Akidah Islamiah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



KANDUNGAN Muka Surat Halaman pengakuan



1



Penghargaan



2



Kandungan



3



Pendahuluan



4-5



Peta konsep



6



Isi : 1.0



Definisi Aqidah Islamiyyah



7-10



2.0



Sumber Aqidah Islamiyyah



11-12



3.0



Asas-asas Aqidah Islamiyyah



12-20



4.0



Kepentingan Aqidah Islamiyyah



20-22



5.0



Amalan-amalan memperkukuhkan aqidah



23



6.0



Faktor-faktor kelemahan aqidah



24



7.0



Bagaimana aqidah yang mantap mampu menjana kejayaan dunia dan akhirat.



25-26



Rumusan



27



Refleksi



28



Bibiliografi



29-30



Lampiran



31



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



1



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH PENDAHULUAN



Naluri setiap insan memerlukan suatu pegangan yang benar dan betul sebagai panduan hidup mereka dan melalui pegangan ini seseorang tersebut akan merasa tenang dan yakin terhadap apa yang dipegangnya sebagai panduan hidup.Hanya Aqidah Islamiyyah dapat menepati ciri-ciri kerana ia sememangnya telah ditentukan Allah SWT untuk umat manusia khususnya umat muslimin dan muslimat.Aqidah Islamiyyah juga berteraskan dua sumber yang utama iaitu kitab suci Al-Quran dan As-Sunnah iaitu hadith Rasulullah SAW. Atas dasar aqidah yang kukuh inilah,ikatan itu tidak akan terurai seperti ikatan ma’nawi(‫ )معنوى‬iaitu ikatan yang lebih kukuh dan kuat berbanding dengan ikatan hissi(‫)حسى‬.Ia adalah satu ikatan yang abstrak,benar serta yakin yang terjalin antara makhluk dengan PenciptaNya.Andainya ikatan itu bercampur aduk dengan keraguan dan syak atau bersifat zann ia bukanlah aqidah Islamiyyah.Antara dalil Al-Quran yang menerangkan situasi di atas ialah: Firman Allah swt:



MAKSUDNYA: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar. (SURAH AL-HUJURAT AYAT 15)



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



2



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



MAKSUDNYA: Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan yang hati mereka (sangat) raguragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. (SURAH AT-TAUBAH AYAT 15)



Daripada ayat-ayat di atas ia menunjukkan bahawa faktor keyakinan merupakan ciri utama aqidah Islam.Keyakinan mestilah bersemi di hati bukan sekadar ucapan lidah.Keimanan yang sebenar tidak akan dicemari oleh unsur keraguan tentang kebesaran Allah dan sifat-sifatNya.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



3



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



PETA KONSEP AQIDAH ISLAMIYYAH TAUHID ULUHIYYAT



TITIAN SIRAT



NERAKA



TAUHID RUBUBIYYAT



SYURGA



AKHIRAT



TAUHID AL-ASMA’WA AL-SIFAAT ANNUBUWWAT PERKARA-PERKARA GHAIB(GHAIBIYYAT



AL-ILLAHIYYAT



 



ASAS-ASAS AQIDAH ISLAMIYYAH







AMALAN-AMALAN MEMPERKUKUH AQIDAH



KONSEP AQIDAH







DEFINISI AQIDAH ISLAMIYYAH



BAHASA



FAKTOR-FAKTOR MEMBAWA KELEMAHAN AQIDAH



KEPENTINGAN AQIDAH ISLAMIYYAH



ISTILAH 



AL-QURAN



SUMBER AQIDAH ISLAMIYYAH



AS-SUNNAH



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



4



PENDIDIKAN ISLAM



1.0



AKIDAH ISLAMIYYAH



DEFINISI AQIDAH ISLAMIYYAH



DARI SEGI BAHASA (ETIMOLOGIS) Perkataan aqidah(‫ )ال ع ق ي د ة‬berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘aqada’(



) yang



membawa maksud ikatan atau simpulan.Aqada juga boleh disama ertikan dengan alhabl(‫)الهبل‬,al-bai’(‫)البيع‬dan al-‘ahd(‫لعهد‬١) yang bermaksud tali,jual beli dan perjanjian.Al-Quran kerap menggunakan perkataan ini dengan maksud-maksud di atas,seperti firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 33 yang bermaksud;



