Cara Menerima Dan Periwayatan Hadis [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1. PENDAHULUAN Hadis adalah sumber ajaran Islam kedua setelah al-Quran. Dilihat dari segi periwayatannya, hadis berbeza dengan al-Quran. Untuk al-Quran, semua periwayatan ayatnya berlangsung secara mutawatir.



Sedangkan



hadis



Nabi



sebahagian



periwayatannya



berlangsung



secara mutawatir dan sebahagian lagi berlangsung secara ahad. Hal yang demikian dapat dilihat dari segi periwayatannya, yang mana al-Quran mempunyai kedudukan qath’iy alwurud atau qath’iy as-tsubut di mana seluruh ayat telah diakui keasliannya, sedangkan hadis, terutamanya hadis ahad masih memerlukan kajian yang khusus untuk memperolehi kepastian periwayatannya: apakah ianya berasal dari Nabi atau bukan. Hadis dilihat dari segi periwayatannya berkedudukan sebagai zhanniy al-wurud atau zhanniy as-tsubut. Kajian-kajian yang banyak dilakukan umat Islam terhadap al-Quran adalah untuk memahami kandungannya dan berusaha mengamalkannya. Kajian mereka tidak hanya bersangkutan



dengan



pemahaman



periwayatannya. Ini adalah



kandungan



dan



pengamalannya,



tetapi



juga



kerana, kajian terhadap periwayatan hadis ini kemudian



melahirkan disiplin ilmu tersendiri yang dikenal dengan Ilmu ad-Dirayah. Rasulullah SAW adalah merupakan sarana ( media ) yang berfungsi untuk menjelaskan al-Quran ( Mubaiyin ) baik dengan sabdanya, tindakannya, akhlaknya, dan bahkan segala gerak- gerinya, Beliau tidak bersabda atas dorongan hawa nafsunya, melainkan berdasarkan wahyu Allah SWT, sebagaimana dirakamkan di dalam Al-Quran Surah an-Najm ayat 3 dan 4:



Maksudnya : Dan ia tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan agama Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu ( sama ada alQuran atau hadis ) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. Pada zaman kita ini kita tidak sempat berjumpa dan mendampingi baginda, kebenaran sesuatu hadis hanya dapat diketahui melalui kajian-kajian mengenai periwayat hadis dan kaedah yang digunakannya dalam meriwayatkan hadis. Tujuannya adalah untuk mengetahui dan menilai kedudukan perawi ( sanad ) dan matan ( lafaz ) hadis. Melalui kaedah ini, seseorang itu dapat mengetahui kedudukan atau martabat sesebuah hadis dengan mengkaji



sifat- sifat perawi dan jumlah mereka serta kesahihan matan hadis yang diriwayatkan menjurus kepada kedudukan sesebuah riwayat sebagai dalil atau hujah baik di dalam akidah mahupun syariat. Menggunakan kaedah ini, ulama‟ hadis mampu megumpulkan hadis yang berselerak dan bercampur aduk ketegorinya di tangan umat Islam dan membentuk satu khazanah berharga untuk panduan umat Islam sebagaimana terhasilnya karya- karya agung seperti : Sahih al- Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Ahmad Bin Hambal, Sahih Ibn Hibban, Sunan Abu Daud, al- Muwatta’ dan kitab- kitab hadis lain yang dapat kita lihat dan manfaatkan pada hari ini. Hadis Rasulullah SAW sampai kepada kita merupakan jasa dari para periwayat hadis, yang dalam perjalanan penerimaannya mempunyai berbagai macam metode. Begitu pula dengan periwayatannya. Para ulama ahli hadis mengistilahkan “menerima dan mendengar suatu periwayatan hadis dari seseorang guru dengan menggunakan beberapa metode penerimaan hadis” dengan istilah at-taħammul. Sedang “menyampaikan atau meriwayatkan hadis kepada orang lain” mereka istilahkan dengan al-ada’. Jelaslah kepada kita bahawa Islam menetapkan kaedah yang terperinci dalam menerima atau menolak sesuatu berita. Islam tidak membenarkan sesuatu berita diterima secara sewenang-wenangnya. Perkhabaran yang hendak diterima pakai hendaklah terlebih dahulu diselidik dan diperiksa. Lebih-lebih lagilah sekiranya berita tersebut berkaitan dengan sumber agama. Kaedah penerimaan berita diperketatkan lagi sekiranya sumber yang disampaikan berkait rapat dengan keimanan, unsur aqidah, soal ibadah, hukum-hakam, atau sebagainya perlu diteliti kesahihannya terlebih dahulu. Sabda Nabi Muhammad SAW :



ْ ٍ ‫ْس َك َك ِذ‬ َ ‫ب َع َلى َأ َح ٍد َم ْه َك َذ‬ َ ‫ي َلي‬ َّ ‫ب َع َل‬ َّ ‫إ ِ َّن َك ِذبًا َع َل‬ ِ ‫ي ُم َت َع ِّمدًا َف ْليَ َتبَ َّوأ َم ْق َع َده ُ ِم ْه ال َّنار‬



Maksudnya



: “ Sesungguhnya berdusta ke atasku ( menggunakan namaku )



bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain ). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka. ”



2. KELAYAKAN PERAWI Raawi menurut bahasa berasal dari kata riwaayah yang merupakan bentuk masdar dari kata kerja rawaa-yarwii, yang bererti “memindahkan atau meriwayatkan”. Bentuk plural dari kata raawii adalah ruwaat. Jadi raawii adalah orang yang meriwayatkan atau menuliskan dalam suatu kitab apa-apa yang pernah didengarnya dan diterimanya dari seseorang. Secara definisi, kata riwaayah adalah kegiatan penerimaan atau penyampaian hadis, serta penyandaran hadis itu kepada rangkaian dari periwayatnya dalam bentuk-bentuk tertentu. Orang yang telah menerima hadis dari seorang periwayat, tetapi dia tidak menyampaikan hadis itu kepada orang lain, maka dia tidak dapat disebut sebagai seorang yang telah melakukan periwayatan hadis. Demikian pula halnya dengan orang menyampaikan hadis yang diterimanya kepada orang lain, tetapi ketika ia menyampaikan hadis itu, ia tidak menyebutkan rangkaian para perawinya, maka orang tersebut juga tidak dapat dinyatakan sebagai orang yang telah melakukan periwayatan hadis. Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi dapat atau tidak diterimanya suatu hadis ialah kualiti perawi. Tinggi rendahnya sifat adil dan dabith para perawi menyebabkan kuat lemahnya martabat suatu hadis. Perbezaan cara para perawi menerima hadis dari guru mereka masing-masing mengakibatkan munculnnya perbezaan lafadz-lafadz yang digunakan dalam periwayatan hadis. Perbezaan lafaz yang diguna pakai dalam pennyampaian hadis menyebabkan perbezaan nilai ( kualiti ) dari suatu hadis dari hadis yang lain. Sehubungan dengan itu, penelitian bidang raawii sangat penting menentukan kualiti suatu hadis. Suatu berita dianggap kuat keasliannya kalau pembawa berita memiliki kejujuran dan kemampuan yang dapat dipertanggungjawabkan. Begitu juga dengan para perawi yang harus mendapat penelitian yang tajam sehingga lahirlah sebuah cabang ilmu hadis yang terkenal, iaitu ilmu jarh wa al ta’dil, untuk melihat sejauh manakah kualiti seorang perawi. Lantaran itu, Ahli Hadis membuat landasan dan syarat tertentu terhadap perawi, sebelum hadis diterima daripada mereka. Perawi yang meriwayatkan hadis hendaklah mempunyai syarat-syarat tertentu, iaitu : 1. Baligh dan berakal 2. Dhabit atau ingatan yang kuat 3. Adil



4. Islam Mengikut prinsip asal, membicarakan tentang kedudukan peribadi orang lain dari segi keburukan dan kejahatannya tidak dibolehkan. Bagaimanapun dalam hal periwayatan hadis, perkara ini adalah sesuatu yang sangat penting dan tidak boleh dielakkan. Ini kerana, ulama hadis tidak akan dapat menentukan kesahihan sesuatu sanad hadis tanpa membicarakan siapakah perawi-perawi di dalam rantaian sanad tersebut. Adakah beliau seorang yang dipecayai atau sebaliknya. Menyembunyikan mana-mana sifat yang tidak baik yang ada pada perawi akan menjadikan usaha menilai hadis tergendala. Oleh kerana itu, ulama menyatakan membicarakan hal orang lain dalam ilmu al-jarh wa al-ta`dil termasuk di dalam maksud hadis Rasulullah SAW :



ٍ ٌ‫ان ُ ص ٍحت ان د‬ Maksudnya : Agama itu adalah nasihat ( menginginkan kebaikan ).



