Esei Pengurusan Bilik Darjah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pengurusan bilik darjah / makmal yang berkesan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang harmoni. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan langkah-langkah yang telah anda lakukan di bilik darjah demi mencapai kecemerlangan anak didik anda..



JAWAPAN.



PENDAHULUAN. Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan, guru perlu memastikan tingkah laku pelajar dapat dikawal dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar di sekolah-sekolah adalah berakar umbi daripada masalah tingkah laku yang tidak terkawal di dalam bilik darjah. Di sini kemahiran dan kecekapan guru dalam menguruskan bilik darjah dikatakan dapat menghindari gangguan tingkah laku dalam sesuatu proses P&P . Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah sebenar-benarnya pemangkin kecemerlangan anak-anak didik sebagaimana yang diimpikan semua pihak untuk bersaing dalam pendidikan global masa kini setearusnya hasrat melahirkan modal insane kelas pertama akan tercapai (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan –PIPP 2006-2010).



.2.



Langkah -Langkah Pengurusan Bilik Darjah Yang Perlu Dilakukan Demi Mencapai Kecemerlangan Anak Didik.



Definisi Pengurusan Bilik Darjah Yang Berkesan Pengurusan bilik darjah merupakan satu set pengajaran tingkah laku yang kompleks untuk membentuk dan memupuk suasana bilik darjah yang dapat menyumbang kepada pengajaran yang cekap dan berkesan (effective and efficient constructions). Oleh yang demikian, tujuan pengurusan adalah satu usaha membentuk dan memelihara tingkah laku pelajar yang dapat memudahcarakan pengajaran yang cekap dan berkesan. Keadaan ini dapat diperjelaskan dalam rajah 1 berikut:



Pengajaran



Pencapaian Pelajar



Pengurusan



Rajah 1: Perkaitan Antara Dimensi Pengurusan Dan Pengajaran. Daripada rajah di atas, kedua-dua fungsi pengajaran dan pengurusan adalah penting dan saling berkaitan. Fungsi pengajaran adalah untuk mencapai objektif pengajaran, manakala fungsi pengurusan untuk mencapai objektif pengurusan.



.3.



Definisi Kecemerlangan Maksud “Cemerlang” berdasarkan Kamus Dewan ialah bersinar (bercahaya) dengan terang, berkilauan, gemilang-gemilang.. Merujuk kepada frasa ‘kecemerlangan anak didik’ sebagaimana yang terdapat dalam petikan di atas adalah kecemerlangan dari semua aspek, yakni dengan kata lainnya ialah kecemerlangan yang seimbang dari segi JERI. Keadaan ini dapat diperjelaskan sebagaimana berikut:



Unsur Intelek: Memberi tumpuan kepada daya berfikir meliputi cri-ciri: *mempunyai kemahiran asas 3M *mendapatkan,meningkatkan dan F ilmu menyebarkan *berfikir secara kritis dan kreatif askeadaan *memanfaatkan ilmu untuk diri semasa bilik dan orang lain darjah Unsur Emosi Perasaan jiwa yang kuat meliputi: *perasaan tenang dan tingkah laku yang terkawal *memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang *memiliki semangat kekitaan dan perpaduan U



*menghargai serta menilai keindahan dan kesenian



JERI



Unsur Rohani Berkaitan dengan kerohanian: *menyedari dan menginsafi adanya Pencipta *menghargai dan mensyukuri pemberian Pencpta *memupuk dan membina disiplin kendiri *membentuk akhlak mulia



Unsur Jasmani Tumpuan kepada perkembanganan tubuh badan yang sihat: *menjaga kesihatan badan *melakukan riadah *mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif *memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari *menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat *berusaha meningkatkan daya pengeluaran. .4.