MAKSUDNYA: Bagi tiap-tiap harta peninggalan dari harta yang ditinggalkan ibu bapa dan kaum kerabat, Kami jadikan pewaris-pewarisnya . Dan (jika ada) orang-orang yang kamu telah bersumpah setia dengan mereka, maka berilah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu. (Surah al-Nisa, ayat 33) Biasanya simpulan dan ikatan berlaku terhadap perkara yang boleh dirasai seperti simpulan atau ikatan tali.Walau bagaimanapun perkataan ini boleh digunakan pada sesuatu yang ma’nawi iaitu sesuatu yang tidak jelas dan boleh dirasai dengan pancaindera seperti mata kasar manusia tetapi ianya dapat dirasai dengan mata hati.Secara kesimpulannya,aqidah dari segi bahasa bermaksud ikatan dan simpulan tali yang kuat.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



5



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



AL-‘AHD-PERJANJIAN



AQADAIKATAN/SIMPULAN



AQIDAH



AL-BAI’-JUAL BELI



AL-HABL-TALI



DARI SEGI ISTILAH(TERMINOLOGIS) Manakala dari sudut istilah,aqidah boleh ditakrifkan dengan perkara-perkara yang di benarkan oleh jiwa,melahirkan ketenangan di dalam hati tanpa ada syak dan ragu.Aqidah juga boleh difahami sebagai kepercayaan yang pasti tanpa ada sebarang keraguan terhadap sesuatu perkara di dalam hati seseorang.Walaubagaimanapun,terdapat banyak perbezaan pendapat para ulama dan para sahabat tentang takrif aqidah ini dari segi istilah.Berikut merupakan beberapa pengertian istilah tentang aqidah Islamiyyah mengikut beberapa orang para ulama dan para sahabat: a)Menurut



Ibn



Taimiyah-Perkara



yang



dibenarkan



oleh



jiwa,hati



menjadi



tenang



kepadanya,beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.Maksudnya,aqidah bukan perkara yang praktik tetapi amalan hati yang berbentuk yakin serta bersifat ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim mempercayainya. b)Menurut al-Firuz Abadi(1329-1415M)-Sesuatu yang diikat dan disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan bebas daripada sebarang keraguan.Maksudnya,aqidah satu pegangan yang berbentuk keagamaan yang benar dan tidak menyeleweng serta sebati dalam hati seseorang. c)Menurut Imam Al-Ghazali(1058-1111M)-Berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan dan syak.Maksudnya,aqidah bersumberkan dalil iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang pasti dan yakin kepada Allah,Rasul-rasul,Kitab-kitab,para malaikat,hari akhirat serta Qada’ dan Qadar.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



6



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



d)Menurut Al-Murtada al-Zabidi(1732-1791M)-Apa yang dipegang seseorang dengan yakin sebagai pegangan agama dan ianya bersemi di dalam hati dan jiwa.Maksudnya,aqidah itu adalah sesuatu yang bersemadi di dalam jiwa dengan penuh keyakinan dan kepastian kepada Allah Tuhan pencipta makhluk. Secara rumusannya aqidah boleh didefinisikan sebagai sesuatu kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap sesuatu perkara tanpa ada sebarang keraguan terhadap perkara tersebut di dalam hati seseorang individu manakala aqidah Islamiyyah menurut Al-Quran boleh didefinisikan sebagai keimanan dan kepercayaan yang teguh terhadap Allah swt,Malaikat-malaikatNya,para RasulNya,kitab-kitabNya,hari akhirat dan Qada’ dan QadarNya tanpa ada sebarang keraguan terhadap pegangan tersebut(seperti yang dikandung dalam rukun iman).Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah dalam ayat 177:



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



7



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



MAKSUDNYA:"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya - sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orangorang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), maka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." (SURAH AL-BAQARAH AYAT 177)



MAKSUDNYA: Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).Dan hal Kami (dalam melaksanakan apa yang Kami kehendaki), hanyalah satu cara sahaja, (cepat jadinya) seperti sekelip mata. Ayat-ayat Al-Quran(Surah Al-Qamar ayat 49-50) di atas menerangkan tentang kekuasaan Allah ke atas makhlukNya mengikut kehendakNya.Sebagai seorang muslim kita wajiblah mempercayai dan meyakini kebesaran Allah SWT tanpa sebarang rasa keraguan.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



8



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



2.0



SUMBER AQIDAH ISLAMIYYAH



Aqidah Islamiyyah merupakan aqidah sebenar dalam kehidupan manusia.Dalam ajaran islam,aqidah ialah iman atau kepercayaan yang kuat di antara manusia dengan penciptaNya iaitu Allah SWT tanpa ada sebarang keraguan mahupun syak dalam hati setiap individu Islam.Aqidah Islamiyyah merupakan sesuatu yang bersifat Taufiki iaitu asas-asasnya telah pun ditetapkan oleh Allah SWT dan di wahyukan kepada Rasulullah SAW kepada umat manusia.Sumber aqidah islamiyyah ialah kitab suci Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW(hadith).Al-Quran adalah dalil yang paling nyata dan kuat.Antara firman Allah SWT:



)٥٨٢ ‫ية‬١:‫لبقرة‬١‫(سورة‬ Maksudnya:Rasul Allah telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadanya dari Tuhannya,dan juga orang-orang yang beriman,semuanya beriman kepada Allah,dan malaikatmalaikatNya,dan kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya.Mereka berkata:˝Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari rasul-rasulNya.”Mereka berkata lagi:”kami dengar dan kami taat.(Kami pohonkan) keampunan-MU wahai Tuhan kami!Dan kepadaMu jualah tempat kembali.” SUMBER AQIDAH ISLAMIYYAH 



AL-QURAN







AS-SUNNAH (hadith Rasulullah)



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



9



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



Kitab suci Al-Quran sebagai sumber aqidah Islamiyyah yang pertama.



3.0



ASAS-ASAS AQIDAH ISLAMIYYAH



ASAS-ASAS AQIDAH ISLAMIYYAH



o



o



AL-ILLAHIYAT(KETUHANAN)



o



AN-NUBUWWAT(KENABIAN)



PERKARA-PERKARA GHAIB(GHAIBIYYAT)



A)BAHAGIAN AL-ILLAHIYYAT Dalam aqidah Islamiyyah asas-asas aqidah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian Al-Illahiyyat,bahagian Nubuwwat dan perkara-perkara ghaib(ghaibiyyat).Dalam bahagian Al-Ilahiyat,ianya membawa maksud ketuhanan iaitu keimanan terhadap Tuhan yang Esa(satu)



yakni



ALLAH



SWT



serta



beriman



kepada



perkara



yang



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



berkaitan 10



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



denganNYA.Contohnya,kepercayaan terhadap Allah sebagai Pemilik dan Pencipta sekalian yang ada di bumi dan langit serta bersifat dengan segala kesempurnaan dan suci daripada kekurangan.Terdapat



tiga



bentuk



keimanan terhadap



Allah



yang



Esa



iaitu Tauhid



Rububiyyat,Tauhid Ulihiyyat dan Tauhid Al-Asma’wa Al-Sifaat.Perkataan tauhid berasal daripada perkataan “Ahad” yang bermaksud satu dan Esa.



“ ‫”ي ته وأ سمائ ه و ص فاتب رب وب ي ته وأل وه هو إف راد هللا‬







TIGA BENTUK KEIMANAN TERHADAP ALLAH DALAM BAHAGIAN AL-IILAHIYAT TAUHID ULUHIYYAT



TAUHID RUBUBIYYAT TAUHID AL-ASMA’WA AL-SIFAAT







TAUHID RUBUBIYAT(Keesaan Allah sebagai Tuhan Pencipta) Tauhid



Rububiyyat



ialah



mentauhidkan



‫ال م لك‬,‫ال خ لق‬,‫ال تدب ير‬,‫ال رزق‬,‫اإلح ياء‬,‫اإلم ات ة‬.Ianya



Allah



SWT



juga boleh



pada



Af’alNya,seperti



didefinisikan



sebagai



pengakuan bahawa Allah ta’ala adalah Tuhan sekalian alam,Pencipta,pemberi rezeki kepada makhlukNya.Dia yang menghidupkan dan mematikan segala sesuatu,memberi manfaat dan mudarat(musibah) menerima dan memakbulkan segala doa bagi semua perkara,segala kebaikan adalah di sisiNYA,berkuasa ke atas semua perkara,tidak ada persekutuan dan persamaan bagiNya dengan segala perkara serta tidak ada sesuatu yang berkongsi dengan Allah dalam menyusun dan mentadbir semua urusan-urusan tersebut.Sebagaimana firman Allah SWT:



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



11



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



(١١‫اية‬:٦‫)سورةاألنعام‬ MAKSUDNYA:Dan jika Allah mengenakan(menimpa) engkau dengan bahaya bencana,ma-ka tidak ada sesiapapun yang dapat menghapuskannya melainkan DIA sendiri,dan jika IA mengenakan(melimpahkan) engkau dengan kebaikan,maka IA adalah amat berkuasa atas tiaptiap sesuatu. (Surah Al-An’am ayat 17) Firman Allah swt lagi:



(٩:٣٤‫)سورةالزخرف‬ MAKSUDNYA:Dan demi sesungguhnya!Jika engkau(wahai Muhammad) bertanya kepada mereka(yang musyrik)itu:”Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?”Sudah tentu mereka akan menjawab:”Yana menciptakannya ialah Allah Yang Mha Kuasa Lagi Maha Mengetahui.”



