Buku Peraturan Sekolah Terkini [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BUKU PERATURAN SEKOLAH NAMA : …………………………………………………………………………



TAHUN :



20…… 20…….



KELAS : 1 …..



2 ……



20…….



20…….



20…….. 20……..



3 ……..



4 ……..



5 ……... 6 ……...



PRAKATA



Syukur, Alhamdulillah. Pada kali ini SK. Sungai Rusa dapat melahirkan Buku Kecil PERATURAN SEKOLAH yang bertujuan supaya murid-murid dapat mengetahui dan menghayati peraturan dan undang-undang sekolah khasnya serta perkara-perkara yang berkaitan dengan persekolahan amnya. Pihak sekolah amat berharap supaya murid-murid sentiasa mematuhi semua perkara yang terkandung di dalamnya.



Perkara-perkara yang terkandung di dalam buku ini bertujuan untuk mendidik muridmurid menjadi insan yang berakhlak mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga dengan penghayatan sifat-sifat mulia dan usaha mencegah diri dari terlibat dengan sebarang kes salah laku membantu kearah mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara.



Firman Allah Taala yang bermaksud: “Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya, Kepada-Nyalah naik perkataan – perkataan yang baik dan amal yang saleh dinaikkan-Nya. Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras, dan rencana jahat mereka akan hancur.” (Surah al Faathir 35:10)



Saya mengharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi merealisasikan semua perkara yang terkandung di dalam buku ini.



Sekian. Terima kasih.



Puan Hamidah binti Hamzah Guru Besar, SK. Sungai Rusa 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang.



RUKUN NEGARA



Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan bangsa Malaysia. Ia telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong keempat. Ikrar Rukun Negara adalah seperti berikut: "Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:  



Kepercayaan kepada Tuhan 



Kesetiaan kepada Raja dan Negara    



Keluhuran Perlembagaan  Kedaulatan Undang-Undang  Kesopanan dan Kesusilaan



FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.



Visi Kementerian Pendidikan Malaysia



Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.



Visi Khas Sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa akan menjadi sekolah cemerlang dalam bidang kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum peringkat negeri Pulau Pinang menjelang 2020



Misi Khas Sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa akan menjadi sekolah Band 2 menjelang 2020



IKRAR MURID Bahawasanya kami, murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Rusa, Berikrar dan berjanji, akan melaksanakan kewajipan kami , dengan mematuhi peraturan-peraturan, dan disiplin sekolah, menjaga keselamatan dan harta benda sekolah, nama baik sekolah, guru-guru serta rakan-rakan. Kami juga berjanji untuk berakhlak mulia, bersungguh-sungguh dalam pelajaran, bercita-cita tinggi serta berwawasan, menjadi insan yang memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara , demi mendapatkan keredhaan Allah



FIKIR-FIKIRKAN, AMBIL PENGAJARAN



Profesor Dr. Hamka berkata “Orang yang pengetahuannya sedikit kerap kali menyangka dirinya telah mengetahui semua. Tetapi orang yang telah mendalami ilmunya tidak berani lagi mengatakan bahawa dia tahu segalanya. Bahkan dia lebih berani berkata, “Banyak yang belum saya ketahui.”



Abdullah bin Mubarak pernah menyebut, “Seseorang itu akan sentiasa menjadi ‘alim selama mana dia menuntut ilmu.Tatkala dating persepsi padanya bahawa beliau sudah menjadi ‘alim maka (saat itu bermula) jahillah dia”



Kata Imam As Syafie “Ilmu yang sebenar-benarnya ialah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah. Tidak kiralah ilmu ukhrawi seperti tauhid dan ilmu duniawi seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ini mengajar kita kewujudan dan kekuasaan Allah yang tiada batas.”



Yang paling jauh bukannya bintang, matahari atau bulan. Tetapi adalah masa yang telah berlalu dan tidak akan kembali.Kelmarin yang luput menjadi kenangan. Kelmarin yang terluput mengukir sesalan, yang ada hanyalah hari ini dan akan datang. Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selama-lamanya. Imam As Syafie



KENALI ANTARA RIBUAN TOKOH ILMUAN ISLAM 1. AR RAZI



– PAKAR KEDOKTORAN DAN AHLI KIMIA



2. AZ ZAHRAWI



– PAKAR KEDOKTORAN DAN PENEMU PENYAKIT KANSER DARAH (HEMOFELDIA)



3. HASSAN BIN HAITHAM



– PAKAR ILMU ALAM DAN KIMIA



4. ABBAS BIN FARNAS



– PENEMU JAM DAN TEORI PESAWAT TERBANG



5. AL KHAWARIZMI



– PENEMU ILMU ALJABAR DAN PELETAK DASAR ILMU FALAK



6. IMAM AL GHAZALI



– AHLI FILSAFAT, AHLI TASAWUF, DAN ILMUILMU ISLAM LAINNYA



BUKU PERATURAN SEKOLAH



1



WAKTU PERSEKOLAHAN



2



PAKAIAN RASMI MURID-MURID



3



RAMBUT DAN PERAWAKAN



4



BAHASA



5



BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH



6



KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS



7



WAKTU REHAT



8



BARANG-BARANG YANG HILANG



9



LALU LINTAS



10



KEMALANGAN



11



AKTIVITI SEKOLAH



12



MASA PERHIMPUNAN



13



ADAB SOPAN



14



UJIAN DAN PEPERIKSAAN



15



PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH



16



PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER SEKOLAH



17



SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)



