6 0 56 KB
Fenomena kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar sudah lama berlaku di Malaysia. Fenomena kemiskinan ini berlaku seiring dengan
pertumbuhan
dan
pembangunan
ekonomi
yang
semakin
meningkat. Menurut Jamilah (1992) , kemiskinan adalah satu sindrom yang melibatkan orang yang berada dalam situasi yang dicirikan oleh kekurangan zat makanan dan standard kesihatan yang kurang baik, berpendapatan rendah, pengangguran, perumahan yang tidak selamat, kekurangan pendidikan, ketidakupayaan untuk memperolehi keperluan moden, pekerjaan tidak tetap, dan pandangan yang sangat negatif ke atas norma kehidupan. Walau bagaimanapun, kemiskinan merupakan refleksi keadaan
sosio-ekonomi
yang
berlaku
dalam
masyarakat.
Konsep
kemiskinan tersebut sedikit sebanyak terhasil daripada persekitaran ekonomi dan sosial serta matlamat umum masyarakat yang cuba dicapai melalui dasar anti kemiskinan. Antara elemen yang sering timbul dalam isu kemiskinan rakyat adalah seperti perumahan, tahap pendidikan, pendapatan yang rendah, masalah sosial dan tidak ada pekerjaan adalah elemen yang sentiasa hadir dalam isu kemiskinan masyarakat. Di Malaysia, kadar kemiskinan di luar Bandar menunjukkan peningkatan yang ketara. Justeru itu, semua pihak khususnya pihak kerajaan perlu memainkan peranan dalam mengatasi kemiskinan di Malaysia khususnya di luar Bandar agar tidak terus berlaku dan tidak membawa kepada kesan negatif terhadap masyarakat dan negara. Walau bagaimanapun, puncapunca yang menyebabkan kemiskinan di luar bandar berlaku perlu diteliti dan
dikenalpasti
bagi
memudahkan
untuk
proses
membendung
kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar. Antara punca wujudnya kemiskinan masyarakat di luar Bandar adalah pendidikan masyarakat luar bandar khususnya bagi anak–anak kecil yang kurang atau tiada peluang untuk menimba ilmu pengetahuan akibat tiada kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk memberikan pendidikan kepada anak–anak mereka. Pendidikan adalah satu faktor yang penting terhadap individu dan juga negara untuk terus maju. Tanpa pendidikan sesebuah masyarakat mahu pun negara tidak mungkin dapat
berjaya dan menyaingi negara dan masyarakat-masyarakat lain. Seperti yang diketahui umum, pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas peluang-peluang
kehidupan
manusia
untuk
mendapatkan
dan
mengekalkan kualiti kehidupan sesebuah keluarga. Pendidikan yang berkualiti sangat berkesan untuk membasmi kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera. Selain itu, faktor ketidakadilan sosial juga mewujudkan kemiskinan di luar bandar. Lazimnya, ketidakadilan sosial banyak menyebabkan timbulnya banyak masalah seperti masalah sosial. Hal ini dilihat melalui penguasaan kuasa dan keseluruhan kekayaan ekonomi oleh golongan kaya
dan
menyebabkan
golongan
miskin
kian
tertindas.