Fasa-Fasa Pengurusan Bilik Darjah Fasa Pertama: Mengenalpasti Keadaan semasa bilik darjah



Fasa Kedua: Mengenalpasti Kelakuan murid yang diingini



FASA-FASA PENGURUSAN BILIK DARJAH



Fasa Keempat:: Mengenalpasti Keberkesanan Pengurusan



F askeadaan semasa bilik darjah askeadaan semasa bilik darjah



F



Fasa Ketiga: Memilih dan menggunakan Strategi pengurusan



Rajah 2: Fasa-fasa Dalam Pengurusan Bilik Darjah



Berdasarkan rajah, Fasa pertama - mengenalpasti keadaan semasa bilik darjah adalah bertujuan untuk membandingkan keadaan sebenar dengan keadaan yang dikehendaki, menentukan keadaan-keadaan yang berpotensi menimbulkan masalah dan menentukan langkah-langkah pencegahan segera yang diperlukan.



.5



Fasa Kedua - mengenalpasti kelakuan murid yang diingini guru pula adalah bertujuan menentukan suasana ideal yang dikehendaki guru yang membolehkan proses penyampaian pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan . Perlu ditegaskan di sini bahawa guru yang mempunyai pemahaman yang jelas mengenai objektif pengurusannya, wawasan yang jelas mengenai kelakuan muridnya, akan lebih berjaya dan berkesan daripada guru yang tidak memilikinya.



Fasa Ketiga - Memilih dan menggunakan strategi pengurusan. Guru hendaklah berkeupayaan, mahir dan cekap memahami dan memilih serta mengaplikasikan strategi pengurusan yang paling sesuai, yang berpotensi tinggi untuk mencapai matlamat yang diingini.



Fasa Keempat- Mengenalpasti keberkesanan pengurusan, iaitu guru perlu membuat penilaian terhadap keberkesanan strategi pengurusaan yang digunakan dan menjadikan penilaian ini sebagai panduan kepada pemilihan strategi pengurusan yang lebih berkesan pada masa akan datang.



.6.



Elemen-elemen Pengurusan Bilik Darjah



Mengurus rutin bilik darjah



Mengurus Aktiviti penilaian



Mengurus aktiviti murid ELEMEN- ELEMEN



Mengurus keadaan fizikal dan kemudahan



PENGURUSAN



Mengurus aktiviti kumpulan



Mengurus bahan pelajaran



Mengurus disiplin bilik darjah



Rajah 3: Perkaitan Elemen Pengurusan Dengan Pelbagai Aktiviti Pengurusan Bilik Darjah.



.7.



Berdasarkan rajah 3 di atas, dapat dihuraikan seperti berikut:



1.



Mengurus rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan bilik darjah



yang dilakukan



setiap hari yang meliputi aktiviti menanda jadual kedatangan,



menyemak keadaan fizikal bilik darjah, penyusunan kerusi meja, mengutip yuran, memungut buku latihan, menguruskan jadual kerja pelajar dan memastikan segala peraturan bilik darjah dipatuhi pelajar.



2.



Mengurus keadaan fizikal pula merujuk keadaan fizikal bilik darjah meliputi



penyusunan kerusi meja murid, alat-alat, ruang , sudut pembelajaran dan kebersihan bilik darjah. Ini bertujuan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif..Guru hendaklah menyediakan jadual kerja berkaitan pembahagian tugas di kalangan pelajar. Jadual kerja diperlukan untuk memastikan suasana kelas sentiasa dalam keadaan ceria dan bersih. Dengan mematuhi jadual ini juga, diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan saling bertanggungjawab dikalangan pelajar di dalam bilik darjah.



3.



Mengurus Aktiviti Kumpulan.. Di bawah program KBSR & KBSM terdapat dua



cara pembentukan kumpulan, iaitu kumpulan yang berdasarkan pelbagai kebolehan, dan kedua kumpulan berdasarkan kebolehan yang sama.



..8



Di sini guru perlu mengenal pasti tahap kumpulan pelajar melalui ujian pencapaian. Dengan adanya aktiviti kumpulan seperti ini guru akan dapat melaksanakan pengurusan kelas dengan lebih mudah dan sistematik. Pelajar dapat belajar berdasarkan kebolehan mereka dengan selesa dan gembira tanpa ada rasa tekanan.



