Aspek Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN “Classrooms should have classwide activities in which students are provided an opportunity to work together toward common goal. Students acquire a sense of significance from doing significant things, from being active participants in their own education.” (Hardin, 2008, p. 148)



Ungkapan di atas memaparkan suasana yang diperlukan untuk di dalam bilik darjah di sekolah. Pengurusan bilik darjah hendaklah dilihat dengan lebih meluas lagi kerana ia tidak hanya tertumpu pada susun atur meja dan kerusi malah, kita hendaklah menitikberatkan aspek yang lain seperti penglibatan murid. Hal ini termasuklah bagaimana usaha cikgu untuk mewujudkan murid-murid untuk bekerja sebagai satu kumpulan untuk mencapai satu misi yang sama. Aktiviti yang dijalankan hendaklah mampu menarik minat murid untuk menyertai serta memberi kerjasama seratus peratus terhadap aktiviti tersebut. Tambahan pula, keadaan ini secara tidak langsung akan menjadikan pembelajaran dalam bilik darjah menjadi pembelajaran koperatif, iaitu memupuk semangat kerjasama. Apabila semangat kerjasama berjaya dipupuk, sifat-sifat yang tidak elok dapat disingkirkan dari diri murid itu sendiri seperti mementingkan diri sendiri. Pengurusan bilik darjah yang mantap akan membolehkan murid-murid belajar secara maksimum. Ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata seorang intelektual dimana pengurusan bilik darjah yang berkesan dapat memaksimumkan peluang pembelajaran (Weinsten, 2006). Ini bermaksud muridmurid akan berusaha untuk melibatkan diri sepenuhnya dan secara holistik. Apabila murid berjaya melibatkan diri sepenuhnya, ini juga akan memotivasikan diri mereka untuk mencuba sesuatu yang baru dan menjadikan mereka aktif di dalam bilik darjah. Suasana seperti ini perlu diwujudkan di dalam bilik darjah pada zaman sekarang. Oleh itu, hubungan yang kuat antara guru-guru dan murid-murid untuk menjadikan suasana yang kondusif, proaktif, selesa, sesuai dan berkesan objektif pembelajaran berjaya dicapai.



agar



ELEMEN-ELEMEN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF.



1.1 Pengurusan bilik darjah dari aspek fizikal. Susun atur fizikal di dalam bilik darjah boleh menampakkan autoriti, stail pengajaran seseorang guru, menimbulkan rasa kesepunyaan dan membolehkan interaksi di dalam kelas. Bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih dapat memberikan gambaran keselesaan kepada murid dan mereka hendak berada di dalam bilik tersebut. Keadaan ini memberikan kesan kepada kemampuan guru menguruskan kelasnya dengan berkesan. (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2008). Iklim sekolah yang berkesan terhasil apabila sekolah aman, cantik, selamat dan cukup ruang untuk belajar (Shahril, 1997). Terdapat beberapa garis panduan untuk menjadikan persekitaran fizikal bilik darjah kondusif. 1.1.1. Kebersihan bilik darjah Kebersihan bilik darjah menjadi tanggungjawab guru dan murid kelas itu tersendiri. Guru hendaklah memastikan adanya tong sampah, penyapu, pemadam papan putih serta bulu ayam. Seelok-eloknya guru hendaklah memastikan keadaan kelas dalam keadaan yang bersih sebelum memulakan pengajaran dan memastikan murid-murid menjalankan tugas masing-masing seperti yang tercatat dalam jadual bertugas kelas. 1.1.2. Pengcahayaan Selain itu, guru hendaklah memberi perhatian kepada pengcahayaan bilik darjah tersebut. Pengcahayaan yang cukup akan memudahkan proses pembelajaran murid-murid. Lampu hendaklah sentiasa dalam keadaan baik supaya mudah digunakan apabila perlu. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera oleh guru kelas supaya tidak menjejaskan muridmurid. Masalah akan timbul apabila kelas pada waktu petang di mana masalah silau akan timbul. Oleh itu, guru hendaklah bijak menyelesaikannya dengan memasang langsir.



1.1.3. Pengudaraan Pengudaraan yang baik juga penting di mana pintu dan tingkap kelas hendaklah sentiada dibuka. Keadaan bilik darjah yang panas akan menyebabkan murid berasa ngantok, tidak selesa dan keletihan.



1.1.4. Perabot bilik darjah Perabot seperti kerusi dan meja hendaklah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Kerusi dan meja tersebut hendaklah sesuai dengan peringkat umur di mana kerusi bagi murid darjah satu hendaklah lebih pendek daripada kerusi murid darjah lima. Setiap perabot di dalam bilik darjah tersebut hendaklah berfungsi dan digunakan dengan baik.



