Elemen Prrofesionalisme Perguruan Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat [PDF]

  • Author / Uploaded
  • Tze
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Elemen Prrofesionalisme perguruan dan Pembelajaran sepanjang hayat Menurut William (1996), beliau menyatakan amalan guru di bilik darjah adalah signifikan dalam menentukan kualiti pengajaran mereka. Ini bermakna proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru-guru dilaksanakan secara berterusan. Ini bermakna semua guru termasuk guru-guru baharu, guru-guru kanan mata pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru penolong kanan dan Pengetua/Guru Besar perlu diberi latihan secara berterusan untuk menjadikan mereka lebih kompeten dan profesional. Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.“Profesionalisme” itu sendiri berasal daripada perkataan “profesi” yang bermaksud suatu bidang pekerjaan. Menurut Philips (1991:43) memberikan definisi profesionalisme sebagai individu yang bekerja sesuai dengan standar moral dan etika yang ditentukan oleh pekerjaan tersebut. Profesionalisme guru adalah bertujuan untuk mengekal dan mempertingkat kualiti guru dan peranan kepemimpinan mereka. Pembangunan profesionalisme juga usaha-usaha kearah penimbaan pengalaman melalui kursus-kursus yang relevan untuk menjadikan guru lebih berkeupayaan dari segi kompetensi dan seterusnya dapat membangun dalam laluan kerjaya mereka. Elemen



yang



mendasari



keteguhan



Profesionalisme



Keguruan



adalah



sejauhmana seseorang guru melalui proses latihan ikhtisas dan ilmu serta kemahiran yang diperoleh dari institusi latihan guru. Mempraktikkan ilmu secara berterusan, telah mengikuti program pengajian tinggi formal, dilatih mendapatkan kemahiran tertentu, mengamalkan etika profesien, dan mengamalkan pengajaran berasaskan beberapa teori. Elemen pertama yang dibincangkan ialah pembelajaran dan pengajaran guru. Guru-guru wajib mengikuti kursus-kursus latihan dalam perkhidmatan bagi mengasah bakat sebagai guru yang profesional. HaI ini boleh dilakukan melalui program-program perkembangan profesionalisme yang berterusan (Continuing Professional Development Programmes). Guru seharusnya dapat memantapkan dan memperteguhkan preofesion keguruan dari aspek kemahiran, teknik, keilmuan dan kepakaran. Guru seharusnya dapat



mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dan dipraktikkan semasa di Institut perguruan, iaitu menyediakan kandungan pengajaran yang dapat menarik dan merangsang pemikiran murid. Kesemua kemahiran dan keilmuan yang diperolehi oleh seorang guru yang profesionalisme perlu selalu dikemaskini supaya adalah selaras dengan pembelajaran abjad 21. Bagi tujuan ini, keadaan semasa memerlukan guru menguasai kemahiran dalam penggunaan peralatan bantuan mengajar yang terkini seperti komputer dan sebagainya selaindaripada berkebolehan mengamalkan kaedah-kaedah dalam perlaksanaan proses pengajarandan pembelajaran (P&P). Kejayaan penggunaan teknologi pendidikan dan penggunaan pelbagai media dalam peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah bergantung kepada usaha gigih guru. Oleh itu, aplikasi bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai amat penting. Contoh bahan bantu mengajar ialah menggunakan peralatan elektronik



seperti



komputer,



power



point,



internet,



dan



video.



Bukan



itu



sahaja,persembahan pengajaran guru dapat memberangsang dan menarik minat pelajar jika guru itu bijak menggunakan gaya tingkah laku, menukar intonasi suara, dan dapat bercerita. Selain itu untuk membantu pembelajaran pelajar, teknik mengajar guru adalah penting untuk membantu pelajar menerima maklumat dan memahaminya dengan baik.Gaya belajar pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Menurut Jensen (1997), (dalam bukuPembelajaran dan Perkembangan Pelajar:2009) beliau telah mengenal pasti tiga jenis gaya pembelajaran iaitu Gaya pembelajaran visual, Gaya pembelajaran auditori, danGaya pembelajaran kinestetik. Cikgu perlu meneliti gaya pembelajaran pelajar supayamereka dapat menerima dan memproses maklumat dengan pantas dan efisien. Elemen yang kedua ialah etika profesion perguruan. Etika Perguruan bermaksud tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, murid, rakan sejawat, dan ibu bapa murid. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas mengenai tanggungjawab guru terhadap pemegang amanahnya dalam bidang pendidikan. Kod Etika Perguruan juga membantu guru melihat perbezaan dan melihatkan keunikan etika yang diamalkan di negara ini ataupun negara lain. Guru akan mempertahankan kod etika untuk meningkatkan imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Seterusnya