2.1



BALIGH DAN BERAKAL



Sifat baligh amat berkait rapat dengan tuntutan taklif ke atas seseorang. Periwayatan orang yang tidak ada syarat taklif tidak layak diterima pakai Berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW :



َ ِ ‫ُرف ِ َع ا ْل َق َل ُم ع َْه َث ََل َث ٍة ع َْه ال َّنائ ِ ِم َح َّتى ي َ ْس َت ْيق‬ َّ ‫ظ َوع َْه ا ْل ُم ْب َت َلى َح َّتى ي َ ْب َز َأ َوع َْه ال‬ ‫ي َح َّتى ي َ ْكبُ َز‬ ِّ ِ ‫صب‬ Bermaksud: “ Diangkat mata pena ( iaitu tidak ditulis dosa atau pahala ) daripada tiga golongan iaitu : Orang gila sehingga dia waras, dan orang yang tidur sehingga dia terjaga daripada tidurnya serta kanak-kanak sehingga dia bermimpi ( iaitu yang menandakan seseorang itu baligh ) ”.



2.2



DHABIT



Dhabit bermaksud daya hafalan perawi terhadap periwayatnnya jika beliau menyampaikan dari ingatannya dan penjagaannya terhadap catatannya jika beliau menyampaikan riwayatnya



dengan catatannya. Di dalam Jami` al-Usul, Ibn al-Athir mentakrifkan dhabit sebagai satu ungkapan tentang penjagaan dalam bab ilmu, ia mempunyai dua sudut, pertama memperolehi ilmu ketika mendengar dan menjaga ( mengingati ) setelah mengetahui ketika menyampaikannya. Dhabit bererti perawi itu tidak buruk hafalan, sering melakukan kesilapan, bercanggah dengan perawi-perawi yang thiqah, tidak banyak waham dan tidak lalai. Berdasarkan kepada definisi–definisi tadi dhabit itu dapat dikelaskan kepada dua bahagian, pertama dhabit sadr iaitu penjagaan hafalan. Ia bermaksud perawi itu mengingati dengan apa apa yang dihafal ketika menyampaikan hadis berdasarkan ingatannya. Kedua, dhabit kitab iaitu penjagaan dari segi tulisan. Perawi itu menjaga buku catatannya daripada sebarang pengubahan atau penukaran, penambahan atau pengurangan jika beliau menyampaikan hadis ( tahdith ) daripadanya. Seseorang perawi



diketahui



sebagai



seorang



yang dhabit,



kemas



dengan



membandingkan riwayat-riwayatnya dengan riwayat perawi-perawi thiqah lain yang terkenal dengan dhabit dan itqan. Sekiranya riwayatnya bertepatan dengan riwayat mereka walaupun dari segi makna, kebanyakannya bertepatan dan jarang ada percanggahan maka perawi itu akan dikatakan sebagai dhabit thabat. Sebaliknya jika banyak percanggahan, sedikit persamaan, dhabatnya cacat dan dia tidak boleh dijadikan hujah pada hadisnya. Seorang perawi itu tidak boleh dikatakan sebagai dhabit selagi tidak memenuhi syarat-syarat berikut: Pertama, yaqazan, sedar bukan seorang yang lalai yang tidak dapat membezakan antara betul dan yang salah seperti orang yang tidur, pelupa. Kedua, mengingati apa yang didengar dan sukar hilang dari ingatannya. Serta boleh mengulangkan kembali hafalannya bila-bila masa sahaja. Ketiga, menguasai dan menjaga buku catatannya dari sebarang pengubahan dan penukaran. Keempat, mengetahui perubahan yang berlaku pada lafaz. Sifat dhabit ini hendaklah juga disertai dengan ketelitian, thiqah dan tidak kerap melakukan



kesilapan.



Sekiranya



perawi



itu



kerap



melakukan



kesilapan



dan



menyebabkan berlakunya percanggahan kecil dengan perawi lain yang thiqah dan dhabit



tidak



mengapa.



Tetapi



seandainya



berlaku



percanggahan



yang



besar



periwayatannya dengan riwayat orang lain, maka sifat dhabitnya itu menjadi cacat dan hadis daripadanya tidak boleh diterima. Hadis daripadanya itu dikira Hadis Syaz.



Justeru itu, antara cara untuk mengetahui seseorang perawi itu dhabit atau tidak ialah, hadis yang diterima daripadanya tiada percanggahan dengan hadis yang diterima daripada perawi lain yang tiqah, dhabit dan juga adil, walaupun dari sudut makna. Pengertian dhabit dalam erti kata yang lebih terperinci ialah : 1. Dhabit tulisan atau kitab 2. Dhabit ingatan atau hafalan



2.2.1 DHABIT TULISAN ATAU KITAB Iaitu hadis yang diterima daripada seseorang perawi dengan penjagaan dari segi tulisan dan catatan pada buku. Iaitu ia menjaga tulisan dan catatannya itu dengan baik dan sempurna. Penjagaan tulisan dan catatan itu hendaklah bermula daripada ia menerima hadis daripada guru hinggalah ia meriwayatkannya pula.



2.2.2 DHABIT INGATAN ATAU HAFALAN Dhabit ingatan atau hafalan ini ialah perawi yang dapat mengigati segala hadis yang diterimanya daripada guru serta mampu meriwayatkannya bila-bila masa dan keadaan yang diperlukan. Untuk itu, ia seharusnya mempunyai ingatan yang kuat, tidak pelupa, tidak bodoh, tidak bersifat was-was dan mengigati dengan semourna apa yang diterima.



2.3



ADIL



Keadilan bermaksud perawi adalah seorang muslim, baligh, waras, bersih daripada sebabsebab kefasiqan dan perkara-perkara yang menjejaskan harga diri ( al-muru‟ah ). Keadilan merupakan kemampuan dan kelayakan bagi penerimaan saksi dan periwayatan hadis daripada Rasulullah SAW. Keadilan juga bermaksud sifat yang ada pada seseorang yang mendorongnya supaya beriltizam dengan ketakwaan dan menjaga harga diri. Takwa pula bermaksud menjauhkan diri daripada amalan-amalan buruk termasuk syirik, kefasikan dan bid`ah. Ia juga bermaksud menuruti titah perintah Allah SWT dan



meninggalkan perbuatan-perbuatan ditegah Nya. Takwa juga dapat diungkapkan sebagai keadaan yang kuat dan kukuh di dalam jiwa, yang mendorong supaya beriltizam dengan ketakwaan dan muruah sehingga memperolehi kepercayaan diri dengan sebab kebenarannya dan yang diambilkira ialah menjauhi dosa-dosa besar dan sebahagian dosa-dosa kecil. Al-Khatib al-Baghdadi menukilkan daripada Qadhi Abu Bakar Muhammad Ibn alTayyib bahawa keadilan yang dikehendaki pada saksi dan pencerita ( perawi ) ialah keadilan yang merujuk kepada lurus agamanya ( istiqamah ), sejahtera pandangannya, tidak ada kefasikan dan seumpamanya yang menyebabkan keadilannya terbatal, seperti perbuatan yang ditegah sama ada anggota tubuh badannya atau hatinya. Kesimpulannya ialah keadilan itu ialah tetap lurus dan istiqmah dalam melaksanakan tuntutan syara` manakala fasiq atau kefasikan itu ialah terkeluar daripada landasan istiqamah dalam mengerjakan hukum-hukum syara‟. Sebagai rumusannya, sifat adil perawi itu mestilah mempunyai ciri-ciri berikut : a. Muslim b. Berakal dan baligh c. Tidak fasik d. Tidak melakukan perkara yang mencemarkan kesucian Islam e. Terpelihara maruahnya f. Bertaqwa



2.4



ISLAM



Syarat yang penting dalam meriwayatkan dan menyampaikan hadis ialah seseorang perawi itu mestilah seorang muslim. Hal tersebut kerana, hadis itu sendiri merupakan salah satu daripada perkara agama Islam, maka orang kafir sudah tentu tidak layak meriwayatkannyadan tidak diterima daripadanya hadis. Mengikut pendapat yang rajih, Islam bukan merupakan syarat menerima hadis, tetapi ia hanya menjadi syarat untuk meriwayatkan hadis sahaja. Contohnya : Jubair bin Mut’im ada meriwayatkan, sewaktu ia belum Islam ia ada mendengar Nabi membaca sesuatu ayat dalam surah at-Thur ketika solat maghrib dan ia menambah lagi, di situlah cahaya iman pertama dan hidayah pertama meresap dalam jiwanya. Jubair kemudiannya memeluk Islam selepas peristiwa Peperangan Badar.



