Bab 5.kemahiran - Mendengar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



BAB 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan pentingnya mentaksir kemahiran mendengar b) Menjelaskan komponen kemahiran mendengar c) Membezakan di antara pelbagai kaedah menguji kemahiran mendengar



5.1 Mukadimah 5.2 Pentingnya murid mendengar secara berkesan 5.3 Komponen kemahiran mendengar 5.4 Menguji kemahiran mendengar 5.5 Kaedah menguji kemahiran mendengar 5.6 Penggunaan alat perakam Ringkasan Rujukan



Bab 1: Konsep-Konsep Asas Pentaksiran Bab 2: Pembinaan Instrumen Pengujian Bab 3: Pentaksiran Bahasa Melayu KSSR Bab 4: Dokumen Standard Prestasi Bab 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar Bab 6: Pentaksiran Kemahiran Bertutur Bab 7: Pentaksiran Kemahiran Membaca Bab 8: Pentaksiran Kemahiran Menulis Bab 9: Mentaksir Aspek-Aspek Bahasa Tertentu Bab 10: Kaedah Pentaksiran Alternatif



1



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



5.1 Mukadimah



Bab ini bertumpu kepada pentaksiran kemahiran mendengar. Rasional pentaksiran kemahiran mendengar serta pelbagai kaedah menilai kemahiran mendengar dibincangkan. Turut disampaikan adalah beberapa sampel ujian kemahiran mendengar yang anda boleh gunakan dalam bilik darjah.



5.2 Pentingnya Murid Mendengar Secara Berkesan



Terdapat orang yang minat mendengar lagu Hindi tanpa mengetahui senikata lagu! Begitu juga dengan kaum remaja yang minat mendengar lagu pop Korea (K-Pop) tanpa mengetahui bahasa Korea! Secara umum, kita banyak mendengar daripada bercakap, membaca atau menulis sama ada disekolah, rumah, bersama rakan dan sebagainya. Contohnya, kita mendengar radio, mendengar podcast, menonton TV, menonton video clip, mendengar guru mengajar, mendengar kawan kita berbual, mendengar orang berucap dan sebagainya. 3.1



Sama ada dalam kelas atau diluar kelas, kemahiran mendengar amat penting bagi seorang murid. Kemahiran mendengar penting kerana seseorang murid perlu mendapatkan maklumat dengan mendengar pengajaran guru, taklimat guru besar, arahan guru sukan, cadangan murid lain dan sebagainya. Sungguhpun sekolah merupakan institusi yang mengajar kemahiran tersebut, latihan dan ujian bagi menilai keberkesanan kemahiran mendengar kurang diberi perhatian kerana guru memberi perhatian lebih kepada kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut? Tidak dinafikan bahawa kemahiran mendengar yang berkesan sangat penting bagi semua murid dalam sesebuah kelas. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), kemahiran mendengar yang berkesan diperlukan di bangku sekolah kerana: 



Bagi memahami konsep, prinsip, idea dan fakta yang berkaitan dengan setiap mata pelajaran yang disampaikan oleh guru. Penjelasan dan penerangan tentang sesuatu topik biasanya dilakukan oleh guru secara lisan dan memerlukan murid mendengar dan memahami dengan baik.







Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mendidik (mengajar dan melatih) murid supaya boleh berfikir dan memberi idea atau pendapat sendiri tentang sesuatu. Seseorang murid itu tidak akan dapat berbuat demikian atau 2



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



memberi tindak balas yang sewajarnya, sekiranya ia tidak faham apa-apa yang didengarnya. 



Selain itu, sebahagian besar pengetahuan yang murid peroleh datangnya daripada sumber pendengaran yang lain seperti daripada radio, televisyen, perbualan, cermah, forum, dialog dan seumpamanya. Ini adalah sumber tambahan yang murid atau pelajar boleh mendapatkan data atau maklumat dan menambahkan pengetahuan, boleh berfikir, mentafsir dan menilai tentang apa yang didengarnya, dan menajamkan pemikirannya.



