Contoh Penulisan Rekod Anekdot Dan Rekod Berterusan Prasekolah - SS2 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

CONTOH CATATAN REKOD ANEKDOT DAN REKOD BERTERUSAN Dua Cara Merekod Tingkah Laku Kanak-kanak adalah dengan merekodkan tingkah laku kanak-kanak daripada aspek Perkembangan Sosial iaitu Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan. Rekod anekdot



Adalah satu catatan yang ringkas, tepat dan padat mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan. Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot ialah nama kanakkanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan guru dan cadangan atau tindakan guru. Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami kanakkanak berkenaan. Rekod anekdot hendaklah ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk menulis rekod anekdot ialah: - Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku . - Mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan kanak-kanak, merangkumi kelebihan dan kekurangan. - Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku - Menulis apa yang dilihat secara objektif - Maklumat yang biasanya direkodkan adalah berpandukan peristiwa menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah. Panduan Merekod: - Membuat catatan dalam buku nota bagi memastikan peristiwa yang direkodkan tidak tercicir. - Merekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat. – Mencatat tingkah laku dan apa yang diperkatakan oleh kanak-kanak. – Masukkan respons orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku Kanak-kanak yang diperhatikan. - Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan - Maklumat yang direkodkan hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan kanak-kanak.



REKOD ANEKDOT Nama Murid Tarikh Nama Guru



: __________________________________ Umur : _____ tahun. :



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________



Item



Catatan



:



Kebolehan Membaca ( Contoh )



Ulasan



**Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu diberi penekanan



REKOD ANEKDOT Nama Murid Tarikh Nama Guru



: __________________________________ Umur : _____ tahun. :



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________



Item



Catatan



:



Kebolehan Mengira ( Contoh )



Ulasan



REKOD ANEKDOT ( CONTOH 1 ) Nama Murid Tarikh Nama Guru



: Sudin bin Sulaiman :



Umur : _____ tahun.



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________ Item



:



Kebolehan Membaca ( Contoh )



Catatan



Selepas mengikuti sesi bacaan bersama gurukelas, Sudin menarik tangan Zaki, Rosli danZahar ke pusat bahasa untuk mencari buku. Sudin memilih buku bergambar sama dengan buku yangdibaca oleh gurunya tadi.



Ulasan



Sudin anak sulung dalam keluarga sangat rapat dengan Zaki, Rosli dan Zahar. Mereka ini sentiasa patuh dan hormat pada Sudin. Sudin sudah mula berminat pada buku, cuba membaca walau pun masih belum mengenal semua huruf.



Dengar saya nak baca buku ini´. Sudin pun membuka buku lalu membaca dengan gaya seperti Cikgu Rusnani. Zaki,Rosli dan Zahar mendengar dengan penuh minat.³ Sedap tak ceritanya?´ Tanya Sudin kepadamereka. “Hei, Sudin kau dah boleh baca?´” TanyaZahar kepada Sudin. Sudin tunduk dan terus diam. “Bagus, Sudin,´ Cikgu Rusnani memuji sambil bertepuk tangan. Sudin tersenyum dan kelihatan riang. **Cadangan: Penerapan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran perlu diberi penekanan



REKOD ANEKDOT ( CONTOH 2 ) Nama Murid Tarikh :



: Muhammad Munir Bin Mohtar



Umur : _____ tahun.



____________ Masa : ___________Tempat : Taman Permainan Prasekolah



Nama Guru



: ______________________________________________



Item



:



Main Bebas ( Di Taman Permainan )



Catatan



Ulasan



berlari menujuke arah kumpulan



Munir memiliki sifat empati pada rakan. Selain itu, dia juga mempunyai sifat interpersonal yang positif serta sudah memahami bahawa dia perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu semasa bermain di taman permainan.



kanak-kanak yang sedang beratur



Cadangan:



Semasa aktiviti bermain di taman permainan prasekolah. Kelihatan Munir, Hazeem, Faris, dan Iskandar beratur untuk memanjat tangga gelungsur. Tiba-tiba, Haikal



tadi lalu menolak Faris hingga terjatuh. Faris kelihatan memarahi Haikal kerana berebut hendak memanjat gelungsur dahulu. Tambahan pula, tangannya sakit. Munir dengan segera membangunkan Faris. Dia berkata kepada Haikal bahawa tidak baik berbuat demikian. Katanya, cikgu sudah beritahu kalau bermain mesti ikut giliran.Haikal kelihatan menganggukangguk seolah-olah mengiakan kata-kata Munir. Munir menyuruh Haikal bersalam dan meminta maaf pada Faris. Haikal dan Faris pun bersalam.



