Perancangan Pengurusan Dan Penjagaan Ikan Hiasan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PERANCANGAN PENGURUSAN DAN PENJAGAAN IKAN HIASAN



1.0 PENGENALAN



Pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan ke banyak negara di dunia. Di samping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak terhadap ikan hiasan. Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya.



2.0 PENGURUSAN IKAN HIASAN



Saya dikehendaki membuat satu perancangan pengurusan ikan hiasan bagi memenuhi kehendak tugasan pada kali ini. Perancangan pengurusan ikan hiasan melibatkan proses awal dalam memelihara ikan hiasan. Proses yang dimaksudkan ialah pemilihan akuarium, pemilihan aksesori yang hendak dimasukkan dalam akuarium seperti batu, kayu, pokok akuatik dan sebagainya. Proses ini juga merangkumi aspek pemilihan ikan hiasan yang akan dipelihara, aksesori elektrikal seperti penapis air dan pam udara.



2.1



Pemilihan Akuarium



Sebelum memelihara ikan hiasan, terlebih dahulu kita harus mempunyai sebuah akuarium sebagai tempat tinggal untuk ikan hiasan tersebut. Terdapat berbagai jenis akuarium di pasaran hari ini bagi memenuhi citarasa dan keperluan para akuaris. Akuarium-akuarium ini dibuat dalam pelbagai saiz, bentuk, bahan buatan dan pengkhususan penggunaan. Secara umum, akuarium dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan: i. saiz akuarium; ii. bentuk akuarium; iii. bahan buatan akuarium



2.1.1



Saiz akuarium



Berdasarkan saiz, akuarium boleh dikategorikan sebagai sangat kecil, kecil, sederhana besar, besar, sangat besar dan terlalu besar. Bagi akuarium yang digunakan di rumah, saiz akuarium boleh dikategorikan sebagai akuarium kecil, akuarium sederhana dan akuarium besar. Garis panduan yang digunakan di Amerika Syarikat ialah akuarium kecil mempunyai isipadu air antara 2.5 hingga 15 gelen (12.5 -75 liter), akuarium sederhana antara 20 hingga 40 gelen isipadu air (100-200 liter), dan akuarium besar antara 50 hingga 180 gelen air (250-900 liter).



2.1.2



Bentuk akuarium



Akuarium hari ini dibuat dalam pelbagai bentuk bagi memenuhi citarasa para akuaris. Namun begitu, bagi situasi di Malaysia, antara bentuk-bentuk akuarium yang digunakan ialah akuarium empat segi sama (rectangular aquarium), akuarium empat segi tepat (square aquarium), akuarium berbelakang rata (flatback aquarium), akuarium heksagon berbelakang rata (flatback hexagonal aquarium), akuarium separa-silinder (semi-cylindrical aquarium) dan akuarium silinder(cylindricalaquarium). Akuarium segi empat tepat adalah jenis bentuk kuboid merupakan akuarium paling biasa digunakan di Malaysia.



Rajah 1: Akuarium Bentuk Kuboid



Akuarium berbelakang rata mempunyai empat sisi dengan sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium heksagon berbelakang rata juga semakin popular di Malaysia. Akuarium ini mempunyai 6 sisi (heksagon) tetapi sisi belakang paling panjang dan sama rata dengan didinding. Akuarium separa-silinder berbentuk separa bulatan manakala akuarium silinder pula berbentuk bulatan penuh. Akuarium kubus berbentuk kubus sebagai namanya.



Rajah 2: Akuarium Bentuk Selinder



2.1.3



Bahan buatan akuarium



Berdasarkan bahan buatan akuarium, terdapat dua jenis akuarium: i.



akuarium kaca (glass aquarium); dan



ii.



akuarium akrilik (acrylic aquarium).



Akuarium kaca diperbuat daripada kepingan-kepingan kaca yang dicantumkan oleh gam silikon. Kelemahan akuarium kaca ialah kaca sangat rapuh dan mudah pecah dan retak. Di samping itu, kepingan kaca yang membentuk akuarium juga mudah tercerai antara satu sama lain akibat percantuman yang tidak dapat bertahan. Akuarium kaca juga agak berat dan menyukarkan



kerja-kerja pengurusan akuarium. Akuarium akrilik diperbuat daripada akrilik, iaitu bahan yang berbeza dari kaca. Akrilik lebih juat dan ringan daripada kaca di samping akuarium akrilik boleh dibuat dalam berbagai bentuk.



