4 0 1 MB
Group Math IPGKPP PISMP Ambilan 2012
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK edu 3102
PERKEMBANGAN BAHASA
Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding beza ciri-ciri persamaan dan perbezaan perkembangan bahasa berdasarkan pandangan ahli psikologi kognitif (Piaget, Vygotsky,Chomsky)
Maksud bahasa Satu bentuk komunikasi “verbal” atau “non verbal”. Mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesuatu komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan.
Umur
Ciri am perkembangan bahasa
1- 5 bulan
Menangis yg tidak dibezakan. Bunyi vokal di buat secara rawak, senyum, ketawa dan melibatkan sendiri dalam main vokal yang digemari
6 – 13 bulan
Sura rupa bebelan, membuat respon verbal meniru orang lain, hingga hampir sama pola verbal manusia. Kira-kira 8 bulan, bayi boleh memahami beberapa kata org dewasa
10 -13 bulan
Ucap kata pertama: penggunaan kata tipikal merujuk objek drpd tindakan
12- 18
Peringkat menggynakan satu perkataan utk mewakili ayat, kebanyakan kata nama, termasuklah bunyi bebelan serupa dgn kata komunitinya.
2 tahun
Peringkat menggunakan dua perkataan utk mewakili ayat. Boleh kata dgn ayat mudah, kebanyakkannya kata ganti nama, sedikit kata kerja. Boleh menggunakan 50 hingga 200 patah kata
2 -5 tahun
Peringkat menggunakantiga perkataan utk mewakili ayat. Percakapan telegrafik
Umur
Ciri Am Perkembangan Bahasa
4 Tahun
Boleh menggunakan percakapan khayal & 5 perkataan untuk mewakili sesuatu ayat
5 Tahun
Boleh susun kata komplek & bercerita dengan kata sintaksis
6-12 Tahun
• Berupaya memikir bahasa sebagai satu sistem • Perbendaharaan kata bertambah hampir 4 kali, hingga sampai 40,000 perkataan, mempelajari purata 20 perkataan baru setiap hari • Kanak-kanak berumur 6tahu telah boleh memberi deskripsi konkrit untuk merujuk fungsi @ rupa, misalnya “pisau untuk memotong”, “pensil merah” dan sebagainya • Pendekatan analitik & reflektif terhadap bahasa membolehkan kanak2 menggunakan perkataan2 yg ada lebih maknanya • Menguasai bahasa gramatis yg komplek ditambahbaik, berkembang drpd ayat aktif kpd ayat pasif • Guna ayat lebih kreatif drpd frasa mudah kepada frasa komplek, misalnya drpd “bunga kuning”->”bunga kuning yang besar”
12-18 Tahun
• • • •
Berupaya memahami peribahasa Kefahaman & penggunaan ayat yg kompleks terus ditambah Berupaya mengubahsuai stail kata berdasarkan situasi Boleh membaca & menginterpret literatur dewasa
PIAGET VYGOTSKY
CHOMSKY
PIAGET
VYGOTSKY
CHOMSKY
VYGOTSKY PIAGET • Menurut Piaget, perkembangan bahasa merupakan transisi dari sifat egosentris ke interkomunikasi sosial • Berkembang secara bertahap atau berperingkat. • Bahasa ucapan itu dipelajari dan bukan terjadi begitu saja. • Belajar bahasa sama seperti belajar ilmu lain iaitu membentuk dan mengkontraksi bahasa dari pengalamannya.
• Menurut beliau, bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu • Kanak-kanak belajar bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orangorang di persekitaran. • Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman kanakkanak • Bercakap dengan ayatayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang perlbagai.
CHOMSKY • Perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri • Setiap individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri • Mereka akan memerhati dan memadankan caracara penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka • Kemahiran ini tidak dipelajari secara lansung daripada orang-orang dewasa di sekitar kanakkanak ini
Tahap perkembangan bahasa anak menurut Piaget USIA
TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA
0 – 4 bulan
Tahap meraban (pralinguistik) Pertama
5bulan- 1 tahun
Tahap meraban (pralinguistik) Kedua
1 – 2 tahun
Tahap lingusitik 1 : menyebut satu perkataan
2 – 3tahun
Tahap lingusitik 2 : menyebut lebih dari satu perkataan
3 – 4tahun
Tahap lingusitik 3 : perkembangan tatabahasa
4 – 5 tahun
Tahap lingusitik 4 : tatabahasa menjelang dewasa
5tahun-
Tahap lingusitik 5 : kompetensi penuh
PIAGET • Kemampuan kanakkanak berbahasa bergantung kepada kematangan kognitifnya
VYGOTSKY • Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya sesuai dengan peningkatan umur kanak-kanak. • Guru dan orang-orang dewasa meluaskan penggunaan dan kemahiran berbahasa melalui interaksi dan maklum balas yang membantu membetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut
CHOMSKY • Ia adalah bersifat semula jadi dan diwarisi. • Kanak-kanak dilahirkan dgn instrumen memperolehi bahasa (language acquisition devise :LAD), suatu sistem semula jadi yg mengandungi satu set peraturan yg sama utk semua bahasa • Dgn LAD ini, kanakkanak dpt menguasai bahasa secara semulajadi.
CHOMSKY • Apabila kanakkanak mencapai kematangan, mereka boleh menguasai kemahiran berbahasa dengan cara tersendiri • Mereka boleh merangka ayat dan frasa yang tersendiri dan bukan hanya ditiru daripada persekitaran.
PERSAMAAN PANDANGAN PIAGET + VYGOTSKY
Perkembangan bahasa dipengaruhi persekitaran dan pengalaman Tidak terjadi dengan sendiri atau semula jadi Kedua-dua menggunakan teori sosio perspektif kognitif Menekankan peranan pemodelan.
•
PIAGET + • VYGOTSKY + CHOMSKY
Perkembangan bahasa selaras dengan perkembangan kognitif kanak-kanak
RUJUKAN Mok Soon Sang. (2012) : Perkembangan Kanak-Kanak. Penerbitan Multimedia, Selangor.
Haliza Hamzah, Joy N.Samuel. (2009) : Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, Kuala Lumpur. Haliza hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi. (2008) : Perkembangan Kanak-Kanak untuk Program Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. http://en.wikipedia.org/wiki/Child_development dicapai pada 14 Februari 2012. http://espace.library.uq.edu.au/eserv/UQ:9550/L2-theories.htm dicapai pada 14 Februari 2012. http://www.timothyjpmason.com/WebPages/LangTeach/Licence/CM/OldLectures/L1 6_PiagetVygotsky.htm dicapai pada 14 Februari 2012.