5.3 Komponen Kemahiran Mendengar Pentaksiran kemahiran mendengar seharusnya menepati konstruk atau konsep kita tentang kemahiran tersebut. Konsep kita mengenai kemahiran mendengar seharusnya mengandungi beberapa komponen seperti berikuti: 



Kebolehan mendengar bunyi bahasa yang diperdengarkan dan mengenalinya dan struktur linguistik bahasa tersebut, seperti perbendaharaan kata, tatabahasa, fonologi, semantik, idiom, sintaksis dan seumpamanya.







Berdasarkan pengetahuan murid tentang struktur linguistik bahasa yang didengarnya, murid akan menerapkan pengetahuan tersebut dalam usaha mencari makna dan memahami apa yang didengar. Jadi aspek kefahaman mendengar (listening comprehension) adalah teras dalam menguji kefahaman mendengar serta aspek-aspek bahasa tertentu.







Kefahaman mendengar terdiri daripada tiga tahap utama; iaitu tahap literal, tahap inferen dan tahap kritis. Oleh demikiran, selain menilai kefahaman murid mendengar pada tahap literal, guru patut juga menguji kebolehan murid menganalisis dan menilai apa yang didengarnya. Kemahiran mendengar secara kritis adalah matlamat akhir dalam mengajar kemahiran tersebut, terutama sekali di peringkat persekolahan menengah atau yang lebih tinggi lagi. Sebenarnya di peringkat persekolah rendah pun mi boleh dilakukan, asalkan latihan tersebut sesuai dengan peringkat murid.



Situasi disekolah memerlukan murid mendengar dan memahami apa yang didengar ketika guru mengajar, murid membahas, membincang atau menyoal; atau murid menghadiri mesyuarat kelab, persatuan dan lain-lain.



3



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



5.4 Menguji Kemahiran Mendengar



Pentaksiran kemahiran mendengar adalah hampir sama dengan pentaksiran kemahiran membaca, tetapi ransangan yang diberikan memerlukan murid mendengar. Soalan-soalan dikemukakan tentang apa yang didengarnya dan murid dikehendaki memberi repons atau jawapan (Lihat Rajah 5.1 di bawah). Dengan perkataan lain, dalam setiap situasi pentaksiran murid dikehendaki mendengar, memberi perhatian dan tumpuan kepada apa yang didengar dan memberi repons tentang perkara yang didengar.



Persekitaran Pentaksiran Rangsangan Pendengaran



Penyoalan



Respons



Persekitaran Pentaksiran



Rajah 5.1 Komponen-Komponen Pentaksiran Kemahiran Mendengar 







 



Rangsangan mendengar hendaklah terdiri daripada petikan yang lazim didengar di dalam dan luar kelas yang disampaikan oleh guru atau rakaman audio. Ransangan pendengaran atau petikan yang dipilih harus menarik dan tidak menyinggung perasaan sesuatu kaum ethnik, kumpulan atau jantina. Soalan ujian yang dikemukakan harus memberi perhatian kepada aspek-aspek penting dalam petikan dan bukan maklumat remeh. Jawapan yang diberi oleh murid hendaklah diperolehi daripada petikan dan bukan pengetahuan sedia ada atau pengalaman lampau murid. Juga, ujian yang dibina hendaklah menepati piawaian psikometrik. Respons atau jawapan tidak terhad kepada soalan aneka pilihan, soalan betul-salah, jawapan ringkas atau soalan memadan tetapi juga memilih gambar-gambar berdasarkan apa yang murid mendengar. Persekitaran pentaksiran hendaklah bebas daripada gangguan luar. Jika rangsangan disampaikan Jika rangsangan disampaikan sebagai pita rakaman, kualiti bunyi haruslah baik. Jika rangsangan disampaikan oleh guru, suaranya hendaklah jelas dan intonasi yang baik.