18



PERALATAN SUKAN



19



KEBERSIHAN



20



KESELAMATAN



21



PELAWAT



22



TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS



23



KETUA KELAS DAN PENGAWAS



24



WAKTU SOLAT



25



LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN



26



PENGURUSAN MASA



27



BAYARAN DAN YURAN SEKOLAH



28



SURAT MENYURAT



29



TINDAKAN DAN HUKUMAN



1



WAKTU SEKOLAH



1.1



Waktu sekolah bagi semua murid-murid adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Sekolah.



1.2



Murid-murid diwajibkan hadir pada masa yang ditetapkan untuk aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.



1.3



Murid-murid dilarang daripada tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa kebenaran khas dari Guru Besar. Jika diserang penyakit dengan tiba-tiba atau pada masa kecemasan , surat rawatan doctor atau keterangan daripada ibu bapa / penjaga murid-murid mesti diberikan kepada sekolah dengan secepat mungkin.



1.4



Murid-murid yang sengaja datang lewat ke sekolah



akan dikenakan



tindakan tatatertib oleh Jawatankuasa Disiplin. 1.5



Murid-murid dilarang meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada pihak sekolah. Murid-murid yang berbuat demikian dianggap melakukan kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan disiplin.



2



PAKAIAN RASMI MURID-MURID



2.1



MURID LELAKI



2.1.1



Semasa di sekolah, murid-murid lelaki mesti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Pakaian seragam bagi murid-murid lelaki ialah kemeja putih berlengan pendek dan seluar panjang biru tua.



2.1.2



Seluar yang tidak kemas, tidak sopan, berlabel , ketat, terlalu longgar atau terlalu labuh tidak boleh dipakai. Panjang seluar hendaklah melebihi buku lali dan menutupi stoking tetapi tidak boleh mencecah lantai ataupun tanah.



2.1.3



Tali pinggang kanvas yang berwarna biru dan berkepala yang dibenarkan sahaja boleh dipakai. Tali pinggang kulit atau jenis-jenis yang lain tidak dibenarkan.



2.1.4



Murid-murid Islam digalakkan memakai songkok berwarna hitam. Kopiah atau penutup kepala yang lain tidak dibenarkan.



2.2



MURID PEREMPUAN



2.2.1



Pakaian seragam bagi murid-murid perempuan ialah baju kurung putih dan kain berwarna biru tua. Pelajar Islam diwajibkan memakai tudung berwarna putih tanpa sulaman dan renda.



2.2.2



Pakaian seragam bagi murid-murid bukan Islam ialah “Blouse “ biru tua yang labuh menutupi lutut dan kemeja putih berlengan panjang.



2.2.3



Murid-murid perempuan dilarang memakai a) Baju , kain dan tudung yang jarang dan nipis. b) Kain yang singkat .( atas buku lali) c) Kain yang ketat, jenis berselisih dan “A line”. d) Alat solek dan barang-barang emas e) Inai, pewarna kuku dan pewarna rambut



2.3



SEMUA MURID



2.3.1



Murid-murid mesti memakai lencana sekolah, tanda nama pada setiap masa apabila berada di sekolah.



2.3.2



Murid-murid mesti berkasut kanvas berwarna putih sahaja. Selipar tidak dibenarkan kecuali kaki cedera dan mendapat kebenaran guru. Muridmurid mesti memakai stoking putih sahaja dan mesti melebihi kira-kira 10 cm di atas buku lali.



2.3.3



Topi ataupun “cap” , pakaian jenis “jean” dan “cardigan” / jaket tidak boleh digunakan di kawasan sekolah kecuali “track suit” yang ditetapkan sahaja.



2.3.4



Murid-murid tidak boleh memakai sebarang jenis barang emas / aksesori seperti gelang , cincin , subang, rantai dan lain-lain kecuali untuk tujuan keagamaan dan mesti mendapat surat kebenaran ibu bapa / penjaga.



3



RAMBUT DAN PERAWAKAN



3.1



MURID LELAKI



3.1.1



Murid-murid tidak dibenarkan berambut panjang. Istilah BERAMBUT PANJANG adalah seperti berikut. a) Di belakang



-



Rambut jatuh melebihi garisan bawah cuping 2



b) Di hadapan



-



Rambut menutup garisan tengah dahi



c) Di tepi



-



Rambut menutup telinga. Bahagian “side burn”



telinga.



melebihi garisan tengah hidung. d) Di atas 3.1.2



-



Rambut lebih daripada 6”



Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau belakang, atau fesyen rambut yang dianggap tidak sesuai, tidak dibenarkan.



3.1.3



Murid-murid tidak boleh menggunakan gel rambut . Rambut hendaklah disikat dengan kemas.