1.2 Pengurusan bilik darjah dari aspek psikososial. Menurut Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2008), psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran bilik darjah dalam aspek psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolongmenolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hubungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran. Persekitaran bilik darjah dalam aspek psikososial lebih dikenali sebagai iklim bilik darjah. Iklim bilik darjah yang sihat mengamalkan hubungan sesama murid, hubungan guru dengan murid, semangat bekerjasama, tolong-menolong, toleransi, berbaik sangka, penerimaan, penghargaan dan rasa selamat. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan iklim bilik darjah yang sihat. Kepimpinan dan keupayaan guru untuk menguruskan hubungan dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pembelajaran.Kemahiran yang pelbagai perlu ada dalam diri setiap guru bagi menjamin pengurusan bilik darjah yang kondusif. Salah satunya adalah kemahiran berkomunikasi dan ianya teras kepada pembentukan budaya yang positif dalam bilik darjah. Komunikasi merupakan aspek penting dalam



pengurusan bilik darjah. Oleh kerana pengurusan bilik darjah melibatkan manusia iaitu guru dan murid, perhubungan antara mereka sentiasa wujud dan penting. Proses sosialisasi tidak akan berlaku di bilik darjah sekiranya tidak wujud komunikasi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat perbezaan individu pelajar di dalam sesebuah bilik darjah.



1.3 Peraturan dan Rutin Bilik Darjah 1.3.1 Peraturan Bilik Darjah Semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada beberapa perkara seperti ayat peraturan mesti ringkas dan jelas. Peraturan yang dibentuk seeloknya bermakna dan dipersetujui oleh muridmurid atau membentuk peraturan bersama murid. Hadkan bilangan peraturan kerana jika terlalu banyak peraturan akan mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk seharusnya adil dan bertujuan untuk membantu proses pembelajaran. Akhir sekali peraturan bilik darjah haruslah selaras dengan peraturan sekolah dan tidak bercanggah dengannya. 1.3.2 Rutin Bilik Darjah Guru sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan menyimpan bahan-bahan seperti buku cerita, menyemak dan memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan lain-lain . Murid-murid pula boleh menjalankan rutin seperti membersihkan bilik darjah,membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam, mengedar dan menghantar buku latihan, menyusun meja dan kerusi, menghias bilik darjah dan mengemas kini bahan-bahan pada papan kenyataan. Rutin yang dilakukan oleh guru dan murid itu akan menghasilkan kelas yang kondusif jika dilakukan dengan terurus dan terancang. Antara contoh rutin bilik darjah, setiap hari, murid yang bertugas dikehendaki membersihkan kelas sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Contohnya , menyapu sampah, mengelap tingkap, memadam papan hitam dan membuang sampah. Murid-murid hendaklah berdiri di tempat masingmasing untuk memberi ucapan salam kepada guru yang akan mengajar. Sebelum memulakan sesi pembelajaran, murid dikehendaki membaca doa penerang hati. Antara contoh lain rutin bilik darjah agar kelas dalam keadaan kondusif ialah sebelum keluar rehat, murid perlu memastikan kelas dalam



keadaan bersih, tidak bersepah dan susuanan meja dan kerusi dalam keadaan baik. Kemudian, sebelum pulang, murid-murid dikehendaki mengutip sampah dan membersihkan bilik darjah mereka. Apabila murid sudah biasa dengan tingkah laku sedemikian, maka akan lahir kelas yang kondusif kerana masingmasing tahu peranan dalam bilik darjah.



1.4 Kualiti Peribadi Guru Kualiti peribadi seorang guru merupakan suatu senarai yang amat panjang. Ada sesetengah kualiti ini sememangnya sudah ada pada jiwa seseorang guru tersebut. Ada pula guru yang perlu dilatih atau diingatkan tentang kualiti yang diperlukan untuk membantunya dalam pengurusan bilik darjah. 1.4.1 Bersemangat Tinggi Guru hendaklah bersemangat dan proaktif dalam usaha untuk memotivasikan muridnya supaya mereka dapat merasai keinginan guru tersebut untuk mengajar. Sebagai contoh, guru tersebut bercakap dengan penuh bersemangat, suara yang kuat, menggunakan nada suara yang sesuai dan melakukan aksi-aksi yang sesuai dengan perkara yang diajar. 1.4.2 Sensitif dan peka Sensitif disini bukan hanya guru perlu sensitif kepada masalah murid malah, guru juga hendaklah peka dengan perbezaan belajar dan keperluan muridnya. Guru hendaklah