4



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



Rowntree (1979) mencadangkan bahawa dalam pemilihan kaedah menguji, guru hendaklah memastikan kaedah pentaksiran yang dipiliah sesuai dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. Manakah kaedah akan memberi maklumat yang paling tepat tentang kebolehan serta ketrampilan murid? Situasi disekolah memerlukan murid mendengar dan memahami apa yang didengar ketika:             



Guru mengajar Orang berucap Orang berbahas. Orang berbincang Mendengar radio Menonton televisyen Orang menyampaikan puisi seperti sajak, syair, pantun Orang menyanyi Orang bercenita. Menonton drama/lakonan Menghadiri mesyuarat kelab atau persatuan Mendengar arahan dipadang sukan dan lain-lain



Dalam setiap situasi mendengar yang disenaraikan diatas, murid dikehendaki mendengar, memberi perhatian dan tumpuan kepada apa yang didengar dan memahami perkara yang didengar. Memanglah yang sebaik-baiknya (ideal) bagi menguji kemahiran murid mendengar ialah dalam situasi yang sebenarnya yang kemahiran tersebut diperlukan. Malangnya situasi tersebut banyak dan berbagai-bagai jenis, dan setiap satu situasi mendengar akan memerlukan alat ujian yang berlainan dari segi situasi dan isi perkara yang didengar. Oleh yang demikian, para penguji bahasa telah memilih beberapa teknik yang difikirkan sah dan menepati konstrak dalam menguji ‘kemahiran mendengar’.



a) Pada pendapat anda, mengapakah pentaksiran kemahiran mendengar diabaikan di sekolah? b) Mengapakah kemahiran mendengar berkesan sangat penting? c) Jelaskan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh murid yang mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan. d) Nyatakan komponen-komponen utama dalam pengujian kemahiran mendengar.



5



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



5.5 Kaedah Menguji Kemahiran Mendengar Secara ideal, kaedah pentaksiran kemahiran mendengar hendaklah melibatkan situasi yang sebenarnya yang kemahiran tersebut diperlukan. Akan tetapi terdapat berbagai-bagai situasi mendengar dan sukar untuk guru menentukan pengujian dilakukan dalam situasi sebenar atau autentik yang memerlukan alat pengujian yang berlaian. Aziz Talib (1996) mencadangkan kaedah pentaksiran kemahiran mendengar Bahasa Melayu berikut: 1. Ujian Mendengar a. Satu Petikan Panjang b. Beberapa Perenggan Pendek 2. Ujian Imlak 3. Ujian Mendengar Menggunakan Gambar Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), ini tidak bermakna guru tidak lagi boleh mencipta teknik lain bagi menguji kemahiran mendengar. Malahan “guru digalakkan supaya kreatif dan mencipta mungkin beberapa lagi teknik bagi menguji dan mengukur kemahiran ini, asalkan teknik itu boleh dianggap sah sebagai satu alat yang tepat boleh menguji kemahiran tersebut” (h: 45). Yang paling penting ialah kesahannya dari segi menguji konstrak kemahiran ini.



1. (a) Ujian Mendengar Satu Petikan Panjang Petikan yang dimaksudkan ialah bahagian yang dikutip daripada buku, majalah, ucapan atau pidato, cenita, akhbar, syarahan dan seumpamanya. Sesuatu petikan boleh terdiri daripada beberapa paragraf atau perenggan yang berterusan dan bertalian tema, isi atau topik ceritanya. Petikan yang telah diambil oleh guru daripada salah satu sumber di atas akan piperdengarkannya kepada munid melalui bacaan nyaring.



 



Panjang petikan yang akan dibacakan oleh guru bergantung kepada tahap pelajar yang akan diuji. Petikan tersebut hendaklah sesuai dengan tahap pelajar dari segi tema atau isi cerita, perbendaharaan kata dan kompleksiti ayat.