Tidak diterima sama sekali periwayatan yang disampaikan oleh seseorang kafir sama ada diketahui daripada bebas pembohongan atau pun tidak. Tidak dapat diterima akal dalam mengambil periwayatan daripada orang kafir untuk diterima pakai bagi pelaksanaan yang melibatkan urusan kaum muslimin. Bagaimanakah kita dapat menerima riwayat daripada golongan yang membuat penipuan terhadap Islam? Sedangkan Allah SWT melarang menerima berita daripada golongan fasik berdasarkan ayat ke enam surah al-Hujurat inikan pula berita daripada orang kafir sudah tentu ditolak sama sekali. Firman Allah Taala :



Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu orang fasik membawa suatu berita, maka selidikilah, agar kamu tidak menimpakan ( musibah ) kepada suatu kaum tanpa mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.



3. CARA MENERIMA DAN MERIWAYAT HADIS Oleh itu, penerimaan dan periwayatan hadis atau konsep al-Tahamul ( ‫ ) ان خحًم‬dan al-Ada´ ( ‫ ) االدا ء‬melalui proses saringan yang begitu ketat dalam menentukan keaslian sesuatu hadis sebelum diterima pakai. Oleh itu, ulama‟ hadis meletakkan lapan kaedah sahaja dalam menerima pakai proses penerimaan dan periwayatan sesebuah hadis seperti berikut: 1. al-Sima´ ( ‫) ان سًاع‬ 2. al-´Ard wa al-Qira´ah (‫) ٔان قزاء ان عزض‬ 3. al-Ijazah ( ‫)سةاالج ا‬ 4. al-Munawalah (‫) ان ً ُأن ت‬ 5. al-Kitabah ( ‫) ان ك خاب ت‬ 6. al-I´lam ( ‫) االع الو‬ 7. al-Wasiyyah ( ‫) ان ٕ ص ٍت‬ 8. al-Wijadah ( ‫) ان ٕجادة‬



Tulisan ini adalah untuk memfokuskan kepada lapan kaedah di atas yang telah ditetapkan oleh para ulama‟ hadis sebagi cara yang tepat dalam menerima dan meriwayatkan sesebuah hadith. Umat Islam memberi keutamaan yang tinggi dalam memelihara sistem al-Tahamul ( ‫ ) ان خحًم‬dan al-Ada´ ( ‫ ) االدا ء‬bagi memastikan ketulenan sesuatu hadis yang diterima daripada satu generasi ke generasi yang berikutnya. Setiap langkah untuk menghafal, menyalin, dan menyampaikan hadis amat dikawal rapi sejak daripada zaman awal perkembangan penulisan hadis. Proses ini telah bermula dengan penerimaan hadis dalam kalangan sahabat secara langsung daripada Nabi Muhammad SAW . Dalam konteks ini Nabi Muhammad SAW dianggap guru yang meriwayatkan hadis kepada para sahabat iaitu dengan memenuhi kreteria al-Ada´ ( ‫ ) االدا ء‬manakala para sahabat pula menjadi murid-murid yang memenuhi segala kreteria al-Tahamul ( ‫) ان خحًم‬.



3.1



AL – SIMA‟



Al-Sima´ bermaksud guru membaca hadis kepada muridnya dan muridnya mendengar daripada gurunya. Oleh itu, dalam kaedah ini guru membacakan hadis kepada muridnya. Proses al-Sima´ berlaku secara langsung dalam satu majlis perjumpaan antara guru dan murid yang terlibat dalam menerima dan meriwayatkan sesuatu hadis. Cara ini juga menunjukkan bahawa seorang murid hadir dalam satu majlis serta mendengar setiap lafaz yang diucapkan oleh gurunya secara penuh perhatian dan teliti Al-Sima´ adalah proses yang berlaku ketika guru membacakan hadis daripada hafalannya atau daripada kitabnya manakala orang-orang yang hadir mendengar kata-kata yang disampaikannya sama ada dalam majlis pembacaan hadith ( secara formal ) atau dalam majlismajlis lain. Kedudukan kaedah al-Sima´ adalah paling tinggi dalam kaedah al-Tahamul di sisi Jumhur ulamak ahli ilmu. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa al-Sima´ ( mendengar daripada guru ) diikuti dengan penulisan hadis adalah lebih tinggi kedudukan daripada keadaan mendengar sahaja. Ini kerana pada ketika itu guru memberikan fokus kepada periwayatan hadis manakala murid-murid memberi tumpuan kepada penulisan hadis yang diriwayatkan kepada mereka. Situasi ini akan mengelakkan daripada terjebak ke dalam kealpaan dan hampir kepada ketepatan periwayatan. Kaedah ini diterima pakai sama ada pemerhatian dan tumpuan pendengaran murid tersebut terhadap penyampaian gurunya ketika guru membaca hadis dalam bentuk hafalanya



atau dalam bentuk membaca tulisan yang ada pada catatan ( merujuk kepada catatan gurunya ). Mendengar daripada guru itu meliputi pendengaran secara langsung ( secara bertembung mata dengan mata ) atau disebalik tabir ( tidak melihat guru kerana dihalang oleh sesuatu seperti tirai ). Sekiranya pendengaran itu di sebalik tabir, syaratnya perawi itu mestilah yakin bahawa suara dan orang yang menyampaikan sesuatu hadis itu adalah suara gurunya. Jumhur ulama‟ mengharuskan periwayatan di sebalik tabir. Kaedah ini dibenarkan dengan bersandarkan kepada periwayatan yang berlaku di dalam kalangan para sahabat dan tabi´in yang menerima hadis daripada isteri-isteri Rasulullah SAW. Syu´bah bin Hajjaj dalam periwayatan kaedah al-Sima´ ( ‫ ) ان سًاع‬mensyaratkan bahawa mesti melihat guru yang menyampaikan hadis dengan berkata: “ Tidak sah periwayatan yang dilakukan apabila seseorang itu mendengar sesuatu hadis ( untuk diambil riwayatnya ) tanpa melihat wajah orang yang menyampaikan hadis tersebut dan tanpa dilihat orang yang menerima hadis tersebut.” Syarat melihat orang yang menyampaikan hadis adalah jelas dan mesti hanya sekiranya periwayat ( orang yang menyampaikan hadis ) itu adalah seorang lelaki. Kaedah al-Sima´ merupakan teknik yang paling terbaik dalam kategori penerimaan hadis dimana kaedah inilah yang digunakan oleh para sahabat apabila menerima hadis pada zaman Rasulullah SAW. Melalui kaedah al-Sima´ ini sahabat-sahabat hadir dalam majlis Rasulullah SAW dan mendengar secara langsung apa yang baginda memperkatakan dan menghafalnya dengan segera. Teknik ini menjaga agar sesuatu hadis tidak luput daripada ingatan dan terhindar daripada kekeliruan. Kaedah dan metode al-Sima‟ mempunyai ciri-ciri tertentu, iaitu : 1. Pengucapan lisan 2. Pembacan daripada kitab 3. Soal jawab 4. Imla‟



3.1.1



PENGUCAPAN LISAN



Kaedah al-Musyafahah dan al-Sima´ adalah kaedah asas yang diamalkan oleh generasi pertama dalam proses penerimaan hadis. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah muridmurid yang pertama menggunakan kaedah ini. Mereka menerima hadis secara al-Musyafahah dan al-Sima´ secara langsung daripada baginda. Pertengahan akhir kurun ke dua Hijrah amalan ini mula berkurangan. Kemantapan kaedah ini ialah pergaulan murid-murid dalam jangka masa yang lama bersama guru-guru mereka sehingga mereka dikenali dan dipercayai. Oleh itu, mereka dipercayai mempunyai autoriti dalam periwayatan hadis-hadis daripada guru mereka. Murid-murid dalam kaedah ini sentiasa bersama dengan guru mereka untuk jangka masa yang panjang serta tidak ketinggalan dalam mengikuti majlis-majlis periwayatan hadis. Kadang-kadang murid-murid yang bergaul lama bersama guru diberi gelaran rawi atau ÎÉÍib kepada si anu, si anu. Bahkan sekiranya perjumpaan biasa telah diadakan untuk mengajar hanya beberapa hadis sahaja diajarkan dalam satu-satu pelajaran seperti tiga atau empat buah hadis sahaja



3.1.2



PEMBACAAN DARIPADA KITAB



Terdapat juga cara periwayatan yang digunakan dengan membaca daripada kitab. Majoriti guru memilih untuk membaca hadis daripada kitab penulisannya sendiri. Namun terdapat juga guru yang membaca kitab penulisan muridnya atau daripada catatan muridnya sama ada ia merupakan catatan dalam bentuk salinan atau catatan sebahagian daripada kitab penulisan guru berkenaan. Proses ini berlangsung dengan guru membaca kitab yang ada dihadapannya dan murid-murid mendengar bacaan tersebut dalam satu majlis secara langsung. Sebahagian para ulamak mengatakan kaedah al-Sima´ daripada guru dan penulisan muridmurid daripada apa yang didengar daripada guru secara langsung adalah lebih tinggi martabatnya daripada mendengar sahaja. Ini kerana guru memfokuskan proses meriwayatkan hadis manakala perawi-perawi memberikan tumpuan dengan penulisan daripada periwayatan guru mereka secara serentak. Sistem mendengar ( daripada guru ) dan menulis apa yang didengarkan ( oleh murid-murid ) menggelakkan daripada kesilapan dan kelalaian kerana masing-masing pihak mempunyai peranan tertentu.



