaan ringan sebagai sasaran karya mereka. Antara novel yang popular ialah Thompilasi Selimut Malam oleh Shamsiah Mohd. Nor, Budak Setan oleh Ahadiat Akasah dan Suite 1908 oleh Sri Diah.



(g)



Novel Sejarah Bentuk novel terakhir dalam kategori novel konvensional ialah novel sejarah. Apakah maksud novel sejarah? Novel sejarah bermaksud penceritaan tentang ketokohan seseorang tokoh sejarah atau sesuatu peristiwa sejarah.



Dari sudut aliran, karya jenis ini menggunakan aliran realisme. Antara penulis bagi novel sejarah ialah Harun Aminurrashid. Beliau menulis novel sejarah yang berjudul Panglima Awang, Anak Panglima Awang, Tun Mandak, Wan Derus dan Sultan Mahmud Melaka. Selain itu, novel sejarah tulisan Harun Aminurrashid yang berasaskan sesuatu peristiwa ialah Thorban Thinabalu, Darah Thedayan dan Peristiwa Laksamana Cheng Ho ke Melaka. Pengarang mutakhir yang menulis novel sejarah ialah Zaharah Nawawi. Beliau menulis novel yang berjudul Panglima Sulong. Akhir sekali, mari kita pelajari tentang novel tidak konvensional. Novel jenis ini lahir apabila terdapat beberapa orang novelis yang menghasilkan novel beraliran anti-realisme atau novel absurd. Antaranya ialah Rahman Yusof yang menghasilkan novel absurd berjudul Warna-warna. Novel ini memenangi hadiah ketiga sayembara mengarang novel anjuran GAPENA pada tahun 1976. Novel Sampah karya Shahnon Ahmad juga merupakan sebuah lagi karya absurd.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)







90



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



AKTIVITI 4.1 1.



Pernahkah anda melihat rupa tokoh Syed Syeikh Al-Hadi? Jika tidak, cuba anda cari wajah Bapa Novel Saduran ini di Internet berserta dengan biografinya.



2.



Pada pendapat anda, mengapakah terdapat banyak bentuk novel dalam Thesusasteraan Melayu Moden?



SEMAK KENDIRI 4.1 1.



Nyatakan berapakah bentuk novel yang telah anda pelajari.



2.



Apakah yang anda faham tentang novel konvensional dan novel tidak konvensional?



4.2.2



Cerpen



Dalam Thesusasteraan Melayu Moden, terdapat dua kategori utama cerpen iaitu cerpen konvensional dan cerpen tidak konvensional. Sebelum kita membandingkan cerpen konvensional dengan cerpen tidak konvensional, mari kita pelajari dahulu sejarah mengenai cerpen. (a)



Sejarah Cerpen Tahukah anda bahawa cerpen hanya muncul pada awal tahun 1920? Cerpen pertama berjudul Thecelakaan Pemalas karya Nor bin Ibrahim. Ini diikuti dengan cerpen Themajuan Rekaan Dunia karya Ismail Sulaiman dan Cubaan Thasih oleh Jentayu. Selepas itu, cerpen yang tersiar di dalam Pengasuh dan Panduan Guru menggunakan latar belakang negara Barat dan Timur Tengah; cerpen di dalam Penyuluh berlatarbelakangkan suasana negara China dan Indonesia manakala cerpen dalam Majalah Guru berlatarbelakangkan negara Eropah.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







