Tujuan Memelihara Ikan Hiasan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tujuan Memelihara Ikan Hiasan



Ikan hiasan merupakan haiwan peliharaan yang tidak asing lagi dimana-mana di seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai tujuan masyarakat memelihara ikan hiasan di dalam rumah contohnya untuk mengindahkan ruang tempat kediaman. Tempat kediaman yang selesa dan menarik menari merupakan satu kepuasan bagi setiap manusia dan ikan hiasan seringkali dikaitkan dengan menghias ruang tempat kediaman. Dengan menghias sesuatu ruang di dalam tempat kediaman dengan ikan hiasan, keadaan ruang tersebut akan menjadi lebih cantik dan menarik. Ini kerana suasana akuarium dengan pelbagai aksesori dan juga ikan-ikan yang berwarna-warni mampu menaikkan seri runag tersebut. Selain itu, tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah untuk menghayati keindahan alam akuatik. Seperti yang kita maklum, manusia tidak dapat bernafas di dalam air tanpa alat pembekal oksigen, jadi bagi pencinta alam atau peminat ikan, satu-satunya cara untuk menghayati atau memahami cara hidup ikan tersebut adalah dengan memelihara ikan tersebut dan melihat ikan itu berenang-renang di dalam akuarium. ini mampu menenangkan fikiran dan juga menjana pemikiran dengan lancar. Tujuan pemeliharaan ikan hiasan juga adalah supaya dapat memupuk sifat sayangkan haiwan peliharaan atau haiwan akuatik. Pada masa sekarang, kita sering membaca berita di dada akhbar berkaitan dengan pencemaran sungai dan laut. Pencemaran ini boleh menjejaskan populasi ikan-ikan yang tinggal di habitat tersebut. Dengan melihat ikan hiasan di dalam akuarium di rumah masing-masing, kita dapat melihat keindahan ikan berenang-renang



dan juga keindahan bentuk, warna dan juga ciri-ciri fizikal ikan yang lain. Ini akan menyedarkan kita kepada pentingkan melindungi haiwan tersebut.



 Ikan hiasan dipelihara untuk menceriakan kawasandi sudut rumah, pejabat atau kelas.  Pemeliharaan ikan hiasan juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik.  Mengindahkan ruang tempat kediaman dan tempat kerja.  Sebagai hobi di masa lapang.  Menambah pengetahuan berkaitan hidupan akuatik.  Memberikan ketenangan.  Sebagai sumber pendapatan.  Menghayati alam akuatik.



REFLEKSI MUHAMAD HISHAM BIN HUSIN 910328-05-5201 Bersyukur saya kepada Allah S.W.T di atas limpah kurniaannya dan rahmatnya dapatlah saya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasakan Ilmu Kemahiran Hidup, bertajuk ikan hiasan. Banyak perkara yang saya pelajari sehingga siapnya tugasan ini khususnya dari terbinanya akuarium dan mempelihara ikan hiasan kumpulan kami. Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang iaitu saya sendiri, Muhammad Hisham, Naqiah Hanim, Hazlina Azmi, Fitri Ayub dan Shukri. Kami berkerjasama untuk menyiapkan tugasan kemahiran hipup ikan hiasan ini dari pembinaan akuarium, pembelian ikan hiasan dan aksesori, dan, penjagaan ikan hiasan sehingga kini. Saya juga berterima kasih ditujukan kepada pensyarah kami, En. Chin KUang Tiu atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau untuk menjadikan kami berilmu dalam kursus kemahiran hidup. Tugasan bagi subjek RBT 3120 pada semester ini memerlukan saya untuk mempelajari ilmu Teknologi Rumah Tangga dan Pertanian. Salah satu cabang dalam kursus ini ialah penjagaan ikan hiasan. Saya bukan sahaja dapat mempelajari ilmu berkaitan ikan hiasan malah dapat menjalankan amali iaitu membela ikan hiasan di dalam akuarium. Walaupun kerja ini dilakukan di dalam kumpulan, namun saya telah mendapat banyak ilmu dan pengalaman baru yang amat berguna dan berharga. Sebelum memulakan tugasan amali menjaga ikan hiasan, saya telah diberi penjelasan yang jelas oleh pensyarah berkaitan tajuk ini. Walaupun saya ada memelihara ikan hiasan di rumah, namun ternyata banyak lagi ilmu yang berkaitan penjagaan ikan hiasan yang belum saya tahau terutamanya darim aspek penjagaan air dan pemilihan makanan bagi ikan. Saya juga dapat mengetahui tentang prosedur-prosedur dari merancang, menyediakan bahan dan penjagaan ikan. Banyak aspek yang harus di ambil berat sebenarnya seperti pemilihan ikan, saiz ikan, saiz akuarium, bahan hiasan dan banyak lagi. Ini adalah penting untuk memastikan ikan dapat terus hidup. Bagi menjalankan projek ini kami telah sepakat untuk mengutip sedikit bayaran bagi tujuan membeli barang dan alatan bagi akuarium mini kami. Jadi kami telah bersetuju untuk mengutip tujuh ringgit seorang untuk membeli segala peralatan dan bahan-bahan.



Kami



bersyukur dan gembira kerana akuarium kami tiada mengalami masalah kebocoran hanya



sedikit comot disebabkan gam silikon yang kering. Ramai guru pelatih tidak sedari di mana banyak bahan guna semula di sekeliling seperti batu-batu halus, kerang-cenkerang yang kecil dan jaringan. Kami mengunakan sumber yang ada untuk menghiasi akuarium Melalui tugasan ini saya juga dapat menerapkan nilai kerjasama di dalam kumpulan memandangkan kumpulan kami memiliki lima orang ahli. Perbincangan dan kata sepakat amat diperlukan dalam melakukan kerja secara berpasukan bagi mengelakkan perselisihan faham dan pergaduhan. Bagi kumpulan kami masalah ini tidak timbul kerana masing-masing memberikan kerjasama dan komitmen yang baik sepanjang menjalankan tugasan ini. Kami telah membahagikan tugas-tugas untuk dalam projek ini seperti tugasan membeli barang, memberi makan ikan. Walaupun kami di bantu oleh pembantu bengkel, namun penjagaan dan pemantauan tetap kami jalankan dari masa ke semasa bagi memastiakn tiada iakan yang mati atau masalah lain pada akuarium kami. Hasil daripada kerjasama dan komitmen dari rakan-rakan kami dapat menjalankan projek ini dengan baik dan mendapat pujian daripada pensyarah. Penilaian yang dijalankan adalah merangkumi beberapa aspek iaitu pemilihan ikan, keadaan akuarium, penjagaan ikan, hiasan akuarium dan bilangan ikan yang hidup pada akhir projek. Kami berjaya mengekalkan bilangan ikan di dalam akuarium kami pada akhir projek begitu juga dengan hiasan dan kebersihan air. Akhir kata saya berharap agar tugasan seumpama ini dapat mendedahkan saya kepada ilmu yang baru dan bermanfaat kepada diri saya dan orang di sekeliling saya. Semoga saya dapat menjadi contoh dan role model yang baik kepada anak-anak murid saya kelak.