Guru harus menonjolkan sifat terpuji yang dimiliki Munir dengan menceritakan semula peristiwa yang berlaku di hadapan rakanrakan yang lain agar menjadi teladan kepada orang lain.



REKOD ANEKDOT ( CONTOH 3 ) Nama Murid Tarikh :



: SYED SAFWAN B SYED SALIM



Umur : _____ tahun.



____________ Masa : ___________Tempat : Taman Permainan Prasekolah



Nama Guru



: ______________________________________________ Item



:



Main Bebas ( Di Taman Permainan )



Catatan Pemerhatian Guru meminta Safwan melukis tumbuhtumbuhan yang dia ketahui secara bebas yang biasa dilihat di halaman rumah berpandukan contoh lukisan tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kelapa, pokok pisang dan beberapa tumbuhan yang telah ditunjukkan oleh guru sebelumnya. Safwan mula bertanya apakah jenis pokok yang perlu dilukis dan berapakah jumlahnya dan berapa besar saiz pokok yang perlu dilukis. Safwan ingin melukis bunga matahari dan mula bertanya berapakah kelopak bunga matahari yang perlu dilukis. Safwan terus melukis dengan panduan jawapan guru tanpa mempedulikan rakan-rakan lain yang terpinga-pinga untuk mula melukis. Beliau dilihat melukis dengan dengan yakin. Beliau melukis dimulakan dengan kelopak, batang dan daun. Kelopak yang dilukisnya agak besar dan panjang seperti daun lalang dan jarang. Selesai melukis setelah bertanyakan pendapat guru tentang lukisannya, beliau terus mewarna lukisan tersebut dan hasilnya adalah seperti yang dijangkakan iaitu kemas, penggunaan warnanya agak relevan dan cantik Safwan merupakan pelajar yang paling pintar dalam kelas 6 Prasekolah. Beliau mendengar arahan guru dengan teliti dan suka bertanya jika ada sesuatu perkara yang tidak difahaminya. Beliau merupakan anak kakitangan kerajaan dan latarbelakang sosioekonominya agak baik . Beliau suka berminat melukis pokok bunga matahari kerana menurutnya pokok tersebut ditanam oleh ibunya di dalam pasu dihalaman rumah. Teknik mewarnanya



Ulasan azam merupakan murid yang sederhana pencapaiannya dan pendiam. Beliau tidak suka bertanya jika ada kekeliruan. Arahan yang diberi tidak diikuti sepenuhnya dan beliau lebih suka berimaginasi sendiri tanpa melihat contoh yang diberikan oleh guru dan melihat kawankawannya yang lain. Beliau seolah-olah yakin dengan diri sendiri walaupun hasilnya agak kurang tepat. Teknik mewarna masih lemah untuk dikuasai. Penggunaan pensel semasa melukis juga tidak mengikut teknik yang betul. Ditanya kenapa mewarna menggunakan 2 warna sahaja, kerana 2 warna itu yang tinggal kerana diambil oleh rakan atau hilang. Ia berlaku mungkin kerana ia seorang pendiam dan mudah dibuli rakan. Beliau juga seorang yang pembersih dan menjaga hasil lukisannya supaya kelihatan kemas, sebab itu di menggunakan pembaris untuk melukis batang bunga, katanya supaya ia kelihatan kemas



agak baik kerana mendapat pendedahan melukis dan mewarna di dalam kelas kreatif yang dihadirinya setiap hujung minggu di bandar.



REKOD ANEKDOT ( CONTOH 4 ) Nama Murid : MUHAMMAD AFIQ IRWAN BIN SAFLI Umur : _____ tahun. Tarikh : ____________ Masa : __________



Tempat :______________________ Nama Guru Item



___________________________________



:



Catatan Pemerhatian Guru meminta Afiq melukis tumbuhtumbuhan yang dia ketahui secara bebas yang biasa dilihat di halaman rumah berpandukan contoh lukisan tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kelapa, pokok pisang dan beberapa tumbuhan yang telah ditunjukkan oleh guru sebelumnya. Seperti biasa Afiq seorang murid yang paling kerap bertanya dari kalangan murid yang lain. Dari pertanyaan penggunaan media seperti pensel, jenis bunga, jumlah kelopak, saiz kecil atau besar hinggalah perkara yang kecil yang lain. Setiap garisan dan bentuk yang dilukisnya, beliau akan datang bertanya kepada guru sama ada betul atau tidak gambar yang dilukisnya. Jika ada berlaku sedikit kesalahan, beliau akan terus memadamkannya, menyebabkan kertas lukisannya kelihatan comot dan kotor. Akibatnya beliau mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan hanya sekuntum bunga. Gambar bunga yang dihasilkan agak menjadi tetapi kreativitinya agak terbatas. Susunan daun dan kelopak bunga juga relevan. Garisan yang dilukisnya agak terkawal, menampakkan kematangan dalam kawalan tangannya. Dalam mewarna pula beliau kelihatan tidak mahir menentukan warna asas bunga dan kerap bertanya kepada guru dalam pemilihan warna.



Ulasan Muhammad Afiq merupakan seorang pelajar yang sederhana pencapaiannya. Beliau merupakan murid yang paling aktif dan berani bertanya di dalam kelas. Setiap ingin sebarang perlakuan atau menerima arahan, beliau akan bertanya sama ada perkara yang dibuat betul atau tidak. Beliau seolah-olah tidak boleh berdikari dan tidak boleh membuat keputusan sendiri. Akibat daripada tersebut tidak yakin atau ragu-ragu jelas kelihatan padanya. Kemahiran kawalan tangannya boleh ditingkatkan dengan pengukuhan- pengukuhan lain.



REKOD ANEKDOT ( CONTOH 5 ) Nama Murid Tarikh :



: MUHAMMAD ADAM HARRIS BIN YAZID



Umur



: _____ tahun.



____________ Masa : __________



Tempat :______________________ Nama Guru Item



___________________________________



:



Catatan Pemerhatian Guru meminta Adam melukis tumbuhtumbuhan yang dia ketahui secara bebas yang biasa dilihat di halaman rumah berpandukan contoh lukisan tumbuhan seperti pokok bunga, pokok kelapa, pokok pisang dan beberapa tumbuhan yang telah ditunjukkan oleh guru sebelumnya. Adam dilihat banyak termenung dan sambil menjeling jeling perlakuan rakan sebelahnya Afiq. Setelah ditegur beberapa kali barulah beliau mula melukis. Beliau dilihat mula melukis pasu bunga dahulu, diikuti batangnya dan kemudiannya bunganya tetapi banyak masa yang diperlukan oleh Adam untuk menyiapkan sebatang pokok yang berbunga, kerana setiap kali siap melukis satu bahagian bunga maka ia akan berhenti dan termenung, setelah ditegur oleh guru, maka beliau akan menyambungnya semula. Dari segi keseimbangan objek yang dilukis adalah tidak tepat dimana pasu dilukis lebih besar daripada pokok bunga manakala daun dilukis lebih besar daripada bunga. Dalam mewarna pula Adam dilihat dapat mengunakan warna yang sesuai. Teknik mewarnanya agak lemah dimana beliau mewarna dalam pelbagai arah menyebabkan lukisannya dilihat tidak menarik



Ulasan Muhammad Adam merupakan pelajar yang sering dilihat banyak termenung di dalam kelas dan banyak mengantuk di dalam kelas. Bila ditanya kenapa selalu mengantuk, beliau menjawab kerana tidur lewat. Menurut ibunya beliau seorang suka menghabiskan masanya dengan tidur bila ada masa lapang. Banyak tumpuan perlu diberikan kepadanya supaya ia tidak terus leka. Teknik kawalan pensel juga dilihat boleh diperbaiki dan ditingkatkan di masa depan. Pelajar ini juga telah ditunjukkan mewarna dengan betul iaitu mewarna dengan arah yang sama supaya hasil lukisan akan kelihatan kemas dan menarik.



REKOD BERTERUSAN Panduan Menyediakan Rekod Berterusan Bagi menyediakan rekod berterusan, beberapa panduan perlu dititikberatkan bagi semua guru bagi memperoleh rekod berterusan yang tepat dan padat. Antaranya ialah : a. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah tingkah laku kanak-kanak, ruang atau sudut pembelajaran yang akandiperhatikan sesuai? b. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid satu per satu. Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. c. Rekod dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku. d. Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat bagi menerangkan setiap aksi. e. Guna bahasa yang mudah difahami. f. Pastikan rekod dicatat mengikut urutan peristiwa. g. Tentukan masa. h. Perlu tulus dan ikhlas. i. Guna singkatan semasa merekodkan.