91



Themudian, wujud penerokaan dan persoalan dalam dunia baru, iaitu pendidikan. Gesaan mencapai kemajuan dalam bidang pelajaran dan penguasaan ilmu diutarakan dalam cerpen Berusaha Itu Perbendaharaan yang Thekal (tiada nama pengarang) dalam Dunia Melayu keluaran 21 Julai 1929. Cerpen lain yang mewakili tahun 1930an, 1940an dan 1950an ialah Si Buta Menyesal Menjadi Celik karya Abdul Rahim Thajai (Warta Jenaka, 5 Ogos 1937), Dari Perangkap ke Penjara, Themudian Lalu ke Syurga karya Ishak Haji Muhammad dan Thejadian Dalam Estet karya Theris Mas (Mastika, April 1950). Pertubuhan ASAS 50 turut melahirkan tiga orang cerpenis yang prolifik, iaitu Theris Mas, Usman Awang dan Awan il-Sarkam. Theris Mas melahirkan kumpulan cerpen Patah Tumbuh, Usman Awang melahirkan Degup Jantung manakala Awam il-Sarkan melahirkan Putih Mata. Era 1960an melahirkan wakil cerpenis seperti Ali Majod dengan cerpennya Pensel Sebatang (Dewan Masyarakat, Oktober 1965) dan Mohd. Affandi Hassan dengan cerpennya Hukum Tuhan (Dewan Masyarakat, Julai 1967). Akhir sekali, pada zaman 1970an, wakil cerpenis pada tahun tersebut ialah Anwar Ridhwan dengan cerpennya Dunia adalah Sebuah Apartmen (Dewan Sastera, Mac 1973) dan S. Othman Thelantan dengan cerpennya Mimpi yang Bertaburan (Dewan Sastera, Jun 1975). Untuk makluman, kesemua cerpen yang dinyatakan tadi menggunakan aliran realisme. (b)



Cerpen Thonvensional Dalam cerpen konvensional, ia terbahagi kepada lima bentuk iaitu: (i)



Cerpen panjang;



(ii)



Cerpen berunsur Islam;



(iii) Cerpen kanak-kanak; dan (iv) Cerpen berdasarkan karya tradisional.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



92







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Contoh bagi cerpen panjang, cerpen berunsur Islam dan cerpen berdasarkan karya tradisional dipaparkan dalam Jadual 4.1 berikut. Jadual 4.1: Contoh bagi Cerpen Panjang, Cerpen Berunsur Islam dan Cerpen Berdasarkan Tharya Tradisional Jenis Cerpen Panjang



Berunsur Islam



Tajuk Cerpen



Penulis



Satu Legenda Himpunan Bakawali



Fatimah Busu



Ungkapan



Shahnon Ahmad



Siaran



Dewan Budaya, Januari 1983



Dewan Sastera, Februari 1985



Berdasarkan Tharya Mimpi Paduka Tradisional



Othman Puteh



Dewan Sastera, Jun 1983



Untuk makluman, ketiga-tiga bentuk cerpen ini adalah beraliran realisme. Selain itu, terdapat juga cerpen kanak-kanak. Penulis mapan yang terkenal dalam penulisan cerpen kanak-kanak termasuklah Ali Majod, Azizi Haji Abdullah dan Rejab F. I. Salah satu kumpulan cerpen Ali Majod yang terkenal ialah Dalam Diri. Azizi Haji Abdullah pula menulis cerpen Paku Payung dan Limau Mandarin yang termuat dalam buku teks Thesusasteraan Melayu SPM. A. Rejab F. I. pula menulis cerpen Hadiah Hari Guru yang termuat di dalam buku teks ThOMSAS (kini bidang estetika) Tingkatan 1 Sehijau Warna Daun. Semua cerpen yang dinyatakan turut dihasilkan dengan menggunakan aliran realisme. (c)



Cerpen Tidak Thonvensional Cerpen tidak konvesional merupakan cerpen yang menyimpang jauh daripada cerpen konvensional. Ia turut dikenali sebagai cerpen absurd. Apakah ciri yang membezakannya daripada cerpen konvensional? Cerpen jenis ini menyimpang daripada genre biasa dalam bentuk atau ciri berikut: (i)



Tidak mementingkan watak utama;



(ii)



Latar tempat dan masanya tidak jelas; dan



(iii) Tiada unsur konflik yang memerlukan peleraian.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







93



Satu contoh cerpen yang tidak mempunyai unsur ketegangan ialah Anakanak dari Pasir Pekan oleh Fatimah Busu (Dewan Bahasa, September 1975). Contoh lain bagi cerpen absurd pada dekad 1970-an ialah cerpen Gap-gupgup oleh Othman Puteh (Dewan Sastera, April 1976), Fakurdafakia oleh Mana Sikana (Dewan Sastera, September 1976) dan kumpulan cerpen Parasit oleh Anwar Ridhwan. Thesemua cerpen absurd memanfaatkan aliran absurdisme.



SEMAK KENDIRI 4.2 1.



Nyatakan aliran yang digunakan untuk menghasilkan cerpen dalam Thesusasteraan Melayu Moden.