Dalam ujian ini, munid dikehendaki memberi tumpuan kepada guru dan mendengar dengan teliti petikan yang dibacakan oleh guru dan memahaminya. Oleh sebab ini merupakan ujian kefahaman mendengar dan bukan ujian kefahaman membaca, pelajar tidak dibenikan



6



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



petikan untuk dibaca. Pelajar hanya mendehgar petikan yang dibacakan oleh guru. Berikut ini ialah langkah-langkah yang dicadangkan oleh Abdul Aziz Abdul Talib (1996): Langkah-Langkah: 1. Guru mengedarkan ujian kefahaman mendengar kepada murid yang terdiri daripada 10 soalan aneka pilihan (A, B, C & D). [Ini merupakan contoh sahaja; terpulang kepada anda untuk menentukan bilangan soalan dan jenis ujian]. 2. Arahan kepada murid: a. “Ujian yang diedarkan tadi terdiri daripada 10 soalan tentang petikan yang akan saya bacakan kepada kamu”. b. “Saya aka membacakan petikan ini dua kali. Kamu dikehendaki memberi tumpuan yang penuh kepada petikan yang kamu dengar dan cuba ikut dengan teliti dan memahami apa yang dinyatakan”. c. “Saya akan memabca dua kali. Selepas bacaan pertama, kamu akan diberi 10 minit untuk menjawan soalan yang dikemukakan”. d. “Selepas 10 minit, saya akan membaca petikan ini sekali lagi dan selepas itu kamu akan diberi 10 minit lagi untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan”. 3. Guru membaca petikan dengan cara dan kelajuan yang biasa, selesa dan senang bagi pelajar mendengar dan mengikutinya. 4.



yang berkaitan dengan petikan



Pada purata, murid diberikan masa lebih kurang 2 minit untuk menjawab satu-satu soalan aneka pilihan; tetapi terpulang kepada guru menentukan masa menjawab bergantung kepada tahap kebolehan murid yang diajar. Contoh petikan yang boleh digunakan ialah:      



Cerita pendek Rencana daripada akhbar atau majalah Pengumuman Berita Syarahan Perbahasan Ujian Mendengar Petikan tidak semestinya dibaca oleh guru. Ia boleh dirakamkan oleh sesiapa pun dan dimainkan untuk kedengaran murid dalam kelas. Petikan itu juga boleh merupai berita, pengumuman, rencana, syarahan, dialog atau ucapan yang telah dirakamkan.



7



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



Teknik ‘Ujian Mendengar Petikan Panjang’ ialah teknik pengujian kemahiran mendengar yang paling merupai keadaan mendengar yang sebenarnya. Ia bermirip situasi mendengar ucapan formal daripada skrip yang bertulis; ataupun apabila mendengar seseorang itu membaca secara nyaring (Abdul Aziz Abdul Talib, 1996). Ia juga hampir menyerupai situasi apabila mendengar cerita; atau pun apabila mendengar sesuatu syarahan. 1. (b) Ujian Mendengar Beberapa Perenggan Pendek Teknik ini berbeza sedikit daripada teknik yang dibincangkan tadi kerana ia melibatkan beberapa perenggan pendek sebagai rangsangan pendengaran. Perenggan kecil yang diperdengarkan oleh murid terdiri daripada tema atau kandungan yang tidak berkaitan antara satu sama lain. Contohnya, satu perenggan mungkin tentang cerita pendek, satu lagi perenggan ialah tentag berita kejadian gempa bumi, satu lagi perenggan ialah tentang riwayat hidup seorang pemain bola sepak terkenal dan sebagainya. Dengan perkataan lain, setiap perenggan merupakan satu petikan yang dikutip daripada sumber yang berlainan. Jadi, sesuatu ujian mendengar itu mungkin terdini danipada beberapa petikan atau perenggan yang pendek dan diberi nama petikan A, B, C, D, dan seterusnya. Setiap petikan mempunyai 2 atau 3 soalan yang berkaitan dengannya.



