Bandingbeza Syiah Dan Sunni [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Bandingbeza Mazhab ahli sunnah wal jamaah dengan fahaman syiah



Sebelum saya meneruskan penerangan dan kajian mengenai bandingbeza antara mazhab ahli sunnah dengan fahaman syiah ini, elok kiranya untuk saya jelaskan terlebih dahulu siapakah yang dikatakan sebagai golongan ahli sunnah dan siapakah pula yang berdiri di belakang gelaran syiah ini.



Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabi'in yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar.



Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka sebagai seorang sunni, kita perlu sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhabmazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali adalah terhitung di dalam Mazhabmazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Pengertian ini juga adalah berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.



Manakala, definisi syiah pula secara dasarnya bolehlah difahami begini. Syeikh Muhammad



Abu



Zahrah



di



dalam



kitabnya Tarikh



al-Mazahib



al-



Islamiyyah menyebut: “Syiah merupakan mazhab politik Islam yang terawal yang muncul pada akhir pemerintahan Uthman RA dan mula berkembang pada zaman Ali RA.”



Ini kerana golongan Syiah bergaul dengan orang ramai, menyebabkan orang ramai mengkagumi kelebihan dan kehebatan mereka samada dari segi pegangan agama ataupun ilmu. Ini memudahkan mereka untuk menyebarkan fahaman mereka yang sebahagiannya melampau dan sebahagian lain agak moderat.



Apabila berlaku banyak penindasan dan kezaliman ke atas keturunan Saidina Ali RA pada zaman pemerintahan Umawiyyah, maka bertambahlah kasih sayang orang ramai kepada zuriat Rasulullah SAW dan juga penyokongnya. Ibn Khaldun melalui al-Muqaddimah berkata: “Imamah (perlantikan pemerintah) bukan termasuk dalam kepentingan umum yang diserahkan urusannya kepada ummah tertentu berdasarkan penetapan mereka. Bahkan ia merupakan rukun agama dan kaedah Islam. Tidak harus mana-mana Nabi membiarkan dan menyerahkannya kepada ummah semata-mata. Sebaliknya menjadi kewajipan ke atasnya untuk menentukan imam atau pemerintah yang bersifat ma‟sum dari sebarang dosa besar dan kecil. Inilah asas mazhab Syiah.”



Syiah bukanlah satu tahap sahaja, ada yang melampaui dan ada yang penuh dengan keinsafan. Dengan sebab itulah ada ulama‟ yang menyebut bagaimana para sahabat yang melebihkan Ali RA atas semua sahabat seperti Ammar bin Yasir, alMiqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari, Salman al-Farisi, Jabir bin Abdullah, Ubay bin Ka‟ab, Huzaifah, Buraidah, Abu Ayyub al-Ansari, Sahl bin Hunaif, Uthman bin Hunaif, Abu Haitham bin al-Taihan, Abu Tufail Amir bin Wailah, al-Abbas bin Abdul Muttalib dan Bani Hasyim. Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Abi al-Hadid dalam Syarh Nahj alBalaghah.



Dalam kitab Manhaj Aqidah Imam al-Syafie menyebut perbahasan berkenaan dengan Rafidhah (‫ )رافضة‬iaitu: “Asal mazhab ini bermula dari sikap memihak sebahagian kelompok kepada Ali RA dan lebih mengutamakannya daripada Uthman RA iaitu mazhab penduduk Kufah.” Pada mulanya, kelompok ini tidak sampai melakukan tipu daya terhadap Uthman dan juga terhadap sahabat-sahabat lainnya, bahkan tanpa



diragui lagi bahawa mereka mengakui kemampuan pemerintahan dua khalifah sebelumnya.