2.



Beri dua contoh cerpen absurd.



4.2.3



Drama atau Teater



Secara umumnya, terdapat tiga bentuk drama dalam Thesusasteraan Melayu Moden (Rajah 4.3).



Rajah 4.3: Tiga bentuk drama dalam Thesusasteraan Melayu Moden



Bentuk drama tradisional yang paling tua di Tanah Melayu ialah wayang kulit. Namun, ia bukanlah seni kepunyaan Tanah Melayu.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



94







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Terdapat empat jenis wayang kulit seperti yang diterangkan dalam Jadual 4.2: Jadual 4.2: Empat Jenis Wayang Thulit Jenis



Huraian



Wayang Thulit Thelantan



Berdasarkan Hikayat Seri Rama yang disadur daripada epik Ramayana. Persembahannya menggunakan patung yang diukir dan alat muzik tradisional. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu Patani.



Wayang Melayu



Diambil daripada episod tentang Pandawa Lima dalam epik Mahabharata dan Sastera Panji. Persembahannya menggunakan patung-patung ukiran Jawa dan alat muzik tradisional. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu pengaruh Jawa atau bahasa Jawa.



Wayang Gedek



Mempunyai banyak persamaan dengan wayang kulit di Thailand namun mempunyai pengubahsuaiannya yang tersendiri. Teks yang digunakan ialah Hikayat Seri Rama yang disadur daripada epik Ramayana. Persembahannya juga menggunakan patung yang diukir dan alat muzik tradisonal. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh bahasa Thai.



Wayang Purwa



Membawa cerita seperti wayang Melayu tetapi tidak ada cerita panji. Persembahannya juga turut menggunakan patung dan alat muzik tradisonal. Bahasa yang digunakan ialah bahasa Jawa atau bahasa Melayu yang dipengaruhi bahasa Jawa.



Bentuk drama tradisional yang kedua ialah drama bangsawan. Tahukah anda bahawa seni bangsawan berasal dari India dan dibawa masuk ke Pulau Pinang? Persembahan ini diambil alih oleh seorang usahawan dalam kalangan Jawi Pekan yang bernama Muhammad Pusi. Thumpulan Pusi Indera Bangsawan of Penang adalah sangat popular dan mereka turut menumbuhkan banyak kumpulan lain. Persembahan bangsawan tidak menggunakan sebarang skrip. Themudian, seni bangsawan ini mula menggunakan cerita yang berpijak di bumi nyata apabila kumpulan Dardanella dan Bolero dari Indonesia datang ke Tanah Melayu. Thumpulan dari Indonesia itu turut memperkenalkan drama sandiwara di Tanah Melayu.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







95



SEMAK KENDIRI 4.3 1.



Nyatakan empat bentuk wayang kulit.



2.



Huraikan ciri wayang kulit Thelantan.



3.



Apakah perubahan yang dibawa oleh Dardanella dan Bolero terhadap seni bangsawan?



4.



Nyatakan tiga bentuk drama tradisional.



4.2.4



Sajak



Tahukah anda bahawa sajak merupakan satu-satunya genre puisi dalam kategori puisi Melayu moden? Puisi moden yang pertama dihasilkan oleh Omar Mustafa pada tahun 1913. Tharya beliau berjudul Angan-angan dengan Gurindam yang disiarkan oleh Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913. Berdasarkan tajuknya, kita dapati Omar bermaksud untuk menulis gurindam. Namun demikian, jika ditinjau dari segi bentuk dan isinya, karya itu sebenarnya sajak dan bukannya gurindam. Mari kita lihat rangkap pertama karya tersebut:



Bangkitlah bangkit! Mengapa tidur lama sangat? Di mana dapat mencari negeri yang sekaya negeri kita? Bangkitlah bangkit! Timah dimasak sudahlah hangat. Sayangnya, gaya sajak Omar tidak menjadi ikutan penulis lain dengan segera. Hanya pada dekad 1930an barulah sajak menjadi genre puisi yang popular dengan gaya yang lembut dan romantik. Penyair yang bertanggungjawab mempopularkannya ialah Muhammad Yassin Maamur atau nama penanya Punggok. Sajak pertamanya berjudul Di Tengah Segara yang bermodelkan pantun. Rangkap pertama sajak beliau berbunyi seperti berikut:



Di dalam gelombang hambur menghambur Thudengar seru sayup bahasa Hatiku lebur bagaikan hancur Hendakku renang beta tak bisa. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



96







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Sajak ini dikatakan bermodelkan pantun kerana: (a)



Ada empat baris serangkap;



(b)



Mempunyai 8 hingga 12 suku kata setiap baris; dan



(c)



Rima akhirnya a-b-a-b.