Langkah-Langkah: 1. Guru mengedarkan ujian kefahaman yang terdiri daripada soalan-soalan untuk beberapa petikan ialatu Petikan A, B, C, D & seterusnya. 2. Arahan kepada murid: a. “Ujian ini terdiri daripada EMPAT bahagian. Saya telah mengedarkan soalan untuk Petikan A”. b. “Saya akan membaca Petikan A sekali sahaja. Kamu dikehendaki memberi tumpuan yang penuh kepada petikan yang kamu dengar dan cuba ikut dengan teliti dan memahami apa yang dinyatakan”. c. “Setelah saya selesai membaca Petikan A, kamu akan diberi 4 minit untuk menjawab dua soalan yang dikemukakan untuk petikan berkenaan”. d. “Sekarang, saya akan membaca Petikan B sekali sahaja…………………………” 3. Guru mengulang langkah-langkah di atas sehingga keempat-empat petikan telah selesai. Berikut ini ialah CONTOH petikan atau perenggan pendek yang dibaca oleh guru dan dua soalan yang dijawab oleh murid:



8



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



Petikan A:



“Bapa memberitahuku, dia akan membawa aku ke Ipoh untuk membeli gitar. Aku sungguh gembira kerana kawan-kawan di sekolah muzik selalu bertanya-tanya bila lagi aku akan mempunyai gitar sendiri. Selama ini aku meminjam gitar daripada kawan untuk belajar gitar dan tidak boleh melatih bermain di rumah”.



Soalan Ujian Kefahaman Mendengar 1. Apakah tujuan bapa membawa ‘aku’ ke Ipoh? a) b) c) d)



bercuti melawat kawan membeli gitar membaiki gitar



2. Dimanakah penulis belajar bermain gitar a) b) c) d)



rumah sekolah muzik sekolah rumah kawan



Petikan B:



Perenggan Pendek (m.s. petikan akhbar, buku, majalah)



Soalan Ujian Kefahaman Mendengar 1. Mengakah _____________________________? a) …………………. b) …………………. c) …………………. d) ………………… 2. Bilakah _____________________________? a) …………………. b) …………………. c) …………………. d) ………………… 9



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



Ujian kefahaman mendengar perenggan pendek dianggap lebih sesuai bagi murid sekolah rendah ataupun menengah rendah. Perlu diingat bahawa ini ialah ujian kefahaman mendengar dan bukan ujian kefahaman membaca. Oleh yang demikian, skrip bacaan guru (petikan perehnggan A, B, C, D dan lain-lain) tidak boleh ditunjukkan kepada munid. Maka perenggan atau petikan tersebut hanya diperdengarkan kepada murid melalui bacaan nyaring oleh guru atau melalui rakaman audio.



e) Pada pendapat anda, mengapakah pentaksiran kemahiran mendengar diabaikan di sekolah? f) Mengapakah kemahiran mendengar berkesan sangat penting? g) Jelaskan tiga ciri penting yang perlu dimiliki oleh murid yang mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan. h) Nyatakan komponen-komponen utama dalam pengujian kemahiran mendengar.



2. Ujian Imlak Seseetengah orang berpendapat, ujian imlak (dictation) adalah semata-mata untuk menguji ‘ejaan’ sahaja. Ujian imlak menguji kemahiran mendengar dan menyalin semula perkataan dan ayat yang didengar. Menurut Oller (1979), ujian imlak sesuai digunakan untuk menilai kemahiran mendengar dalam apa jua bahasa pun. Bertambah beliau, seseorang itu tidak mungkin faham bunyi bahasa yang diperdengarkan dalam imlak sekiranya dia tidak faham struktur linguistik bahasa tersebut, sama ada dan segi fonologi (sistem bunyi), tatabahasa, perbendaharaan kata dan semantik (sistem maknanya). Contohnya, jika anda tidak mengetahui bahasa Perancis dari segi sistem bunyi, tatabahasa, kosa kata dan sistem makna bahasa itu tidak mingkin boleh memahani bahasa yang didengarkan apabila diberi ujian imlak bahasa tersebut. Anda mungkin tidak dapat membezakan yang bunyi sesuatu perkataan Perancis. Maka ujian imlak sesuai dijadikan ujian kemahiran mendengar kerana ia tidak hanya menguji ejaan tetapi juga kefahaman pendengaran, struktur ayat, penambahan dan lain-lain aspek bahasa. Ujian imlak memerlukan murid menulis semula sesuatu petikan yang diperdengarkan dan bukan ejaan satu senarai perkataan yang biasa terdapat dalam ujian ejaan. Berbanding