2.2



Sistem penapisan air



Sistem penapisan akuarium adalah komponen kritikal bagi sebuah akuarium. Fungsi utama sistem ini adalah untuk menapis air akuarium. Proses penapisan ini mengeluarkan bahan partikulat dari ruang air (water column) dalam akuarium. Bahan partikulat ini termasuklah sisa makanan ikan, najis ikan dan bahan daripada tumbuhan mati. Semua bahan partikulat ini merupakan kotoran dalam akuarium. Jika dibiarkan di dalam air, kotoran ini akan di urai bakteria dalam satu proses yang akan menurunkan kandungan oksigen terlarut, menaikkan pH air (air menjadi lebih berasid) dan meningkatkan kandungan ammonia dalam air (ammonia melebihi paras tertentu menjadi racun kepada ikan). Terdapat dua sistem penapisan akuarium iaitu sistem penapisan biologikal dan sistem penapisan mekanikal. Sistem penapisan biologikal bergantung kepada organisma mikroskopik seperti bakteria, diatom dan sebagainya untuk membersihkan air dan menghapuskan bahan kotoran partikulat dari akuarium. Penggunaan penapis ’undergravel filter’ membantu pembiakan bakteria di bawah penapis yang akan menguraikan nitrit kepada nitrat untuk digunakan oleh tumbuhan akuatik. Sistem penapisan mekanikal pula menggunakan alat-alat sokongan atau aksesori seperti pam penapis, penapis dan media penapisan untuk menapis air. Cara sistem penapisan mekanikal beroperasi ialah dengan mengitarkan air antara sistem penapisan dengan akuarium. Air yang kotor dipam keluar dari akuarium dan dimasukkan ke dalam sistem penapisan, setelah ditapis air kembali bersih dan dimasukkan semula ke dalam akuarium. Operasienapisannibiasanyaberjalanterusmenerus.Aksesori utama sistem penapisan mekanikal terdiri daripada pam penapis (filtering ump), penapis (filter), paip plastik termasuk paip T dan beberapa tiub plastik untuk saluran penapisan, dan media penapisan (filtration media). Hari ini terdapat berbagai jenama penapis akuarium di jual di kedai-kedai akuarium. Pam penapis digerakkan oleh kuasa elektrik dan kebanyakan pam di pasaran adalah jenis terendam dalam air (submersible filtering pump). Fungsi utama pam penapis adalah menyedut air akuarium untuk dihantar ke penapis. Penapis biasanya terdiri daripada sebuah kotak plastik bertutup mengandungi media penapisan. Media penapisan berupa bahan berserabut, seperti kapas atau serabut, umumnya dipanggil ‘kapas



penapis’ (filter wool) oleh akuaris. Kapas penapis diperbuat daripada bahan sintetik seperti polietelina atau nilon. Fungsi utama penapis adalah menapis air yang dihantar oleh pam penapis. Bahan kotoran air akan diperangkap oleh media penapisan manakala air yang sudah bersih ditapis dihantar semula ke akuarium. Proses penapisan ini berjalan terus menerus selagi pam penapis digerakkan.



Rajah 3 : Penapis Air Akuarium



2.3 Sistem Pengudaraan Sistem pengudaraan membekalkan oksigen kepada akuarium dengan cara mengocak air apabila udara dimasukkan oleh sistem ini ke dalam akuarium. Aksesori-aksesori sistem pengudaraan akuarium diperlukan bagi membolehkan sistem ini berfungsi dan beroperasi (Rajah D). Aksesori-aksesori ini terdiri daripada pam udara akuarium (aquarium air pump), batu udara akuarium (aquarium air stones), tiub-tiub udara akuarium (aquarium air tubing) dan injapinjap akuarium (aquarium valves). Fungsi pam udara (operasinya digerakkan oleh kuasa elektrik atau bateri) ialah memasukkan udara ke dalam akuarium. Pam udara juga membantu menstabilkan pH air. Batu udara merupakan aksesori yang menerima udara daripada pam udara untuk disalurkan ke seluruh akuarium. Tiub-tiub udara yang berupa tiub-tiub plastik menghubungkan batu udara dengan



pam angin. Angin disalurkan daripada pam udara ke udara melalui tiub-tiub udara. Apabila pam udara beroperasi, sistem ini akan berfungsi sepenuhnya. Ketika operasi, udara yang sampai ke batu udara daripada pam udara akan disembur keluar ke dalam air akuarium, membuat air berkocak membuak-buak. Kocakan air memasuk dan melarutkan oksigen ke dalam air untuk digunakan oleh ikan. Bekalan oksigen akan terhenti apabila air akuarium berhenti berkocak, oleh itu sistem pengudaraan sangat penting. Sistem pengudaraan perlu beroperasi 24 jam.