mengubahsuai



cara



pengajarannya



dengan



mengambil



kira



perbezaan yang wujud di dalam bilik darjah. Ini membolehkan semua murid berpeluang untuk belajar. Murid akan termotivasi untuk belajar jika keperluan mereka diberikan perhatian. Contohnya, seorang guru matematik hendaklah memberikan soalan yang lebih mudah kepada muridnya yang tidak paham subjek tersebut berbanding murid yang sudah paham. 1.4.3 Bersikap peramah, mesra dan berusaha mengenal muridnya. Guru hendaklah bijak beramah mesra dengan murid-murid. Contohnya, cuba luangkan masa pada waktu petang untuk beriadah bersama murid-murid. Selain itu, guru juga hendaklah berusaha untuk mengenal setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Misalnya, apabila guru memanggil murid dengan namanya, murid akan merasakan dirinya penting dan dikenali oleh guru.



1.5 Pengurusan Masalah Disiplin



Pengajaran memepengaruhi tingkah laku dan tingkah laku juga mempengaruhi pembelajaran. Oleh itu, disiplin bilik darjah dianggap sebahagian daripada pengurusan bilik darjah yang meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah.(Charles, 2008). Ahli psikologi tingkah laku telah mencadangkan 5 Model Pengurusan Disiplin yang boleh dijadikan panduan ketika mengajar. 1.5.1 Model Modifikasi Tingkah Laku oleh B.F.Skinner B.F.Skinner mendapati tingkah laku manusia banyak dipengaruhi oleh apa-apa yang berlaku sebaik sahaja sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Model ini menggunakan prinsip peneguhan dimana terdapat dua peneguhan, iaitu peneguhan positif dan peneguhan positif. Sebagai contoh, murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti tidak membuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat pada masanya akan diberikan ganjaran(peneguhan positif). Untuk peneguhan negatif, katakan ketika guru sedang mengajar, murid leka membaca komik di belakang. Oleh itu, guru bertindak merampas komik tersebut dengan harapan supaya murid kembali menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. 1.5.2 Model Disiplin Asertif Canter Model ini menegaskan bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah dan memastikan murid mematuhi peraturan



yang



telah



ditetapkan.



Murid



berhak



mendapatkan



suasana



pembelajran yang tenang dan tenang. Manakala menjadi hak guru mengajar tanpa gangguan. Sebagai contoh, murid-murid dibawa melawat Zoo Negara apabila mereka berjaya mendapat A dalam ujian Matematik. 1.5.3 Model Akibat Logikal Dreikurs Model ini menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Guru perlu mengenal pasti punca salah laku yang dilakukan murid tersebut dan murid tersebut perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif yang berikut; 1.5.3.1 Mendapatkan perhatian. Murid-murid ingin mendapatkan perhatian guru dengan melakukan tingkah laku yang mengundang kemarahan guru. Sebagai contoh, Ali mengetuk



meja tanpa sebab sehingga membuat kelas bising dan dimarahi oleh 1.5.3.2



Cikgu Amir. Mencabar kuasa. Adakalanya tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan. Oleh tiu, mereka bertindak mencabar kewibawaan guru seperti enggan memberi kerjasama. Sebagai contoh, Alex sengaja



1.5.3.3



melanggar peraturan kelas yang telah ditetapkan Cikgu Asraf. Membalas dendam. Murid tidak menunjukkan salah laku disebabkan tindakan yang dikenakan oleh guru. Mereka melihat tindakan guru itu sebagai tidak adil dan akan mencari



jalan



untuk



membalas



dendam



terhadap



guru



tersebut.



Contohnya, Allan telah menconteng dinding tandas kerana dia telah 1.5.3.4



dirotan olh guru disiplin atas kesalahan disiplin yang dia lakukan. Mempamerkan kekurangan. Apabila murid tersebut gagal mendapat pengiktirafan melalui motif-motif di atas,maka



mereka



akan



mula



bertindak



memencilkan



diri



atau



meminggirkan diri. Mereka akan cuba mencapai matlamat ini degnan menunjukkan kekurangan diri. Sebagai contoh, Firdaus tidak membuat kerja kumpulan yang telah diberikan kepadanya kerana dia tidak suka cikgu tersebut. 1.5.4 Model Pengurusan Kelompok Kounin Model ini bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah. Kounin menekankan bahawa terdapat 5 faktor dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah. 1.5.4.1



Withitness – kepekaan dan kesedaran guru dalam mengawasi



pergerakan di dalam bilik darjah pada setiap masa. 1.5.4.2 Pertindanan – kebolehan guru mengawal bilik darjahnya lebih dari 1.5.4.3



satu situasi dengan serentak. Kelicinan – kelancaran aktiviti P&P di dalam bilik darjah dapat



1.5.4.4



membantu guru mengawal salah laku di dalam bilik darjah. Momentum – Guru memulakan proses P&P dengan menarik perhatian murid terlebih dahulu dan mengekalkan rentak tersebut



1.5.4.5



sehingga tamat proses P&P. Kepekaan kelompok – Guru hendaklah peka dengan sekumpulan murid yang aktif dan pasif di dalam bilik darjah agar tidak melakukan salah laku disipin.