3.1.4



“Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama sekali.



3.2



MURID PEREMPUAN (BUKAN ISLAM)



3.2.1



Rambut tidak dibenarkan panjang sehingga mencecah bahu. Bagi murid yang berambut panjang (melebihi bahu) , rambut mesti diikat dengan kemas. Rambut di bahagian hadapan pula mesti tidak melebihi bahagian tengah dahi.



3.2.2



Riben dan sepit rambut yang berwarna putih , hitam dan biru sahaja dibenarkan.



3.2.3



Rambut ala “punk”, mempunyai ekor di depan atau belakang atau fesyen rambut yang dianggap tidak sesuai , tidak dibenarkan.



3.2.4



“Dye” atau pewarna rambut tidak dibenarkan sama sekali.



3.3



SEMUA MURID



3.3.1



Murid-murid tidak dibenarkan berkuku panjang.



3.3.2



Sebarang tanda atau tatu yang dibuat pada tubuh adalah dilarang . Muridmurid yang didapati secara sengaja mencederakan tubuhnya untuk tujuan pengiktirafan yang tertentu akan dikenakan tindakan yang amat berat, termasuk digantung persekolahan.



3.3.3



Semua teguran berhubung dengan perawakan yang dianggap



tidak



terurus ataupun tidak segak sebagai murid sekolah mesti diberi perhatian yang serius dan segera.



4



BAHASA



4.1



Murid-murid diwajibkan berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja semasa waktu persekolahan dan dalam setiap aktiviti sekolah kecuali pada masa mata pelajaran bahasa yang lain.



4.2



Murid-murid dilarang sama sekali menggunakan perkataan lucah, biadap, atau yang menunjukkan perwatakan yang tidak sopan dan anti social.



5



BANGUNAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH



5.1



Murid-murid dilarang memasuki makmal sains, makmal komputer, bengkel kemahiran hidup, bilik muzik, bilik rawatan dan bilik-bilik khas kecuali dengan pengawasan guru di tempat tersebut.



5.2



Murid-murid dilarang menggunakan kelas pada bila-bila masa selain daripada waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran khas daripada Guru Besar atau guru-guru yang berkenaan. Murid-murid tidak dibenarkan berada di kelas, blok atau tangga-tangga bangunan sekolah pada waktu rehat kecuali dengan kebenaran guru.



5.3



Tandas-tandas mestilah digunakan dengan sempurna supaya tidak kotor atau tersumbat dan paip air mestilah ditutup selepas digunakan. Muridmurid dilarang menggunakan tandas guru pada bila-bila masa pun.



5.4



Bangunan sekolah dan harta benda sekolah termasuk kerusi dan meja mesti digunakan dan dijaga dengan baik. Sebarang kerosakan yang



dilakukan sebagai akibat dari kecuaian murid-murid akan dikenakan denda atau ganti rugi. 5.5



Sebarang kerosakan harta benda sekolah mestilah dilaporkan kepada Guru Besar, penolong-penolong kanan, guru bertugas atau guru yang berkenaan dengan segera.



5.6



Murid-murid dilarang menyalah gunakan harta benda sekolah untuk kepentingan peribadi.



6



KAWASAN SEKOLAH DAN KELAS



6.1



Murid-murid mesti menjaga kebersihan kawasan sekolah dan kelas.



6.2



Lampu dan kipas hendaklah ditutup apabila tidak digunakan ataupun semasa meninggalkan kelas.



6.3



Jadual bertugas kelas perlu disediakan dalam tempoh 2 minggu selepas sesi persekolahan bermula.Semua murid diwajibkan menjaga papan kenyataan kelas, papan putih dan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan.



6.4



Murid-murid yang hendak keluar kelas semasa sesi Pdpc berlangsung, samada untuk ke tandas atau urusan lain, hendaklah mendapat kebenaran guru yang sedang mengajar, memakai kad kebenaran keluar kelas dan keluar dengan sopan. Murid-murid yang keluar tanpa kebenaran guru atau tanpa kad kebenaran



keluar kelas dianggap



ponteng kelas. 6.5



Murid-murid tidak dibenarkan keluar kelas jika tiada guru di dalam kelas. Murid-murid boleh dikenakan tindakan atas kesalahan ponteng kelas.



6.6



Murid-murid hendaklah mengetuk pintu dan mengucapkan salam sebelum masuk ke bilik Guru Besar, Pejabat, Bilik Guru dan ke kelas semasa guru sedang mengajar



6.7



Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur, kertas-kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.



6.8



Sebarang kerosakan perabot hendaklah dilaporkan kepada guru asset/ guru kelas supaya dapat diperbaiki dengan segera.



7



WAKTU REHAT



7.1



Pada waktu rehat, murid-murid dikehendaki makan di kantin. Semua pembalut makanan dan kertas-kertas hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.



7.2



Murid-murid dilarang meletak pinggan mangkuk, sudu, garfu dan gelas di merata-rata tempat. Alat-alat tersebut hendaklah diletakkan ditempat yang disediakan.



7.3



Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas kecuali mereka yang bertugas membersihkan kelas.



7.4



Murid-murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas.