Rajah 4 : Pam Udara Akuarium



2.4 Sistem Pencahayaan Sistem pencahayaan dan lampu akuarium (aquarium lighting and light). Perkara tentang pencahayaan dan lampu akuarium sering tidak diberi perhatian oleh akuaris. Namun, pencahayaan akuarium agak penting bagi ikan dan tumbuhan hiasan yang hidup dalam akuarium. Kajian mendapati bahawa cahaya dalam akuarium mempengaruhi warna badan dan pembiakan ikan hiasan kerana di habitat asalnya ikan-ikan ini sudah biasa dengan beberapa jam keadaan cahaya terang setiap hari dalam hidupnya. Di samping itu, ikan memerlukan cahaya untuk melihat arah berenang dan juga untuk mencari dan melihat makanan yang akan dimakan. Garis panduan yang boleh digunakan ialah menerangkan akuarium dengan lampu 10 hingga 12 jam sehari.



Selain ikan hiasan, tumbuhan akuatik dalam akuarium juga memerlukan cahaya untuk fotosintesis. Oleh itu, akuarium yang mencampurkan tumbuhan dan ikan mesti mempunyai lampu untuk menerangkan akuarium supaya tumbuhan boleh menggunakan cahaya lampu untuk fotosintesis. Namun, bagi tumbuhan, lampu yang digunakan mestilah sesuai jika tidak tumbuhan tidak akan tumbuh. Bila memilih lampu untuk akuarium, dua perkara perlu diberi perhatian, ia itu spektrum warna cahaya dan keterangan (brightness) cahaya. Pengeluar umumnya menghasilkan lampu dalam variasi spektrum warna. Warna cahaya yang paling baik untuk tumbuhan ialah warna merah dan biru dalam spektrum warna. Sekiranya akuarium hanya mempunyai ikan, warna kuning adalah paling baik untuk ikan. Namun, yang terbaik ialah lampu yang memberikan spektrum penuh semua warna cahaya.



Rajah 5 : Lampu Akuarium Tahap kecerahan cahaya (light brightness level) lebih sukar diukur. Semakin terang cahaya lampu bermakna semakin banyak cahaya masuk ke dalam akuarium. Yang terbaik ialah akuarium tidak terlalu terang dan tidak terlalu malap. Alat ‘luxmeter’ boleh digunakan untuk mengukur kuantiti cahaya dalam unit ‘lux’. Secara kasar, ikan hiasan air tawar memerlukan 5000 lux cahaya manakala ikan hiasan laut lebih 6000 lux. Jenis lampu yang paling sesuai untuk akuarium ialah lampu tiub floresen (fluorescent tubes) yang dibuat khusus untuk akuarium (Rajah E). Lampu jenis ini dibuat dalam berbagai spektrum warna dan saiz, oleh itu sesuai untuk ikan dan tumbuhan. Lampu tiub fluresen juga boleh



mensimulasi siang hari. Lampu jenis ‘tungsten’ dan ‘halogen’ tidak begitu sesuai. Lampu jenisjenis ini memanaskan akuarium dan tidak mempunyai spektrum warna yang sesuai untuk tumbuhan.



2.5 Tumbuhan Akuatik Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium. Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.



Rajah 6: AnubiasSp Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat. Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.



Rajah 7: Acoruspusillus Tumbuhan-tumbuhan akuatik merupakan salah satu daya tarikan pada sebuah akuarium. Ianya merupakan item yang sangat popular digunakan untuk menghisai akuarium ikan hiasan. Hari ini bermacam spesies tumbuhan dihasilkan untuk pasaran ikan hiasan Pengeluaran tumbuhan akuatik hiasan akuarium kini merupakan salah satu industri hiliran yang muncul daripada industri induk ikan hiasan.



Rajah 8: Aponogetoncrispus



Terdapat banyak spesies tumbuhan akuatik tropika boleh digunakan. Sejumlah spesies-spesies ini kini dihasilkan secara komersial untuk pasaran tempatan dan luar negeri.