Namun demikian, kita tidak boleh menyamakan sajak nukilan Punggok ini dengan pantun kerana tidak ada bahagian yang menjadi pembayang. Ia juga bukanlah syair kerana rima akhirnya bukan a-a-a-a, walaupun semuanya mempunyai maksud. Namun, bentuk sajak sebegini tidak lagi kelihatan dalam sajak dekad 1950an. Ini bermakna, sajak yang dihasilkan sudah 100 peratus bebas daripada ikatan puisi tradisional. Mari kita perhatikan sajak Pada Tanah yang Indah yang ditulis pada tahun 1956 oleh A. Samad Said, antara penulis sajak yang terulung di Malaysia. PADA TANAH YANG INDAH A. Samad Said Dalam mata yang bersih merayap cahaya jernih, Aku sama menagih kemerdekaan kasih, Dalam dada yang mesra tenang telaga cinta, Aku janji setia membela tanah pusaka. Thira ribut mendurja mengancam tanah yang indah, Setapak tiada kurela untuk melutut kecewa, Biar peluru selaksa mendendam liar mangsanya, Untuk kekasih pusaka hatiku tetap rela. Dalam hari berlari berbaja kasih di hati, Azam besi berumbi; melebur penjajah di bumi! Dalam rindu berpadu, hitam dendam terpendam, Aku terlalu merindu fajar cemerlang menjelang. Hati ini seluruh kasihkan kekasih sepenuh, Beri janji yang teguh hingga badanku luluh! Sajak ini terhasil penuh syahdu dan terangkum dengan rasa cintakan negara yang mendalam iaitu, kita boleh menemui pernyataan bercirikan romantisisme dalamnya.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







97



Walau bagaimanapun, pada penghujung tahun 1955, terdapat dua aliran yang mulai menyimpang jauh antara satu sama lain: (a)



Aliran pertama: Othman Awang dan Masuri S. N. mementingkan isi, penggunaan bahasa yang sangat biasa dan mudah difahami khalayak; dan



(b)



Aliran kedua: Noor S. I., A. S. Amin dan M. Ghazali membuat pembaharuan melalui penggunaan simbol dan imej yang di luar kebiasaan dalam sajak mereka. Sajak mereka dilabel sebagai sajak kabur.



(c)



Label itu diberi kerana terdapat gambaran yang sukar difahami maksudnya dengan tepat. Hal itu telah menimbulkan polemik dalam kalangan pelbagai pihak. Contohnya seperi sajak Thuasa yang ditulis oleh A. S. Amin. ThUASA A. S. Amin Tua cintanya seluruh manusia Hijau patah terkulai Aku memantul sendiri di hati Ombak memukul Theseluruhan sendi Termangu di bumi Thesabaran Merah dan kasih orang dagang Mengetuk dari tempat sendiri



Tentulah puisi ini tidak mudah ditelusuri maksudnya. Beliau menggunakan imej „tua‰, „hijau‰, „ombak‰, „merah‰ dan „orang dagang‰. Dalam puisi yang singkat ini, ia memberi imej yang banyak dan kita mesti menafsirkan imej itu dan mengaitkannya antara satu dengan lain untuk sampai kepada „kuasa‰ yang dipersoalkan. Walau bagaimanapun, itu masih boleh dibahas dan dianalisis. Puisi ini dihasilkan pada tahun 1957, iaitu tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Oleh sebab itu, isinya boleh sahaja dihubungkan dengan soal hak, kesetiaan kepada negara, nasib rakyat asalnya dan masa depan mereka. Ternyata bahawa „kesukaran‰ itu tiada kebenarannya. Namun demikian, sajak dekad 1960an yang ditulis oleh A. Latiff Mohidin bertajuk Sungai Tua bersifat tidak romantis. Ia sebaliknya mengandungi pengucapan yang menjelaskan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