7.5



Murid-murid dilarang membeli makanan semasa waktu Pdpc. Murid-murid dilarang sama sekali berada di kantin untuk makan atau minum pada waktu persekolahan selain daripada waktu rehat.



7.6



Sepanjang waktu persekolahan, bahan-bahan makanan dan minuman hanya boleh dibeli di kantin dan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah untuk membeli makanan atau minuman atau membeli makanan dari luar kawasan sekolah.



8



BARANG-BARANG YANG HILANG



8.1



Sekolah tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kecurian barang –barang, termasuk barang kemas dan wang. Oleh itu murid-murid dinasihatkan jangan membawa barang-barang yang berharga dan wang yang berlebihan ke sekolah.



8.2



Barang-barang yang hilang atau dijumpai mestilah dilaporkan segera kepada Guru Bertugas atau pengawas.



9



LALU LINTAS



9.1



Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan sekolah.



9.2



Murid-murid yang berjalan kaki ke sekolah ditegah berjalan bersaingan (berdua-dua) dan mesti berjalan di sebelah kanan jalan.



9.3



Murid-murid yang berbasikal tidak dibenarkan menunggang bersaingan. Apabila tiba di pintu pagar, basikal mestilah dituntun masuk ke dalam kawasan sekolah.



9.4



Basikal mestilah dilengkapi peralatan asas yang cukup, seperti tongkat, brek, “mud guard” dan sebagainya tanpa sebarang aksesori yang memudaratkan.



9.5



Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan sepanjang waktu persekolahan dan rehat.



9.6



Basikal tidak boleh ditunggang di dalam kawasan sekolah. Ia mesti diletakkan dalam keadaan tersusun.



10



KEMALANGAN



10.1



Segala jenis kekacauan, kemalangan atau kecederaan yang berlaku di kawasan sekolah mesti diadukan segera kepada Guru Bertugas, manamana guru, pengawas atau pejabat sekolah.



10.2



Pihak sekolah tidak akan mengeluarkan sebarang surat jaminan hospital kepada murid-murid yang mengalami kemalangan kenderaan akibat daripada kecuaian sendiri , contohnya tidak memakai topi keledar, menunggang motosikal tanpa lesen kenderaan ataupun motosikal tersebut tiada cukai jalan.



11



AKTIVITI SEKOLAH



11.1



Murid-murid Tahap 2 mesti menjadi ahli sekurang-kurangnya dalam satu unit beruniform, satu persatuan / kelab dan satu permainan.



11.2



Murid-murid mesti menghadiri setiap perjumpaan rumah sukan, unit beruniform, persatuan/ kelab



dan permainan seperti yang telah



ditetapkan tanpa alasan seperti tusyen, rumah yang jauh dan sebagainya. 11.3



Murid-murid yang tgerpilih mewakili sekolah dalam aktiviti-aktiviti sekolah mesti menerima pemilihan itu sebagai penghormatan dan tidak boleh menolaknya.



11.4



Murid-murid yang datang untuk menghadiri aktiviti kokurikulum mestilah memakai pakaian sekolah atau pakaian seragam persatuan / kelab atau pakaian sukan sekolah. ( Lelaki baju sukan sekolah / T. Shirt putih , track bottom biru/hitam, perempuan baju sukan sekolah berlengan panjang / t. shirt putih berlengan panjang , longgar bertudung putih atau hitam. Pakaian lain tidak dibenarkan. Topi / “cap” tidak dibenarkan.



11.5



Murid-murid boleh dilarang menyertai aktiviti kokurikulum, kelas tambahan atau aktiviti sekolah yang lain jika tidak mematuhi etika berpakaian yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kegagalan mematuhi peraturan berulang kali akan menjejaskan perakuan dalam Sijil Berhenti Sekolah.



12.



MASA PERHIMPUNAN



12.1



Murid-murid mesti segera berada di tapak perhimpunan apabila loceng dibunyikan. Murid-murid tidak dibenarkan sama sekali berada di kelas. Semasa perhimpunan semua murid-murid mesti berbaris mengikut kedudukan kelas masing-masing. Senyap dan memberi perhatian kepada aturcara perhimpunan.



12.2



Murid-murid mesti berdiri tegak apabila lagu “Negaraku”, “Untuk Negeri Kita” (lagu rasmi negeri Pulau Pinang), lagu sekolah dan “Aku Negaraku” dinyanyikan dan bendera sekolah dinaikkan.



13



ADAB SOPAN



13.1



Murid-murid mesti berkelakuan baik pada setiap masa dan mengamalkan nilai-nilai murni.



13.2



Murid-murid mesti menghormati setiap guru pada bila-bila masa dan mengamalkan nilai-nilai murni.



13.3



Murid-murid ,mesti berada dalam keadaan senyap apabila berada berhampiran dengan pejabat sekolah, bilik guru, pusat sumber, makmal komputer, makmal sains, bilik kemahiran hidup , surau dan di dalam kelas masing-masing.



13.4



Murid-murid tidak dibenarkan berkeliaran tanpa sebab dan tanpa urusan di pejabat dan di bilik guru.