4



Mengurus Bahan Pelajaran. Bahan pelajaran terdiri daripada bahan pengajaran ,bahan pembelajaran dan bahan rujukan. Bahan –bahan pelajaran itu memainkan



peranan penting dalam aktiviti P&P.Guru menggunakan bahan rujukan untuk merancang aktiviti pengajaran, dan bahan pengajaran untuk menyampaikan konsep dan cara yang lebih berkesan. Murid menggunakan bahan pembelajaran untuk mempelajari konsep dan kemahiran dengan cara yang lebih berkesan dan seronok. Pemilihan bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan isi pelajaran dengan tepat dan tidak perlu menggunakan banyak perkataan untuk membuat huraian. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti carta, bahan edaran dan sebagainya dapat menjimatkan masa kerana guru tidak perlu menulis maklumat yang banyak di papan tulis. Selain daripada itu, yang paling penting penggunaan bahan pengajaran ini dapat merangsang minat murid untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran. Manakala penggunaa bahan pembelajaran dapat membantu murid membuat hubungkait antara benda konkrit dan abstrak, dapat mengukuhkan ingatan dengan lebih lama ,juga dapat membantu menyelesaikan masalah secara sendiri



.9. dan yang terakhirnya dapat digunakan sebagai alat untuk aktiviti pengayaan dan pemulihan.



5. Mengurus Aktiviti Penilaian.. Mengikut D Stufflebeam, iaitu penyunting buku ‘Education Evalution and Decision Making’, penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan , mendapatkan dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Guru perlu membuat penilaian terhadap keberkesanan strategi/aktiviti yang digunakan sebagai panduan untuk merancang strategi P&P yang lebih berkesan pada masa akan datang.



6. Mengurus Disiplin Bilik Darjah. Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin pelajar adalah tanggungjawab utama guru.Guru bertanggungjawab menetapkan peraturan bilik darjah dan memastikan peraturan tersebut sentiasa dipatuhi pelajar. Kecekapan guru menguruskan disiplin bilik darjah dengan berkesan akan menghasilkan pencapaian objektif pelajaran yang optimum dan seterusnya pemupukan nilainilai moral dapat dilakukan dengan mudah. Laporan Jawatakuasa Kabinet menyatakan Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan generasi pelajar yang berdisiplin dan bermoral tinggi.



.10.



7. Mengurus Aktiviti Murid. Guru perlu membuat perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: 



Kaedah pengajaran pembelajaran yang berpusatkan murid







Keselamatan – keadaan yang kondusif, persekitaran dan peralatan yang sealamat.







Pemikiran – merangsang cetusan idea, menggalakkan pemikiran secara terbuka dan sesuai dengan tahap pemikiran murid.







Kemahiran maklumat – menggalakkan murid mengaplikasi ICT untuk mengakses maklumat , memproses maklumat dan menambah nilai kepada maklumat.







Bahasa yang digunakan - menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan bahasa yang halus







Nilai murni dan emosi – iaitu tidak menyentuh sensitivity kaum dan agama, pembentukan keyakinan diri, semangat berpasukan, peka terhadap situasi setempat dan membentuk sikap yang positif.



.11.



Persediaan Mengajar Rahaj 4: Komponen – komponen Persediaan Mengajar



Komponen Persediaan



*Butiran Am *Pengetahuan Lepas *Kemahiran *Objektif Pelajaran *Penggabungjalinan *Sumber P&P *Penerapan Nilai



Perkembangan *Isi Pelajaran Komponen Penyampaian



*Kemahiran *Strategi Pengajaran * Strategi Pengajaran *Pembelajaran *Nilai *Penggunaan Sumber



Komponen Penutup



*Jenis dan Cara Penutup *Aktiviti Susulan *Penilaian Objektif Pelajaran *Rumusan atau Kesimpulan *Pengubahsuain.



.12.



Contoh Persediaan Mengajar Berdasarkan Komponen-Komponen Persediaan Mengajar.