dapat membolehkan masyarakat untuk memahami dan menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Jadi guru yang berpegang teguh pada kod etika perlu mengamalkan tujuh nilai utama yang menjadi fokus Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu amanah,benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas, dan penyayang. Elemen yang ketiga ialah peningkatan akademik guru. Semua guru perlu memiliki Ijazah pertama (sebagai guru siswazah terlatih), wajib meneruskan pengajian sampai ke peringkat Sarjana. Menjelang 2020, semua guru perlu memiliki Ijazah Sarjana. Mereka yang sudah memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran. Seorang guru dituntut untuk selalu menambah pengetahuan dan keterampilan agar supaya pengetahuan dan keterampilan yang dimilikinya tidak ketinggalan zaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan mahupun tugas kemanusiaan. Guru sebagai tenaga pendidik yang berhubungan langsung dengan peserta didik harus memiliki keahlian khusus atau kualifikasi khusus di bidang akademik. Dengan kompetensi yang dimilikinya guru dapat menjalankan tugas dengan baik untuk mencerdaskan peserta didik. Menurut Watkins dan Marsick (1993), antara salah satu elemen yang digariskan oleh mereka dalam guru yang profesional ialah menggalakkan penyelidikan. Budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk di kalangan guru untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional. Guru-guru yang mempunyai budaya menyelidik adalah guru-guru bersikap positif terhadap penyelidikan, celik penyelidikan iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. Mereka sentiasa melaksanakan kajian tindakan sama ada secara individu atau kolaboratif, bersifat kritis, reflektif, bertanggungjawab serta berkongsi pengalaman dan dapatan kajian, melakukan penilaian kendiri serta melibatkan diri dalam penyelesaian masalah dan peningkatan profesionalisme (Jamil, 2002). Menurut Elliott dan Adelman (1976), kajian tindakan adalah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha mempertingkat mutu profesionalisme guru. Ia merupakan penyelidikan



terhadap situasi sosial di sekolah yang bertujuan memperbaiki kualiti amalan guru. Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubah amalan-amalan tersebut (Mc Niff, 1988). Elemen yang seterusnya ialah pentadbiran dan pengurusan guru. Selain dari bidang pembelajaran dan pengajaran, semua guru perlu dilatih untuk menjadi pengurus yang berwibawa. Noriah (1994) menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. Bebanan kerja guru bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja-kerja Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) (Faridah dan Zubaidah, 1999). Dalam proses pentadbiran sekolah, guru itu perlu pandai merancang, membuat keputusan, komunikasi, mengawal dan menilai. Dari aspek pengurusan ,guru mempunyai peranan yang besar dalam mendidik murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran dan pengalaman mengajar bukan sahaja didapati di dalam kelas tetapi dari penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu melalui pelbagai aktiviti gerak kerja luar. Kemahiran yang diperolehi oleh guru harus meliputi kemahiran yang meningkatkan potensi murid, dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Guru juga haru mahir mengajar iaitu dapat menggabungkan aspek-aepek teori-teori, pedagogi dan teknologi pendidikan untuk diintegrasikan dalam pengajaran. Selain daripada pengurusan dalam kelas, guru perlu mengurus masa dari segi kerja-kerja sekolah, mengguna masa dalam penguasaan kurikulum, setiap mata pelajaran dan teknik evaluasi. Seseorang guru bukan setakat untuk mengajar malah perlu memegang jawatan dalam organisasi sekolah. Contohnya, sebagai guru kaunseling, sebagai guru panitia, penolong kanan pengetua, sebagai guru penasihat kepada persatuan, kelab dan sukan. Kadangkala, apabila sekolah mengadakan aktiviti seperti persaraan guru, sambutan hari tahunan sekolah, merentas desa, hari sukan,hari kantin, hari ibu bapa, ceramah dan upacara lain, guru perlu melibatkan diri dalam pengurusan aktiviti tersebut. Bagi mengelakkan prestasi akademik pelajar terjejas, guru perlu