98







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



SUNGAI TUA A. Latiff Mohidin Di saat kesepian menikam-nikam dada Mengalirkan sungai tua Dari desa ke desa Penghuninya telah lama Membuang wajah ke kota Juga rama-rama telah lama Thehilangan warna pelanginya Bila tebingmu menunda-nunda Bila desamu menunda-nunda Berikanlah air mata kesepianmu Pada anjing-anjing hutan Yang hilang bulan buruannya Pada burung-burung utusan Yang kehilangan benua kasihnya Sajak ini berbentuk konvensional. Unsur protes yang terdapat dalam sajak itu dan sajak-sajak karya ramai penyair lain telah menghasilkan satu bentuk baru dalam Puisi Melayu Moden, iaitu sajak protes. Pada tahun 1970an, banyak lagi perubahan yang berlaku. Penulis Themala memantapkan aliran mistisisme Islam melalui sajak panjang Meditasi dan kumpulan puisi Thaktus-kaktus. Suhaimi Haji Muhammad pula mengemukan sajak eksperimen yang: (a)



Mengkonkritkan idea dan kata;



(b)



Memanipulasikan kata, suku kata dan tanda baca; dan



(c)



Ada yang menggunakan rajah-rajah tertentu.



Beliau menghasilkan kumpulan Bumi Hijau (1971) dan Chorus Manusia Pengungsi (1976) yang mengandungi puisi konkrit. A. Ghafar Ibrahim muncul dengan kumpulan Tan Sri Bulan (1976) dan Tak Tun (1978) yang mengandungi sajak 3V iaitu vokal, verbal dan visual. Sajak bentuk ini kaya dengan gerakan dan wawasan. Demikian juga dengan sajak Dundun Cakcak yang bertolak daripada unsur-unsur bunyi alat muzik tradisional Melayu. Selain itu, muncul pula sajak berunsur Islam yang dihasilkan oleh Nahmar Jamil, A. Wahab Ali, Shafie Abu Bakar dan lain-lain.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







99



Tiada perubahan yang mendadak pada dekad 1980an hingga kini. Sejak A. Samad Said mengumumkan persaraannya selepas menerbitkan puisi panjangnya yang berjudul al-Amin sehingga kini, sajak-sajak konvensional terus menguasai dada akhbar dan majalah di Malaysia.



SEMAK KENDIRI 4.4 1.



Apakah yang dimaksudkan dengan sajak kabur?



2.



Namakan kumpulan sajak 3V yang dihasilkan oleh A. Ghafar Ibrahim.



3.



Apakah perubahan yang berlaku dalam dunia Puisi Melayu Moden pada tahun 1970an?



4.3



DRAMA MODEN



Sekarang mari kita pelajari tentang kategori, tokoh dan karya serta unsur dalam drama moden.



4.3.1



Kategori Drama Moden



Secara umumnya, drama boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu drama konvensional dan drama tidak konvensional. Dua kategori ini dipecahkan lagi kepada beberapa kategori seperti yang dipaparkan dalam Rajah 4.4 berikut.



Rajah 4.4: Thategori drama moden



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



100







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Penerangan lanjut bagi drama sandiwara, drama realisme dan drama absurd adalah seperti berikut: (a)



Drama Sandiwara Drama jenis ini masuk ke Tanah Melayu melalui kumpulan Miss Ribut, Dardanella dan Bolero sekitar tahun 1935. Ia menjadi penamat kepada drama bangsawan. Drama sandiwara ialah drama pentas yang memiliki skrip dan menggunakan khidmat pengarah. Drama sandiwara di Malaysia terdiri daripada tiga bentuk iaitu: (i)



Drama Sejarah;



(ii)



Drama Purba; dan



(iii) Drama Pra-realisme. Antara ketiga-tiganya, drama sejarah yang paling banyak dihasilkan. Ini bersesuaian dengan semangat kebangsaan yang meluap-luap dalam kalangan rakyat pada masa itu. Drama purba mengandungi cerita yang berkisar di istana atau rakyat biasa di pedesaan manakala drama prarealisme lahir sebelum kemunculan drama realisme. Untuk makluman anda, drama sandiwara termasuk dalam aliran romantisisme. (b)



Drama Realisme Drama jenis ini terhasil apabila dramatis di Malaysia menggunakan bahan cerita yang diambil daripada permasalahan yang timbul dalam kehidupan sehari-hari. Oleh sebab itu, bentuk baru ini menggunakan bahan, dialog, setting dan cara pementasan yang realistik. Sehubungan itu, aliran yang digunakan untuk menghasilkannya ialah realisme. Drama jenis ini muncul pada tahun 1960an.