(Surah Al-Zukhruf Ayat 9)



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



12



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



MAKSUDNYA:(Oleh kerana Allah menguasai segala-galanya,maka) Wahai umat manusia! Kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah(dalam segala perkara) sedang Allah dialah sahaja yang Maha Kaya lagi amat Terpuji. (Surah Fathir ayat 15) 



TAUHID ULUHIYYAT(Mengesakan Allah dalam Ibadat) Tauhid Uluhiyyat bermaksud mengesakan Allah Ta’ala dalam ibadat sama ada ibadat



zahir mahupun ibadat batin.Ibadat zahir bermaksud ibadat yang melibatkan anggota luaran yang boleh di lihat melalui pancaindera seperti mata dan di dengar melalui telinga.Sebagai contoh ibadat zahir ialah ibadat solat,haji,jihad dan amalan-amalan sunat seperti bersedekah dan seumpamanya.Mnakala ibadat batin boleh di ertikan sebagai ibadat yang melibatkan hati yakni tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi boleh dirasai dan dialami dengan mata hati.Sebagai contoh ibadat batin ialah sabar menghadapi sebarang dugaan Allah,takut kepada Allah Ta’ala dan sentiasa meletakkan Allah Ta’ala sebagai niat utama dalam apa-apa ibadat dalam hati setiap individu.Ibadat kepada Allah merangkumi semua perkara yang disukai dan diredhai olehNya sama ada ibadat zahir mahupun ibadat batin dan semua ibadat ini hendaklah dilakukan dengan sepenuh keikhlasan keranaNya bukan atas desakan perkara-perkara lain.Sesiapa yang tidak sempurna dalam tauhid ini di anggap syirik dan menyekukutukan ALLAH SWT meskipun tauhid rububiyyahnya sempurna. Sebagaimana Firman Allah SWT:



MAKSUDNYA:Katakanlah:”Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”. (Surah al-An’am ayat 162)



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



13



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



Maksudnya:Dan sesungguhnya telah di wahikan kepadamu(wahai muhammad) dan kepada nabi-nabi yang terdahulu daripadamu:”Demi sesungguhnya!Jika engkau (dan pengikutpengikutmu) mempersekutukan(sesutu yang lain dengan Allah) nescaya akan tetap gugur amalmu,dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi.” (Surah al-Zumar ayat 65)







TAUHID AL-ASMA’WA AL-SIFAAT(Mengesakan Allah Ta’ala pada Nama-nama dan Sifat-sifatNya) Tauhid Al-Asma’Wa Al-Sifaat atau mengesakan Allah Ta’ala pada nama-nama dan sifat-



sifatNya bermaksud percaya dan yakin dengan sepenuhnya serta berpegang teguh bahawa Allah Ta’ala bersifat dengan segala sifat kesempurnaan tanpa sebarang kekurangan.Secara ringkasannya,setiap individu wajib mempercayai dan beriman dengan semua sifat-sifat dan nama-nama Allah sepertimana yang terkandung dalam Al-Quran serta diriwayatkan dalam AsSunnah(hadith Rasulullah saw) tanpa memesongkan pengertian dan lafaznya,menggambarkan atau menentukan bentuk kejadian dan keadaannya serta tidak menyekutukannya dengan sifatsifat makhlukNYA.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



14



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM Sebagaimana firman Allah swt yang berikut:



MAKSUDNYA:Katakanlah(wahai



Muhammad):”Serulah



nama



“Allah”



atau



nama



„Al-



Rahman‟,yang mana sahaja kamu serukan(dari kedua-dua nama itu adalah baik belaka); Kerana Allah mempunyai banyak nama baik serta mulia... (Surah al-Isra’ ayat 110)



Maksudnya:Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik(yang mulia),oleh itu serukanlah (dan berdoalah) kepadanya dengan menyebut nama itu.. (Surah al-A’raf ayat 180) BAHAGIAN AN-NUBUWWAT Dalam bahagian yang kedua yakni nubuwwat yang membawa maksud kenabian dari segi bahasa.Dari segi istilah pula,ianya bermaksud mengetahui dan meyakini hak yang wajib dan harus bagi seseorang Rasul.Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukkan jalan ke



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



15



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



arah kebenaran dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Firman Allah swt dalam Surah Fatir ayat 24:



MAKSUDNYA: “Sesungguhnya kami mengutusnya dengan agama yang benar,sebagai pembawa berita gembira kepada orang yang beriman dan pemberi amaran kepada orang yang ingkar dan tidak ada sesuatu umat punmelainkan telah di utuskan seorang rasul bagi memberi peringatan dan amaran kepada mereka.” (Surah Al-Fatir ayat 24)



MAKSUDNYA: “Dan kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya dia dapat menjelaskan hukum-hukum Allah kepada mereka.Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendaki-Nya(menurut undang-undang peraturan-Nya) juga memberi petunjuk hidayat kepada sesiapa yang dikehendaki dan Dialah yang Maha Berkuasa lagi maha Bijaksana.” (Surah Ibrahim ayat 4)