13.5



Murid-murid mesti menghormati pengawas dan ketua kelas dan mengikut arahan mereka.



13.6



Murid-murid mesti sentiasa kelihatan bersih , kemas dan selesa dari segi tubuh badan, pakaian, pertuturan dan kelakuan.



13.7



Sebarang kesalahan jenayah akan dilaporkan kepada pihak polis/ pihak berkuasa dan tertakluk kepada undang-undang awam.



14



UJIAN DAN PEPERIKSAAN



14.1



Murid-murid wajib menghadiri setiap pentaksiran sumatif dan formatif yang diadakan dan sentiasa bersedia menghadapi pentaksiran tersebut.



14.2



Murid-murid yang tidak hadir semasa pentaksiran diadakan tidak dibenarkan



menduduki



semula



pentaksiran



yang



sama



kecuali



mengemukakan surat daripada doktor yang mengesahkannya sakit pada masa / tarikh pentaksiran tersebut. Guru boleh memberi soalan ujian atau peperiksaan yang lain.



14.3



Murid-murid mesti jujur dan amanah. Murid-murid dilarang meniru atau membenarkan murid-murid lain meniru jawapannya dalam ujian atau peperiksaan. Perbuatan meniru atau membenarkan murid-murid lain meniru adalah kesalahan serius dan akan dikenakan tindakan disiplin yang sewajarnya.



14.4



Murid-murid mesti membawa alat tulis/ alatan yang perlu semasa ujian atau peperiksaan sesuatu mata pelajaran. Murid-murid dilarang meminjam alatan semasa ujian atau peperiksaan sedang berlangsung.



15



PERBUATAN YANG DIHARAMKAN / PERTUBUHAN LUAR SEKOLAH



15.1



Perbuatan merokok, meminum minuman keras atau minuman yang ada campuran alkohol dan mengambil dadah diharamkan sama sekali.



15.2



Murid-murid dilarang berjudi, membawa atau bermain alat muzik, permainan,contohnya “pin table”, “video game”, “game and watch”, “Walkman”, “cyber pet” , “mp4” atau yang seumpama dengannya.



15.3



Murid-murid dilarang membawa makanan ringan, kertas tisu, cecair pemadam, dan barangan atau alatan yang boleh dikategorikan sebagai senjata kecuali dengan kebenaran guru.



15.4



Permainan atau alatan yang dilarang akan dirampas dan tidak akan dipulangkan semula kepada murid-murid.



15.5



Murid-murid dilarang memasuki atau mewakili persatuan dan badan sukan luar sekolah tanpa kebenaran bertulis dari Guru Besar.



15.6



Murid-murid dilarang membuat bantahan secara berkumpulan . Muridmurid yang ingin membuat cadangan atau mengemukakan rasa tidak puasa hati mesti menggunakan saluran yang betul seperti berjumpa Kaunselor, guru disiplin, guru kelas, penolong kanan atau Guru Besar. Kegagalan menggunakan saluran yang betul (contioh: menulis di akhbar,



media sosial dll) akan menyebabkan pelajar menghadapi tindakan serius termasuk digantung atau dibuang sekolah.



16



PERPUSTAKAAN DAN PUSAT SUMBER



16.1



Murid-murid mesti berpakaian kemas dan bersih .(pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekolah).



16.2



Peminjam buku perpustakaan akan hanya dilayan apabila menggunakan kad keahlian sendiri.



16.3



Buku rujukan “red spot” , majalah dan surat khabar tidak boleh dibawa keluar kecuali dengan kebenaran khas Guru Pusat Sumber.



16.4



Buku yang dipinjam mesti dipulangkan sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan kepada peminjam yang lewat memulangkan buku.



16.5



Murid-murid yang menghilangkan atau menyebabkan kerosakan buku perpustakaan mesti menggantikan buku itu.



16.6



Beg, bahan makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke perpustakaan.



16.7



Buku, majalah dam surat khabar yang telah dibaca , hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.



16.8



Kerusi yang telah digunakan hendaklah disusun semula dengan baik dan apabila pengguna perpustakaan hendak meninggalkan perpustakaan, buku-buku yang dibawa masuk mestilah diperiksa oleh pengawas pusat sumber.



16.9



Murid-murid sentiasa senyap apabila berada di perpustakaan. Muridmurid yang didapati mengganggu ketenteraman di perpustakaan boleh disuruh keluar dari perpustakaan oleh pengawas pusat sumber



17



SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)



17.1



Buku-buku SPBT mestilah dijaga dengan baik dan digunakan dengan sepenuhnya. Buku-buku tersebut mestilah dibalut dengan pembalut plastik yang sesuai.



17.2



Murid-murid hendaklah menulis nama dan kelas dalam ruangan yang telah disediakan dalam buku-buku SPBT dan buku –buku tersebut hendaklah digunakan oleh peminjam dan tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain atau berkongsi menggunakannya.dengan murid-murid yang mendapat kemudahan SPBT.



17.3



Buku-buku SPBT yang hilang atau rosak mestilah diganti dengan buku yang sama judulnya. Sekiranya buku tersebut tidak ada di pasaran tempatan, murid-murid hendaklah menggantikannya dengan nilai semasa.