(c)



Drama Absurd Pada tahun 1970an lahir dramatis Malaysia yang melarikan diri daripada tradisi realisme. Mereka mempersoalkan hal-hal yang berhubung dengan kejiwaan dan konflik batin manusia. Sehubungan itu, mereka menyeret eksistensialisme yang dilihat dari kaca mata Timur dan penonjolan watak surealis. Namun, harus diingat bahawa absurdisme di Malaysia merupakan karya yang anti-realisme, sukar difahami, cenderung kepada fantasi, abstrak, berunsur mimpi dan sukar dihayati. Semua drama absurdisme dilahirkan melalui pengaplikasian aliran absurdisme. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



4.3.2



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







101



Tokoh dan Karya Drama Moden



Setiap kategori drama mempunyai tokoh dan karyanya yang tersendiri. Ia adalah seperti berikut: (a)



Drama Sandiwara Bagi drama sandiwara, tokoh dan karyanya adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 4.3 berikut. Jadual 4.3: Dramatis dan Tharya Mereka bagi Drama Sandiwara Dramatis



(b)



Judul Drama



Shaharom Husain



Lawyer Dahlan



Syed Alwi al-Hady



Hang Tuah Pahlawan Melayu



Thalam Hamidy



Thepalsuan Maya



Drama Realisme Jadual 4.4 pula menyatakan beberapa karya dramatis dan judul drama realisme karya mereka. Jadual 4.4: Dramatis dan Tharya Mereka bagi Drama Realisme Dramatis



(c)



Judul Drama



Thala Dewata



Atap Genting Atap Rumbia



Syed Alwi



Alang Rentak Seribu



Awang Had Salleh



Buat Menyapu Si Air Mata



Drama Absurdisme Jadual 4.5 pula menyatakan beberapa karya dramatis dan judul drama absurdisme karya mereka. Jadual 4.5: Dramatis dan Tharya Mereka bagi Drama Absurdisme Dramatis



Judul Drama



Noordin Hassan



Bukan Lalang Ditiup Angin



Dinsman



Ana



Hatta Azad Thhan



Patung-patung



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



102







4.3.3



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Unsur dalam Drama Moden



Tahukah anda drama moden menggunakan banyak unsur untuk pelbagai tujuan? Antaranya ialah untuk mewujudkan senario yang realistik, banyak pemilihan kata mengalami perubahan artikulasi seperti unsur sinkope (syncope). Contohnya, perkataan „itu‰ menjadi „tu‰, „hendak‰ menjadi „nak‰ dan „tidak‰ menjadi „tak‰. Unsur lain dalam drama moden ialah unsur humor, unsur protes dan unsur kolokial. Unsur humor dan unsur protes digunakan untuk menimbulkan kesan dan kepuasan. Di samping itu, watak yang bercakap menggunakan bahasa sehari-hari akan lebih meyakinkan dan merapatkan hubungan antara drama dengan khalayak. Penulis Thala Dewata terkenal kerana unsur humornya dalam Atap Genting Atap Rumbia dan Di Balik Tabir Harapan. Usman Awang pula menggunakan unsur protes dalam Tamu Di Bukit Thenny. Dalam unsur kolokial, bahasa yang digunakan dalam drama jenis ini telah dimulakan oleh Thala Dewata untuk meninggalkan tradisi bahasa berpuisi. Selain itu, terdapat dua lagi unsur yang penting dalam drama moden iaitu unsur perbandingan dan unsur perulangan. Unsur perbandingan sama ada simile ataupun metafora digunakan untuk menguatkan dan memperjelas apa yang hendak digambarkan. Unsur perulangan pula digunakan untuk melahirkan keseronokan apabila dilafazkan dan didengari.



4.4



CERPEN DAN NOVEL



Akhir sekali, mari kita bandingkan cerpen dan novel dari sudut persamaan dan perbezaan.



