Cara-Cara Berjimat PDF [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Han Shen 6I Cara-cara berjimat –cermat menggunakan air



Air ialah sumber alam yang amat penting dalam kehidupan seharian kita .Manusia menggunakan air untuk pembersihan , minuman , hiburan dan sebagainya . Oleh itu , kita mesti berjimat-cermat menggunakan air . Memang tidak dapat dinafikan , menakung air di dalam tangki adalah satu cara yang berkesan untuk berjimat-cermat ketika menggunakan air .Di bilik air , kita harus sentiasa menutup kepada paip jika air di dalam tangki sudah penuh . Jangan biarkan air melimpah keluar . Lazimnya , untuk berjimat-cermat menggunakan air , semua orang dilarang memancutkan air sewaktu mencuci kereta atau mencuci lantai .Sebaliknya , kita harus menggunakan baldi untuk mencedok air di dalam tangki seraya menjalani kerja-kerja pembersihan di rumah . Dalam pada itu , kanak-kanak juga tidak dibenarkan bermain air . Sememangnya , orang yang berhemah tinggi akan berjimatcermat menggunakan air . Selepas membilas pakaian , airnya boleh digunakan untuk mencuci longkang . Selain itu , kita boleh menadah air hujan untuk menyiram pokok . Pada keseluruhannya , berjimat-cermat menggunakan air adalah satu amalan yang mulia . Kita harus mengamalkan amalan yang baik ini bukan sahaja untuk kebaikan sendiri malah juga dapat menjamin kestabilan ekonomi negara .