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



16



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



Antara sifat-sifat wajib bagi seorang rasul ialah siddiq(benar dalam pertuturan dan tingkah laku),amanah(tidak bersifat khianat),tabligh(menyampaikan wahyu kepada umatnya) dan fatanah(cerdik).Rasul juga bersifat jaiz yakni harus seperti manusia biasa seperti kita.Mereka memiliki sifat kemanusiaan seperti makan,minum,tidur dan seumpamanya.Fir-man Allah swt dalam surah al-Maidah ayat ke-67 membuktikan para rasul bersifat tabligh yakni menyampaikan.Firman Allah yang berbunyi:



MAKSUDNYA:Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia . Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir. BAHAGIAN GHAIBIYYAT(PERKARA-PERKARA GHAIB) Asas aqidah Islamiyyah yang ketiga ialah perkara-perkara ghaib(ghaibiyyat) yang bermaksud mempercayai perkara-perkara yang tidak diketahui melainkan melalui sumbersumber aqidah seperti kitab Al-Quran dan As-Sunnah.Sebagai contoh perkara-perkara ghaib yang



terkandung



dalam



kedua-dua



sumber



tersebut



ialah



hari



akhir



zaman(qiamat),syurga,neraka,padang masyar,titian sirat dan seumpamanya. Sebagai contoh,hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “..Jika demikian maka berilah tahu kepadaku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat..Nabi saw bersabda: “Tanda-tanda itu engkau akan dapati adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya,dan engkau akan melihat penduduk desa yang miskin menderita,yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu sama lain membina bangunan-bangunan yang mewah dan tinggi.”



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



17



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



Hadis di atas menceritakan bahawa tanda-tanda kecil hari qiamat seperti yang termaktub di dalam kitab suci Al-Quran dan disampaikan utusan Allah iaitu Rasullulah kepa-da umatnya.Sebagai seorang individu muslim,kita haruslah meyakini perkara seperti hari akhirat sebagai perkara yang ghaib kerana kejadian hari qiamat tidak dapat dijangka oleh sesiapa jika tidak berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.Dalil lain yang membuktikan wujudnya perkara ghaib ialah melalui sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang daripada kamu,sehingga dia beriman dan mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Rasulullah dan dia beriman dengan hari akhirat,dan dia beriman dengan qadar Allah,sama ada baik atau buruk,manis atau pahit.”



4.0



KEPENTINGAN AQIDAH ISLAMIYYAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM Aqidah Islamiyyah memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia



lebih-lebih lagi bagi umat Islam seantero dunia dan ianya merupakan aqidah yang sebenar dalam agama Islam.Aqidah Islamiyyah juga merupakan tunjang dan akar dalam agama Islam.Berikut merupakan antara kepentingan utama aqidah Islamiyyah dalam kehidupan muslim:



 Aqidah Islamiyyah merupakan asas kepada agama Islam. INSTITUT PERGURUAN PERLIS



18



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



-Aqidah yang sebenar dalam kehidupan muslim dan tertegaknya daulah Islamiyyah adalah melalui aqidah yang benar dan mantap. -Aqidah yang benar mampu memelihara pemikiran seorang muslim dari sebarang kesesatan dan penyimpangan aqidah.  Aqidah Islamiyyah menjadi pegangan para Rasul dan Nabi Allah swt. -Utusan Allah SWT iaitu para Rasul dan Nabi mengajak dan menyeru umatnya menyembah Allah swt,Tuhan yang Esa,seperti yang disyariatkan oleh Allah swt dalam aqidah Islamiyyah.  Aqidah Islamiyyah menjadi kayu ukur kedudukan iman seseorang muslim. -Melalui aqidah seseorang individu Islam kita dapat melihat sejauh mana keimanannya terhadap Allah swt serta mengenali diri individu tersebut sama ada dia seorang yang kufur,fasik,musyrik dan seumpamanya.



 Aqidah Islamiyyah merupakan kewajipan yang paling besar dalm hidup setiap individu muslim. -Semua individu muslim wajib berpegang pada aqidah Islamiyyah kerana aqidah inilah yang telah menjadi tuntutan dan syariat oleh Allah SWT melalui kitab suci Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw sehingga akhir zaman.  Aqidah Islamiyyah mampu mewujudkan keamanan dan kebahagiaan dalam masyarakat Islam khususnya.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



19



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



-Semua masyarakat Islam yang berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah akan sentiasa hidup dalam keadaan aman kerana aqidah Islamiyyah merupakan asas persaudaraan atau ukhwah umat Islam.  Kebahagiaan,kesenangan dan kenikmatan hidup di dunia mahupun di akhirat mampu diperolehi melalui aqidah yang sebenar iaitu aqidah Islamiyyah. -Aqidah



Islamiyyah



amat



menitikberatkan



amal



ibadat



terhadap



Allah



SWT.Melalui ibadat ini umat islam memperoleh ketenteraman hati dan jiwa.



