Full Laporan PDF [PDF]

  • Author / Uploaded
  • AdMee
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

BUDAYA KEUSAHAWANAN (PPI 3012) LAPORAN PENJUALAN MINYAK GAMAT



NAMA PELAJAR



: Mohamad Admee Bin Pindia



NO MATRIK



: D20141068477



KUMPULAN



: KUMPULAN A



NAMA PENGAJAR



: Puan Anizawati Binti Ahmad Mansor



PROFILE USAHAWAN



Nama penuh



: Mohamad Admee Bin Pindia



Umur



: 21



Alamat sekarang



: Universiti Pendidikan Sultan Idris



Jenis perniagaan



: Perniagaan minyak gamat



Nama perniagaan



: perniagaan budak keusahawanan



Rakan kongsi (jika ada)



:



Tarikh mula berniaga



: 5 oktober 2015



Modal permulaan



: RM146



Sumber modal



: PTPTN



1



PENGENALAN PRODUK Manfaat gamat mungkin tidak terlalu banyak orang mengatahuinya, yang kebanyakan orang tahu bahawa gamat yang dikenali dengan teripang atau timun laut ini hanya seekor binatang laut dengan tekstur kulit yang licin namun kasar dan bentuk yang memanjang. Tapi jika kita kaji dengan lebih jauh lagi, gamat ini memiliki sejuta manfaat terutama bagi kesihatan dan regenarasi kulit yang telah rosak. Untuk membuktikan hal itu, anda dapat melakukan pemotongan pada haiwan gamat ini menjadi beberapa potongan, kemudian tunggu lebih kurang 2 jam. Selepas itu, gamat tersebut akan membentuk tubuhnya kembali seperti bentuk asalnya. Hal ini kerana gamat memiliki kandungan kolagen hingga 80% pada tubuhnya dan memiliki hingga 86% protein yang terkandung di dalam tubuh gamat ini. Produk yang telah dibekalkan ialah minyak gamat cap pulau panas dan sejuk, dan bam ibu gamat. Perubatan tradisional sememangnya mempunyai pelbagai kelebihan kepada pengguna tidak kira sama ada kelebihan jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Antara kegunaan Minyak Gamat Cap Pulau yang merupakan minyak gamat terbaik sepanjang zaman ini adalah: 1. Ibu-ibu selepas bersalin 2. Luka & kudis 3. Lenguh badan, tulang & sendi 4. Sakit urat 5. Kebas kaki tangan 6. Gatal-gatal 2



7. Senak & kembung perut 8. Bengkak & lebam 9. Kanak-kanak baru lahir 10. Digigit serangga



Bahan yang terkandung dalam Minyak Gamat Cap Pulau ialah ibu gamat asli, rempah ratus, akar kayu terpilih dan bermutu dan 6 jenis minyak herba tradisional. Gamat mampu menghalang pertumbuhan dan penyebaran sel kanser. Ini kerana gamat mempunyai sebatian yang dipanggil glikosida tritertene yang tinggi. Mengikut kajian yang dijalankan oleh saintis-saintis China yang diterbitkan di dalam Jurnal Terapi Kanser dan Biologi mendapati glikosida tritertene mampu menghalang pembentukan saluran darah yang membekalkan nutrien kepada sel kanser. Ia seterusnya menyekat pertumbuhan dan perkembangan sel kanser di dalam badan. Kelebihan gamat sebagai penyembuh luka luaran dan dalaman dibuktikan dengan kajian yang dijalankan oleh Pusat Marin Amerika pada tahun 2011. Mereka yang mendapati khasiat asid lemak di dalam gamat yang dipanggil asid arakidonik bertanggungjawab untuk menyembuhkan luka dan memperbaiki semula tisu badan dengan kadar yang cepat.



3



JENIS PERNIAGAAN Jenis perniagaan saya ialah perniagaan pernjualan ubat tradisional



SENARAI HARGA Sebanyak 26 botol minyak gamat iaitu 8 botol biasa, 8 botol yang panas dan 10 botol ban telah diagihkan kepada setiap pelajar dan diberi tempoh dua minggu untuk menjual minyak gamat tersebut. Harga kilang minyak gamat tersebut ialah RM6.50 dan harga ban ialah RM4. harga pasaran adalah RM8 hingga RM10. Saya telah menjual minyak gamat tersebut dengan harga bermula RM10 sebotol. Dan harga ban dengan harga bermula RM6.



SASARAN PEMBELI Sasaran utama saya ialah golongan warga tua dan kanak-kanak, kerana mereka ialah golongan yang kerap menggunakan minyak gamat ini. Disebabkan sasaran pelanggan saya juga adalah pelajar ,maka sangat sukar untuk saya menjual minyak gamat ini kepada mereka. Ini kerana pelajar jarang menggunakan minyak tradisional ini disebabkan oleh kewujudan minyak lain yang menggantikan penggunaan minyak gamat. Namun yang demikian ,ada juga pelajar yang membeli minyak gamat ini untuk kegunaan ibu bapa di kampung disamping untuk kegunaan sendiri. Secara keseluruhannya,penjualan minyak gamat ini sememangnya satu cabaran dan pengalaman baru kepada saya Untuk merasai menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang.