3.1.3



SOAL JAWAB



Kaedah ini pula murid-murid membaca sebahagian daripada hadis dan guru melengkapkan bacaan muridnya sehingga sempurna. Proses ini memerlukan penglibatan aktif dalam kalangan murid-murid bagi menyempurnakan periwayatan selaras dengan kaedah tersebut.



3.1.4



IMLA‟



Pada zaman Nabi Muhammad SAW telah berkembang kaedah Imla´. Rasulullah sering mengadakan majlis-majlis Imla´ namun para sahabat jarang meneruskan amalan tersebut. Melalui kaedah Imla´ guru akan membacakan hadis-hadis kepada murid-murid manakala murid-murid menyalin dan menulisnya. Kaedah ini tidak digalakkan pada awal perkembangan Islam. Ini kerana kebimbanggan bahawa seseorang murid dapat mengumpul pengetahuan yang banyak dalam masa yang singkat tanpa usaha yang banyak. Kemungkinan Wathilah bin Asqa´ ( w.83 ) merupakan sahabat yang pertama sekali mengadakan kelas-kelas imlak hadis. Manakala al-Zuhri dikatakan orang pertama yang mengamalkan kaedah ini yang berlangsung pada akhir abad pertama hijrah hingga akhir hayat beliau. Berbanding dengan kaedah-kaedah lain cara ini paling jarang diguna pakai. Namun selepas al-Zuhri mengamalkan kaedah Imla´ ini menjadi kebiasaan dan diguna secara menyeluruh pada abad ke dua hijrah dan selepasnya. Lafaz yang diguna pakai oleh perawi dalam kaedah periwayatan al-Sima´ untuk menunjukkan hadis diterima mengikut teknik al-Sima´ ialah seperti yang ditetapkan oleh alQadhi ´Iyadh: “ Tidak ada percanggahan bahawa keharusan untuk periwayatan secara alSima´ menetapkan seseorang yang menerima periwayatan dengan menggunakan istilah-istilah seperti berikut : I.



‫دضث ُا‬



Seorang itu menceritakan kepada kami



II.



‫أس ثرَ ا‬



Seseorang telah mengkhabarkan kepada kami



III.



‫أَ ثأَ ا‬



Seseorang itu memberitahu kepada kami



IV.



‫ف الَ ا سً عد‬



Aku mendengar daripada si fulan



‫ن ُا ق ال‬



Dikatakan kepada kami



‫ذكر لنا‬



Dinyatakan kepada kami



V. VI.



Kesemua rangkai kata tersebut sama daripada sudut membawa makna atau kehendak tahdith ( meriwayat hadis ) atau sima´ ( mendengar ) serta tidak menjadi kesalahan dan dipersetujui pendapat ini oleh al-Qadhi ´Iyadh dengan ulama‟ bahasa tentang penggunaan rangkai-rangkai kata tersebut. Beliau berpendapat tidak ada perbezaan ketika mendengar sima´ ( orang yang mendengar ) menyebut.



3.2



AL – „ARD WA AL QIRA‟AH ( ‫) ان عرض انﻘراءج‬



Kaedah ini dikenali sebagai al-´Ard ( iaitu pembentangan dengan cara murid membacakan kepada guru ) atau al-Qira´ah ( murid membaca hadis kepada guru ) juga turut dikenali sebagai ´Ard al-Qira´ah iaitu pembentangan dan pembacaan. Kaedah ini telah mula berkembang sejak awal abad yang ke dua hijrah. Kaedah al-Qira´ah ialah murid membaca hadis kepada guru melalui hafalan atau kitab. Murid yang menerima hadis dengan cara membentangkan bacaannya kepada guru disebut sebagai al-´Ard ( pembentangan ) seperti menurut pendapat sebilangan besar para muhaddithin ( ulama‟ hadis ). Diharuskan meriwayatkan melalui kaedah ini sekiranya seorang perawi ( murid ) membaca ( membentangkan bacaan ) dengan berpegang kepada hafalannya atau kitabnya atau pun mendengar daripada orang lain yang membentangkan bacaan kepada guru. Adalah diletakkan syarat bahawa guru mempunyai pengetahuan ( dalam bentuk ingatan ) tentang apa yang dibacakan kepadanya.atau merujuk kepada kitab asal yang sahih atau kitab asal berada dalam tangan orang yang membentangkan bacaan kepada guru atau pun dalam keadaan lain kitab tulisan itu berada pada salah seorang pendengar yang thiqah dalam majlis tersebut. AlHafizd al-Iraq mengatakan : “ Dan perlu terdapat orang yang thiqah daripada pendengar yang menyelia dan menjaga apa yang dibaca serta dia mendengar dengan teliti tanpa lalai ( alpa ) dan memenuhi syarat sekiranya berlaku sedemikian”. Imam Ahmad meletakkan syarat bahawa orang yang membentangkan bacaan kepada gurunya adalah orang yang mengetahui apa yang dibentangkan dan mempunyai kefahaman serta pengetahuan tentangnya. Sekiranya tidak maka tidak sah kaedah al-tahamul daripadanya.



Sekiranya murid berkenan tidak membaca hadis yang dihafalnya atau yang tercatat dalam kitab sebaliknya hanya mendengar bacaan orang lain maka dalam keadaan ini guru berkenaan mestilah mengingati hadis yang dibacanya itu atau dapat membandingkan hadis yang dibacanya oleh pelajar berkenan dengan rujukan catatan asal yang sahih walaupun guru berkenaan terpaksa merujuk kepada catatan asal daripada para pelajar lain yang thiqah lagi dhabit atau sekurang-kurangnya seorang daripada mereka. Qiraah yang dibentangkan melalui kitab adalah lebih baik kerana cara ini lebih dipercayai dan lebih selamat. Al-Hafidz Ibn Hajar ( w 852H ) berkata : “ Sewajarnya dipegang hadis yang dibaca melalui tulisan ataupun kitab pada sebarang bentuk daripada hadis yang dibaca melalui hafalan kerana ia boleh jadi tidak tepat. ” Peryataan di atas memberi penekanan bahawa periwayatan hadis hendaklah dilakukan dengan bersandarkan kepada tulisan asal atau kitab semasa membaca hadis di hadapan guru untuk menggelakkan kekeliruan. Malah melalui kaedah ini sekiranya terdapat murid-murid yang hadir sama dan mereka terlupa atau tertinggal mana-mana bahagian catatan hadis bolehlah mereka membuat penambahan atau mengulanginya serta memperbetulkan hafalan dan catatan dalam kitab masing-masing. Ketika menyalin mereka selalunya membuat satu bulatan selepas tiap-tiap hadis. Apabila seseorang pelajar selesai membaca satu-satu hadis dia akan membuat satu tanda bulatan atau dimana-mana sahaja untuk menunjukkan bahawa hadis itu telah pun dibacakan di hadapan guru. Ini perlu kerana seseorang pelajar yang mengetahui hadis-hadis melalui bukubuku sahaja tidak berhak untuk menggunakan bahan-bahan ( hadis-hadis ) itu untuk tujuan mengajarkannya atau menyusunnya sendiri sehinggalah dia menerima hadis-hadis itu melalui kaedah-kaedah belajar yang betul dan diiktiraf. Dalam kaedah periwayatan ini seorang murid yang hendak meriwayatkan hadis dengan sendiri haruslah dia menggunakan istilah ‫ع هى‬ ‫ ٌ سً ع قزأث ْٕٔ ان ش ٍخ‬dan sekiranya hadis yang hendak diriwayatkan itu dibaca orang lain maka hendaklah murid berkenaan meriwayatkannya dengan lafaz ً‫أَ ا ٔ ٌ سًع ْٕ ٔ ان ش ٍخ ع ه‬ ‫أ سً ع قز ك ذن ك‬ Kebanyakkan ulama‟ hadis mengharuskan murid meriwayatkan hadis dengan menggunakan lafaz