17.4



Murid-murid yang bertukar sekolah dalam negeri boleh membawa bukubuku SPBT yang dipinjamkan ke sekolah baru. Murid yang berhenti sekolah wajib mengembalikan buku SPBT kepada guru kelas. Pihak sekolah berhak menahan pengeluaran Sijil Berhenti Sekolah atau dokumen lain kepada murid-murid yang gagal memulangkan buku-buku SPBT.



17.5



Semua buku SPBT yang dipinjamkan oleh pelajar mestilah dipulangkan pada masa yang telah ditetapkan.



17.6



Pihak sekolah berhak untuk tidak memberi kemudahan SPBT atau menarik balik kemudahan SPBT kepada mana-mana murid yang didapati tidak layak menerima kemudahan tersebut atau melanggar syarat-syarat pemberian pinjaman.



18



PERALATAN SUKAN



18.1



Semua alatan sukan yang hendak digunakan mestilah dengan kebenaran setiausaha sukan atau guru yang berkenaan dan murid hendaklah menggunakan peralatan tersebut dengan baik dan berhati-hati.



18.2



Alatan sukan yang telah selesai digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan mana-mana peralatan yang dipinjam , contohnya : jersi, hendaklah dijaga dan dipulangkan dengan keadaan baik, selamat dan bersih. Sebarang kehilangan atau kerosakan alatan yang disebabkan oleh kecuaian murid hendaklah diganti.



19.



KEBERSIHAN



19.1



Murid-murid dilarang berludah dan membuang sampah di merata-rata tempat. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Kebersihan kelas menjadi tanggungjawab murid-murid kelas yang berkenaan dan adalah menjadi kesalahan bagi murid-murid yang menulis, melukis, menconteng dan mengotorkan bangunan sekolah.



19.2



Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik air dan tandas. Tandas



yang



digunakan



mestilah



dialirkan



airnya



dan



jangan



memasukkan sebarang benda yang tidak mudah hancur dan reput ke dalam lubang tandas / singki. Paip air hendaklah sentiasa ditutup selepas digunakan. Murid-murid dilarang membasuh kaki di singki.



20.



KESELAMATAN



20.1



Murid-murid dilarang membawa sebarang senjata atau alatan yang dianggap berbahaya dan mengancam keselamatan ke sekolah.



20.2



Murid-murid mesti berbaris dengan senyap di tapak perhimpunan , sebelum waktu pertama mengikut kelas masing-masing, di luar kelas selepas waktu rehat dan apabila tamat waktu akhir sebelum keluar dari kawasan sekolah.



20.3



Murid-murid mesti berbaris berdua-dua dan berjalan dengan senyap semasa di tapak perhimpunan, semasa pertukaran kelas dan semasa pulang dari sekolah.



20.4



Murid-murid mestilah memandang kiri dan kanan dan kekiri semula apabila hendak melintas jalanraya.



20.5



Semasa berjalan masuk dan keluar dari kawasan sekolah, murid-murid hendaklah berjalan di lorong yang ditetapkan untuk mengelakkan kesesakan.



20.6



Semasa menaiki dan turun dari bas / van sekolah, murid-murid hendaklah beratur dan jangan bertolak-tolak.



20.7



Semasa membeli bahan makanan dan minuman di kantin , murid-murid hendaklah berbaris, tidak berebut-rebut, bertolak-tolak dan bising.



20.8



Murid-murid dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi semua peraturan khas di Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Pusat Sumber, bengkel Kemahiran Hidup, Surau dan bilik-bilik khas yang lain semasa mengikuti matapelajaran berkenaan supaya tidak berlaku sebarang masalah dan kemudaratan.



21



PELAWAT



21.1



Semua pelawat samada ibu, bapa, ahli keluarga, saudara mara, atau kenalan yang ingin menemui murid-murid pada waktu persekolahan mestilah mendapat kebenaran Guru Besar di pejabat sekolah terlebih dahulu.



21.2



Murid-murid hendaklah sentiasa menghormati mana-mana pelawat yang masuk ke kawasan sekolah.



21.3



Murid-murid hendaklah melaporkan dengan serta merta kepada Guru Besar atau mana-mana guru sekiranya melihat orang-orang yang dicurigai atau disyaki memasuki kawasan sekolah dengan tujuan yang tidak baik.



22



TIDAK HADIR KE SEKOLAH DAN KELAS



22.1



Murid-murid yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit mestilah membawa surat akuan doktor. Murid-murid yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu dan munasabah yang lain, mesti membawa surat akuan atau jaminan daripada ibu bapa atau penjaga.



22.2



Murid-murid



akan



dikenakan



tindakan



disiplin



sekiranya



gagal



mengemukakan bukti secara bertulis dan dianggap munasabah oleh pihak sekolah kerana ketidak hadirannya ke sekolah. 22.3



Nama murid-murid akan dipotong daripada daftar sekolah jika ia masih tidak hadir ke sekolah (ponteng) selepas surat peringatan yang ketiga dihantar kepada ibu bapa / penjaga.



