Ikan Hiasan Tugasan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN



Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakannya ialah Pulau Pinang, Perak dan Johor. Kebanyakan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.



Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan di samping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa.



Di samping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keprihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.



1



ANATOMI IKAN



FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN IKAN Sirip 1. Membantu ikan bergerak 2. Terdiri daripada 2 jenis iaitu sirip tidak berpasangan seperti siri ekor, sirip dorsal dan sirip anal manakala sirip berpasangan seperti sirip pektoral dan sirip pelvik. 3. Sirip tidak berpasangan berfungsi untuk membantu ikan bergerak lurus. 2



4. Sirip berpasangan berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing dan mengapungkan diri.



Sisik 1. Meliputi keseluruhan badan . 2. Bertindak sebagai pelindung dari musuh , kecederaan dan penyakit .



Garis Lateral 1. Merupakan bintik-bintik hitam di sisi badan bermula dari tutup insang hingga ke ekor. 2. Berfungsi membantu mengesan pergerakan objek lain . 3. Ia juga berfungsi sebagai organ deria telinga .



Insang 1. Oksigen diserap melalui insang dan seterusnya ke dalam badan ikan.



3



JENIS DAN SPESIES IKAN HIASAN







Ikan karnivor



Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahangnya kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan sebarau, oskar, dan ikan Arowana.







Ikan herbivor



Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara didalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contohnya ikan Lampam dan Tiger Barb.







Ikan omnivor



Ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plakton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pallet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contohnya ikan Pelaga, Oskar, dan Cichlid.



4



Ikan Arowana Ikan ini juga dikenali sebagai ikan kelisa. Warna ikan ini keemasan dan keperakan. Ikan ini berasal daripada Amerika Selatan. Ikan ini memakan ikan-ikan kecil. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 100cm panjang.



Ikan Guppy Ikan ini berasal daripada Trininad. Ikan ini berwarna kemerahan, keemasan dan putih keperakan. Ikan ini makan semua jenis makanan ikan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 3 cm panjang.



Ikan Pelaga Ikan ini berasal daripada Thailand. Ikan ini berwarna kemerahan dan biru kehitaman. Ikan ini makan semua jenis makanan ikan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 6 cm panjang.



Ikan Koi Ikan ini berasal daripada Jepun. Ikan ini berwarna putih bertompok merah dan hitam. Ikan ini makan semua jenis makanan ikan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 25 cm panjang.



Ikan Tiger Barb Ikan ini berasal dari India, Malaysia dan Afrika. Terdiri daripada pelbagai warna. Memakan makanan rumusan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum 16 cm panjang



5



Ikan Emas Ikan ini berasal daripada China. Ikan ini berwarna keemasan, keputihan dan kemerahan. Ikan ini makan semua jenis makanan ikan. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum iaitu 12 cm panjang.



Angelfish Ikan ini berasal daripada Amerika Selatan. Ikan ini berwarna putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam. Ikan ini makan makanan rumusan, tumbuhan akuatik dan hidupan air yang kecil. Ikan ini membiak secara bertelur. Ikan ini boleh mencapai saiz maksimum iaitu 15 cm panjang.



6



KELEBIHAN MEMELIHARA IKAN HIASAN



Sebagai Hiasan Memelihara ikan hiasan dapat mengindahkan ruang kediaman dan kawasan luar kediaman. Bagi sesetengah orang, dengan meletakkan ikan hiasan di satu sudut rumah boleh mencantikkan ruang kediamannya. Ia adalah sebagai salah satu aksesori tambahan di dalam rumah. Selalunya akuarium akan diletakkan di satu sudut di ruang tamu. Ikan yang diisi adalah ikan yang bersaiz kecil atau sederhana. Manakala bagi yang membina kolam diluar kediaman, ia tentulah diisi dengan pelbagai jenis ikan hiasan seperti ikan kap atau ikan yang bersaiz sederhana atau besar.



Sebagai sumber pendapatan Menternak ikan hiasan juga boleh mendatangkan keuntungan kepada sesiapa yang menjalankaan kegiatan ini. Ini adalah disebabkan penjagaan yang rapi sejak dari awal pembiakan sehinggalah kepada menjualnya semula kepada pembeli yang berminat. Penjagaan rapi ini perlu kerana untuk memastikan kualiti ikan hiasan sentiasa berada di tahap terbaik. Ikan yang berada dalam tahap terbaik tentulah akan dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi.