‫ع ه ٍٓحدث ُا ق زاءة اخ بزَ ا ع ه ٍّ ق زاءة ان ش ٍخ‬



‫ ع ه ٍٓ سً عج‬dan dia mestilah menyebut lafaz



atau



ٍ‫ق زاءة ان ش ٍخ ي‬



‫ ع ه ٍٓ قزاءة‬agar riwayat berkenaan tidak



mendatangkan kesamaran kepada pihak ketiga dan menjelaskan bahawa murid berkenaan benar-benar mendengar secara langsung daripada gurunya. Menurut pendapat yang terpilih



kaedah al-´Ard wa al-Qira´ah ( ‫ ) ٔان قزاء ان عزض‬adalah lebih rendah tarafnya dalam aspek penerimaan dan periwayatan hadis jika dibandingkan dengan kaedah yang pertama iaitu alSima´ ( ‫) ان سًاع‬. Kaedah al-´Ard wa al-Qira´ah (‫ ) ٔان قزاء ن عزض ا‬berada pada martabat yang kedua.



3.3



AL – IJAZAH ( ‫) االج ازج‬



Ijazah menurut pengertian bahasa ialah membenarkan atau memberi keizinan. Manakala menurut pergertian istilah ialah memberi kebenaran kepada seseorang untuk meriwayatkan sesebuah hadith atau sesebuah kitab bersandarkan kepada seseorang ulamak tertentu yang memberikan kebenaran tersebut tanpa membacakan kitab tersebut dihadapannya. Al-Ijazah adalah memberi keizinan. Sebagai contohnya dengan lafaz seorang guru mengatakan kepada muridnya aku memberikan kebenaran kepada kamu untuk meriwayatkan kitab Sahih Bukhari daripadaKu. Diberikan keizinan dengan lafaz kepada muridnya iaitu ‫أجاس‬ ً ‫ اجاسة أخ بزَ ا ٔأ اجاسة حدث ُا أٔ ف الٌ ن‬dan lafaz terakhir ialah ‫أَ بأَ ا‬. Kaedah al-Ijazah ( ‫ )االج اسة‬adalah diharuskan oleh jumhur ulama‟ untuk diterima pakai dalam proses al-Tahamul. Pendapat ini selaras dengan ijmak ( kesepakatan dalam pendapat ) daripada al-Qedhe Abu al-Walid al-Baja. Manakala Ibn Salah berbeza pendapat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Rabe´ daripada al-Syafi´i yang melarang serta menegah periwayatan dengan kaedah al-Ijazah ( ‫)االج اسة‬. Begitu juga pendapat yang diputuskan oleh al-Mawardi. Keputusan untuk menolak kaedah tersebut dalam mazhab Imam al-Syafi´i adalah selaras dengan pendapat al-Qadhe Hussain bin Muhammad al-Mérwaraze yang berpendapat : Sekiranya dibenarkan maka sudah pasti akan menghapuskan usaha rehlah dalam menuntut ilmu. Demikian juga pendapat Syu´bah bin Ajej dan yang lainnya daripada ahli hadis. Kaedah yang ketiga ini jauh berbeza daripada kaedah sebelumnya. Kaedah al-Sima´ bermakna penerima mendengar sesuatu hadis secara langsung daripada mulut gurunya manakala dalam kaedah al-´Ard wa al-Qira´ah pula menunjukkan bahawa pelajar membentangkan



bacaannya



di



hadapan



gurunya.



Kedua-dua



bentuk



kaedah



ini



melambangkan periwayatan yang bersambung sanad sama ada dipindahkan secara mulut ke mulut atau mulut ke telinga atau melalui penulisan yang sahih. Oleh itu, jelas perbezaan kaedah secara al-Ijazah iaitu hanya mendapat keizinan daripada seorang guru kepada muridnya untuk meriwayatkan semua hadith yang didengar atau ditulis oleh beliau. Walaupun



murid berkenaan tidak pernah langsung mendengar hadis berkenaan daripada gurunya ataupun tidak pernah membacakannya di hadapannya. Berdasarkan kenyataan inilah Ibn Hazm menolak riwayat secara al-Ijazah kerana beliau berpendapat kaedah ini adalah perkara yang bid´ah dan tidak diharuskan. Sesetengah ulamak menolak dengan keras dengan menegaskan bahawa: “ Sesiapa sahaja yang berkata kepada orang lain “Aku ijazahkan engkau meriwayatkan hadis-hadis daripada aku yang engkau tidak pernah mendengarnya daripadaku” maka berdasarkan ucapan ini seolah-olah seseorang itu telah berkata “Aku ijazahkan kepada engkau untuk berdusta tentang diri aku, kerana syarak tidak pernah mengharuskan periwayatan hadis yang tidak pernah didengar oleh perawi berkenaan.” Pendapat di atas agak terlalu ketat dan agak keterlaluan. Sebahagian daripada bentuk alIjazah tidaklah sampai ke peringkat yang terlalu dhaif daripada sudut riwayatnya. Malah terdapat beberapa bentuk ijazah yang boleh diterima oleh sebahagian besar ulama‟ tanpa sebarang keraguan. Seperti memberi ijazah meriwayatkan kitab tertentu kepada seseorang atau beberapa orang tertentu seperti ucapan guru dengan berkata: “Aku ijazahkan kepada engkau atau kepada sesiapa ( serta menyebut nama dan sifat orang yang berkenaan ) untuk diberi keizinan meriwayatkan hadis-jadis Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Kutub Sitah atau apa sahaja hadis yang terkandung dalam kitab-kitab susunan saya sendiri ( dengan menyebut nama-nama kitab berkenaan ). Dengan jelas kaedah memberi ijazah meriwayatkan hadis-hadis yang tidak diketahui kepada orang yang tidak diketahui adalah tidak sah menurut persepakatan para ulama‟. Manakala ijazah yang bersifat umum seperti kata guru: “Aku ijazahkan untuk meriwayatkan mana-mana hadis kepada orang ramai, orang Islam, orang yang masih wujud, orang yang berada bersama saya, orang yang menyaksikan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah SWT atau sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh orang tersebut mengikut apa yang sebenarnya adalah



tidak



diharuskan.



Namun



demikian



terdapat



sebahagian



ulamak



yang



mengharuskannya. Menurut Ibn Salah (w 643H) bahawa dalam kaedah al-Ijazah ( ‫ )االج اسة‬terdapat tujuh cara lafazd yang diguna pakai iaitu seperti berikut:



Memberikan keizinan kepada seseorang yang tertentu dengan periwayatan yang telah ditentukan. Dengan menggunakan lafaz : ‫ان ف الَ ى ف الٌ أجسخ أو أجسذ كى أو ك أجسذ ك‬



Memberikan keizinan kepada seseorang dengan tanpa menetapkan apa yang diberi keizinan untuk diriwayatkan. Dengan menggunakan lafaz : ‫يروٌ اذ ً أو ي سًوعاذ ً جً ٍع أس ثرذ كى أو ك أجسذ ك‬



Memberikan keizinan kepada seseorang yang tidak ditentukan dengan lafaz yang umum. Dengan menggunakan lafaz : ‫ك أجسخ زياَ ى أْم أو أدض ك م أو ان ً س هً ٍٍ جً ٍع‬



Memberikan keizinan kepada orang yang tertentu tanpa ditetapkan riwayat atau kitab tertentu. Atau sebaliknya iaitu menetapkan riwayat daripada kitab tertentu tanpa menentukan orang yang tertentu. Dengan menggunakan lafaz yang tertentu seperti berikut : ‫ان س ُ ُ كأجسذ ك ف ً ك ر ثا ٌ روي ْو و ان س ٍُ ك راب‬ Atau ‫ي سًوعاذ ً ت عط أجسذ ك‬



Memberikan keizinan kepada orang yang belum wujud seperti meriwayatkan hadith kepada anak yang bakal lahir. Dengan menggunakan lafaz : ٌ‫ن ك كأجسخ أو ٌ ون ض يٍ و ن ف ال‬