4



STRATEGI/TEKNIK PEMASARAN Strategi pemasaran saya telah saya laksanakan ialah bermula dengan menjual minyak gamat ini kepada kawan- kawan saya, Saya telah menggunakan media sosial dan media cetak untuk mempromosikan serta mendedahkan kegunaan minyak gamat ini kepada pelajar UPSI. Contoh media sosial yang saya gunakan adalah facebook,wechat dan instagram manakala media cetak yang saya gunakan adalah menampal notis mengenai penjualan minyak gamat ini di papan notis di setiap blok-blok kolej di Kolej Ungku Omar (KUO).



PENGENALAN MENGENAI PROJEK Antara kegunaan minyak gamat ini ialah menghilangkan sengal-sengal pada tulang lebihlebih lagi kepada yang sudah berumur. Selain itu ,minyak gamat ini juga untuk mengurangkan kesan kesakitan melecur tanpa menjejaskan kulit. Di samping itu,ianya juga digunakan untuk menghilangkan kesan jerawat bagi yang perempuan. Tidak ketinggalan juga,minyak gamat ini juga digunakan untuk kaki yang melecet. Minyak gamat yang biasa ini sesuai juga digunakan oleh bayi atau kanak-kanak manakala yang panas sesuai digunakan oleh yang berumur 12 tahun dan keatas.



5



MATLAMAT PROJEK Bagi melengkapi kursus budaya Keusahawan(PPI3012), kerja kursus 1 yang membawa markah sebanyak 20% iaitu penjualan minyak gamat oleh pelajar yang mengambil kursus ini telah dijalankan pada minggu pertama hingga kedua. Kerja kursus ini telah dijalankan secara individu.



PANDANGAN & KEBERHASILAN BERKAITAN STRATEGI YANG DIPILIH mengenai strategi yang saya telah gunakan untuk melaksanakan tugasan ini, pada pandangan saya, walaupun terdapat beberapa cabaran untuk menjual kesemua minyak gamat seperti bersusah payah pergi ke bilik kawan-kawan dan pergi ke pekan tanjong malim untuk mencari pelanggan, tetapi saya dapat menjual kesemua minyak gamat saya. walaupun pada awalnya ia begitu menyukarkan saya kerana perlu berjumpa dengan pelanggan, bercakap dengan pelanggan, meyakinkan pelanggan, mempromosikan kepada pelanggan namun strategi yang saya telah pilih menunjukkan keberhasilan yang positif.



CABARAN SEMASA MENJUAL / MASALAH DAN KEKANGAN Disebabkan sasaran pelanggan saya adalah pelajar ,maka sangat sukar untuk saya menjual minyak gamat ini kepada mereka. Ini kerana pelajar jarang menggunakan minyak tradisional ini disebabkan oleh kewujudan minyak lain yang menggantikan penggunaan minyak gamat.



6



Walaupun cabaran daripada rakan seusaha kurang kerana kebanyakan daripada mereka membawa pulang minyak gamat ke kampong halaman, namun menjual gamat di dalam kampus tetap menyukarkan saya kerana kebanyakan pelajar telah pulang ke kampong bersempena dengan cuti pertengahan semester. Masalah yang saya hadapi juga ialah kenderaan untuk bergerak, lokasi utama saya ialah pekan tanjong malim dan saya hanya menaiki bas untuk sampai ke pintu timur kampus sultan azlan shah dan berjalan kaki ke pekan. Cabaran yang lain ialah komunikasi, ramai yang saya temui daripadanya mereka tidak suka membeli produk ini.



LANGKAH UNTUK MENGATASI Untuk mengatasi masalah yang dihadapi, ialah dengan meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan tentang produk yang dijual, Melakukan strategi perniagaan untuk menjual produk seperti memberi kurang harga bagi yang menginiginkannya dan menjual dengan memberikan percuma sebotol ban untuk pembelian bagi 2 botol ban.



PRESTASI JUALAN Prestasi jualan minyak gamat agak baik,



7



AKAUN UNTUNG RUGI PENJUALAN MINYAK GAMAT



PENGALAMAN & PEMBELAJARAN (RUMUSAN) Secara keseluruhannya, tugasan penjualan minyak gamat yang telah diberikan kepada saya telah memberikan sebuah pengalaman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini, walaupun kerja menjual produk merupakan pengalaman yang pertama bagi saya namun saya dapat melaksanakannya. Pengalaman seperti penggunaan teknik komunikasi dan penyampaian tentang ilmu kegunaan/ kelebihan produk minyak gamat kepada pelanggan adalah tidak asing daripada kos yang saya ambil iaitu kejurutureaan perisian yang memerlukan saya menggunakan teknik komunikasi yang betul untuk mendapatkan maklumat tentang pembangunan sistem. Meyakinkan pelanggan tentang produk yang dijual bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan namun ini adalah suatu cabaran bagi saya dan juga proses pembelajaran yang baik untuk meningkatkan kemahiran diri.



8