Hal
ini
menyebabkan berlaku jurang bagi orang kaya dan miskin yang begitu ketara. Sehubungan dengan itu, golongan bawahan seperti masyarakat di luar bandar akan lebih banyak tertekan disebabkan berlaku ketidakadilan sosial tersebut. Golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin pula semakin miskin. Hal demikian dapat disokong dengan teori Marxist iaitu kemiskinan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, maka wujudlah ketidakadilan sosial yang ketara. Dalam hal ini, masalah sosial iaitu jenayah akan meningkat seperti rompakan, kecurian, dan sebagainya. Oleh hal demikian, keadaan ini perlu dibendung agat tidak berlaku masalah yang merugikan kepada negara. Jelaslah bahawa ketidakadilan sosial menyebabkan wujud golongan kaya dan miskin dan timbulnya masalah golongan miskin yang sering ditindas. Seterusnya, masyarakat luar bandar tidak mempunyai usaha untuk maju daripada kemiskinan. Kebanyakan individu yang berada dalam kemiskinan khususnya di luar bandar adalah mereka yang kurang berusaha untuk mencari peluang ekonomi. Hal demikian kerana ada sesetengah masyarakat yang bersikap malas menyebabkan mereka sentiasa
dibelenggu
kemiskinan
tanpa
melakukan
usaha
untuk
menyelesaikan masalah kemiskinan mereka. Kebiasaannya, masyarakat luar bandar sering mengharapkan bantuan kerajaan untuk menampung kehidupan seharian dan memastikan mereka dapat keluar daripada
belenggu kemiskinan. Namun, ada sesetengah masyarakat luar Bandar khususnya
tidak
menggunakan
bantuan
yang
dihulurkan
kerajaan
tersebut dengan sebaiknya. Malahan, bantuan tersebut diberikan kepada masyarakat luar bandar untuk membantu dalam aaktiviti perniagaan mereka, namun hingga kini masih kurang yang melibatkan diri dalam peluang perniagaan yang disediakan tersebut. Hal ini kerana mereka tidak berani mengambil risiko dan sebagainya. Hal ini jelas memperlihatkan bahawa sikap masyarakat itu sendiri yang malas dan terbiasa dengan bantuan orang lain menyebabkan mereka terus dibelenggu kemiskinan kerana
tidak
mahu
berusaha
untuk
keluar
daripada
kepompong
kemiskinan. Terdapat beberapa kesan akibat kemiskinan di luar bandar. Kesan tersebut dapat dilihat melalui aspek kesan kepada ekonomi negara, kesan kepada sosial dan lain-lain. Bagi kesan dari segi ekonomi, kesan kemiskinan khususnya di luar bandar akan menyebabkan berlaku peningkatan meningkat
perbelanjaan ini
adalah
kerajaan.
disebabkan
Perbelanjaan
kerajaan
kerajaan
terpaksa
yang
menanggung
perbelanjaan yang besar bagi membasmi kemiskinan. Hal demikian kerana kerajaan perlu menanggung segala bantuan serta pembangunan untuk masyarakat serta kawasan luar bandar tersebut. Dengan itu, perbelanjaan yang besar tersebut seterusnya akan menyebabkan aktiviti pembangunan yang lain akan terganggu gugat kerana telah dibelanjakan bagi menampung kos program-program pembasmian kemiskinan di kawasan tersebut. Seterusnya, kesan dari segi sosial pula melibatkan anak-anak golongan
yang
miskin
di
luar
bandar
ini
akan
tercicir
daripada
memperoleh peluang pendidikan. Hal demikian kerana kebanyakan daripada mereka terpaksa berhenti sekolah ketika usia
mereka yang
masih muda. Hal ini kerana mereka terpaksa bekerja bagi membantu keluarga dari segi kewangan. Hal ini juga akan menyebabkan mereka cenderung untuk terlibat dengan gejala jenayah kerana mereka tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi yang membolehkan mereka mendapat pekerjaan dan tidak mempunyai modal untuk menjalankan
perniagaan. Akibat terdesak untuk menampung perbelanjaan hidup, mereka akhirnya akan terlibat dalam jenayah seperti jenayah pecah rumah.
Kesan-kesan
lain
juga
dapat
dilihat
dari
segi
berlakunya
pencemaran alam. Golongan miskin yang mencemarkan alam sekitar kebanyakannya terdiri daripada masyarakat gelandangan
yang serba
kekurangan, terutamanya dari segi kemudahan awam. Hal demikian kerana mereka tinggal ditempat yang tidak selesa, tahap pendidikan yang rendah dan ketiadaan kemudahan asas menyebabkan golongan ini mudah dihinggapi penyakit. Mereka juga terpaksa mengenakan kesan luaran dalam bentuk pencemaran air dan udara kepada golongan pengguna lain apabila melakukan pembuangan sampah ke dalam sungai atau di kawasan sekeliling.
Keadaan kemiskinan di luar bandar yang kini amat membimbangkan akan menyebabkan kemunduran ekonomi negara pada masa akan datang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020, masalah kemiskinan yang
terus
menjadi
isu
berleluasa
terutamanya
yang
melibatkan
masyarakat luar bandar dan pedalaman perlu diatasi dengan sebaik mungkin dan juga serta merta. Usaha membasmi kemiskinan masyarakat luar Bandar dapat dilihat melalui usaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang telah melaksanakan tanggungjawab untuk membantu kerajaan menghapuskan masalah kemiskinan dalam kalangan
masyarakat
luar
bandar
dengan
mengukuhkan
program
pembasmian kemiskinan dengan cara menjalankan empat program yang utama.