Modul pembelajaran yang dipilih bagi contoh persediaan mengajar di sini ialah “Modul Pembelajaran Konstruktivisme”, iaitu satu modul pembelajaran yang berpusatkan pelajar, yang dihasilkan setelah terdapat beberapa ketidaksesuaian dalam Modul Pembelajaran Behaviorisme ( menekankan kepada teori tingkah laku) dan Modul Pembelajaran Kognitif (menekankan kepada teori kognitif sebagai ukuran pencapaian objektif akhir pelajaran) Dalam era pendidikan global, matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010, ingin melahirkn modal insane yang cemerlang dan seimbang. Modul Konstruktivisme ialah modul pengajaran yang berpusatkan pelajar dan lebih menekankan kepada pencapaian kognitif dan tingkah laku. Jelasnya modul ini lebih menggalakkan pelajar berfikir sendiri untuk mewujudkan pengetahuan baru hasil gabungan pengetahuan sedia ada dengan maklumat baru yang diterima melalui proses P&P yang terancang dan bersistematik. “They are constructing their own knowledge by testing ideas and approaches based on their prior knowledge and experience, applying these to a new situation and intergrating the new knowledge gained with pre-existing intellectual constructs” (Briner, M., 1999)



.13.



“Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuanyang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh Individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap insane membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalaman secara terpilih.” ( Nik Azis Nik Pa, 1999) Contoh persediaan mengajar bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mata Pelajaran



:



Kemahiran Hidup



Tingkatan



:



1A



Masa



:



80 minit



Bil. Pelajar



;



20 orang



Tajuk



:



Pemakanan Dan Pengurusan Sajian



Bahan Bantu Mengajar



:



Kertas Edaran ( carta pyramid makanan), Gambar makanan yang sesuai.



Objektif



:



Pada akhir pelajaran, pelajar akan dapat: i.



menjelaskan kepentingan nutrien kepada tubuh manusia



ii.



menyatakan kesan kepada tubuh manusia jika kekurangan nutrient-nutrien penting .14.



iii.



mengkelaskan makanan mengikut kesuaian pyramid makanan.



Nilai



:



Tidak membazir dan berjimat cermat



Unsur patriosme



:



Bersyukur dengan keamanan nagara Malaysia.



Langkah-langkah Pengajaran: 1. Set Induksi: i.



Guru bertanya kepada pelajar siapa yang tidak bersarapan sebelum ke sekolah



ii.



Dengan menggunakan kaedah sumbangsaran, guru bertanya apakah jenis-jenis makanan yang sesai diambil sebagai sarapan.



iii.



Pelajar menyatakan pelbagai jenis makanan untuk sarapan yang mereka tahu.



iv.



Guru menerangkan pelajar boleh mengambil apa sahaja jenis makanan untuk sarapan,asalkan seimbang dan berkhasiat.



v.



Pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan



2. Penyampaian Isi Pelajaran: i.



Guru mengedarkan carta pyramid makanan yang dikosongkan.



ii.



Pelajar mengenalpasti bahagian yang paling atas dalam carta pyramid makanan adalah kumpulan makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit, bahagian tengah menunjukkan kumpulan makanan yang diambil dalam kuantit makanan yang boleh diambil dalam kuantiti yang banyak.



.15.



iii



Pelajar berbincang untuk mendapatkan maklumat daripada ahli kumpulan mengenai jenis-jenis makanan dan kuantiti makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit, diambil dalam kuantiti sederhana, dan diambil dalam uantiti yang banyak.



iv.



Setiap kumpulan dikehendaki mengisi carta pyramid makanan dengan jenis makanan yang sesuai mengikut keperluan nutrien.



v.



Setiap kumpulan dikehendaki menerangkan sebab-sebab mengapa jenis-jenis Makanan dalam carta pyramid makanan perlu diambil dalam kuantiti yang berbeza



vi.



Pelajar mula berbincang dan bekerjasama menyediakan tugasan mengikut kumpulan.



Langkah 3. i.



Guru menyediakan carta pyramid makanan yang dikosongkan pada papan gulung yang digantung di hadapan kelas.



ii.



Guru meminta ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masingMasing .



iii.



Ketua setiap kumpulan menyatakan jenis-jenis makanan yang perlu diambil berkaitan dengan sebab dalam kumpulan yang berbeza tadi.



iv.



Murid menyerahkan hasil kerja kumpulan kepada guru.



.16.



v.



Guru memilih secara rawak seorang ketua kumpulan untuk membentangkan kepada kelas tentang kepentingan memilih makanan berdasarkan pyramid makanan .