1.5.5 Model Terapi Realiti oleh William Glasser.



Teori ini menekankan tingakah laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi keperluan psikologi asas. Glasser juga menegaskan pengajaran mesti dilaksanakan lebih ke arah membimbing, tidak menggunakan paksaan dan bukan bersifat memerintah. Oleh itu, kurikulum dan pengajaran perlu berfokuskan kepada empat keperluan asas ini iaitu; 1.5.5.1



Kasih sayang Peneguhan-peneguhan yang diberikan hendaklah sesuai supaya



1.5.5.2



murid-murid dapat mengekalkan keharmonian bilik darjah. Mempunyai kuasa dan kawalan Murid-murid mempunyai pilihan untuk memilih aktiviti-aktiviti bilik darjah yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan



1.5.5.3



mereka. Kebebasan Kanak-kanak memerlukan kebebasan tetapi pada masa yang sama, ibu bapa dan guru-guru perlu mangawasi dengan memberikan kebebasan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.



1.5.5.4



Keseronokan Guru perlu memikirkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan murid-murid dan pada masa yang sama meningkatkan tahap pembelajaran mereka.



1.6 Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran Guru Proses P&P yang menarik dapat menarik minat murid untuk belajar dan dapat mewujudkan suasana kelas yang kondusif. Untuk mewujudkan suasana tersebut,



guru



perlu



menguasai



beberapa



jenis



pengetahuan



seperti



pengetahuan am, pengetahuan ikhtisas sebagai seorang guru dan pengetahuan tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sebagai contoh, sebagai Guru Matematik, guru tersebut hendaklah mengetahui program LINUS yang telah diperkenalkan. Selain itu, guru juga perlu mempunyai kemahiran pedagogi dan kemahiran ICT dalam pendidikan. Guru-guru mestilah memahami objektif pengajaran tersebut supaya boleh dikaitkan dengan model-model pengajran



yang sesuai. Penggunaan ICT juga hendaklah diterapkan kerana kita harus akur dengan arus permodenan dunia masa kini. Contohnya, penggunaan LCD dan Projektor dapat memudahkan lagi proses P&P dimana murid akan terhibur jika guru dapat menunjukkan video-video yang menarik. Tambahan pula, guru perlu memahami konsep, prinsip dan struktur subjek yang di ajar dengan mendalam. Apabila guru tersebut memahami isi kandungan subjek tersebut dengan mendalam, guru tersebut dapat memberikan contoh dan mengaitkan dengan kehidupan seharian. Murid-murid akan lebih mengingati jika contoh yang diberikan adalah berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, seorang cikgu matematik membawa kek di dalam bilik darjah untuk mengajar pecahan kepada murid-murid. -



1.7 Perancangan Kokurikulum Penting bagi kita untuk merancang jika kita hendak mendapatkan suasana bilik darjah yang kondusif. Sebelum merancang, seorang guru tersebut hendaklah tahu matlamat yang hendak dicapai dan maklumat berkaitan pelajar di dalam bilik darjah tersebut. Terdapat beberapa aspek yang perlu dirancang untuk mewujudkan suasana kelas yang kondusif. 1.7.1 Sukatan pelajaran Guru hendaklah mengajar sesuatu topik dalam matapelajaran tersebut mengikut sukatan yang telah ditetapkan. Ini kerana jika guru tersebut tidak mengikut sukatan yang telah ditetapkan ini akan mengakibatkan murid-murid tertekan apabila diajar terlalu banyak ilmu pada satu-satu masa. Contohnya, Cikgu Amir mengajar 5 topik matapelajaran Sains pada satu-satu masa akan menyebabkan muridnya gagal dalam peperiksaan Sains baru-baru ini. 1.7.2 Penilaian Berterusan Penilaian mesti dilakukan secara berterusan supaya guru boleh merancang proses P&P kepada murid-murid. Cara ini membantu kedua-dua golongan iaitu guru dan pelajar menyedari tahap pencapaian dan kemajuan pelajar. Setiap penilaian hendaklah diberitahu kepada murid supaya mereka tahu di mana tahap kemajuan mereka. Sebagai contoh, keputusan ujian bulanan bagi matapelajaran Matematik telah diberitahu kepada murid-murid tahun 5 Anggerik oleh Cikgu Allan.