Rekod Berterusan



merupakan catatan dalam bentuk cerita (narative) yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang dikatakan oleh murid akan dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 hingga 8 minit. Prosedur pemerhatian: - Fokus kepada kanak-kanak yang ingin diperhatikan. Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian. - Rekodkan apa yang dilakukan oleh kanak-kanak secara terperinci. - Rekod hendaklah tepat dan padat. - Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.



Panduan menulis: - Merekodkan perkara-perkara yang sebenarnya berlaku. Gunakan bahasa yang boleh difahami. - Gunakan singkatan semasa mencatat. - Tulis secara terperinci tentang tingkah laku yang ingin diperhatikan. - Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif atau “ Judgemental”. - Pastikan buku nota atau kertas catatan diletak di tempat yang strategik atau sulit.



Rekod berterusan merupakan satu rekod yang lengkap dan tidak terhad kepada suatu aspek atau kejadian sahaja. Ini membantu guru bagi mengkaji dan mengesan masalah perkembangan yang ada pada setiapmurid. Selain itu, rekod jenis ini juga, lebih bersifat terbuka dan guru boleh mencatatkan apa sahaja yang berlaku sepanjang pemerhatian yangdibuat. Rekod berterusan juga tidak memerlukan sesorang guru itu mahir dalam kemahiran pemerhatian yang khusus. Setiap tingkah laku dan perbualan murid dapat dijadikan data mentah yang berguna dalam penilaian.



CONTOH REKOD BERTERUSAN Nama Murid Tarikh Nama Guru



: __________________________________ Umur : _____ tahun. :



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________



Item



Catatan Pemerhatian



:



KEPIMPINAN ( Contoh )



Ulasan



REKOD BERTERUSAN Nama Murid Tarikh Nama Guru



: __________________________________ Umur : _____ tahun. :



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________



Item



Catatan Pemerhatian



:



MAIN SENDIRIAN ( Contoh )



Ulasan



REKOD BERTERUSAN ( Contoh 1 ) : Nur Arifah Aqilah Binti Sulaiman



Nama Murid Tarikh Nama Guru



:



Umur : _____ tahun.



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________



Item



:



KEPIMPINAN



Catatan Pemerhatian Aqilah bermain bersama sekumpulan 5 orang di pusat main pasir. Mereka bermain dengan beberapa



Ulasan Aqilah memiliki ciri-ciri seorang ketua dan pemimpin. Rakan-rakan lain akan mendengar kata dan arahan darinya.



peralatan main pasir seperti pengorek, pencedok, cawan, baldi, dan sebagainya. Semasa aktiviti baru bermula, kedengaran Aqilah memberi cadangan kepada kanak-kanak yang lain. Aqilah : Mari kita buat rumah dengan pasir.



Ciri-ciri pemimpin dan teleransi yang baik dapat dilihat dalam diri Aqilah. Pujian harus diberikan kepada Aqilah, supaya dapat dijadikan dorongan dan inspirasi kepada murid lain.



Lepas buat rumah, kita buatlah bukit dan sungai di belakang rumah, buat pagar di sekeliling rumah. Nanti tentu rumah kita cantik. Kanak-kanak yang lain bersetuju. Aqilah membahagikan peralatan permainan pasir kepada kawan-kawannya. Jadi Setiap seorang mempunyai alat mainan tersebut. Aqilah: Ambil seorang satu benda-benda ni. Jom kita buat rumah kita cantik-cantik. Nanti kita kongsi-kongsi guna alat-alat ni. Akhirnya rumah pasir pun siap dibina tanpa sebarang konflik hasil daripada peranan yang dimainkan Aqilah



REKOD BERTERUSAN ( Contoh 2 ) : Nur Dhia Batrisya Binti Jaafar



Nama Murid Tarikh Nama Guru



:



Umur : _____ tahun.



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________



Item



: SETIAKAWAN



Catatan Pemerhatian Dhia sedang menyiapkankan tugasan kolaj bentuk epal untuk Tunjang Bahasa Inggeris di kelas. Auni di sisi, masih menangis kerana gagal membuat tampalan kolaj dengan baik.



Ulasan Dhia seorang setiakawan.