Berikut merupakan kepentingan sampingan aqidah Islamiyyah kepada kehidupan individu muslim:



 Membebaskan diri muslim daripada belenggu hawa nafsu.  Mengukuhkan perjuangan hidup manusia  Bagi melahirkan umat Islam yang patuh dan tunduk kepada Allah swt.  Memberi kekuatan kepada jiwa.  Membebaskan diri daripada ubudiyah(penghambaan kepada sesuatu selain Allah swt seperti perbuatan syirik dan khurafat)  Membentuk peribadi muslim yang mulia di sisi Allah.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



20



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM 5.0



AMALAN-AMALAN MEMPERKUKUHKAN AQIDAH ISLAMIYYAH Semua individu muslim wajiblah memperkukuhkan aqidah masing-masing agar sentiasa



terpelihara daripada terpesongnya aqidah dalam diri.Justeru itu,pelbagai taktik mahupun cara yang boleh di ambil bagi memantapkan aqidah islamiyyah dalam diri kita.Amalan-amalan memperkukuhkan aqidah boleh dikatogerikan kepada tiga iaitu perkataan(lisan),anggota tubuh badan dan hati.Gambar rajah di bawah merupakan antara amalan-amalan secara ringkas yang boleh mengukuhkan aqidah Islamiyyah seseorang muslim.



AMALAN-AMALAN MEMPERKUKUH AQIDAH ANGGOTA BADAN



PERKATAAN(LISAN)



HATI



-Menunaikan ibadat wajib dan sunat seperti solat 5 waktu



-Membaca dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran serta hadith Rasulullah di samping mengha-yati maksudnya. -Istiqamah melakukan amal ibadat tidak kira ibadat sunat mahupun



dan bersedekah.



-Sentiasa mengingati Allah



-Menuntut ilmu pengetahuan yang memberi faedah kepada diri. -Beradab



S.W.T. -Yakin dengan pertolongan Allah S.W.T.



sopan



dalam



pergaulan sosial.



amal kebajikan.



sunat serta ikhlas dalam menutup



-Ikhlas melakukan ibadat atau



mengerjakannya semata-mata



-Sentiasa



aurat



kerana Allah Ta’ala.



dalam rutin seharian.



-Bertasbih,bertahlil,berzikir dan



-Mendapatkan sumber rezeki



berselawat kepada Allah dan



yang halal.



-Sangka baik terhadap Allah S.W.T. -Bercita-cita tinggi dan bertawakal kepada Allah



Rasulullah SAW. -Bercakap benar dan meng-amalkan



- Meletakkan Allah sebagai yang utama dalam nawaitu ibadat



sunnah Rasulullah SAW. -Saling menasihati antara satu sama lain demi ke arah kebaikkan. -Sentiasa berdoa ke atas Allah SWT.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



21



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



6.0



FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN AQIDAH



Grafik di bawah merujuk kepada faktor-faktor kelemahan iman secara ringkas seperti yang diterangkan di atas.



Tidak berusaha dalam menuntut ilmu dan mempersenda hukum Allah SWT.



Mengamalkan



sifat



mazmumah



dalam



kehidupan



Penyimpangan Pemikiran dari Manhaj Berfikir yang Benar



seperti bongkak,hasad dengki dan takbur.



FAKTOR-FAKTOR KELEMAHAN IMAN



Tidak berpegang teguh dengan sumber-sumber aqidah



Tidak meletakkan Allah sebagai yang utama dalam



seperti Al-Quran dan As-Sunnah.



nawaitu dalam melakukan khususnya ibadat solat.



Memparlekehkan suruhan Allah swt dan memandang ringan sunnah Rasulullah SAW.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



22



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



7.0



AQIDAH YANG MANTAP MENJANA KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT Aqidah