Langkah 4 Penutup i.



Guru membuat kesimpulan tentang hasil pembelajaran hari ini dengan menerapkan nilai –nilai kesyukuran bahawa pelajar patut bangga dan merasa bertuah tinggal di bumi Malaysia yang aman. Nilai lain ialah bersikap berjimat cermat, jangan makan ikut selera, tetapi makan ikut keperluan.



ii.



Guru menyediakan aktiviti susulan untuk disiapkan oleh pelajar di rumah.



Kesimpulannya, contoh persediaan mengajar tersebut jelas memperlihatkan bahawa pelajar diberi ruang sepenuhnya untuk meransang daya berfikir, mencetus idea dan berinteraksi bersama rakan dan guru. Keadaan seperti ini mampu menjadikan pelajar berfikiran kritis dan kreatif, berinovasi dan sekaligus mendapat kemahiran bersosial .Kecemerlangan pelajar inilah yang seterusnya menjana kecemerlangan pendidkan dan seterusnya mampu “ Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan “ (teras ke-6 PIPP)



.17.



Sifat Peribadi Guru.



Kecemerlangan anak didik di dalam bilik darjah yang kondusif, tidak boleh lari daripada ‘tunggak kecemerlangan’ di bilik darjah itu sendiri, iaitu individu yang bergelar ‘GURU’., Aspek-aspek pengurusan kelas yang berkesan, perancangan persediaan mengajar yang baik dan bersistematik dan pemilihan strategi pengajaran pembelajaran yang berkesan dan menarik minat pelajar hanya akan dilakukan oleh guru yang cemerlang. Untuk menghasilkan kecemerlangan kepada anak didik, guru terlebih dahulu perlu mempamerkan sifat-sifat guru cemerlang samada dari aspek pengurusan bilik darjah mahu pun aspek pengurusan diri guru itu sendiri., kerana tanpa kecemerlangan di pihak guru adalah mustahil untuk melahirkan anak didik cemerlang. Sifat-sifat kecemerlangan guru dapat dilihat daripada beberapa aspek:



1. Kecemerlangan Profesion.. Kecemerlangan guru dari sudut profesion memerlukan seorang guru itu mempunyai kemahiran intelek dan latihan iktisas yang mencukupi dan mempunyai tatasusila perkhidmatan. Mengikut Kamus Dewan, ‘profesion’ ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Manakala mengikut Mok Soong Sang (1996), konsep ‘profesionalisme’ dirumuskan seperti berikut; ‘Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang



.18.



mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas, serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya’ Jelas di sini bahawa sebelum seseorang guru itu dapat menjadi guru cemerlang dan dapat mengajar di dalam bilik darjah , terlebih dahulu dia perlu menerima latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi guru yang bertauliah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia..



2. Kecemerlangan Sahsiah Guru yang cemerlang di bidang akademiknya masih tidak bermakna jika tidak mempunyai kecemerlangan sahsiah diri. Di sini amat penting bagi seseorang guru mempunyai sahsiah diri yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid di dalam bilik darjah. Sahsiah diri yang baik merangkumi tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kesabaran adalah sahsiah diri guru yang paling dituntut, terutama ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar di dalam bilik darjah . Dengan sifat kesabaran yang tinggi pada diri seseorang guru dalam mendidik pelajar, ia dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar seterusnya mampu menarik minat pelajar untuk terus mengikuti proses P&P di dalam bilik darjah. Guru yang menepati masa juga dikatakan guru yang bersahsiah baik.Guru yang selalu menepati masa dalam apa jua tindakan, terutama menepati masa untuk P&P di dalam .19.



bilik darjah dapat mendidik dan memberi teladan kepada pelajar. Sikap guru seperti ini ini akan memberi gambaran kepada pelajar bahawa mereka dihormati guru kerana tidak membiarkan mereka menunggu lama kedatangan guru untuk memulakan sesuatu sesi pelajaran. Kepentingan menjaga masa in ditegaskan dalam Al-Quran, surah Al-Asr (1-3), yang bermaksud; ‘Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.’ Dengan mempunyai sahsiah diri yang baik, seseorang guru itu akan dapat menguruskan pengajaran dengan berkesan. Sesungguhnya bagi menjana anak didik cemerlang dalam dunia pendidikan global hari ini, guru seharusnya mempamerkan ciri-ciri sahsiah diri yang baik, yang mampu dijadikan ikon kepada pelajar mereka.