Rajah 9: Cabombacaroliniana Penggunaan tumbuhan akuatik untuk akuarium perlu mengambil kira beberapa faktor, antaranya ialah: (i) kesesuaian spesies tumbuhan untuk akuarium, (ii) sama ada ikan hiasan yang dipelihara bersifat herbivor atau tidak, (iii) tahap pencahayaan akuarium, (iv) tahap kesukaran memelihara tumbuhan berkenaan dalam akuarium dan (iv) kesan tumbuhan terhadap kualiti air akuarium. Jika memelihara ikan hiasan laut, air payau atau air tawar, tumbuhan akuatik yang digunakan juga mesti jenis-jenis yang sesuai dengan saliniti air berkenaan. Spesies laut, misalnya tidak dapat hidup di air tawar dan sebaliknya. Akuarium yang mengandungi ikan-ikan herbivor mungkin tidak sesuai dihiasi dengan tumbuhan akuatik kerana kemungkinan besar tumbuhan akan dimakan ikan. Oleh itu, pastikan spesies ikan hiasan yang dipelihara bukan jenis pemakan tumbuhan atau sekurang-kurangnya pastikan tumbuhan yang diguna bukan kegemaran ikan peliharaan.



Lampu yang sesuai perlu digunakan untuk akuarium jika mahu menghiasi akuarium dengan tumbuhan akuatik kerana tumbuhan perlukan cahaya untuk fotosintesis. Gunakan lampu yang dibuat khusus untuk kegunaan akuarium ikan.



Rajah 10: Cardaminelyrata



Rajah 11: Java Fern



Setengah spesies tumbuhan akuatik sangat mudah atau sangat sukar dipelihara dalam sebuah akuarium. Sebaiknya eloklah dipilih spesies yang mudah dipelihara serta tahan lasak dalam akuarium. Tumbuhan akuatik boleh mendatangkan kesan tertentu ke atas kualiti air. Tumbuhan yang mati akan reput dalam air dan boleh menurunkan kualiti air akuarium.



Spesis



1.



Anubiassp



2.



Aponogetonsp



3.



Azollasp



4.



Bacopasp



5.



Cabombasp



6.



Hydrocotylesp



7.



Hygrophilasp



8.



Hydrillaverticiliata



9.



Elodea sp



10 Althonanthera spp.



11 Lobelia spp.



12 Java fern



13 Sumatra fern



Jadual 1: Jenis-jenis Tumbuhan Akuatik



2.6 Ikan Hiasan



Tujuan memelihara ikan hiasan ialah sebagai memenuhi kehendak hobi. Ini kerana akuarium ikan hiasan dapat memberikan ketenangan , mengindahkan ruang di tempat tinggal ataupun tempat kerja serta berpeluang menghayati alam akuatik. Sesetengah akuarium memelihara ikan yang boleh memberikan keuntungan atau aura yang baik dalam memajukan sesebuah perniagaan. Bagi memcari criteria dalam memilih ikan hiasa, bebrapa aspek perlulah diikuti. Antaranya ialah ikan yang hendak dipelihara haruslah bersesuaian dengan bekas ataupun akuarium. Ikan hendaklah dibeli di kedai ikan kerana ikan ini biasanya lebih jinak dan sudah biasa dengan dengan suasana akuarium. Keutamaan ialah kepada sepsis ikan yang cantik, menarik dan mudah dipelihara. Ikan itu juga mestilah tahan terhadap perubahan mutu air dan tahan penyakit. Antara spesis ikan yang sering dipelihara adalah seperti gambarajah di bawah.



2.6.1 Ikan Guppy



Rajah 12: Ikan Guppy



Rajah 13: Ikan Guppy



Ikan Guppy (Poeciliaveticulata) boleh didapati di perairan Venezuela, kepulauan Barbados dan Trinidad, utara Brazil dan Guyana. Ikan betina mencapai saiz 6.0cm dan ikan jantan 3.0cm. Ikan jantan mempunyai pelbagai warna dan bentuk serta menjadi bahan pemerhatian dan kajian genetik. Ciri-ciri ikan Guppy ialah; a) dapat hidup dalam air kotor. b) membiak secara beranak. c)



sangat subur, aktif dan dapat berkembang dalam keadaan terkurung.



d) boleh mengambil pelbagai jenis makanan. e) cepat matang dan kurang penyakit. f)



dapat hidup dalam suhu air 60-1000F.



g) tidak bergaduh dan tidak merasa takut atau malu. h) Warna ikan jantan lebih cantik dan menarik. Sirip dorsal dan caudal diubahsuai untuk mencantikkan lagi.