Syeikh al-Islam Rahimahullah menjelaskan: Telah mutawatir sebuah riwayat dari Ali RA bahawa ia berkata: “Sebaik-baik umat sesudah Nabi-Nya adalah Abu Bakar RA kemudian Umar RA. Dan hal ini disepakati oleh kalangan Syiah generasi terdahulu yang mana semua menganggap yang utamanya ialah Abu Bakar RA dan Umar RA. Cuma, perselisihan terjadi pada Ali RA dan Uthman RA, manakala dua tokoh ini masing-masing mempunyai pengikut. Berbeza dengan Abu Bakar RA dan Umar RA yang mana tiada seorangpun memihak kepada mereka kerana seluruh umat sepakat menerima termasuk golongan Khawarij.”



Kemudian golongan Syiah pun berkembang disebabkan oleh beberapa faktor lain yang mempengaruhinya. Antara lain kerana kemunculan Abdullah bin Saba‟ alYahudi yang mengaku Islam dan memihak kepada Ali serta Ahlul Bait, namun bersikap berlebih-lebihan dalam mencintainya, di mana kemudian dinisbahkan kepadanya dengan Saba‟iyah. Al-Baghdadi berkata: “Kaum Saba‟iyah ialah para pengikut Abdullah bin Saba‟ alYahudi yang berlebih-lebihan dalam menyanjung Ali RA dan menduga bahawa ia adalah seorang Nabi. Bahkan sampai menduga bahawa ia adalah Tuhan. Aliran ini banyak dianuti oleh kalangan orang-orang sesat dari kalangan penduduk Kufah. Kemudian ketika berita tentang mereka disampaikan kepada Ali RA, beliau pun segera mengambil tindakan dengan memerintahkan untuk membakar mereka hidup-hidup dalam dua buah lubang dan mengasingkan tokohnya Abdullah bin Saba‟ ke daerah alMada‟in. Di antara mereka ada pula yang beri‟tiqad bahawa Ali RA berada di awan, petir adalah suaranya, sedang kilat adalah pecutannya. Maka, ketika mendengar suara petir itu mereka mengucapkan: Semoga keselamatan atasmu, wahai pemimpin umat Islam.”



Selepas zaman Saidina Ali RA, golongan Rafidhah terpecah kepada empat kelompok iaitu Zaidiyah, Imamiyah, Kisaniyah dan Ghulat (golongan pelampau). Kemudian, Zaidiyah pula berpecah menjadi beberapa bahagian, demikian juga dengan Imamiyah dan Ghulat, di mana masing-masing dari mereka saling mengkafirkan satu sama lain.



Selanjutnya



berbagai-bagai



golongan



muncul,



dan



di



bawah



simbol tasyayyu‟ (‫ )تشيع‬inilah Islam dimasuki orang-orang yang licik dan jahat. Maka lahirlah aliran batiniah seperti Nashiriyah, Duruz, Fatimiyyin dan Isma‟iliyyin yang kesemuanya masuk melalui pintu tasyayyu‟. Al-Zahabi Rahimahullah berkata: “Mereka adalah kaum yang paling dusta terhadap fakta-fakta nas, dan paling bodoh dari sudut pandangan logik. Oleh kerana itu, menurut pandangan para ulama‟ mereka adalah golongan yang paling bodoh. Dari merekalah datangnya kerosakan yang banyak dalam agama yang jumlahnya tidak dapat dihitung kecuali oleh Tuhan Sekalian Alam. Melalui golongan Nashiriyah, Isma‟iliyah dan Batiniah inilah mereka menyusup masuk. Demikian juga dengan orangorang kafir dan murtad, melalui jalan ini mereka sampai dan mereka pun mendominasi dunia Islam serta menimbulkan pertumpahan darah.” Al-Zahabi menambah dengan berkata: “Imam Malik pernah ditanya tentang golongan Rafidhah, beliau berkata: Jangan berbicara dengan mereka dan jangan pula meriwayatkan dari mereka kerana mereka itu pendusta.”



Harmalah mengkhabarkan bahawa beliau pernah mendengar Imam al-Syafie Rahimahullah mengatakan: “Aku tidak pernah melihat satu golongan yang paling banyak penyaksian dusta selain daripada golongan Rafidhah.”