Program-program
tersebut
adalah
program
Peningkatan
Pendapatan, Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, Program Ladang Sejahtera, dan Program Lonjakan Mega. Berdasarkan maklumat Jabatan Penerangan Negara (2008), peruntukan telah disediakan iaitu sebanyak RM 1.54 bilion dengan membabitkan kos pelaksanaan projek dalam Program Lonjakan Mega. Dengan peruntukan yang besar tersebut,
program-program tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia, khususnya di kawasan luar bandar yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi. Selain itu, KKLW juga telah merancang strategi-strategi untuk menangani masalah
kemiskinan di kawasan luar bandar. Melalui
maklumat daripada Jabatan Penerangan Negara (2008), antara strategi tersebut adalah meningkatkan kualiti prasarana asas, utiliti dan ameniti sosial iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan separuh kemiskinan di luar Bandar, mempergiatkan pembangunan modal insan dalam
kalangan
masyarakat
luar
Bandar,
meningkatkan
usaha
membangunkan kawasan terpencil, mundur, dan terbiar dan merapatkan jurang
digital
antara
masyarakat
luar
bandar
dan
bandar,
serta
melonjakkan ekonomi industri luar bandar. Dalam program Lonjakan Mega Luar Bandar, KKLW telah melaksanakan konsepagropolitan iaitu satu pendekatan dalam projek berskala besar sebagai salah satu strategi baru untuk
membasmi
dilaksanakan
kemiskinan
untuk
di
luar
Bandar.
Program
meningkatkan pendapatan
tersebut
miskin tegar
dan mengeluarkan mereka yang berada dalam kelompok kemiskinan untuk keluar daripada kemiskinan. Program berkenaan secara tidak langsung program ini juga dapat melonjakkan pembangunan di kawasan terpencil, mundur, dan tiada kemudahan, atau hanya mempunyai kemudahan asas kepada kawasan yang mempunyai ekonomi mampan, lengkap, dengan prasarana fizikal serta diperkukuhkan lagi dengan adanya program modal insan. Hasil kejayaan pelaksanaan program pembasmian
kemiskinan
dan
pertumbuhan
ekonomitersebut
menunjukkan hasil yang memberansangkan apabila kadar kemiskinan di luar bandar berjaya dikurangkan daripada 14.8% pada tahun 1999 kepada 11.9 pada tahun 2004. Di samping itu, program Pembangunan Modal Insan Luar Bandar juga
antara agenda kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan
masyarakat di luar bandar. Program ini adalah usaha untuk mewujudkan masyarakat luar bandar yang berilmu, berkemahiran, berdaya saing,
berdaya tahan, dan komited dalam melaksanakan serta memberi kesan mendalam kepada masyarakat luar bandar. Matlamat program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pegawai kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLBW) serta agensi pelaksana dalam pembangunan luar bandar sepanjang Rancangan Malaysia kesembilan RMK-9 bagi mencapai matlamat wawasan 2020. Kesedaran dalam kalangan pegawai dan kumpulan sasar adalah amat penting untuk memastikan pelaksanaan program ini berjalan dengan lancar. Seramai 13 000 JKKK dari seluruh negara diberikan kursus untuk meningkatkan ilmu pengetahuan agar dapat mencapai tahap terbaik. Setiap kampung akan mengendalikan program pembangunan dan kemasyarakatan dikawasan masing-masing menerusi peranan JKKK. Hal ini jelas menunjukkan bahawa program pembangunan modal insan yang dilaksanakan kerajaan ini mampu mendidik dan mendedahkan masyarakat luar bandar khususnya dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk memajukan diri dan membantu diri sendiri untuk keluar dari kemiskinan. Selain itu, aktiviti Kempen Kesedaran Ibu Bapa di luar bandar dalam menjayakan pelajaran anak (dua jam-tiga jam). Dalam konteks ini, bagi anak yang bersekolah rendah, ibu bapa mereka perlu memperuntukkan masa selama dua jam untuk bersama anak mereka. Hal demikian bertujuan untuk melihat perkembangan dalam pembelajaran mereka seperti membuat ulangkaji pelajaran. Pelancaran Kelab Sahabat KEMAS yang membabitkan semua kakitangan juga terlibat untuk menguatkan dan menggerakkan masyarakat untuk membangunkan sumber manusia. Dengan
ini,
masyarakat
luar
bandar
khususnya
anak-anak
dapat
menghasilkan suatu sikap dan pemikiran yang mampu berdaya saing dan bijak dalam menyelesaikan masalah daripada kemiskinan. Malahan, Gerakan Desa Wawasan (GDW) juga diwujudkan iaitu program untuk membangunkan masyarakat di luar bandar. Program tersebut adalah melibatkan proses membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa untuk membangunkan kawasan luar bandar. Program tersebut
melibatkan
penduduk
luar
bandar
sendiri
dalam
proses
perancangan program pembangunan ke arah menjadikan kawasan luar
Bandar atau desa lebih maju, menarik, dan menguntungkan. Dalam masa yang sama juga, sikap masyarakat luar Bandar juga diubah untuk mengadakan budaya pertaniantradisional lepada pertanian komersial serta perindustrian. Melalui pelaksanaan program ini, perancangan dibuat untuk
meningkatkan
keupayaan
masyarakat
luar
bandar
untuk
membentuk pembangunan desa 2020 serta pelbagai program seperti program Bina Insan dan Kesedaran, Ilham Desa, Program Keluarga Angkat, dan
Program
Pengindahan
Persekitaran.