meluangkan masa rehatnya bagi memberi kelas tambahan kepada pelajar. Dalam situasi ini, guru yang dedikasi akan memberi dorongan kepada pelajar memberi perhatian di dalam kelas sebab mereka sahaja yang perlu tinggal dalam sekolah selepas tamat waktu sekolah. Keadaan begini boleh dikatakan sebagai perubahan persekitaran belajar kerana suasana sekolah akan bertukar daripada bising kepada senyap Elemen yang kelima ialah sifat ketuhanan, keagamaan dan moral guru. Sifat ketuhanan bermaksud seseorang mempercayai kewujudan tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala peraturan berlandaskan suruhanNya. Dalam prinsip Rukun Negara, prinsip yang pertama ialah kepercayaan kepada Tuhan, dalam sukatan pelajaran subjek moral, nilai pertama yang dipelajari ialah kepercayaankepada tuhan. Dalam lagu Negaraku, juga terdapat perkataan Tuhan. Fenomena ini menunjukan nilai ketuhanan ialah nilai yang terawal yang perluditanam dalam pemikiran manusia tidak mengira jenis kaum, bangsa, atau melangkau ke antarabangsa.Sebagai contoh, dalam negara kita terdapat penganut agama Islam, India, Buddha dan Kristian. Bagi kebudayaan barat, kebanyakan mereka menganutiagama Kristian.Walaupun kita mempunyai agama yang berlainan, tetapi pengajarandalam agama adalah mengajar kita menjadi insan yang baik dan membentuk jati diriyang mulia. Dengan adanya keagamaan, manusia akan mengunakan ajaran agama masing-masing sebagai panduan kehidupan yang sepatutnya ada dalam manusia sendiri. Contohnya, agama akan mengajar kita membantu orang yang berada dalam kesulitan, sudi mengorbankan diri dalam menyelamatkan orang, berfikiran positif dan terbuka serta tidak melakukan perbuatan yang mencederakan orang lain. Dalam perspektif Islam, Kadir H.D (1996) (dalam nota kuliah Encik Zaini Abdulah) menyatakan bahawa pembangunan adalah suatu proses membuka dan mengembangkan roh kemanusiaan, membuka hati manusia, membuka dan mendedahkan manusia ke arah kemuncak ketuhanan supaya berkembang sepenuhnya secara beransur-ansur dan ke arah yang lebih baik dalam konteks kehebatan semula jadi. Transformasi Pendidikan memberikan maksud transformasi sebagai perubahan bentuk. Pada masa terkini, transformasi pendidikan negara kita telah mengalami perkembangan secara pesat. Perkembangan ini telah melihatkan beberapa perubahan-



perubahan di dalam sistem pengajaran yang ada sekarang ini bagi meningkatkan serta memperkukuh kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah. Transformasi pendidikan juga adalah wadah utama menentukan perkembangan kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, guru sebagai tunjang utama dalam mendominasi dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan



lagi,



dan



guru



perlu



mempunyai



keinisiatif



untuk



meningkatkan



pembelajarannya dalam bidang pendidikan. Bagi peningkatan tahap profesionalisme, guru-guru wajib meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran mereka melalui Program Pembangunan profesional. Sebagai pendidik anak bangsa, guru mestilah meningkatkan ilmu pengetahuan yangsedia ada supaya ilmu yang disampai tidak ketinggalan zaman tetapi diperbahrui mengikut peredaran semasa. Hal ini disebabkan, pendekatan pendidikan secara tradisional yangmemberi penekana kepada penyampaian ilmu pengetahuan semata-mata melalui carasyarahan atau penerangan guru secara sehala, tidak lagi dianggap sebagai kaedah yangmemuaskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep “belajar seumur hidup”.



Amalan



membaca,



menulis



dan



melakukan



penyelidikan



tindakan



memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran. Menurut Mohamed Amin Embi etl al., (2002), guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat (ICT) kini dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran menagajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Menurut Abd Rahim (2007), pembelajaran sepanjang hayat ialah satu konsep belajar yang terbentuk di kalangan profesional bagi membolehkan golongan ini mengikuti perkembangan yang berlaku dan meningkatkan pengetahuan mereka seperti yang berlaku di kalangan ahli profesional seperti guru, doktor, peguam, pentadbir, dan ahli politik.