8 0 53 KB
ANALISIS KERJA •
Proses mengumpul dan menganalisis maklumat berkenaan kerja, tugas dan tanggungjawab serta kemahiran, pengetahuan dan keupayaan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja, tugas dan tanggungjawab.
•
Penganalisaan yang menerangkan tentang kerja dan tingkahlaku yang sepatutnya dimiliki pekerja untuk melaksanakan kerja.
•
Terbahagi kepada 2; i) ii)
Penghuraian kerja (Job description) Spesifikasi kerja (Job specification)
Penghuraian Kerja •
Satu dokumen formal yang menerangkan tentang kerja, tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seseorang penjawat.
•
Mengandungi maklumat seperti tajuk kerja, ringkasan kerja, tanggungjawab, hubungan autoriti, hubungan antara kerja, suasana kerja dan keadaan fizikal tempat kerja.
•
Digunakan sebagai sumber rujukan semasa proses merancang dan mengambil pekerja, menjalankan induksi untuk pekerja baru dan menentukan faedah, ganjaran dan pampasan kepada pekerja.
Spesifikasi Kerja •
Satu dokumen formal yang menerangkan tentang kelayakan yang perlu dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan sesuatu kerja dengan berkesan.
•
Spesifikasi kerja mengandungi maklumat berkenaan identifikasi kerja, kelulusan, pengalaman, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh pekerja.
•
Dokumen ini perlu bagi tujuan pengambilan, induksi, pemberian latihan dan pembangunan serta pemberian faedah, ganjaran dan pampasan.