dengan teknik lain, ujian imlak lebih praktis



10



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



Apakah kelebihan Ujian Imlak? Berbanding dengan ujian lain, ujian imlak lebih mudah digubal dan ditadabir kerana ia tidak memerlukan pembinaan soalan yang mungkin mengambil masa yang lama. Guru hanya perlu memilih petikan yang sesuai dan membacakan bahan berkenaan kepada murid. Murid dikehendaki mendengar dengan teliti, memahami apa yang didengar dan menulis semula apa yang didengar. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1996), “teknik ini dianggap sesuai bagi peringkat rendah dan menengah. Pemeriksaan dan pemarkahanya adalah secara objektif dan ketekalan pengukuran antara pemerika adalah sangat tinggi” (h: 56). Arahan bagi Ujian Imlak Adalah amat penting bagi murid diberikan arahan yang jelas tentang ujian ini pada peringkat awal, sebaik sahaja ujian tersebut hendak dijalankan. Arahan seperti yang berikut boleh diberikan secara lisan: Saya ingin menguji kemahiran kamu mendengar dan memahami keratan cerita yang akan saya bacakan. Oleh kerana ujian ini dalam bentuk imlak, kamu dikehendaki menulis semula keratan yang akan saya bacakan secara nyaring. Kamu akan mendengar saya membacakan keratan cenita ini tiga kali.  







Pada kali yang pertama,saya akan membacanya mengikut kadar kelajuan orang bercakap. Kamu hanya mendengar dan cuba fahamkan sebanyak yang boleh. Pada kali yang kedua, saya akan membacanya dengan hentian sementara dan mengikut kadar kelajuan yang sesuai bagi kamu mendengarnya. Kamu tuliskan semula setiap perkataan yang kamu dengar. Berhubung dengan bacaan seperti (1), koma bernoktah (;) dan noktah (.) akan saya beritahu apabila ada. Pada kali yang ketiga, saya akan membaca keseluruhan keratan cerita ini semula menurut kadar kelajuan orang bercakap. Sambil itu kamu semaklah apa yang telah kamu tulis. Kamu tuliskan hanya apa yang kamu dengar.



Cara Membacakan Keratan Imlak Mula-mula bacakan keseluruhan keratan satu kali kepada murid sebelum Ujian Imlak itu dijalankan. Selepas imlak dijalankan, bacakan teks itu keseiuruhannya sekali lagi untuk semakan murid. Jadi guru membacakan teks itu tiga kali, iaitu sebelum pengujian, sewaktu pengujian dan selepas pengujian. Kadar kelajuan bacaan hendaklah sesuai dengan kesempatan munid mendengar, memahami dan menulis; dan keratan dibacakan dengan gaya yang natural (biasa). Bacaan hendaklah mengikut tanda bacaan, jeda (pauses) dan intonasi yang betul. Yang berikut ialah satu contoh keratan imlak dan tanda jeda yang sesuai dalam penyampaiannya: Pada petang itu, / cuaca sungguh nyaman. / Matahari hampir terbenam./ Cahayanya yang merah itu menyinari permukaan air laut/ menjadikannya berkilau-kilauan./ Ombak berkejar-kejaran / ke tepi pantai. / Apabila sampai ke tepi/ ombak titu pun pecah./ buihnya menjamah pasir panti/ yang halus dan putih itu./ [sumber: Abdul Aziz Talib. 1993. h:74] 11