Memberikan keizinan kepada sesiapa yang tidak mendengar dan tidak membawa periwayatan asal. Kemudian dia diberikan keizinan untuk meriwayatkan sesuatu hadis tersebut dengan menggunakan lafaz : ‫ع ُضِ صخ ن ًا ت ّ ان رواٌ ح ذ جوز ف صذ ٍخ ي سًوعاذ ً يٍ ع ُضك ٌ صخ أو صخ يا ن ك أجسخ‬



Memberikan keizinan yang berbentuk mutlak dan luas tanpa menentukan apa yang diberikan keizinan untuk diriwayatkan. Dengan menggunakan lafaz : ‫رواٌ رّ أج ٍس يا جً ٍع أو يجازاذ ً ك أجسذ ك‬



3.4



AL – MUNAWALAH ( ‫) ان ً ُاون ح‬



Kaedah al-Munawalah bermaksud seorang guru memberi kitab atau hadis yang telah dicatatkan kepada muridnya agar murid berkenaan dapat meriwayatkannya melalui guru berkenaan. Pada asalnya Imam al-Bukhari mengaitkan kaedah ini dalam menuntut ilmu berdasarkan kepada tindakan Rasulullah SAW menulis kitab ( buku yang mengandungi tulisan ) kepada ketua angkatan perang dengan bersabda : ‫عهى قزأِ انًكاٌ نك به فهًا كذأ كذا يكاٌ حبه حخى حقزأِ ال‬



‫صهى انُبً بأيز ٔأخبزْى انُا‬



ٍّ‫ٔسهى عه‬



Bermaksud: “Janganlah dibaca ( yakni tulisan yang terdapat pada kitab berkenaan ) sehingga tiba ditempat sekian sekian, dan apabila mereka sampai ke tempat berkenaan lalu dibacakan kepada orang ramai tentang arahan daripada Rasulullah SAWyang ditulis dalam catatan tersebut”. Berdasarkan kepada hadis di atas ulama‟ menjadikan hujah untuk menerima kaedah alMunawalah dalam penerimaan sesuatu hadis. Ini bertepatan dengan pandangan al-ØhÉhÊlÊ mengatakan bahawa Imam Bukhari menjadikan hujah hadis tersebut bagi menerima kaedah al-Munawalah. Demikianlah dianggap sebagai ilmu apabila seseorang murid menyalin apa yang terdapat dalam sesuatu kitab yang diberikan padanya. Maka murid tersebut diberikan kebenaran meriwayatkan apa yang terdapat dalam kitab tersebut. Bentuk al-Munawalah yang tertinggi ialah apabila seorang guru memberikan sebuah kitab atau hadis yang telah dicatatkan kepada muridnya dengan menggunakan lafaz :



“Sesungguhnya aku memberikan hak milik buku atau hadith kepada kamu serta aku ijazahkan kepada kamu (murid) untuk meriwayatkannya daripada aku (guru)”. Bentuk lafaz munawalah seperti di atas adalah dikenali sebagai munawalah ma´al al-Ijazah. Misalnya al-Zuhri ( w. 124 H ) memberikan manuskrip-manuskripnya kepada beberapa orang sarjana umpamanya Thaure, Auze dan ´Ubaidullah bin „Umar. Cara inilah yang dikenali sebagai al-Munawalah yang bukan merupakan amalan yang biasa dilakukan pada zaman awal. Kaedah periwayatan secara al-Munawalah terbahagi kepada dua iaitu :



i.



Munawalah yang disertai dengan keizinan guru kepada muridnya untuk diriwayatkan hadis. Munawalah bentuk ini diharuskan ulama‟ dan setengah ulama‟ pula mengatakan cara ini adalah tingkat yang lebih baik daripada cara al-Sima´. Dengan menggunakan lafaz : ‫أٔ سًاعً ْذا‬ ً‫ف أرِٔ ف الٌ عٍ رٔاٌ خ‬



ii.



Munawalah tanpa keizinan. Menurut pendapat Ibn Salah dan Imam alNawawi meriwayatkan hadis munawalah ini dianggap tidak sah



Terdapat sebahagian ulama‟ meletakkan martabat al-Munawalah lebih tinggi daripada martabat al-Sima´. Atas alasan bahawa taraf thiqah melalui kitab milik guru beserta keizinan untuk meriwayatkannya melebihi thiqah yang ada pada al-Sima´. Menurut pendapat mereka kedudukan al-Munawalah mengatasi kedudukan al-Sima´ kerana berkemungkinan wujudnya kesamaran dalam periwayatan al-Sima´ ( melalui murid ) dan al-Mustami´ ( melalui guru ). Melalui kaedah ini seorang guru memberikan kitabnya kepada muridnya dengan mengatakan ‫ع ًُ ف اأرِٔ ف الٌ عٍ رٔاٌ خً ْذا‬. Manakala murid yang meriwayatkan dengan lafaz berikut: ًُ ‫اجاسة ٔ ي ُأن ت أخ بزَ ا أٔ ي ُأن ت حدث ُا أٔ ن ً ٔأجاس َ ٕن ًُ أٔ َ أن‬. Imam al-Nawawi menyangkal pendapat tersebut dengan mengatakan: “Sebenarnya kedudukan al-Munawalah adalah lebih rendah daripada kaedah al-Sima´ ( ‫ ) ان سًاع‬dan al´Ard wa al-Qira´ah (‫) ٔان قزاء ان عزض‬.



Bentuk yang paling hampir sama dengan al-Munawalah ma´al al-Ijazah ialah apabila guru berkata kepada muridnya: “ Ambillah kitab ini dan salin semula serta semak sebelum mengembalikan salinan asal itu kepada saya. ” Bentuk yang lebih rendah tarafnya daripada kedua-duanya ialah murid membawa kitab kepada gurunya yang dihasilkan secara kaedah al-Sima´ daripada gurunya lalu guru berkenaan mengambil buku berkenaan dan menelitinya kemuadian berkata kepada muridnya: “ Hendaklah kamu meriwayatkan kandungan buku ini daripada aku. ” Bentuk al-Munawalah yang paling rendah sekali martabatnya daripada cara-cara di atas ialah murid membawa kitab kepada guru dan meminta guru berkenaan membuat Munawalah kepadanya. Kehendak tersebut dipersetujui oleh guru tanpa melihat, meneliti atau membuat sebarang perbandingan terhadap buku berkenaan.



3.5



AL - KITABAH ( ‫) ان ك رات ح‬



Al- Kitabah dari sudut bahasa ialah surat menyurat. Sudut istilahnya pula ialah seorang sheikh menulis sendiri atau dia menyuruh orang lain menulis riwayatnya kepada orang yang hadir ditempatnya atau yang tidak hadir disitu. Metode dan kegiatan ini dilaksanakan dengan meluas dengan meluas dan ia dilaksanakan semenjak awal Islam lagi. Contohnya surat- menyurat rasmi daripada khalifah al- Rasyidin yang mengandungi banyak hadis yang diriwayatkan oleh perawi. Konteks lain juga, ramai Sahabat Nabi SAW dan perawi hadis menulis hadis riwayat mereka dan mengirimkannya kepada murid atau sahabat mereka. Contohnya surat dan tulisan Ibn Abbas kepada Ibn Abu Mulaikah dan Najdah. Metod Al- Kitabah terbahagi kepada 2 bahagian : i.



Kitabah yang disertai dengan ijazah seperti perkataan sang syeikh, “ Aku ijazahkan kepadamu apa yang aku tulis untuk mu ”, atau yang semisal dengannya. Dan riwayat dengan cara ini adalah shahih kerana kedudukannya sama kuat dengan munawalah yang disertai dengan ijazah.



ii.



Kitabah yang tidak disertai dengan ijazah seperti syeikh menulis sebahagian hadis untuk muridnya dan dikirimkan tulisan itu kepadannya, tapi tidak



diperolehkan untuk meriwayatkannya. Disini terdapat perselisihan masalah hukum periwayatannya. Sebahagian tidak membolehkannya jika diketahui bahawa tulisan tersebut adalah karya syeikh itu sendiri.



Tidak dapat dinafikan bahawa kaedah al-Kitabah yang disertai dengan al-Ijazah adalah lebih kuat berbanding dengan hanya al-Kitabah sahaja. Malahan terdapat sebilangan ulamak yang mengatakan al-Kitabah yang disertai dengan al-Ijazah lebih rajih walaupun dibandingkan dengan kaedah al-Sima´.