Sebagai satu cara rawatan terapi minda



Bagi sesetengah orang, pemeliharaan ikan hiasan boleh juga dijadikan sebagai satu medium terapi untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian seperti ketika bekerja, bersukan dan sebagainya. Kadangkala kita boleh melihat ada orang bercakap dengan ikan hiasan mereka, kerana bagi orang sebegini mereka menganggap bahawa ikan hiasan mereka boleh mendengar dan memahami luahan hati mereka. Selain itu, bentuk badan dan warna ikan hiasan yang cantik juga dapat menyumbang kepada ketenangan jiwa. 7



MEMILIH AKUARIUM /BEKAS DAN AKSESORI



1) PEMILIHAN BEKAS Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: 



Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan).







Jenis ikan hiasan.







Bilangan ikan hiasan.







Saiz ikan hiasan.







Saiz akuarium.







2) MEMILIH AKSESORI penyediaan aksesori adalah seperti berikut:



rak



8



akuarium



lampu



tumbuhan akuatik



filter



9



pam



kayu



termometer



10



MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM



Langkah 1 Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah di atas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.



Langkah 2 Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang seperti vallisneria sp. Ikan akar tumbuhan dengan kepingan timah dan benamkan akarnya ke dalam pasir.



Langkah 3 Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.



Langkah 4 Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.



Langkah 5 Letakkan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukkan ke dalam akuarium.



11



Langkah 6 Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.



12



PEMAKANAN IKAN HIASAN DI DALAM AKUARIUM Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar. Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan seperti Makanan Hidup, Makanan Kering, Makanan Basah dan Makanan Rumusan.



Makanan hidup Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.



Cacing Darah



13



Ulat Roti



Plankton



Plankton Makanan kering Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.



Makanan basah Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.



14



Makanan rumusan Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Ianya boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.



Emping



Pellet



15



PENYAKIT IKAN HIASAN



Faktor-faktor • Keadaan suhu air dalam akuarium terlalu sejuk. • Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. • Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.



Penyakit Rintik Putih



 Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik.  Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.  Ikan yang sakit harus dipindahkan.  Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke dalam air.  Ubat lain juga boleh didapati di kedai akuarium.



Penyakit Kulat



16



 Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan.  Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang luka.  Kulat ini kelihatan seperti kapas.  Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu pada luka.  Ikan ini perlu diasingkan.



Penyakit Bakteria



 Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau perut buncit.  Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan mengalami stress.  Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan.



17



PENGURUSAN IKAN HIASAN



MENYATAKAN KEKERAPAN DAN MEMBERI MAKANAN IKAN HIASAN Ikan hiasan diberi makan tiga kali sehari iaitu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar pemberian makanan adalah setakat ianya mengenyangkan. Makanan yang diberikan berlebihan akan mengotorkan air dan boleh mendatangkan kesan buruk terhadap hidupan ikan.



MENGENALPASTI MUTU AIR AKUARIUM 1) pH air pH air ialah kemasaman air. Diukurdari nilai 1 – 14. Nilai 1= paling masam atau asidik. Nilai 14= paling alkali. pH air utk akuarium ialah 6.5 hingga 7.5. Kertas litmus digunakan untuk menentukan nilai pH. Nilai pH air perlu dipastikan dari semasa ke semasa bagi mengelakkannya terlalu asidik.



2) Suhu Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu pada 26ºC hingga 27ºC. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah menyebabkan ikan mati.



3) Bahan beracun Ammonia dan nitrate biasanya wujud di dalam air ternakan. Bahan ini terhasil dari perkumuhan ikan yang dipelihara. Oleh kerana sistem tangki/akuarium adalah sistem yang seimbang, keadaan ini tidak memberikan kesan kepada kehidupan ikan . Kerana, ianya telah ditukarkan kepada bahan makanan dan baja yang berguna kepada tumbuhan akuatik.



18



MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DIDALAM AKUARIUM 1) Baja baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cacair atau biji perlu ditambahkan dari semasa ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah yang dicadangkan.



2) Cahaya cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.



BEKALAN KARBON DIOKSIDA Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses fotosintesis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan melalui gas karbon dioksida yang khusus yang ada dijual di kedai akuarium. Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium



19



PENJAGAAN IKAN HIASAN Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik sebagai hiasan adalah mudah.



Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan.



Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isi padu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. 20



Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal. Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan



21