Bandingbeza ahli sunnah wal jamaah dengan syiah



Masih ramai di kalangan umat Islam yang menganggap perbezaan Sunni dan Syiah hanya bersangkutan perkara-perkara cabang agama seperti perbezaan antara sesama mazhab Sunni yang empat, iaitu antara Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Perbezaan Sunni dan Syiah dianggap seperti perbezaan antara berqunut Subuh atau tidak, menggerakkan jari telunjuk ketika tahiyat awal atau tidak, bersedekap atau tidak dan seterusnya.



Apa yang perlu difikir-fikirkan oleh golongan yang beranggapan sedemikian, mengapa di kalangan sesama mazhab Sunni yang empat tidak kedengaran isu dakwah mendakwah antara satu sama lain walaupun mereka saling berkhilaf? Sebagai contoh, dalam konteks Malaysia sendiri, penganut mazhab Syafie yang menjadi majoriti umat Islam di negara ini tidak pernah berdakwah kepada penganut mazhab Hanafi yang kebanyakannya adalah golongan India Muslim supaya meninggalkan mazhab Hanafi dan memeluk mazhab Syafie.



Malah tidak kedengaran pun di kalangan penganut dua mazhab ini yang telah bertukar ke mazhab lain. Bahkan di Kuala Lumpur, terdapat masjid yang dikhususkan buat kaum India Muslim yang bermazhab Hanafi dan penganut mazhab Syafie turut bersolat jamaah di masjid tersebut tanpa sebarang prejudis dan prasangka negatif. Walhal, perkara yang sebaliknya berlaku dalam hubungan antara penganut Sunni dan Syiah. Sepanjang sejarah, kita melihat kehadiran dua kumpulan ini di suatu tempat yang sama pasti akan mengundang perbalahan dan pertelingkahan.



Lebih malang lagi di sebuah negara yang menjadi majoriti Ahli Sunnah WalJamaah, golongan Syiah tetap berusaha menyebarkan fahamannya dan cuba menghasut supaya pengikut Sunni meninggalkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan memeluk Syiah? Apakah punca sebenar perkara ini terjadi?Puncanya adalah kerana Syiah tidak menganggap perselisihan mereka dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai isu cabang, sebaliknya isu pokok yang melibatkan soal haq dan batil.Syiah



dikatakan benar dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dituduh sebagai palsu. Perbezaan antara Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan Syiah menjadi tersangat mendasar apabila Syiah menokok tambah perkara prinsip dalam agama atau usuluddin dengan mengatakan keimaman terhadap imam-imam Syiah itu adalah rukun Islam yang pertama.



Dalam kitab al-Kafi, di bawah bab Rukun Islam, riwayat al-Kulaini menukilkan daripada Abi Ja‟far, “Islam itu terbina di atas lima perkara; solat, zakat, puasa, haji dan wilayah. Tidak diseru kepada sesuatu pun sebagaimana diseru kepada wilayah (keimaman), lalu ramai orang mengambil empat perkara tetapi meninggalkan yang ini (keimaman)”. (Al-Kulaini 1407: 2/18) Dalam riwayat yang lain menyebut daripada Zurarah daripada Abi Ja‟far, “Islam itu terbina di atas lima perkara iaitu solat, zakat, puasa, haji dan wilayah. Lalu Zurarah bertanya: Mana satukah yang paling afdhal? Abu Ja‟far menjawab: Wilayah kerana ia kunci kepada rukun-rukun yang lain, wali (imam) merupakan dalil ke atasnya (rukun-rukun yang lain)…” (Al-Kulaini 1407: 2/18)



Golongan Syiah Mengkafirkan orang lain (golongan Sunni) Sedangkan Sunni Tidak Boleh Mengkafirkan Orang Lain Sesuka Hati