2.6.2 Ikan Emas



Rajah 14: Ikan Emas



Rajah 15: Ikan Emas



Pembiakan ikan Emas dijalankan dengan meluas di Negeri Johor, Perak dan Pulau Pinang. Jenis yang terdapat di pasaran termasuklah Oranda, Pearlscale, Comet, Pompom, Moor, Teleskop, Lionhead dan Ranchu.



Ikan jantan lebih kurus (slender) berbanding dengan ikan betina yang gemuk dan bulat (rounded). Ikan jantan juga dikenali daripada sirip pektoralnya yang terdapat biji mutiara kecil. Biji-biji ini jelas kelihatan setelah ikan matang atau pada musim pembiakannya.



2.6.3 Ikan Tiger Barb Ikan ini berasal dari India, Malaysia dan sebahagian dari Negeri China dan Afrika. Ia boleh menyesuaiakan diri dengan semua kualiti air. Sesuai di pelihara dalam akuarium yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik.



Rajah 16: Ikan Tiger Barb



Rajah 17: Ikan Tiger Barb (Golden Barb)



Ikan ini cantik, aktif dan mudah dipelihara serta dibiakkan. Ia dapat hidup Selma 2 hingga 3 tahun.Jenis-jenis ikan Tiger Bard ilah: a) Golden Barb (Barbusschuberti) b) Cherry Barb (Barbusconchonius) c) Black Ruby Barb (Barbusnigrofasciatus) d) Rosy Barb (Barbusconchonius)



2.6.4 Ikan Angel



Rajah 18: Ikan Angel



Ikan Angel boleh membesar sehingga 15 cm. Ia amat disukai oleh akuaris kerana ia ikan yang tahan lasak. Tebiat pemakanan jejentik dan pellet, ikan ini mempunyai ciri-ciri yang menarik. Antranya ialah bahagian atas kepala bewarna coklat kehitaman manakala bahagian bawah tubuhnya bewarna kelabu berkilat. Bentuk tubuhnya pipih dan hujung mulutnya tajam. Mempunyai sirip yang panjang terjuntai bewarna keputihan.



2.6.5 Ikan Pembersih / Ikan Bandaraya Ikan pembersih ini dikenali juga sebagai ’ikan bandaran’ atau ’ikan bandaraya’ kerana sifatnya yang dapat membersihkan akuarium, terutamanya cermin akuarium. Ikan ini memakan sisa-sisa makan dan juga bahan kumuh ikan hiasan. Kebiasaannya akuarium yang mempunyai ikan pembersih ini kelihatan lebih bersih berbanding dengan akuarium ikan hiasan tanpanya walaupun tidak dibersihkan (cermin) selama beberapa minggu.



Rajah 19: Ikan Bandaraya (Pleco)



2.7 Mengenal Dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan



Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach. Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis permakanannya. Pertama jenis ikan karnivor. Ikan ini memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain yang dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ika karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan Arowana.



Rajah 20: Ulat Roti



Jenis yang kedua ialah ikan pemakan plankton. Ikan ini memakan organisma di dalam air dikenali Plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Tiger Barb, Ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.



Rajah 21: Plankton Segera



Rajah 22: Plankton Hidup



Jenis ikan yang ketiga ialah ikan herbivor. Ikan ini memakan tumbuhan. Ikan ini tidak sesuai dipelihara dalam akuarium yang mempunyai tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivore ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. Jenis ikan yang terakhir ialah ikan omnivore iaitu ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti ptumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakkan ikan hiasan jenis ini banyak dipelihara kerana ia dapat meyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivore ialah ikan Pelaga, Oskar dan Cichild. Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar. Makanan ikan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu makanan kering, makanan basah, makanan hidup dan makanan rumusan.



Rajah 23: Pelbagai Jenis Pellet



Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya. Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti. Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam. Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal makanan haiwan.



2.8 Penyakit Ikan Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut: a. Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk b. Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama. c. Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.



2.8.1 Antara penyakit penting ikan hiasan ialah: a. Penyakit rintik putih Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.



Rajah 24: Ikan yang mengalami penyakit rintik putih



Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.



b. Penyakit kulat Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.



Rajah 25 : Ikan yang mengalami penyakit kulat



c. Penyakit bakteria Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria disebabkan oleh mengalami stress.



boleh menyerang ikan



mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan



Rajah 26: Ikan yang mengalami penyakit bakteria



Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.