4.4.1



Persamaan dan Perbezaan antara Cerpen dengan Novel



Secara umumnya, persamaan dan perbezaan antara cerpen dan novel boleh diringkaskan seperti Jadual 4.6 berikut.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







103



Jadual 4.6: Persamaan dan Perbezaan antara Cerpen dengan Novel Persamaan



Perbezaan



 Thedua-duanya genre prosa Thesusasteraan Melayu Moden.



dalam



 Cerpen lebih sedikit jumlah perkataan jika dibandingkan dengan novel.  Watak dalam cerpen lebih sedikit daripada watak dalam novel.  Persoalan dalam cerpen tidak bersifat pelbagai seperti dalam novel.  Fokus cerpen hanya kepada watak utama, sementara novel luas jangkauannya kerana plot yang kompleks.  Suasana dan latar cerita dalam cerpen tidak beraneka seperti yang terdapat dalam novel.  Cerpen muncul pada tahun 1920, sementara novel asli hanya muncul pada tahun 1927.



Thesimpulannya, walaupun kedua-duanya merupakan genre prosa, tetapi perbezaan antara kedua-duanya amat ketara dari segi jumlah perkataan, watak, persoalan, fokus penceritaan, suasana dan latar, serta tarikh kemunculannya dalam dunia Thesusasteraan Melayu Moden.



SEMAK KENDIRI 4.5 1.



Jelaskan kategori drama moden di Malaysia.



2.



Huraikan aliran yang digunakan untuk menghasilkan drama moden di Malaysia.



3.



Senaraikan tiga perbezaan antara cerpen dengan novel.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



104







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







Terdapat empat hala tuju pemikiran penulis iaitu berterus terang, pentingkan diri semata-mata, cara halus atau kasar dan perhatian terhadap keindahan.







Hala tuju ini seterusnya membawa kepada aliran penulis karya sastera.







Terdapat tujuh aliran dalam penulisan karya sastera iaitu klasikisme, romantisisme, realisme, naturalisme, absurdisme, surealisme dan keislaman.







Aliran klasikisme mengutamakan bentuk, isi, emosi dan konvensi.







Aliran romantisisme pula menggembleng perasaan, ungkapan-ungkapan romantis dan melankolis.







Aliran realisme menumpukan perhatian kepada realiti kemasyarakatan.







Aliran naturalisme mengemukakan karya yang isi dan persoalannya wujud dalam masyarakat.







Aliran absurdisme melahirkan karya yang bertentangan dengan kenyataan, tidak masuk akal dan mustahil.







Aliran surealisme menjurus kepada aspek tidak rasional dalam kehidupan manusia, iaitu aspek bawah sedar.







Aliran Islam melahirkan karya yang patuh kepada ajaran Islam.







Empat bentuk Thesusasteraan Melayu Moden ialah novel, cerpen, drama dan sajak.







Terdapat tujuh bentuk novel konvensional dalam Thesusasteraan Melayu Moden iaitu novel saduran, novel Melayu asli, novel berunsur Islam, novel remaja, novel kanak-kanak, novel popular dan novel sejarah.







Novel tidak konvensional ialah novel absurd.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







105







Cerpen konvensional terbahagi kepada empat bentuk, iaitu cerpen panjang, cerpen berunsur Islam, cerpen kanak-kanak dan cerpen berdasarkan kisah dalam sastera tradisional.







Cerpen tidak konvensional ialah cerpen absurd.







Drama atau teater terbahagi kepada tiga iaitu drama tradisional, drama bangsawan dan drama sandiwara.







Drama tradisional terbahagi kepada empat bentuk iaitu wayang kulit Thelantan, wayang Melayu, wayang gedek dan wayang purwa.







Drama bangsawan tidak menggunakan skrip, mementaskan cerita berunsur khayalan dan fantasi.







Drama sandiwara dibawa ke Tanah Melayu oleh kumpulan-kumpulan Miss Ribut, Dardanella dan Bolero. Ia menggunakan skrip dan khidmat pengarah.







Sajak terawal masih terikat dengan ciri-ciri Puisi Melayu Tradisional.







Puisi moden yang pertama dihasilkan oleh Omar Mustafa pada tahun 1913. Tharya beliau berjudul Angan-angan dengan Gurindam yang disiarkan oleh Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913.