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



Pada petang itu,/ cuaca sungguh nyaman./ Angin bertiup sepoisepoi bahasa./ Matahari hampir terbenam./ Cahayanya yang merah



Sebaik-baiknya, jeda atau tempat hentian sementara hedaklah pada unit bacaan yang mengikut unit pemikiran. Ini adalah untuk menyenangkan munid mendengar dan memahami unit itu dan menulisnya semula dalam masa yang agak selesa dan mencukupi. Kita tidak mahu ujian imlak menjadi satu perlumbaan menulis di kalangan munid! Sebutan bunyi perkataan hendaklah jelas mengikut sebutan bahasa yang standard. Ujian imlak harus dijalankan dalam suasana yang senyap, tanpa gangguan atau kebisingan (Abdul Aziz Abdul Talib, 1996). bak itu pun pecah,/ buihnya menjamah pasir pantai/ yang halus dan putih itu./



Cara Membaca Keratan Imlak Markah penuh bagi sesuatu Ujian Imlak adalah mengikut jumlah bilangan perkataan yang terdapat dalam keratan imlak yang dibacakan. Misalnya, 200 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 200 patah perkataan atau 100 markah penuh bagi keratan yang mengandungi 100 patah perkataan, dan seumpamanya. Pengagihan markah adalah seperti yang berikut:  



0.5 markah — bagi setiap perkataan yang betul tepat dengan bacaan daripada teks asalnya. 0.5 markah - bagi setiap perkataan yang tersilap ejaannya, tetapi mempunyai kaitan fonologi dengan perkataan asalnya; dan tidak membawa maksud ayat/keseluruhan teks asalnya. Misalnya, jika ‘bilik’ dituliskan sebagai ‘bilek’, atau ‘tidur’ dituliskan sebagai ‘tidor’ dan seumpamanya. Biasanya, yang dimaafkan ialah kelainan fonem yang tidak mengubah maksud dalam Bahasa Melayu.



i)



Pada pendapat anda, mengapakah pentaksiran kemahiran mendengar diabaikan di sekolah? j) Mengapakah kemahiran mendengar berkesan sangat penting? k) Jelaskan tiga ciri penting yang perlu dimiliki oleh murid yang mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan. l) Nyatakan komponen-komponen utama dalam pengujian kemahiran mendengar.



3. Menguji Kemahiran Mendengar Menggunakan Gambar Teknik mi biasanya digunakan bagi menguji kemahiran mendengar pada peringkat persekoiahan rendah, khususnya bagi peringkat persekolahan rendah bawah. Menurut teknik mi, murid dikehendaki mendengar ayat, dan memadankan sesuatu ayat diperdengarkan 12



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



dengan gambar (atau rajah) yang membawa maksud yang sama dengan ayat tersebut. Pilihan gambar yang diberikan adalah dalam bentuk aneka pilihan A, B, C dan D. Contoh: Guru menyebut: “Budak manakah yang sedang senyum?”



A



B



C



D



Murid menandakan dalam kertas jawapan yang diedarkan terlebih dahulu sebelum ujian dimulakan.