3.0 PENJAGAAN IKAN HIASAN Pemeliharaan ikan hiasan bermula dengan penyediaan sebuah akuarium yang lengkap supaya ikan dapat hidup dengan selesa sesuai seperti di habitat asalnya. Penjagaan ikan hiasan ini bermula dengan pembasmian kuman dan bakteria pada akuarium, aksesori dan peralatan, kebersihan air, kesihatan ikan, pemilihan makanan dan rutin penjagaan harian.



3.1 Penyediaan Akuarium



3.1.1 Membersihakan Akuarium Akuarium hendaklah dalam keadaan bersih dan bebas dari sebarang kotoran dan bakteria. Akuarium hendaklah dibasuh terlebih dahulu menggunakan air sabun. Segala kekotoran yang melekat pada akuarium hendaklah ditanggalkan. Selepas itu akuarium hendaklah dibilas dengan air garam bertujuan membunuh bakteria yang terdapat pada cermin akuarium. Akuarium yang telah dibilas dengan air bersih akan dibiarkan kering sebelum air dimasukkan.



Rajah 27: Lap akuarium sebelum dibiarkan kering



3.1.2 Memasukan Aksesori Setelah kering akuarium, lapisan pasir dimasukkan kedalam akuarium. Pasir diratakan diatas permukaan lantai akuarium. Batu-batu kecil juga sesuai digunakan untuk menampakkan kesan yang menarik. Setelah itu masukan aksesori lain seperti replika bot, batuan bertingkat dan objek lain yang sesuai dengan tema dikehendaki. Masukkan pokok akuatik dan kayu bagi menampakkan kesan semulajadi dalam akuarium. Pastikan semua aksesori yang dimasukkan terlebih dahulu dibersihkan bagi mengelakkan penyebaran bakteria dan kulat.



Rajah 28: Memasukkan batu kecil dan kayu



3.1.3 Pemasangan Pam Udara, Penapis Air dan Lampu Sebelum air dimasukkan ke dalam akuarium, pam udara dan penapis air hendaklah dipasang terlebih dahulu. Kedudukan penapis air mestilah sesuai dengan susunan aksesori yang lain agar aliran air yang ditolak keluar dari penapis akan memberikan kesan yang menarik pada pergerakan ikan nanti. Selepas itu pasangkan lampu pada akuarium. Pastikan lampu tidak terlalu hamper dengan air bagi mengelakan berlakunya renjatan elaktrik.



3.1.4 Memasukkan Air Apabila akuarium siap disediakan, maka air dimasukkan. Pastikan air tidak terus dipancut ke dalam akaurium sebaliknya hendaklah dituang secara berlapik atau alas bagi mengelakkan batu-batu dan hiasan eksesori tidak berserak atau berubah kedudukan. Sebaiknya alas dengan



tapak tangan atau mangkuk. Masukkan juga anti klorin secukupnya agar kandungan ph air akan stabil dan sesuai untuk ikan hidup dengan baik. Sebelum ikan dimasukkan, pasangkan pam selama 2 jam supaya suhu air dan keadaan air sudah stabil dan bersedia untuk menerima ikan.



3.2 Memasukkan Ikan Ke Dalam Akuarium Apabila air akuarium sudah stabil iaitu pada suhu sekitar 26o hingga 27oC maka ikan boleh dimasukkan. Suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit. Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup dengan baik. Begitu juga dengan nilai pH air. Nilai pH air akuarium yang paling sesuai ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu asidik.



Rajah 29: Memasukkan ikan ke dalam akuarium Setelah suhu dan pH air sesuai, maka ikan hiasan bolehlah dimasukkan. Sebelum dilepaskan, beg plastik yang mengandungi ikan akan direndam di dalam akuarium lebih kurang 20 hingga 30 minit. Ini bertujuan agar suhu air dalam beg plastik dan air dalam akuarium berada pada suhu yang sama.



Jika terus dilepaskan, bimbang perubahan suhu air yang mendadak akan mengganggu pelakuan ikan. Selepas itu buka plastik dan lepaskan ikan bersama kandungan air yang terdapat dalam plastik. Elakkan dari memegang ikan dengan tangan. Ini kerana suhu ikan dan tapak tangan adalah berbeza.