Punggok pula menghasilkan sajak yang menyimpang daripada unsur-unsur tradisi. Ia mempunyai empat baris serangkap dan berima akhir a-b-a-b, namun tidak mempunyai pembayang dan maksud. Sajaknya tidak juga syair kerana rima akhirnya bukan a-a-a-a, walaupun semua ayat pada setiap baris itu bermaksud.







Sajak konvensional terbahagi kepada dua bentuk, iaitu sajak protes dan sajak berunsur Islam.







Sajak tidak konvensional terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu puisi konkrit, sajak 3V (vokal, verbal dan visual) dan sajak kabur.







Drama moden boleh dikelaskan kepada dua kategori utama iaitu drama konvensional dan drama tidak konvensional.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



106







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







Drama konvensional terbahagi kepada dua iaitu drama sandiwara dan drama realisme.







Drama tidak konvensional pula terdiri daripada drama absurd.







Drama sandiwara dibawa ke Tanah Melayu oleh kumpulan drama dari Indonesia. Pementasannya menggunakan skrip dan pengarah.







Drama realisme terhasil apabila dramatis di Malaysia menggunakan bahan cerita yang diambil daripada permasalahan-permasalahan yang timbul dalam kehidupan sehari-hari.







Drama absurd lahir pada tahun 1970an apabila dramatis Malaysia cuba melarikan diri daripada tradisi realisme.







Antara tokoh drama sandiwara ialah Shaharom Husain, Syed Alwi Al-Hady dan Thalam Hamidy.







Antara tokoh drama realisme ialah Thala Dewata, Syed Alwi dan Awang Had Salleh.







Antara tokoh drama absurd ialah Noordin Hassan, Dinsman dan Hatta Azad Thhan.







Contoh drama sandiwara yang menggunakan aliran romantisisme ialah Lawyer Dahlan, Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Thepalsuan Maya.







Contoh drama realisme yang menggunakan aliran realisme ialah Atap Genting Atap Rumbia, Alang Rentak Seribu dan Buat Menyapu Si Air Mata.







Contoh drama absurd yang menggunakan aliran absurdisme ialah Bukan Lalang ditiup angin, Ana dan Patung-patung.







Unsur yang terdapat dalam drama moden ialah unsur sinkope (syncope), unsur humor, unsur protes, unsur kolokial, unsur perbandingan dan unsur perulangan.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN







107







Cerpen dan novel ialah genre prosa dalam Thesusasteraan Melayu Moden.







Walaupun sama dari segi kategori karya, kedua-duanya berbeza dari segi jumlah perkataan, watak, persoalan fokus penceritaan, suasana dan latar, serta tarikh kemunculannya dalam dunia Thesusasteraan Melayu Moden.



Aliran Islam



Drame realisme



Aliran klasikisme



Drama sandiwara



Aliran naturalisme



Drama tradisional



Aliran mistisisme Islam



Novel absurd



Aliran realisme



Novel berunsur Islam



Aliran romantisisme



Novel kanak-kanak



Aliran surealisme



Novel Melayu asli



Cerpen absurd



Novel popular



Cerpen berdasarkan karya tradisional



Novel remaja



Cerpen berunsur Islam



Novel saduran



Cerpen kanak-kanak



Novel sejarah



Cerpen konvensional



Puisi konkrit



Cerpen panjang



Sajak berunsur Islam



Cerpen tidak konvensional



Sajak eksperimen



Drama absurd



Sajak kabur



Drama bangsawan



Sajak protes



Drama konvensional



Sajak 3V



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)



108







TOPIK 4



BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU MODEN



Abdul Rahman Napiah. (1987). Drama moden Malaysia: perkembangan dan perubahan. Thuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Jaafar. (2000). Sejarah kesusasteraan Melayu tradisional. Balakong, Malaysia: Pustaka Sistem Pelajaran. Harun Jaafar. (2000). Sejarah kesusasteraan Melayu moden. Balakong, Malaysia: Pustaka Sistem Pelajaran. Nurazmi Thuntum. (1990). Sastera sebelum dan sesudah 1800. Thuala Lumpur, Malaysia: Nurin Enterprise. Rahman Shaari. (1991). Lukisan zaman. Shah Alam, Malaysia: Marwilis Publisher & Distributors.



Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)