3.6



AL – I„ILAM ( ‫) االع الو‬



Dari sudut bahasa ialah memberi maklumat. Manakala dari segi istilah ialah guru memberitahu muridnya dimana sesebuah hadis atau kitab yang diriwayatkannya didengar atau diambil daripada orang lain tanpa memberitahu dengan jelas mengenai ijazah atau kebenaran supaya muridnya itu meriwayatkannya pula kepada orang lain. Bukti atau tanda metod ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli hadis mengharuskan cara meriwayatkan hadis bentuk ini dengan syarat- syarat tertentu : a.



Guru tersebut seorang yang thiqah.



b.



Guru seorang yang amanah.



Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis. Sebagai rumusannya, metod al- I‟lam ini ada faedahnya iaitu orang yang kedua yang menerima hadis terpaksa mencari naskah asal yang mengandungi surat yang mengandungi surat akaun dan nama orang yang memberi akaun dan kebenaran itu. Sebahagian besar ulama mengharuskan penerimaan hadis melalui kaedah ini selagi thiqah guru berkenaan tetap wujud dengan sempurna kerana sifat thiqah itu dapat mencegah beliau daripada mengisytiharkan kepada muridnya hadis-hadis yang bukan daripada riwayatnya. Keadaan ini seolah-olah guru berkenaan memberi kebenaran kepada muridnya menerima dan seterusnya meriwayatkan hadis-hadis berkenaan daripadanya secara kebenaran ijazah untuk meriwayatkan hadis berkenaan boleh difahami secara tidak langsung walaupun ia tidak dinyatakan secara jelas oleh guru berkenaan. Inilah pendapat yang dibawa oleh Ibn Jëraih dan kebanyakkan daripada golongan ulama‟ terkini. Bukti atau tanda metode ini digunakan pada zaman awal sukar dikesan. Ahli Hadis mengharuskan cara meriwayatkan hadis bentuk ini dengan syarat-syarat tertentu : a. Guru tersebut seorang yang thiqah



b. Guru seorang yang amanah Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak ada penyelewengan terhadap hadis. Syarat tersebut ditetapkan supaya tidak Sebagai rumusannya, metode al-I‟ilam ini ada menerima hadis terpaksa mencari naskhah asal nama orang yang memberi akuan dan kebenaran



3.7



ada penyelewengan terhadap hadis. faedahnya iaitu : orang kedua yang yang mengandungi surat akuan dan itu.



AL – WASIYYAH ( ‫) ان و ص ٍح‬



Kaedah al-Wasiyyah ( ‫ ) ةيصٔلا‬adalah bermaksud seorang guru mewasiatkan kitab tertentu kepada seseorang untuk diriwayatkan. Keadaan al-Wasiyyah ( ‫ ) ةيصٔلا‬biasanya berlaku apabila seorang guru tersebut ingin keluar bermusafir atau nazak ( saat hampir dalam kematian ). Bentuk-bentuk lafaz yang sering digunakan pakai dalam periwayatan ini ialah seperti berikut: ”"‫ أٔ حدث ًُ أٔ أخ بزَ ً ف الٌ ٔ ص ٍت‬, ‫أٔ صى ان ى ف الٌ ب كذا‬ Bentuk penerimaan hadis dalam kaedah ini jarang sekali berlaku. Sebahagian ulama‟ salaf mengharuskan penerima al-Wasiyyah untuk meriwayatkan kitab berkenaan melalui guru yang membuat wasiyyah berkenaan. Hujah mereka ialah kaedah al-Wasiyyah seperti ini adalah sama taraf dengan kaedah I‟ilam dan termasuk dalam salah satu bentuk al-Munawalah. Melalui kaedah al-Wasiyyah ini seolah-oleh guru berkenaan telah memberi dan memaklumkan (I´ilam) hadis-hadis tertentu adalah sebahagian daripada riwayatnya. Akan tetapi kata-kata yang digunakan oleh guru berkenaan dalam hal seperti ini tidak jelas kepada al-I´ilam dan al-Munawalah. Golongan yang mengharuskan riwayat hadis dengan cara alWasiyyah mengakui kaedah ini adalah bentuk penerimaan yang paling lemah. Kedudukan sebenar martabat kaedah ini adalah lebih rendah daripada al-Munawalah (‫ ) ةلٔاٌولا‬dan alI´ilam ( ‫ ) والعالا‬walaupun terdapat persamaan dalam kaedah-kaedah tersebut. Ibn Salah berpendapat tiada persamaan antara al-Wasiyyah ( ‫ ) ةيصٔلا‬, al-Munawalah ( la nad ( ‫ان ً ُأن ت‬-I´ilam ( ‫) والعالا‬. Malah beliau menyangkal pendapat yang mengatakan wujudnya persamaan antara kaedah-kaedah tersebut. Beliau mengatakan : “Sesungguhnya terdapat ulamak membawa hujah tentang kedudukan kaedah al-Wasiyyah adalah sama taraf dengan kaedah al-Munawalah atau al-I´ilam. Sebenarnya dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Beliau berpendapat tidak pernah ulamak menetapkan kaedah tertentu untuk menerima periwayatan melalui al-I´ilam dan al-Munawalah ataupun perkara yang hampir-hampir sama dengan tujuan tersebut.” Semasa meriwayatkan hadis penerima hadis tersebut mestilah memindahkan kata-kata yang digunakan oleh orang yang memberi wasiat berkenaan. Orang yang menerima wasiat sekali-kali tidak boleh menambah atau mengurangkan kata-kata yang digunakan oleh pemberi wasiat kerana kaedah al-Wasiyyah ini menyerupai wasiat harta yang pasti ada tanda dan kadar yang tertentu. Sesuatu wasiat yang dibuat hendaklah nyata dan jelas. Misalnya apabila



diwasiatkan dinyatakan sebuah atau beberapa buah kitab, sebuah atau beberapa buah hadis, beberapa hadis yang didengar atau beberapa hadis yang diriwayatkannya. Kesemua periwayatan dalam kaedah ini adalah terikat dengan kata-kata guru yang memberi wasiat tersebut. Kaedah ini adalah peringkat yang paling rendah daripada kaedah-kaedah periwayatan yang dibenarkan sebelum ini. Menurut pendapat Ahli Hadis, metode wasiat ini adalah metode yang paling lemah dalam menerima hadis berbanding dengan metode-metode lain. Mlahan setengah ulama‟ tidak mengharuskan metode ini.



3.8



AL – WIJADAH ( ‫) ان وجاصج‬



Maksud metode ini ialah mendapatkan kitab seseorang tanpa kebenarannya untuk meriwayatkan hadis- hadis di dalamnya dengan bersandarkan kepada seseorang. Maksud lain, seseorang yang mengambil hadis daripada kitab- kitab tertentu tanpa mendengar, tanpa ijazah dan mengambilnya untuk diriwayatkan hadis tersebut. Dalam menyampaikan hadis atau kitab yang didapati dengan jalan Wijadah, si perawi berkata “ wajadtu bi khaththi fulanin ” ( aku dapatkan buku ini dengan tulisan fulan ) atau “ qara‟tu bi khati fulanin ” ( aku telah membaca buku ini dengan tulisan fulan ), kemudian menyebutkan sanad dan matannya. Proses penyalinan ini berlaku apabila seorang murid menemui sesuatu tulisan dan dipastikan bahawa tulisan tersebut adalah hak milik gurunya yang pernah dijumpai dan dipercayai. Kaedah ini juga berlaku ke atas seseorang yang tidak pernah bertemu dengan seseorang guru namun murid tersebut yakin bahawa tulisan yang dijumpainya adalah hak milik dan catatan sebenar daripada seseorang guru berkenaan. Sekiranya seseorang itu mendapati hadis yang dikarang oleh beberapa tokoh yang terkemuka. Maka orang tersebut haruslah meriwayatkan hadis tersebut melalui guru berkenaan dalam bentuk hikayat ( bukan dalam bentuk riwayat ). Isnad hadis tersebut mestilah dinyatakan seperti yang terdapat dalam kitab berkenaan. Misalnya dengan berkata: “Aku mendapatkan catatan si fulan atau catatan yang aku yakin adalah hasil tulisan si fulan seperti yang terdapat dalam kitab Sahih yang masyhur lalu membacakan hadith tersebut.Seperti yang pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal. Selalunya beliau akan berkata : “ ‫ يبأ طرب خصجو‬: ‫ٌالف اخزصح‬....................‫”ٌخولاو صٌشلا رلا‬ Seseorang yang telah menerima hadis melalui kaedah al-Wijadah tidak harus meriwayatkan kembali dengan menggunakan kata-kata seperti: ّ‫ أو دضث را أو أس ثرَ ا ف الٌ أو سً عد ي ُّ أو وجضخ ت شط‬, ٌ‫عٍ ف ال‬