Islamiyyah



merupakan



aqidah



yang



benar



dalam



pegangan



agama



Islam.Seluruh umat Islam wajib berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah kerana aqidah yang teguh inilah mampu melahirkan muslimin serta muslimah yang berjaya di dunia dan juga akhirat.Hal ini boleh di buktikan melalui pegangan aqidah yang kukuh,manusia tidak akan terjerumus dengan perkara-perkara yang bersanggahan dengan hukum syarak.Sebagai contoh,sekiranya kita berpegang teguh dengan asas aqidah dalam bahagian Al-Illahiyat iaitu dalam tauhid Rububiyyat,kita akan sentiasa meyakini dan beriman kepada Allah SWT tanpa mensyirikkan-Nya(menyekutukan) dengan apa-apa makhluk sepertimana ajaran sesat yang kian menular masa sekarang.Pegangan aqidah Islamiyyah yang kuat mampu menjadikan diri kita berani menghadapi apa jua dugaan serta cabaran yang Allah turunkan ke atas diri kita kerana kita sentiasa yakin,dalam setiap kejadian di muka bumi ini ada hikmah disebaliknya. Keimanan yang teguh dengan tauhid Ulluhiyyat pula,akan menjadikan kita sentiasa ikhlas dalam mengerjakan ibadat yang di perintah oleh Allah SWT sama ada ibadat wajib mahupun ibadat sunat.Hal ini kerana dalam tauhid Ulluhiyyat,kita sentiasa meletakkan Allah sebagai yang utama dalam apa jua bentuk ibadat serta ikhlas mengerjakannya tanpa sebarang rasa terdesak dan terpaksa.Aqidah Islamiyyah juga merangkumi semua perkara di dunia mahupun di akhirat;perkara yang nyata mahupun ghaib dan seumpamanya mampu membentuk peribadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat.Hal ini kerana aqidah islamiyyah tidak hanya mementingkan dunia bahkan mementingkan hari pembalasan.Hal ini akan menjadikan kaum muslimin yang berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah sentiasa seimbang di dunia dan akhirat. Aqidah Islamiyyah juga mampu membentuk keperibadian yang mulia dalam diri setiap individu,sebagai contoh,individu yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran agama dan sentiasa mempraktikkan sunnah Rasulullah terdiri daripada insan yang berdisiplin terpuji.Hal ini kerana dalam ajaran Islam,orang yang sentiasa mematuhi perintah Allah tidak akan mengingkariNya sama sekali.Secara tidak di sengaja,individu seperti ini akan terus mematuhi apa jua yang bergelar peraturan sama ada di sekolah bagi pelajar dan organisasi pekerjaan bagi seorang yang bekerja.Hal ini mampu menjamin kejayaan di dunia bahkan di akhirat juga.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



23



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



Umat Islam yang sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah sentiasa bersatu padu dalam apa-apa jua perkara.Hal ini kerana aqidah turut menggalakkan ukhwah dalam masyarakat Islam dan ajaran Islam tidak pernah menggalakkan persengketaan dalam kalangan umatnya.Secara tidak langsung,perpaduan yang wujud dalam kalangan umat Islam ini akan mencetuskan kejayaan walau berdepan dengan pelbagai kekangan.Kita sedia maklum bahawa aqidah islamiyyah berteraskan dua sumber utama iaitu kitab suci Al-Quran dan Sunnah rasulullah.Kedua-dua sumber ini merupakan tanda kebesaran Allah SWT dan sekiranya dalam kehidupan muslim sentiasa berpegang teguh dengan aqidah Islamiyyah,ini bermakna ia turut berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.Kita sedia maklum bahawa golongan yang sentiasa berpandukan kitab suci Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW tidak akan menyimpang dari ajaran agama yang sebenarnya dan Allah menjanjikan kejayaan di dunia dan akhirat bagi golongan ini. Pendidikan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang. Seseorang yang tidak memiliki akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah SWT. Ayat-ayat yang terawal yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw di Makkah menjurus kepada pembinaan akidah. Dengan asas pendidikan dan penghayatan akidah yang kuat dan jelas maka Nabi Muhammad saw telah berjaya melahirkan sahabat-sahabat yang mempunyai daya tahan yang kental dalam mempertahan dan mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Bilal bin Rabah tidak berganjak imannya walaupun diseksa dan ditindih dengan batu besar di tengah padang pasir yang panas terik. Demikian juga keluarga Amar bin Yasir tetap teguh iman mereka walau berhadapan dengan ancaman maut. Dari sini kita nampak dengan jelas bahawa pendidikan akidah amat penting dalam jiwa setiap insan muslim agar mereka dapat mempertahan iman dan agama Islam lebih-lebih lagi di zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran dalam segenap penjuru terutamanya internet dan teknologi maklumat yang berkembang dengan begitu pesat sekali.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