3.3 Pemberian Makanan Ikan Ikan hiasan yang terdapat dlam akuarium bergantung sepenuhnya bekalan makan dari pemilik akuarium. Satu jadual pemakanan yang rutin haruslah dibuat agar ikan mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan mengelakkan ikan memakan sesama sendiri. Biasanya jenis makanan ikan bergantung kepada jenis atau spesis ikan tersebut. Ikan Karnivor biasanya akan memakan ikan-ikan kecil, udang,ulat, cacing atau serangga-serangga kecil seperti belalang dan cengkerik. Pemilik akuarium akan menyediakan stok makanan ini untuk ikan-ikan seperti Arowana, Kaloi, Ketutu, Puyu, Sebarau, Oskar dan sebagainya. Sementara itu, pemberian makanan kepada ikan-ikan jenis Herbivor, Omnivor dan pemakan plankton atau ikan-ikan kecil, biasanya pemilik akan memberi makan Pellet yang suadah siap diproses. Ini akan memudahkan lagi kerja-kerja penjagaan dan simpanan stok makanan berbanding makanan hidup bagi ikan Karnivor. Ikan yang biasa memakan pellet ialah ikan Kap, Lampam, Tiger Bard, Patin, Emas, Sepat dan pelbagai spesis anak-anak ikan yang kecil. Rutin memberi makan kepada ikan-ikan biasanya dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan petang. Makanan yang diberikan biasanya akan bergantung kepada bilangan ikan. Biasanya makanan yang diberikan kepada ikan boleh dihabiskan dalam tempoh masa satu atau dua minit sahaja.



3.4 Penjagaan Kesihatan Ikan Hiasan Jika terlebih memberi makanan ikan, boleh menyebabkan air akuarium akan menjadi kotor dan berbau. Makanan yang berlebihan juga akan menyebabkan sistem penapisan air akan tersumbat dan cepat kotor. Jika ini berlaku, maka ikan akan mudah diserang penyakit. Ikan yang sakit akan menunjukkan tanda-tanda seperti kulit menggelupas, pergerakan lemah, perubahan warna kulit dan mata membengkak. Ikan yang sakit atau cedera perlulah diasingkan dengan segera supaya tidak berjangkit kepada ikan-ikan yang lain.



Bagi ikan yang mati dalam akuarium, pemilik haruslah membuang dengan segera agar tidak menjadi makanan kepada ikan-ikan yang lain. Ini bertujuan mengelak ikan dari mendapat serangan penyakit yang sama.



3.5 Penjagaan Harian dan Mingguan Air akuarium hendaklah diganti sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Bahagian tangki, penapis dan aksesori akuarium hendaklah dibersihkan supaya tiada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada ikan. Pastikan semua perlatan elektrik seperti penapis, pam udara dan lampu berfungsi dengan baik dan selamat. Buang atau potong bahagian pokok akuatik yang telah mati atau rosak. Begitu juga dengan pokok-poko akautik yang telah menjalar panjang sehingga keluar dari akuarium. Air baru yang dimasukkan ke dalam akuarium hendaklah dicampurkan dengan sedikit anti klorin. Sadiakan satu alat khas bagi menyukat kandungan nilai pH air agar sesuai dengan habitat ikan hiasan. Pemilik boleh menyediakan nota penjagaan seperti berikut:



HARIAN Memberi



makanan



ikan



MINGGUAN dua kali



sehari Air



yang



telah



kotor



hendaklah



diganti



mengikut kadar yang sesuai dengan bilangan sekuarng-kurangnya 2 minggu sekali dan saiz ikan Ikan



perlu



terdapat



dirawat



atau



tanda-tanda



diasingkan



kecederaan



jika Tumbuhan akuatik yang panjang atau rosak dan hendaklah dicantas atau dibuang



pergerakan lemah Ikan yang telah mati hendaklah dibuang Akuarium dan peralatan aksesori hendaklah segera



supaya



penyakit



tidak



berjangkit dibersihkan dari segala kotoran



kepada ikan yang lain Pastikan aksesori dan peralatan elektrik yang Air yang dimasukkan hendaklah dicampurkan digunakan dalam keadaan baik dan selamat



dengan sedikit anti klorin



Kualiti air hendaklah diukur dengan alat yang sesuai



Rajah 30: Nota Penjagaan Akuarium



Jadual tugas juga boleh disediakan jika melibatkan akuarium dimiliki lebih dari seorang pemilik. Jadual ini bertujuan memberikan pengagihan tugas yang perlu dilakukan supaya akuarium berada dalam tahap yang sesuai untuk ikan-ikan hidup. Tugasan tersebut merangkumi tugasan harian dan mingguan seperti yang terdapat dalam Rajah 30.