23



KETUA KELAS DAN PENGAWAS



23.1



Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas bertanggungjawab kepada guru kelas. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya kepada kelas masingmasing. Murid-murid lain di dalam kelas berkenaan mesti menghormati ketua kelas dan keputusannya termasuk pengawas di kelas itu sendiri.



23.2



Setiap pengawas bertanggungjawab kepada Guru Besar dan setiap guru pada bila-bila masa.



23.3



Pengawas sekolah yang dilantik bertanggungjawab melaksanakan peraturan sekolah. Setiap murid mesti menghormati pengawas.



23.4



Ketua kelas hendaklah mencari guru yang sepatutnya memasuki kelas jika guru itu tidak sampai selepas 5 minit waktu matapelajaran itu bermula. Guru penyelaras jadual waktu atau guru bertugas atau guru kelas atau



mana-mana guru hendaklah diberitahu sekiranya guru yang berkenaan tidak ditemui.



24



WAKTU SOLAT



24.1



Semua murid Islam wajib menunaikan solat fardhu.



24.2



Waktu solat di sekolah ialah sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Semua murid Islam hendaklah mematuhi peraturan tersebut. Murid-murid yang gagal mematuhi peraturan / arahan tersebut boleh dikenakan tindakan.



25



LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN



25.1



Murid-murid yang berada di kawasan sekolah pada bila-bila masa hendaklah bersedia mengikuti latihan kebakaran dan kecemasan dengan penuh tatatertib serta mematuhi segala arahan yang ditetapkan.



25.2



Latihan tidak boleh dipermain-mainkan kerana melibatkan keselamatan diri semua individu di sekolah.



26



PENGURUSAN MASA



26.1



Murid-murid mesti menepati masa sepanjang masa persekolahan. Kegagalan menepati masa untuk menghadiri kelas / aktiviti / gerak kerja yang ditetapkan akan menjejaskan kelancaran pengendalian kelas l aktivitil gerak kerja yang berkenaan.



26.2



Kegagalan menepati masa yang berulang kali, contohnya: dating lewat ke sekolah dan lewat masuk ke kelas selepas waktu rehat akan menyebabkan muri berkenaan dikenakan tindakan disiplin.



27



SURAT MENYURAT



27.1



Semua bahan kiriman melaui pos untuk murid-murid yang dialamatkan ke sekolah akan ditapis oleh Guru Besar atau wakilnya.



27.2



Pihak sekolah akan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada muridmurid yang didapati menerima surat yang isinya menyeleweng atau tidak secocok dengan statusnya sebagai murid sekolah.



27.3



Surat menyurat dari dan kepada unit beruniform / persatuan / kelab agensi/ kerajaan / swasta mestilah melalui Guru Besar.



28



TINDAKAN DAN HUKUMAN



28.1



Sebarang kelakuan samada sengaja atau tidak, yang bertentangan dengan peraturan sekolah ini dianggap sebagai kesalahan.



28.2



Murid-murid yang melakukan kesalahan melanggar peraturan –peraturan yang terkandung dalam buku peraturan ini atau tidak dinyatakan di dalam buku ini tetap diwartakan dari semasa ke semasa dengan jelas kepada murid-murid , akan dikenakan tindakan disiplin yang setimpal dengan kategori kesalahannya dan hukuman tersebut umumnya adalah seperti berikut:



28.2.1



Nasihat



28.2.2



Amaran Lisan dan Amaran Bertulis



28.2.3



Diberitahu kepada ibu bapa/ penjaga dan perjanjian berkelakuan baik



28.2.4



Hukuman rotan



28.2.5



Persekolahan digantung



28.2.6



Nama akan direkodkan dan dicatat salah lakunya dalam Sijil Berhenti Sekolah



28.2.7



Dibuang sekolah



28.3



Murid-murid yang dikenakan hukuman akan direkodkan namanya ke dalam Rekod Disiplin Murid. Laporan akan diberitahu kepada ibubapa / penjaga.



28.4



Jawatankuasa Disiplin akan mendengar dan membincangkan kesalahankesalahan besar seseorang murid. Keputusan cadangan tindakan oleh Jawatankuasa Disiplin akan dikemukakan kepada Guru Besar untuk tindakan beliau.



28.5



Sebarang masalah berhubung dengan kekeliruan atau ketidak fahaman tentang peraturan serta tindakan terhadap salah laku, boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin sekolah pada bila-bila masa, selagi murid tidak / belum terbabit dengan salah laku.