Hal
demikian
mampu
meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pembangunan luar bandar, meningkatkan kemahiran untuk pelaksanaan Pelan Induk Desa (PID), menjadikan
masyarakat
untuk
maju,
dan
meningkatkan
semangat
berdikari dengan meneliti mentaliti adalah bertepatan untuk memastikan pembangunan masyarakat luar bandar di samping kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar dapat diatasi. Di samping itu, usaha dari aspek sosial dapat dilaksanakan melalui skim pemberian bantuan perumahan. Dalam hal ini, kerajaan menyediakan perumahan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar khususnya. Melalui dasar tersebut, di bawah RMK-7, 70 peratus daripada rumah-rumah baru akan dibina oleh sektor swasta bertujuan untuk membangunkan
industri
pembinaan.
Terdapat
beberapa
program
perumahan bagi memudahkan penyediaan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah seperti Dana Pinjaman Perumahan, Program Pemulihan Perumahan, dan Kos Rendah Khas Program Perumahan. Dari aspek
kesihatan
juga
dititikberatkan
dalam
menangani
masalah
kemiskinan dalam kalangan masyarakat di luar Bandar. Hal demikian kerana penanda aras Kesihatan di Malaysia adalah lebih tinggi daripada negara-negara Asia lain yang berpendapatan sederhana. Kebanyakan penduduk
di
Semenanjung
Malaysia
dilindungi
oleh
perkhidmatan
perubatan dan kesihatan, manakala hanya separuh daripada penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak yang dilindungi. Kerajaan berpendapat bahawa HIV / AIDS bukan sahaja berkaitan dengan kesihatan dan isu perubatan , tetapi juga mempunyai pelbagai kesan sosial dan ekonomi. Kerajaan juga telah melancarkan program anti- AIDS dan menggalakkan
kerjasama dalam kalangan organisasi kerajaan, sektor swasta dan NGO untuk mencegah wabak ini daripada terus berlaku. Secara kesimpulannya, kemiskinan di kawasan luar bandar merupakan masalah yang besar kepada negara. Namun begitu, hingga ke hari ini masalah kemiskinan masih dihadapi dan membelenggu masyarakat di Malaysia terutamanya masyarakat di luar bandar. Malaysia sentiasa berusaha gigih dalam usaha menghapuskan kemiskinan baik di luar bandar mahupun di bandar. Pelbagai usaha dan program yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kemiskinan di kawasan luar bandar dapat diatasi. Antara usaha-usaha pihak kerajaan adalah seperti melalui agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini seperti Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, program Pembangunan Modal Insan Luar bandar, Gerakan Desa Wawasan dan sebagai. Kesemua usaha kerajaan ini sedikit sebanyak telah menunjukkan kesan yang positif seperti bilangan kadar miskin tegar luar bandar berkurangan iaitu daripada 3.6% pada tahun 1999 kepada 2.9% pada tahun 2004. Selain itu, berdasarkan statistik daripada Sistem maklumat Profil Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (SKPR) pada tahun 2007 yang menunjukkan bahawa penurunan kepada 48 134 pada tahun 2006 kepada 43 409pada tahun 2007. Hal ini demikian membawa makna bahawa
usaha tersebut telah berjaya mengurangkan kemiskinan
daripada membelenggu masyarakat di luar bandar khususnya.