Sekiranya timbul kesangsian pada murid tersebut tentang sama ada tulisan berkenaan adalah tulisan gurunya maka perbuatan itu dikira termasuk dalam bentuk penipuan yang sangat buruk. Ini kerana lafaz yang digunakan boleh mendatangkan kesamaran kepada pendengar bahawa adakah murid tersebut benar-benar mendengar hadis tersebut daripada guru berkenaan. Sedangkan perawi tersebut sepatutnya menggunakan kata-kata seperti berikut: “ ّ ‫ أو ك رة ان ش ٍز ت شطّ أو أير يٍ ٌ ك رة ن‬, ‫ أو ت ه غً أٌ ف الَ ا ق ال‬, ٌ‫”ق ال ف ال‬ Dasar penggunaan perkataan di atas dapat dijadikan garis panduan untuk mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh sesetengah penulis atau ahli sejarah yang kerap kali menggunakan kata-kata seperti berikut : ‫”ان ط ثري أو ات ٍ د جر أو ان ذاف ظ ان عراق ً ي ث ال" دضث ُا‬ Oleh itu, tidak perlu diragukan tentang kedudukan dan nilai kaedah penerimaan hadis secara al-Wijadah sebagai salah satu cara penerimaan hadis. Kebanyakkan hadis-hadis yang terdapat dalam kitab-kitab adalah melalui cara pemindahan secara al-wijadah. Kerana golongan yang menghafal hadis tidak ramai pada masa sekarang.



4.



ISTILAH MENUNJUKKAN METODE PERIWAYATAN HADIS



Terdapat istilah atau lafaz atau simbol kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis dalam menerangkan metode penerimaan hadis riwayatnya atau erti kata lain bagaiman dia memperolehi riwayatnya. Biasanya istilah atau simbol atau kependekan ini digunakan untuk meringkaskan masa, ruang dan senarai periwayat hadis. Antara istilah, symbol atau kependekan yang digunakan oleh Ahli Hadis ialah : • Haddathana. ‫ دضث ُا‬Kebanyakannya ditulis dengan “thana” atau “na” sahaja. Perkataan “haddathana” sering digunakan untuk menerangkan metode al-Sima‟. Iaitu kaedah atau metode guru membacakan hadis kepada muridnya. • Akhbarana. ‫ أس ثرَ ا‬Kebanyakan ditulis na sahaja. Kadang-kadang ia ditulis juga dengan arana. Perkataan akhbarana sering digunakan untuk menerangkan metode „Arad atau al-Qira‟ah. Iaitu murid membacakan hadis kepada guru. • Anba‟ana. ‫أَ ثأَ ا‬ Munawalah.



Perkataan ini sering digunakan dalam metode Ijazah dan



• Sami‟a. ‫ سً عد‬ianya hanya digunakan dalm metode al-Sima‟ sahaja. • „An. Ianya digunakan dalam kesemua jenis metode yang telah disebutkan iaitu dalam al-Sima‟, al-„Ard wa al-Qira‟ah, al-Ijazah, al-Munawalah, al-Kitabah, al-I‟lam, alWasiyyah dan al-Wijadah.



Daripada lima istilah yang telah dinyatakan diatas, kelima-lima istilah tersebut tidak sama tarafnya. Kedudukannya adalah sebagaimana berikut : • Perkataan hadathana atau hadhathani dan akhbarana atau akhbarani adalah paling tinggi kedudukannya. • Perkataan „an adalah merupakan yang paling rendah tarafnya. Istilah-istilah yang diguna pakai ini tidak boleh diubah sama sekali ketika menyalin hadis. Kesemua penggunaan kalimah tersebut menggambarkan penerimaan dan periwayatan dalam istilah penggunaan bahasa Arab. Ulama‟ meletakkan istilah ‫ سً عد‬pada tahap yang tertinggi dalam peringkat periwayatan. Ini kerana istilah ini tidak digunakan pada kaedah alIjazah atau al-Kitabah dan tidak juga akan digunakan pada menyembunyikan apa yang didengarkannya.



5.



PENUTUP



Pada asasnya semua kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam penerimaan al-Tahamul ( ‫ ) لوحثلا‬adalah saling berkaitan antara satu sama lain dalam periwayatan al-Ada´ ( ‫) ءادالا‬. Ini adalah kerana apa yang diterima oleh seseorang murid pada hari ini akan diriwayatkan kembali kepada seseorang yang lain pada suatu masa nanti. Bahkan penerimaan hadis itu sendiri membawa kepada tanggungjawab menyampaikan apa yang diterimanya. Oleh itu, periwayatan atau sistem al-Ada´ ( ‫ ) ءادالا‬adalah meriwayatkan hadis kepada murid atau perawi kepada orang yang lebih rendah kedudukannya daripada orang yang meriwayatkannya ( iaitu guru ). Hadis ini pula diterima daripada orang yang lebih tinggi kedudukannya daripada beliau. Ini bermakna bahawa orang yang pernah menjadi murid akhirnya akan menjadi seorang guru ( periwayat hadis ) dalam kitaran proses penerimaan dan periwayatan hadis. Misalnya Abu Bakar adalah penerima hadis daripada Rasulullah SAW digelar sebagai murid manakala Rasulullah SAW berada pada taraf guru. Apabila Abu Bakar meriwayatkan hadith yang diterima oleh beliau kepada Ali bin Abi Thalib, maka pada ketika itu kedudukan Abu Bakar bertukar daripada murid kepada seorang guru yang meriwayatkan hadis yang diterimanya pada peringkat awal ( yakni daripada Rasulullah SAW ). Sementara gelaran murid pada pusingan ini digunakan kepada Ali bin Abi Thalib yang menerima hadis pada peringkat berikutnya. Jelaslah bahawa berlakunya pusingan pada periwayatan dan penerimaan hadis pada sesuatu peringkat. Seseorang itu pada asalnya merupakan murid yang menerima periwayatan melalui lapan kaedah yang telah ditetapkan akan meriwayatkan semula hadis-hadis tersebut kepada orang lain dengan menggunakan gelaran sebagai seorang guru pula ( asalnya murid ketika menerima hadis ).



Kesimpulannya ulama‟ hadis mencurahkan segala tenaga dan daya dalam memastikan proses kitaran hadis berjalan dengan begitu teliti dan dijaga ketulenannya. Perhatian yang serius ini telah bermula sejak sesuatu hadis hendak diterima melalui kaedah al-Tahamul ( ‫) لوحثلا‬. Mereka memastikan pemilihan istilah-istilah dalam penerimaan sesuatu hadis tepat bagi menggelakkan sesuatu hadis diselewengkan. Penjagaan yang rapi terhadap kitaran hadis tidak berhenti setakat itu malah disaring lagi dalam proses kedua iaitu proses al-Ada´ ( ( ‫االداء‬ Sehinggalah hadis yang kita terima pada hari ini adalah hasil usaha gigih para ulama‟ hadis terdahulu. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h ( w. 728H ): “Bukanlah keperluan penduduk bumi kepada Rasulullah SAW seperti keperluan mereka kepada matahari, bulan, angin dan hujan. Bukan juga seperti keperluan insan dalam kehidupannya. Bukan seperti keperluan mata kepada cahaya. Bukan seperti jasad kepada makanan dan minuman. Bahkan lebih besar daripada itu,semua. Lebih dasyat daripada segala keperluan yang diandai dan dibayangkan. Para rasul adalah penghubung antara Allah SWT dan makhlukNya dalam menyampaikan suruhan dan laranganNya. Mereka adalah duta antara Allah SWT dan hamba-hambaNya.” Oleh itu, seluruh makhluk di muka bumi ini amat terhutang budi kepada ulama‟ hadis yang memberikan perhatian yang begitu serius dan peka dalam bidang penerimaan, pembawaan, penjagaan sesuatu hadis sehingga hadis tersebut disampaikan mengikut sistem yang betul.



BIBLIOGRAFI



Laman Sesawang : http://ibnhajargroup.blogspot.com/2010/11/kaedah-penerimaan-hadith.html http://powerhadis.blogspot.com/ http://nurhasyimlatif.blogspot.com/2013/05/metode-periwayatan-hadits_8194.html http://azlanyusofpunding.blogspot.com/2011/05/istilah-periwayatan-hadis.html



tidak membolehkannya jika diketahui bahawa tulisan tersebut adalah karya syaikh itu sendiri.