Berdasarkan iktikad imamah atau wilayah sebagai sebahagian daripada usuluddin dan rukun Islam yang pertama, maka didapati ramai kalangan ulama Syiah yang mengkafirkan golongan yang tidak berpegang kepada imamah secara terangterangan. Dibawakan beberapa contoh seperti berikut: a) Al-Faidh al-Kasyani mengatakan, “Sesiapa yang mengingkari keimaman salah seorang daripada dua belas imam, kedudukannya sama dengan orang yang mengingkari kenabian semua para nabi”. (Al-Kasyani 1407h: 48). b) Al-Majlisi berkata, “Ketahuilah bahawa menyandarkan lafaz syirik dan kufur ke atas orang yang tidak beriktikad kepada keimaman Imam Ali dan imam-imam daripada keturunannya malah mengutamakan orang lain ke atas mereka, ia menunjukkan bahawa mereka itu kafir dan kekal di dalam neraka”. (Al-Majlisi 1403: 23/390).



Namun dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, kita diajar untuk tidak mengkafirkan orang sesuka hati kerana itu adalah di bawah kuasa Allah. Kita sebagai hamba tiada hak untuk melabel atau mengkategorikan sesiapa pun sebagai kafir dan ia ditegah oleh Rasulullah.



Secara keseluruhannya, saya telah merangkumkan perbezaan dan persamaan yang terdapat pada Mazhab Ahli Sunnah wal jamah dan fahaman syiah ini seperti di bawah agar mudah untuk kita fahami secara jelas dan teratur.



a) Pengikut Shiah Solat hanya tiga waktu, iaitu dengan menjamakkan solat Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak tanpa sebarang sebab pada sepanjang masa. Ini bertentangan dengan Ahli Sunnah yang solat 5 waktu sehari semalam melainkan seseorang itu bermusafir dan mempunyai sebab-sebab yang membolehkan mereka untuk menjama'kan solat.



b) Pengamal syiah sering menyebut nama Ya Ali atau Ya Husain (radhiyallahu „anhuma) ketika ditimpa sebarang musibah. Manakala bagi pengikut ahli sunnah, mereka disunatkan beristighfar dan menyebut nama Allah serta berselawat ke atas baginda rasulullah jikalau ditimpa musibah.



c) Pengikut Syiah gemar menampal atau menggantung di dinding rumah gambargambar fantasi dua belas orang imam bermula daripada Sayyidina Ali hingga imam yang kedua belas dan ini sama sekali tidak dilakukan oleh pengikut ahli sunnah.



d) Pengamal Syiah ini juga gemar menampal atau menggantung di dinding ucapan salam kepada Sayyidina Husain, Sayyidah Fatimah al-Zahra‟ dan Ahlul Bait yang lain.



e) Mengadakan sambutan hari lahir imam-imam Ahlul Bait terpilih termasuk Wiladah Fatimah al-Zahra‟ dan Wiladah Zainab al-Kubra, sedangkan kita hari ini selaku pengikut



ahli sunnah hanya menyambut hari kelahiran nabi (maulidur rasul) sebagai manifestasi rasa sayang serta untuk mengingati baginda. f)Pengikut Syiah ini sering mengucapkan „alayhissalam atau „alayhassalam selepas setiap kali menyebut nama-nama imam Ahlul Bait seperti Imam Ali „alayhissalam, Fatimah „alayhassalam dan lain-lain.



g) Pengikut Syiah gemar menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama Ahlul Bait seperti Fatimah al-Ma‟sumah, Musa al-Kazim, Ali al-Ridha, Hasan „Askari dan lainlain. Ini juga ada dilakukan oleh pengikut ahli sunnah tetapi tidak disandarkan oleh apaapa sebab khusus melainkan hanya sebagai mengambil berkat nama-nama tersebut.



h) Sesetengah Syiah menyandarkan kalimah Abd kepada nama-nama imam Syiah untuk dinamakan kepada anak-anak mereka seperti Abdu Ali, Abdul Husain, Abdul Hasan, Abdul Ridha dan lain-lain. i) Menyambut Hari Karbala‟ pada setiap 10 Muharram dengan cara meratapi kesyahidan Sayyidina Husain dan menganggap bid‟ah berpuasa Asyura pada hari tersebut seperti yang dilakukan oleh penganut Sunni.