SENARAI AMALAN BAIK (Senarai sedia ada dalam SSDM) Kod Amalan Baik 01 02 03 04 05 06 07 08



Keterangan Amalan Baik Sukarela Membantu Guru Sukarela Melapor Kes Salah Laku Membantu Melaksanakan Kerja-Kerja Landskap / Taman Membantu Mengemas / Menyusun Atur Bilik-Bilik Khas Membersih Kawasan / Bilik Khas Kerja-Kerja Mengecat Menyertai Aktiviti Luar Di Bawah Bimbingan Dan Kaunseling Aktiviti Lain Yang Menzahirkan Nilai-Nilai Murni SENARAI KESALAHAN / KES KHAS (Senarai sedia ada dalam SSDM)



Kod N101 N104 N109 A101 A102 A103



Keterangan Salah Laku Membawa handphone Menunjuk perasaan/berpiket Meniru dalam peperiksaan Berjudi Mencuri Mengancam/memukul/mencederakan guru



A104 A105 A106 A107 A108 Kod B101 B102 B103 B104 C101 C102 C103 C104 D101 D102 D104 D107 D108 E101 E102 E103 E104 E105 E106 E107 E108 E109 E110 F101 F102 F103 F104 F105 F106 F107 F108 F109 F110 G101 G103 G104 G105 G106 G108



Mengancam/memukul/mencederakan kakitangan Mengancam/memukul/mencederakan murid Peras ugut Gengsterisme Bergaduh Keterangan Salah Laku Buli bahasa Buli fizikal Buli isyarat Buli perhubungan Memiliki dan menyimpan rokok Membekal dan menawarkan rokok Menjual dan mengedar rokok Menghisap rokok Ponteng sekolah Ponteng kelas Ponteng ujian / peperiksaan Ponteng acara rasmi sekolah Ponteng perhimpunan Bercumbuan Berkhalwat Bawa bahan lucah Mengedar bahan lucah Mengintai Menggunakan kata / perbuatan lucah Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah Menonton vcd / filem lucah Memeluk murid lain jantina Berdua-duaan yang menimbulkan syak Biadap kepada guru Biadap kepada kakitangan Biadap kepada tetamu Berkelakuan kasar kepada murid Berbahasa kesat / kasar kepada murid Meminum / membeli / menyimpan / mengedar minuman yang memabukkan Membuang sampah merata-rata Ingkar arahan guru Ingkar arahan pengawas Meludah di tempat tidak sepatutnya Merosakkan harta benda sekolah Merosakkan harta benda kantin Merosakkan peralatan bilik-bilik khas Merosakkan tanaman tumbuhan / tanaman hiasan Menconteng dinding bangunan sekolah Merosak / mengoyak buku SPBT



G109 G110 G111 H101 H102 Kod H103 H104 J101 J102 J103 J104 J105 J106 J107 J108 K101 K102 K103 K104 L101 L102 L103 L104 L105 L106 L107 L108 L109 M10 1 M10 2 M10 3 M10 4 P101 P102 P103 P104 P105 P106 P107



Merosakkan peralatan sukan Merosakkan kenderaan guru besar / pengetua / guru / kakitangan Merosakkan harta / kenderaan murid Pecah amanah Berbohong Keterangan Salah Laku Tidak bertanggungjawab Tidak jujur Menunggang motosikal / basikal dalam kawasan sekolah Masuk tandas berlainan jantina Sengaja membunyikan loceng kecemasan Mengganggu semasa pengajaran dan pembelajaran Tidak ikut giliran / berebut-rebut / bertolak-tolak Membawa / bermain mercun Mengubahsuai pendawaian elektrik Keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran Lewat ke sekolah Lewat ke perhimpunan Lewat masuk kelas Lewat datang aktiviti luar kelas / kokurikulum Berkuku panjang Mewarna kuku / berinai Berambut panjang Rambut berfesyen Bermisai / berjanggut Memakai pakaian tidak mengikut peraturan Pakai barang kemas Mencukur bulu kening Memakai alat solek Penglibatan dalam politik Penglibatan dalam perhimpunan / perarakan politik Merayu undi dalam pilihanraya Menyebar penulisan / dokumen / propaganda politik Penyalahgunaan dadah / inhalan Memiliki / menyimpan bahan berkaitan dadah / inhalan Membekal / menawarkan bahan berkaitan dadah / inhalan Menjual / mengedar bahan berkaitan dadah / inhalan Menghisap / menyuntik / menyedut / meminum / menghidu bahan berkaitan dadah / inhalan Menghidu bahan-bahan inhalan Bertatoo



P108 P109 P110 P111 P112 P113 P114 P115 P116



Mencederakan diri sendiri Cubaan membunuh diri Terjun bangunan Penyalahgunaan racun Hamil Lumba haram Kemalangan dalam sekolah Lari dari rumah Ajaran sesat / militan PERAKUAN MURID



Saya



…………………………………………………………………………………………...



murid tahun …………………………………. Mengakui bahawasanya saya telah membaca dan meneliti serta memahami akan segala peraturan yang terkandung di dalam “BUKU PERATURAN SEKOLAH” ini. Saya berjanji akan mematuhi segala peraturan, bersedia menerima hukuman dan denda yang akan dikenakan sekiranya saya melanggar peraturan yang ditetapkan.



Sekian. Terima kasih.



Tandatangan Murid



Tandatangan Ibubapa / Penjaga



………………………………..



…………………………………….



(



(



)



Contoh potongan rambut murid lelaki (Surat Pekeliling Ikhtisas No.2/1976)



)



Contoh pakaian seragam murid perempuan dan murid lelaki. (Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 1985)



UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RUSA 11010 BALIK PULAU, PULAU PINANG