1.7.3 Strategi/kaedah/teknik/pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus mempelbagaikan teknik pengajaran supaya murid yang berlainan kemampuan



dapat



menerima



setiap



ilmu



yang



diajarkan.



Pelbagai



strategi/pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P. Antaranya ialah : 1.7.3.1



Pengajaran Direktif Dalam pengajaran ini, murid dikehendaki untuk meniru tingkah laku atau kemahiran yang ditunjuk cara atau disampaikan oleh guru. Pengajaran jenis ini melibatkan penggunaan latih tubi, praktis, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung. Sebagai contoh, Cikgu Alex menyuruh anak muridnya membuat demonstrasi bagaimana hendak melukis bentuk segiempat pada papan putih setelah beliau membuat demonstrasi terlebih



1.7.3.2



dahulu. Pengajaran Mediatif Pengajaran ini menitikberatkan murid untuk membuat penilaian sendiri terhadap isu-isu kontroversi, menghormati pandangan orang lain dan menggunakan proses-proses alternatif. Guru akan menerima semua pendapat muridnya tanpa membuat penghakiman terhadap idea tersebut. Semua idea diterima dan dihujahkan oleh murid sendiri. Contohnya, Cikgu Khairul mengadakan pertandingan bahas diantara murid lelaki dan



1.7.3.3



perempuan dalam kelas 6 Bestari. Pendekatan Induktif Pendekatan ini dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah generalisasi (J.M Kierzek dan W. Gibson, 1960). Pendekatan ini boleh membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasakan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperolehi. Contohnya, seorang guru sains menyuruh anak muridnya menguji benda disekeliling makmal dengan magnet dan mencatat hasil kajian mereka. Pada akhirnya, murid berjaya membuat generalisasi bahawa magnet hanya menarik benda yang



1.7.3.4



diperbuat daripada logam sahaja. Pendekatan Deduktif Seorang guru akan mengemukakan satu konsep/hukum/generalisasi dengan menerangkan definisi sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pendekatan ini lebih menggalakkan murid-



murid untuk menaakul untuk mendapatkan fakta/contoh tertentu daripada peraturan



umum.



Dalam



proses



penaakulan,



murid-murid



akan



mengumpul fakta untuk membuktikan satu penyataan itu benar atau tidak. Contohnya, seorang guru sains menerangkan bahawa magnet akan menarik benda yang berasaskan logam sahaja dan guru tersebut akan mengemukakan soalan ‘Adakah magnet akan menarik pemadam?”. Muridmurid akan menjalankan eksperimen untuk menguji soalan tersebut dan akhirnya murid-murid berjaya merumuskan bahawa magnet hanya menarik benda logam sahaja berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan.



1.8 Peningkatan Profesionalisme Guru Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menjadikan tugas guru semakin mencabar. Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menjadikan tugas guru semakin mencabar.Pelbagai program telah dianjurkan oleh kerajaan untuk meningkatkan profesionalisme guru di Malaysia. Antaranya ialah ; 1.8.1



Kursus Dalam Perkhidmatan Kursus seperti ini diadakan untuk membantu guru meningkatkan prestasi dalam tugasan yang semakin canggih dan mencabar. Secara tidak langsung juga, peningkatan kemahiran itu akan bertambah lagi apabila guru berkenaan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan dan berpeluang menghadiri kursus tersebut. Penguasaan ICT serta memiliki sifat-sifat yang berakhlak mulia aka meningkatkan lagi tahap profesionalisme seorang guru tersebut. Contohnya, IPG Kampus Raja Melewar telah mengadakan



Kursus Adobe Photoshop



kepada guru-guru sekolah rendah yang terpilih bagi menambah ilmu pengetahuan baru disamping dapat mempelbagaikan 1.8.2



kaedah P&P. Kolaborasi Peningkatan kendiri seorang guru dapat dibuat melalui usaha kerjasama dengan guru-guru lain yang memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama. Kolaborasi berbentuk



profesional yang dibuat mestilah mencapai matlamat pendidikan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Dalam pentadbiran sekolah juga mesti wujud guru-guru yang bercirikan kolaboratif, koperatifdan kesejawatan untuk kemajuan sekolah itu sendiri. Sebagai contoh, Cikgu Azrul yang pandai melukis mengajar rakan sejawatnya asas melukis supaya boleh dipraktikkan di 1.8.3



dalam bilik darjah. Peningkatan Kendiri