5.6 Penggunaan Radio, Klip Audio dan CD



Kini radio, klip audo (atau podcast) serta CD digunakan sebagai rangsangan bagi menguji kemahiran mendengar. Kadang kala ia perlu digunakan sekiranya guru hendak menggunakan perbualan/dialog, cerpen atau drama di radio sebagai bahan pendengaran. Sekiranya guru terpaksa merakam penbualan/dialog, cerpen atau drama, dia hendaklah dilakukan dengan berhatihati tanpa gangguan kebisingan dan dengan menggunakan alat penakam dan kaset yang baik kualitinya. Ini kerana, gangguan akoustik dan statik boleh menjejaskan kejelasan bahan-bahan yang hendak dipendengarkan (Abdul Aziz Abdul Talib, 1996). Dari segi kualiti atau mutu penyampaian, sebenarnya tidak ada alat yang boleh menandingi suara guru. Bahan pendengaran yang disampaikan secara langsung dan mulut guru sudah tentu bebas daripada masalah bateri lemah ataupun gangguan elektrik. Pita rakaman boleh digunakan hanya jika guru boleh menjamin kualiti rakaman yang baik. Sekiranya mi tidak terjamin, eloklah alat itu jangan digunakan langsung. Sebelum sesuatu bahan rakaman itu digunakan dalam ujian tensebut, eloklah guru mencubanya terlebih dahulu demi menilai kejelasan atau mutu rakaman yang telah dilakukannya. Hanya rakaman yang baik yang boleh digunakan bagi tujuan ini.



13



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar



Perlu ditekankan b ahawa kemahiran mendengar adalah amat penting dalam wacana bahasa. Oleh yang demikian, aspek pengajaran, latihan dan pengujian bagi kemahiran ini tidak boleh diabaikan dalam bidang pendidikan bahasa. Khususnya bagi muridmurid di sekolah rendah, pelajar di sekolah menengah, maktab dan universiti, kemahiran mendengar amat diperlukan dalam pembelajaran. Ini kerana sebahagian besar daripada proses pembelajaran, iaitu menerima ilmu pengetahuan dan maklumat adalah melalui proses mendengar pengajanan guru, syarahan, kuliah dan seumpamanya. Di sesetengah ujian bahasa antarabangsa, kemahiran mendengar diwajibkan seperti TOEFL (Abdul Aziz Abdul Talib, 1993).







Sama ada dalam kelas atau diluar kelas, kemahiran mendengar amat penting bagi seorang murid.







Tidak dinafikan bahawa kemahiran mendengar yang berkesan sangat penting bagi semua murid dalam sesebuah kelas.







Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya mendidik (mengajar dan melatih) murid supaya boleh berfikir dan memberi idea atau pendapat sendiri tentang sesuatu.







Kefahaman mendengar terdiri daripada tiga tahap utama; iaitu tahap literal, tahap inferen dan tahap kritis.







Pentaksiran kemahiran mendengar adalah hampir sama dengan pentaksiran kemahiran membaca, tetapi ransangan yang diberikan memerlukan murid mendengar.







Rangsangan mendengar hendaklah terdiri daripada petikan yang lazim didengar di dalam dan luar kelas yang disampaikan oleh guru atau rakaman audio.







Secara ideal, kaedah pentaksiran kemahiran mendengar hendaklah melibatkan situasi yang sebenarnya yang kemahiran tersebut diperlukan.



14



Chapter 5: Pentaksiran Kemahiran Mendengar







Sesuatu petikan boleh terdiri daripada beberapa paragraf atau perenggan yang berterusan dan bertalian tema, isi atau topik ceritanya.







Petikan tidak semestinya dibaca oleh guru. Ia boleh dirakamkan oleh sesiapa pun dan dimainkan untuk kedengaran murid dalam kelas.







Sesetengah orang berpendapat, ujian imlak (dictation) adalah semata-mata untuk menguji ‘ejaan’ sahaja.







Berbanding dengan ujian lain, ujian imlak lebih mudah digubal dan ditadabir kerana ia tidak memerlukan pembinaan soalan yang mungkin mengambil masa yang lama.



Abdul Aziz Abdul Talib (1996), Menguji Kemahiran Bahasa: Prinsip, Teknik dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Oller, j. (1979). Language Test at School. New York: Longman Group Ltd. Hameelah Adnan (2006). Meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan dalam pelajaran bahasa Melayu menggunakan kaedah imlak. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor. 1-8. Raminah Hj. Sabran ( 1992 ) . Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu , Penerbitan Fajar Bakti Kuala Lumpur.



15