Auni : Susahla. Melekat je gam ni. ( Sambil menangis lagi ...) Dhia : Sekejap ya. Nanti saya tolong kalau saya dah siap. Dhia membantu Auni selepas siap kolaj tugasannya. Dhia : Ha... bukannya susah sangat. Awak jangan guna gam banyak-banyak. Memangla melekat. Auni : Saya punya dah nak siap! ( Auni tersenyum gembira kerana Dhia membantu )



yang



memiliki



Rajin membantu dan memberi nasihat. Pandai memujuk.



Dhia : Kenapa ni Auni? Buatla..



murid



s



REKOD BERTERUSAN ( Contoh 3 ) Nama Murid Tarikh Nama Guru



:Ainon binti Amirudin :



Umur : _____ tahun.



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________ Item



:



MAIN SENDIRIAN ( Contoh )



Pemerhatian



Ainon sedang bermain pasir dengan beberapa orang rakannya.



Ulasan



1. Menunjukkan sifat toleransi dan kerjasama.



Dia bangun dan mengatakan ³Penatlah main pasir, jom main jongkang jongkit. Ainon memanggil rakan-rakannya.Beberapa orang murid berebut-rebut menaiki jongkang-jongkit itu. Ainon : Janganlah berebut-rebut Liza : Saya pun nak naik juga Ainon : Gilir-gilirlah. OK.Minah, Rozi duduk di hujung sana. Noni dan Milah dihujung sini, ya!



2. Memahami konsep matematik



Milah : Saya tak boleh dengan Noni, sebab Saya dua-dua kurus, tentu lebih ringan, nanti tak sama Ainon : ya betul, nanti tak sama Rozi : Ala… Tak mau, saya nak duduk dengan Minah juga Ainon : OK. Som pun kurus, tolong duduk depan Noni. Hah, baru sama berat.



3. Memahami konsep keseimbangan



REKOD BERTERUSAN ( Contoh 4 ) : Najwa Amira bte Suhail



Nama Murid Tarikh Nama Guru



:



Umur : _____ tahun.



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________



Item



: KECENDERUNGAN MEMBERI IDEA



Catatan Pemerhatian



Ulasan



Najwa sedang melihat Yana menyusun lego dan kereta kecil. Yana sering bersungut susah untuk mencantumkan Najwa seorang yang prihatin lega dan laluan kereta kecilnya selalu diganggu oleh rakan lain yang turut sama bermain di sudut manipulatif. Yana : Ish... Janganla lalu sini. Tak nampak ke saya nak main kereta ni? Najwa memerhati tingkah laku Yana. Najwa : Yana... Kenapa awak duduk situ? Kan susah nak main kat situ?



Boleh memberi cadangan dan idea.



Yana : Saya yang sampai dulu. Ni tempat sayala. Najwa : Mari sini main kat sini. Kosong ni. Yana : Tak nak. Saya dah susun banyak ni. Ni jalan raya. Penat saya susun lego ni.



Dapat memberi pengaruh positif Najwa : Mari saya buatkan awak jalan raya macam cikgu buat haritu. kepada rakan. Yana : Cikgu beri ke kita buat? Najwa : Ala... Pakai selotape je. Bolehkan cikgu? Cikgu boleh tak buatkan jalan raya pakai selotape macam haritu? Yana ni...nak main kereta dia..



REKOD BERTERUSAN ( Contoh 5 ) : Mohd Razif bin Jalani



Nama Murid Tarikh Nama Guru



:



Umur : _____ tahun.



________________________ Masa : ___________________ : ______________________________________________



Item



: KESEDIAAN MEMBANTU GURU



Catatan Pemerhatian



Ulasan



Razif seorang anak yatim. Seorang murid yang pelat dan masih berusai 5 tahun. Razif murid aktif Sangat agresif di kelas. Semasa aktiviti Main Bebas, guru dan PPM menggunakan pam untuk meniup belon. Razif : Cikgu, susah ke nak pam ni? Cikgu : Susahla Razif. Sebab tangan cikgu tak kuat.



Sedia membantu orang di sekeliling. Mungkin kerana telah diberi pendedahan se dari rumah, setelah ketiadaan bapanya, anak lebih banyak berdikari.



Razif : Cikgu biar saya buat. Dapat memberi idea kepada guru. Cikgu : Tak apa Razif. Cikgu boleh buat. Razif : Biar saya buat. Tangan saya kuat. Mama saya panggil saya “ Abang Sado”. Cikgu senyum membantu.



dan



mengizinkan



Razif : Jangan berebut ya. Nanti saya bagi semua orang dapat belon. Jangan berebut.



Razif Dapat mengawal keadaan.