3. Kecemerlangan Emosi. Seseorang guru yang memiliki kecekapan emosi yang menonjol akan menampilkan tingkah laku kerja yang cemerlang. Guru seperti ini akan sentiasa tahu diri, mampu memimpin diri sendiri dan bekerja tanpa pengawasan orang lain. Guru yang memiliki kecerdasan emosi ini akan sentiasa memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk meningkatkan kecemerlangan di dalam bilik darjah.



.20.



Kecerdasan Emosi (EQ) dapat ditakrifkan sebagaimana berikut: ‘Kemampuan mengenali dan mengendalikan emosi sendiri itulah dinamakan Kompetensi Kecerdasan Emosi atau EIC (Emotional Intelligence Compentence). (Salovey & Mayor; 1990) Dengan perubahan-perubahan yang semakin mencabar dalam system pendidikan masa kini, kurikulum kita nampaknya terlalu berfokus untuk membentuk minda pelajar dan agak kurang tumpuan kepada menata emosi pelajar. Di sini guru memainkan peranan penting untuk menyeimbangkan antara kecerdasan intelek (IQ) dengan kecerdasan emosi (EQ) pelajar. Guru-guru yang mempunyai EQ yang tinggi akan mampu membentuk kestabilan emosi pelajar untuk membina sikap tekun, konsentrasi, tenang, teliti dan sabar dalam memahami isi pelajaran yang sedang dipelajari. Kemampuan dan kejayaan guru membentuk dan menyeimbangkan pencapaian pelajar dari segi EQ dan IQ inilah yang akan dapat melahirkan pelajar cemerlang di dalam bilik darjah. Sesungguhnya kecemerlangan IQ tidak bermakna tanpa kecemerlangan EQ. Keseimbangan antara kedua-duanya akan dapat melahiran modal insane yang benar-benar bermakna.



4.



Kemahiran IT Bidang pendidikan sentiasa berkembang pesat dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi. Teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa cabaran .21.



kepada kita, khasnya para guru. Perubahan mendadak ini banyak merubah cara gaya proses P&P dalam dunia pendidikan, umpamanya muncul pembelajaran ‘online’ Apa-apa pun cara gaya dalam proses P&P di dalam bilik darjah, samada daripada corak pengajaran ‘chalk and talk’ hingga kepada corak pembelajaran ‘online’ semuanya memerlukan komitmen dan kemahiran yang tinggi daripada guru. Pendidik hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap kecanggihan teknologi ini. Sebagai pemangkin pendidikan cemerlang dan berkualiti, guru-guru hendak atau tidak, perlu menyiap dan melengkapkan diri mereka dengan kemahiran IT kerana computer telah dijadikan sebagai kurikulum di sekolah.Penubuhan sekolah bestari merupakasn satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu menguasai teknologi maklumat. Penubuhan sekolah bestari ini merupakan salah satu projek ‘Flagship Applications’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu pusat penyiaran antarabangsa dan serantau. Selain daripada penubuhan sekolah bestari, projek SchoolNet juga satu proses pembestarian sekolah . Melalui projek SchoolNet, sekolah-sekolah yang terlibat telah dilengkapi dengan internet berteknologi tinggi dan jalur lebar samada menggunakan teknologi ADSL, VSAT atau pun internet wireless. Begitu kesungguhan pihak kerajaan lakukan demi mendedahkan pelajar-pelajar kepada pengetahuan IT yang secara tidak langsung membuka mata pelajar di kawasan pedalaman untuk memanfaatkan teknologi IT. Oleh itu sebagai guru yang menggalas wawasan negara untuk mencapai taraf negara maju 2020 dan demi menghadapi gelombang perubahan system pendidikan yang terlalu mencabar ini, guru-guru janganlah memandang .22.



sepi segala perbekalan computer yang dihantar ke sekolah – sekolah yang melibatkan perbelanjaan jutaan ringgit. Jadi sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan gurulah individu yang bertanggungjawab sepenuhnya menggerak dan merangsang para ke arah menjayakan sepenuhnya projek sekolah bestari dan projek SchoolNet sebagai melengkapkan diri menghadapi arus pendidikan global dan mempunyai kemampuan bersaing di pasaran pekerjaan antarabangsa iaitu modal insane yang mempunyai nilai ekonomi (k-ekonomi).