j) Syiah menyambut perayaan Hari Nairuz, iaitu perayaan bangsa Parsi terdahulu yang beragama Majusi pada setiap 21 Mac, dan ini sama sekali tidak dilakukan oleh pengamal ahli sunnah.



k) Pengikut Syiah tidak menunaikan solat Jumaat kecuali untuk ihtiyath (berhati-hati) kerana Jumaat tidak wajib kecuali setelah munculnya Imam Mahdi. Jika ditunaikan, puak Syiah tetap akan mengerjakan Zuhur selepasnya. Berlainan pula dengan golongan sunni yang mengerjakan solat jumaat kerana ia merupakan perkara wajib yang perlu ditunaikan oleh seorang lelaki yang baligh.



l) Majoriti pengikut Syiah akan membawa al-Turbah al-Husainiyyah atau batu Karbala untuk diletakkan pada tempat sujud bagi tujuan sujud di atasnya. Jika tiada batu tersebut, Syiah akan sujud di atas apa jua yang berasal dari tanah seperti daun, kayu dan kertas dan perkara ini tidak dilakukan oleh golongan sunni yang hanya bersujud di atas lantai dan sejadah semata-mata.



m) Ketika berwudhuk, Syiah hanya menyapu kedua belah kaki tanpa membasuhnya seperti Sunni.



n) Golongan Syiah ini tidak bersedekap ketika qiyam solat sebaliknya kedua-dua tangan dilepaskan.



o) Syiah akan bertakbir sebanyak tiga kali selepas memberi salam ketika selesai bersolat, manakal bagi golongan sunni tidak ada sebarang suruhan atau kewajipan untuk berbuat sedemikian.



p) Syiah tidak akan menunjukkan penghormatan dengan menyebut ungkapan radhiyallahu „anhu atau radhiyallahu‟anha setiap kali menyebut nama para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Mu‟awiyah, Talhah, Zubair, Aisyah, Hafsah dan lainlain.



q) Ketika berdoa, Syiah hanya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda sahaja tanpa menyebut para sahabat.



r) Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib, tetapi akan menunggu sehingga hari menjadi gelap dan ini berlainan dengan golongan sunni yang disunatkan untuk berbuka puasa pada awal waktu masuknya masa berbuk tanpa mengira hari sudah gelap ataupun tidak.



s) Syiah tidak solat Tarawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid‟ah yang direka oleh Umar al-Khattab.



t) Syiah menambah lafaz azan dengan menyebut Asyhadu anna „Aliyyan waliyyullah dan Asyhadu anna „Aliyyan hujjatullah selepas Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Begitu juga Syiah menambah Hayya „ala khairil „amal selepas Hayya „alal falah dan ini jelas bertentangan dengan syariat dan sunnah rasulullah.



u) Dalam berpolitik, Syiah gemar memuji-muji pemimpin Iran terutamanya al-Khomeini, al-Khamenei dan Ahmadinejad.



v) Dalam ketenteraan, sering menjadikan tentera Syiah, Hizbullah di Lubnan yang diketuai oleh Hasan Nasrullah sebagai contoh ikutan sedangkan bagi golongan sunni, adalah digalakkan untuk mencontohi dan meneladani rasulullah sebagai contoh ikutan sepanjang zaman. w) Syiah ini mengaku sebagai penganut bermazhab Ja‟fari atau Mazhab Ahlul Bait.



Maka, berdasarkan senarai perbezaan dan persamaan yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa fahaman syiah ini telah banyak terpesong dengan apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah untuk diteladani oleh kita selaku generasi akhir zaman. Semoga setiap dari kita hari ini dilindungi oleh Allah daripada terjebak ke dalam kancah yang bercanggah ini.