24



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH RUMUSAN



Secara keseluruhannya,Kerja Kursus Pendek Pendidikan Islam telah memberikan info yang padat mengenai konsep aqidah,kepentingan aqidah,malanamalan memperkukukuh aqidah,faktor-faktor kelamahan aqidah dan bagaimnan agidah yang mantap mampu menjana kejayaan dunia dan akhirat. Sebagai seorang umat islam yang hidup berteraskan kepada pegangan AlQuran dan As-Sunnah,kita sewajarnya perlu memahami dan menguasai konsep aqidah dengan mantap. Secara rumusannya aqidah boleh didefinisikan sebagai sesuatu kepercayaan dan keyakinan yang teguh terhadap sesuatu perkara tanpa ada sebarang keraguan terhadap perkara tersebut di dalam hati seseorang individu. Seseorang individu dan masyarakat wajar menitikberatkan kepentingan aqidah Islamiyyah dalam setiap aspek kehidupan mereka supaya kehidupan mereka akan sentiasa berteraskan Islam yang sebenar dan tidak terpesong.Untuk memperkukuhkan aqidah,terdapat pelbagai amalan yang harus dilakukan oleh setiap umat Islam.Amalan fardhu jangan ditinggalkan manakala amalan nawafil perlu sentiasa dilakukan. Hal ini secara tidak langsung akan memantapkan aqidah seseorang dan seterusnya menghindarkan diri mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Aqidah seseorang juga akan sentiasa dikecam dengan pelbagai anasir luar yang mana boleh melemahkan aqidah seseorang.Terdapat pelbagai faktor yang boleh merosakkan aqidah seseorang.Kita seharusnya sentiasa berdoa agar aqidah kita akan sentiasa berada di landasan yang betul di sepanjang kehidupan kita ini. Aqidah yang mantap sememangnya mampu menjana kejayaan dunia dan akhirat seseorang individu.Oleh itu,kita haruslah sentiasa menanamkan semangat untuk memperbaiki aqidah dan seterusnya ke arah pemantapan aqidah yang sempurna.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



25



AKIDAH ISLAMIYYAH



PENDIDIKAN ISLAM



BIBILIOGRAFI Ab. Latif B. Muda dan Rosmawati Bt. Ali (1998),Pengantar Ilmu Tauhid,Pustaka Salam Sdn. Bhd. Apendi Sahi dan Zulhazmi Omar,SPM Pendidikan Islam,Sasbadi Sdn. Bhd. Hussein Muhammad Al-Jasra Al-Tarbusi(1977),Benteng Akidah Islam,Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia(2006), Unit Peperiksaan Dan Penilaian Pendidikan



Guru,Buku



Panduan



Pelaksanaan



Dan



Penilaian



Kerja



Bahagian Kursus



Berasakan Ilmu Edisi Pelajar. Marzelah Makhsin (2003),Pendidikan Islam 1,PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd Mohd Sulaiman Hj. Yasin (1984),Pengantar Akidah,Dewan Bahasa Dan Pustaka. Muhamad Zaini B. Yahya dan Afandi B. Sani (2003),Pendidikan Islam



Tingkatan



5,Dewan



Bahasa Dan Pustaka. Muhammad Abu Zahrah (1989),Akidah Islam Menurut Al-Quran Al-Karim,Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura 0718. Prof. Dr. Hamka(1982),Studi Islam,Pustaka Nasional Pte Ltd. Singapura. Razali B Sharif dan Hasini B Osman(2004),Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1,Dewan Bahasa Dan Pustaka. Syed Ismail b.Syed Mustapa dan Ahmad Subki b Miskon(2010),Siri Kemahiran Generik Kemahiran Belajar,Multimedia Sdn Bhd. Ustaz Sulaiman Endut (2006),Asas-asas Fardu Ain,Pustaka Haji Abdul Majid.



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



26



PENDIDIKAN ISLAM



AKIDAH ISLAMIYYAH



http://anakkusoleh.wordpress.com/2009/04/17/asas-asas-pembinaan-aqidah-anak/#respond http://cahayamuslim.blogspot.com/2007/08/peranan-aqidah-dalam-kehidupan-manusia.html http://dimtiyaz.blogspot.com/2007/09/akidah-asas-asas-akidah-islamiah.html http://drmaza.com/home/?p=114 http://hasan98.tripod.com/asas.htm http://islam.dunyahalal.com/index.php?id=120&mnu=120 http://khabar-ahad.blogspot.com/2009/04/aqidah-definisi-aqidah.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Aqidah http://muslim.or.id/aqidah/tauhid-akidah-dalam-kehidupan-insan.html http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id92.html http://noradila.tripod.com/skimatarbiyyahipij/id92.html http://www.al-shia.org/html/id/books/Peran%20Akidah/07.htm http://www.angelfire.com/in/elcom98/akidah.html http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=21&t=5440#p106484 http://www.facebook.com/notes/jilbab/definisi-aqidah/398299074631 http://www.facebook.com/topic.php?uid=199923349850&topic=14024 http://www.maqdis.s5.com.Dirujuk pada 15 Ogos 2010. http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/index.php?option=com_content&task=view&id=135&Ited 286 http://www.radiniz.com/blog/?page_id=136



INSTITUT PERGURUAN PERLIS



27