Faktor Pembentukan Negara Bangsa Mesir [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Huraikan faktor-faktor yg menyumbang kepada pembentukan negara bangsa Mesir pd abad ke-20 Masihi.



Negara ialah satu komuniti politik tersusun yang menguasai sesuatu kawasan berdaulat. Negara juga boleh didefinisikan sebagai suatu badan atau autoriti dalam sesuatu wilayah. Bangsa ialah sekumpulan manusia yang menetap di sesuatu kawasan dan mempunyai latar belakang, asal-usul, adat resam, kebudayaan, agama, dan sistem politik. Konsep negara bangsa ialah sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya yang mempunyai kesedaran bahawa negara mereka adalah milik bersama. Antara faktor pembentukan negara bangsa mesir adalah, penjajahan Perancis ke atas Mesir. Penguasaan Perancis selama tiga tahun telah membawa perubahan dalam pemikiran rakyat Mesir dengan masuknya fahaman nasionalisme dan demokrasi. Perkara ini berlaku melalui idea-idea pembaharuan yang dilakukan oleh Perancis ke atas Mesir 17981810 M. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Perancis adalah membuka kilang senjata, mengadakan perkhidmatan percetakan dan menerbitkan akhbar, dan menggalakkan pengkajian dalam bidang sains termasuk menghantar para pelajar Mesir untuk belajar di Barat. Faktor seterusnya adalah penjajahan British ke atas mesir. Dasar dikriminasi British dalam pentadbiran mewujudkan golongan nasionalis Mesir. Golongan ini terdedah kepada nilai politik dan sentimen kebangsaan yang dibawa oleh British. British menggalakkan rakyat Mesir bertutur dalam dialek Misriyah bagi mengukuhkan identiti Mesir. Di sekolah agama dan sekolah rendah, british menggalakkan penggunaan dialek tempatan dalam pengajaran. Perkara ini dapat mengukuhkan identiti bangsa Mesir. Keadaan ini menjauhkan generasi baru Mesir untuk memahami arab Fushah yang digunakan dalam Al-quran. Hal ini membangkitkan kemarahan golongan nasionalis dan akhirnya menyeru rakyat Mesir bersatu dan kembali menggunakan satu bahasa. Faktor selanjutnya adalah peranan golongan nasionalis. Dasar dikriminasi British dalam bidang politik, ekonomi dan sosial telah melahirkan ramai tokoh nasionalis yang berjuang menuntut pemerintahan sendiri dan bercita-cita mempraktikkan sistem parlimen seperti yang diamalkan di Barat. Golongan nasionalis ini terdiri daripada mereka yang berkelulusan undang-undang dari Universiti swasta Mesir seperti Saad Zaghtul, dan Ahmad Lutfi. Mereka mendapat latihan dari pensyarah Perancis yang bertugas di Mesir dan telah dihasut untuk memusuhi British. Golongan ini sebenarnya tidak terlalu dikawal oleh pihak British seperti mana pihak tentera tempatan dan penduduk Mesir. Faktor berikutnya adalah kepentingan terusan Suez. Pembukaan terusan Suez 1869 telah menarik perhatian barat terutamanya British dan Perancis untuk menguasainya. Pelbagai cara digunakan oleh British untuk menguasai terusan Suez dan akhirnya British berjaya menguasai terusan ini apabila Khedif Ismail terperangkap dalam muslihat British. Khedif Ismail dibelenggu masalah hutang dan muflis. British telah menggunakan situasi ini untuk menguasai terusan Suez. British telah menawarkan bantuan kepada Khedif Ismail untuk menyelesaikan hutangnya. Hasilnya british dibenarkan menempatkan tenteranya di terusan Suez. Kerajaan dan penduduk Mesir tidak dapat berbuat apa-apa malah



menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan kerana seolah-olah telah melanggar kedaulatan Mesir. Sehubungan dengan itu, lahir kesedaran dalam kalangan masyarakat tempatan untuk menyelamatkan maruah Mesir daripada British. Kesimpulannya, pada tahun 1922, British telah mengisytiharkan kemerdekaan Mesir selepas Mesir bersetuju dengan semua syarat yang diberikan oleh British. Sejurus kemerdekaan diumumkan, perlembagaan Mesir diisytiharkan pada tahun 1923 dan Raja Fuad I ditabalkan menjadi Sultan Mesir. Dalam pilihan raya pertama Mesir, Saad Zaghlul menang dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.