4.0 PENUTUP Dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, seseorang itu haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang akuarium, peralatan elektrik dan eksesori, tumbuhan akuatik, jenis-jenis ikan, tabiat pemakanan ikan, jenis-jenis makanan ikan dan cara-cara memelihara dan menjaga ikan dalam akuarium. Melalui ilmu pengetahuan inilah, maka seseorang peminat ikan hiasan boleh merancang bagaimana untuk mendapatkan sebuah akuarium yang menarik dihiasi dengan susunan batubatu kecil, tunggul kayu dan deretan pokok akautik sehingga menyerlahkan suasana seperti habitat asal ikan yang hidup bebas di sungai atau tasik. Pemahaman dan pengetahuan dalam pemilihan peralatan elektrik seperti lampu dan penapis air membantu mencantikkan lagi suasana dalam akuarium. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan amat membantu seseorang yang meminati hobi ini supaya menjadi akuatis yang berjaya dan mampu memberikan kepuasan diri yang maksimum .



REFLEKSI Alhamdulillah..



Apabila menerima tugasan untuk menghasilkan satu akuarium ikan hiasan dan kerja kursus berkaitan pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, maka saya beranggapan bahawa ini merupakan satu tugas yang mudah kerana sebelum ini saya juga pernah beberapa kali memelihara ikan dalam akuarium di rumah. Semasa mengikuti kuliah yang disampaikan oleh ………………….. saya dan rakan-rakan yang lain diberi peluang untuk melihat beberapa contoh akuarium ikan hiasan yang terdapat di bahagian Agriculture di Kampus IPG Temenggong Ibrahim. Perasaan saya begitu teruja melihat keindahan suasana dalam akuarium yang dihiasi dengan batu-batu kecil, tunggul-tunggul kayu serta tumbuhan akuatik yang menampakkan lagi panorama semulajadinya. Kelincahan dan warna-warni ikan hiasan yang bergerak bebas dalam akuarium menggamit perhatian saya. Sebelum menghasilkan tugasan yang diberikan, saya membuat pencarian dalam internet berkaitan pemeliharaan ikan hiasan. Terlalu banyak maklumat yang saya perolehi tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan ikan hiasan ini. Walaupun sudah ada pengalaman dalam memelihara ikan hiasan suatu ketika dahulu, namun ianya bukan perkara mudah untuk saya katakana saya boleh melakukan tugasan ini dengan baik. Rupa-rupanya banyak lagi ilmu yang berkaitan dengan pemeliharaan ikan hiasan ini yang saya tidak tahu. Patutlah, saya tidak berjaya mengekalkan tempoh yang lama apabila memelihara ikan hiasan ini. Penjagaan ikan hiasan sememangnya memerlukan rutin harian yang ketat kerana ia melibatkan proses memberi makan kepada ikan, kawalan penyakit ikan dan penjagaan mutu air agar akuarium kelihatan menarik. Mungkin kerana itulah saya gagal dalam memelihara ikan hiasan ini. Melalui tugasan ini juga, banyak ilmu yang saya perolehi berkaitan dengan pengurusan ikan hiasan. Antaranya ialah mengenal pelbagai jenis ikan hiasan serta sifat pemakanannya. Kalau sebelum ini saya akan meletakkan ikan dalam sesebuah akuarium mengikut cantik sahaja tanpa mengira jenis pemakanannya. Jelas sekali ilmu dalam memilih ikan untuk diletakkan dalam sesebuah akuarium sangat penting supaya tidak berlaku pemangsa memakan atau mencederakan ikan-ikan yang lain. Begitu juga ikan yang memakan rumput atau tumbuhan akuatik tidak sesuai dimasukkan dalam akuarium kerana ia akan memakan dan merosakkan tumbuhan tersebut. Saya juga tahu cara-cara memasukkan ikan ke dalam akuarium supaya ikan tidak mengalami kejutan akibat perubahan suhu air yang mendadak. Begitu juga cara-cara mengenal jenis-jenis penyakit ikan dan cara merawat serta mengatasi masalah tersebut. Saya juga tahu bagaimana mengikat pokok akautik pada tunggul-tunggul kayu supaya kelihatan menarik dan pokok akan tumbuh dengan baik di dalam akuarium.



Sekiranya saya ingin memelihara ikan hiasan, maka saya akan memilih ikan yang mudah diperolehi, senang cara penjagaannya dari segi pemilihan makanan dan ketahanannya terhadap serangan penyakit. Akhir kata, melalui tugasan ini banyak maklumat dan pengetahuan berguna yang saya perolehi dari pembacaan dan penagalaman menyediakan sebuah akuarium ikan hiasan bersama rakan-rakan yang lain.