Bahan Dan Keperluan Ikan Hiasan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BAHAN DAN KEPERLUAN Bahan dan keperluan untuk ikan hiasan Kompenan Utama A. Akuarium



Akuarium ialah kompenan utama dalam pemeliharaan ikan hiasan. Fungsi utama akuarium ialah untuk menakung air sebagai medium kehidupan ikan supaya ikan terus hidup, berkembang dan membesar. Secara umumnya akuarium boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu akuarium berbentuk bersegi dan akuarium tidak bersegi. Lazimnya, akuarium bersegi lebih digemari kerana ianya akan menampilkan keindahan ikan dan mempermudahkan susun atur dan hiasan dalamnya. Ukuran akuarium boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan ketebalan kaca yang berbeza – beza. Ini adalah bagi memastikan akuarium tersebut mampu menampung tekanan air supaya akuarium tidak pecah. Akuarium bersegi berukuran 100 x 40 x 40 cm atau 90 x 40 x 35 cm memerlukan kaca dengan ketebalan sekitar 5 mm dan akuarium yang berukuran 20 x 20 x 20 cm atau 60 x 20 x 25 cm pula memerlukan kaca dengan ketebalan 3mm.



Akuarium Tidak Bersegi Akuarium Bersegi



B. Penyaring



Fungsi penyaring adalah untuk menyaring unsur – unsur halus yang tidak dikehendaki di dalam akuarium seperti bakteria, parasite, kulat, virus, alga dan lain – lain pathogen.



Cara penyaring berfungsi adalah sangat mudah iaitu ia menyedut air yang



C.



kotor melalui lapisan penyaring kemudian mengeluarkannya kembali dalam keadaan bersih.



Untuk menapis kotoran, penyaring menggunakan span, buih, pasir dan batu kerikil yang telah ditambah karbon aktif atau zeolit yang bertujuan untuk membunuh bakteria, menapis kotoran dan menjernihkan air.



Terdapat dua lapisan penyaring iaitu penyaring atas dan penyaring pusat.



Penyaring



PERALATAN SAMPINGAN A. Aerator



Aerator merupakan alat yang digunakan di dalam akuarium untuk menghasilkan oksigen.



Cara aerator berfungsi adalah cukup mudah, iaitu tekanan udara yang dihasilkan di dalam motor digunakan untuk menggerakkan air di dalam akuarium sehingga terhasilnya penyebaran oksigen.



Aerator



B. Lampu



Lampu berfungsi sebagai penerang untuk mencantikkan akuarium.



LAMPU Lampu neon berwarna ungu atau hijau mampu memberi pesona tersendiri terhadap ikan dan boleh memperindahkan lagi dekorasi akuarium pada waktu malam.



Harga lampu berbeza - beza mengikut jenis nya.



Lampu Akuarium



C. Tapak Under Gravel



Tapak Under Gravel terdiri daripada lapisan bahan anti karat (plastik) berlubang dengan kaki penahan untuk membolehkan terdapatnya ruang bagi memudahkan pengaliran air bersih. Tapak Under Gravel berfungsi untuk menyaring kotoran.



Tapak Under Gravel



D. Kain Kasa



Kain kasa berfungsi untuk menghalang pasir halus dan batu halus daripada menembusi permukaan dasar akuarium.



Kain kasa lazimnya bewarna putih. Ukuran kain kasa bergantung kepada ukuran saiz akuarium.



Kain Kasa



E. Pasir dan Batu



Digunakan sebagai aksesori untuk mencantikkan pemandangan di dalam akuarium ikan hiasan.



Terdapat pelbagai bentuk dan saiz batu yang boleh digunakan



Pasir Halus, Batu Halus, Batu Kecil, Batu Besar.



F. Blok Algae



Blok Algae digunakan untuk menyahkan kulat yang terdapat di dalam akuarium.



Blok ini juga memastikan ikan bebas daripada penyakit kulat khususnya.



Blok Algae



G. Anti Klorin



Anti Klorin dititiskan ke dalam akuarium selepas air dimasukkan.



Anti klorin berfungsi untuk menyahkan klorin yang terdapat di dalam air bagi memastikan semua ikan peliharaan bebas daripada penyakit.



Anti Klorin



H. Makanan



 Terdapat pelbagai jenis makanan ikan yang boleh diberikan kepada ikan hiasan.  Antara makanan tersebut ialah makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan makanan rumusan.  Makanan bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Perkara penting harus diberi perhatian semasa memberi makanan untuk ikan hiasan adalah : Jangan memberikan makanan kepda ikan terlalu banyak kerana ia boleh mengotorkan air di dalam akuarium.



Menetapkan masa memberikan makanan kepada ikan hiasan iaitu waktu pagi dan petang.



Makanan Rumusan



I. Tumbuhan Akuatik  Tumbuhan akuatik mempunyai bahagian yang boleh menjalankan fotosintesis sepanjang masa atau sekurang – kurangnya beberapa bulan dalam setahun.  Tumbuhan akuatik akan membekalkan oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses fotosintesis.



 Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi ikan – ikan kecil daripada serangan musuh.



J. Tumbuhan Tiruan Tumbuhan tiruan turut diletakkan di dalam akuarium namun ianya digunakan sebagai perhiasan di dalam akuarium.



Tumbuhan tiruan ini juga merupakan tempat bermain dan berlindung bagi ikan hiasan yang dipelihara.



Tumbuhan Tiruan



K. Poster



Penggunaan poster sebagai latar belakang digunakan supaya hiasan di dalam akuarium kelihatan lebih cantik dan menarik.



Poster ditampal di bahagian luar sebelah belakang akuarium.



Latar



belakang



yang



biasa



digunakan



pemandangan laut dan batu – batuan.



Poster



adalah



gambar



tumbuhan,



L. Model Penggunaan model sebagai aksesori tambahan mampu menambahkan keindahan di dalam sesebuah akuarium.



Model Yang Digunakan