5.



Bekerja Sebagai Ibadah Konsep bekerja sebagai ibadah, akan menimbulkan sikap dedikasi, ketekunan, amanah,



bertanggungjawab dan ikhlas. Keseronokan bekerja akan lahir daripada sikap positif terhadap tugas dan sesuatu tugas itu dapat dihasilkan daripada inisiastif sendiri. Dengan menganggap pekerjaan sebagai sesuatu ibadah, guru seharusnya menyedari bahawa anak didik di dalam bilik darjah itu adalah amanah yang wajib disempurnakan hak mereka sebagai pelajar, iaitu mereka wajib diajar dan dididik dengan sebaik mungkin. Dengan menyedari hakikat ini, guru-guru akan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. Guru yang ikhlas menjalankan tugasnya akan merasa bersalah jika terdapat pelajarnya yang gagal mencapai objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Guru sedaya mungkin akan memastikan pelajar dapat menerima apa saja ilmu yang disampaikan di dalam bilik darjah tanpa ada apaapa diskrimiknasi antara pelajar, baik dari segi pencapaian pelajar atau status social.



.23.



Guru adalah seorang pemimpin kepada pelajar di dalam bilik darjah. ‘ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin adalah bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpin’.



Kesimpulan. Haikatnya, kejayaan agenda pendidikan negara yang digarap sedemikian rupa oleh pihak kerajaan , khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), bergantung sepenuhnya kepada keberkesanan perlaksanaan berdasarkan system pendidikan Negara. Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam usaha mempertingkatkan kualiti system pendidikan Negara, peranan yang dimainkan guru adalah tidak ternilai. Pelbagai dasar dan pelan induk yang digarapkan kerajaan tidak akan berhasil tanpa perlaksanaan berkesan daripada guru serta kesungguhan guru di setiap pelosok. Dunia yang semakin bersifat global menuntut kepada perubahan minda dan lonjakan prestasi daripada kerjaya perguruan. Sehubungan dengan itu, guru perlu terus menyambut cabaran melahirkan generasi modal insane berdaya saing dan berfikiran global. Bagaimana pun pada masa yang sama, guru juga perlu tetap berakar kepada nilai dan budaya tempatan serta perlu peka dan perihatin dengan perkembangan terbaru dalam pelbagai ilmu dan kemahiran terutama dalam bidang pendidikan.



.24.



Guru juga perlu bersedia merintis perubahan demi meningkatkan profesion itu selari dengan usaha kerajaan menjana modal insane cemerlang dan gemilang, bukan terbilang tetapi ramai. Jika seseorang guru dapat melakukan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas, nescaya pelajarnya akan berjaya menerokai pembelajaran mereka lebih daripada apa yang diharapkan guru mereka. ‘Bak kata pepatah; Guru kencing berdiri, murid kencing berlari’.



.25.



Bibliografi. Briner, M. (1999). [ Online] Available: http://carbon.cudenver.edu/~mry/itc_data/constructivism.html



Nik Azis Nik Pa (1997). Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.



Mok Soon Sang, (2003), Siri Pendidikan Guru, Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru, Kumpulan Budiman, Subang Jaya.



Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Dan Misi,. Kuala Lumpur.



Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Konstruktivisme, Kuala Lumpur.



Hishammudin Tun Hussein, (2007), Dewan Masyarakat, PIPP – Persiapan Paling Getir, Mac 2007, (11-16)



Siti Aishah Mohd Elias, (2004), Siri Kepimpinan Dan Pengurusan Sekolah, Mengajar Secara Efektif, Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad, Kuala Lumpur.