Isi Kelebihan Reka Cipta [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REKA CIPTA PENGENALAN REKA CIPTA Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurnamelainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahandari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan sertaminat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusiaakan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluankeperluan yangpelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh merekadengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab. 1.1 Definisi Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilansuatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sediaada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses rekacipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikapatau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatumasalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalambentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai danmempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang sepertigrafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran. . INVENSI DAN INOVASI Invensi adalah proses mereka atau memikir dan menghasilkan sesuatupenemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktivitieksperimen memikir dan menjalankan penyelidikan. Penglibatan daya fikir yangtinggi dan mendapat kepuasan pereka walaupun kadang-kadang ia tidak mendapatnilai komersial.Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadilebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta.Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitik beratkan nilai praktikal berbanding inovatif. RUMUSAN •Reka cipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaiansesuatu produk menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna. •Reka cipta boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan inventif. •Reka cipta dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaanmanusia. •Bidang reka cipta member peluang kepada manusia berfikiran Lebih kreatif,produktif, dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan. •Reka cipta amat berguna kepada manusia serta mampu menyumbang kearah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkankomunikasi,meningkatkan bidang pembinaan dan dapat memupukmasyarakat berpengetahuan dan bertamadun. •Reka cipta mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, mengubah corakkehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan bersikap lebihmesra alam dan mesra pengguna.



BAKAT BARU BIDANG REKA BENTUK Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN [email protected] INOVASI sering dikaitkan dengan bidang pembangunan reka bentuk bagi menghasilkan produk yang mempunyai pelbagai ciri kemudahan serta kelebihan dalam membantu manusia menjalankan aktiviti harian mereka. Kebiasaannya, aktiviti reka bentuk akan melibatkan gabungan aplikasi bidang sains dan teknologi bersama idea-idea kreatif untuk mengeluarkan produk unik dengan fungsi terbaik selaras dengan perkembangan era globalisasi kini. Secara keseluruhan, pelaksanaan teknologi inovasi tersebut tidak tertumpu kepada satu bidang sahaja kerana tekniknya boleh diimplementasikan secara menyeluruh dalam semua industri. Antaranya adalah seperti industri berkaitan automotif, robotik, alam sekitar, produk integrasi, perabot, penjenamaan dan juga pembungkusan. Dalam usaha memperkembangkan pengetahuan bidang berkenaan, pelbagai program pendedahan telah dijalankan terutama di kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak kira awam atau pun swasta. Salah satu IPT tersebut adalah Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui penganjuran program Pameran Graduan Akhir Bacelor Reka Bentuk Perindustrian atau lebih dikenali sebagai 'Degree Show 2009'. Program tahunan tersebut melibatkan penyertaan para pelajar tahun akhir bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) daripada Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Fakulti Reka Bentuk dan Seni Bina, UPM. Bertemakan 'Seni + Sains > Rekaan', ia bertepatan dengan matlamat pameran untuk menyatakan kepentingan kombinasi tersebut dalam menghasilkan satu reka bentuk yang bermanfaat kepada semua. Menurut Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, dalam usaha memperkukuhkan daya saing serta menguasai bidang reka bentuk perindustrian, keupayaan komunikasi dan implementasi teknologi merupakan asas yang sangat penting. ''Justeru, melalui program seperti ini, ia dapat memperkukuhkan pengetahuan para pelajar dalam industri reka bentuk agar menjadi lebih relevan dan dapat berfungsi sebagai sebuah entiti yang kompetitif, berinovasi serta dinamik. ''Bukan setakat untuk mempertingkatkan kecekapan penyelidikan serta pembangunan, malah program ini juga sebenarnya mampu menjadikan mahasiswa berfikir dengan minda yang lebih kreatif dan kritis menerusi aplikasi teknologi canggih dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka,'' katanya ketika merasmikan program tersebut di UPM baru-baru ini. Program yang berlangsung dari 4 hingga 6 Mei lalu bertempat di Dewan Banquet, UPM telah mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan animasi, demonstrasi lakaran dan juga persembahan serta pameran produk.



Seramai 34 pelajar tahun akhir dari kursus IND 3105 Studio Reka Bentuk Perindustrian dan IND 3204 Makmal Reka Bentuk dan Pembuatan telah menyertai pameran itu sebagai memenuhi keperluan program. ''Kita juga ada menjalankan kolaborasi dengan pihak industri bagi membantu memastikan piawaian kajian dan penghasilan produk-produk adalah selari dengan kehendak industri,'' jelasnya. Menerusi kerjasama yang dijalankan dengan agensi-agensi kerajaan atau pertubuhan seperti Majlis Reka Bentuk Malaysia juga, ia secara tidak langsung dapat menjadi pemangkin kepada penjanaan idea-idea yang lebih inovatif dan praktikal. Sementara itu, Ketua Jabatan Reka Bentuk Perindustrian, Hassan Alli berkata, jabatannya sentiasa berusaha untuk melahirkan para graduan dengan pengetahuan serta kemahiran yang tinggi bagi menyahut cabaran dunia reka bentuk. ''Kursus Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Reka Bentuk Perindustrian) kini telah berusia tujuh bermula pengambilan pelajar pertama pada sesi akademik semester 2002/2003. ''Sejak itu, jabatan telah melahirkan lebih daripada 120 orang graduan yang telah pun mendapat tempat di sektor swasta, agensi kerajaan dan juga dalam bidang akademik,'' jelasnya. Menurut Hassan lagi, melihat kepada perkembangan dan kemajuan industri tersebut, pihaknya telah menjalankan pelbagai perancangan bagi memastikan kurikulum yang ditawarkan relevan dan kukuh selaras dengan kehendak industri. Bagi memastikan penggunaan produk -produk berkenaan diperluas secara komersial, pihak jabatan turut menjalankan kerjasama dengan bahagian komersial universiti untuk mendapatkan paten. Di samping itu, produk-produk tersebut turut diberi peluang menyertai program seperti Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) anjuran UPM. ''Pada tahun lepas, sebanyak 11 produk inovasi telah menyertai PRPI di mana dua daripadanya sedang menunggu untuk mendapatkan hak reka cipta,'' jelasnya. Bercerita mengenai Degree Show 2009' sebanyak 70 produk telah dipamerkan di mana setiap satunya akan dinilai oleh dua orang pensyarah dalaman serta empat orang wakil dari pihak industri. Penilaian tersebut adalah sebagai keperluan kepada setiap pelajar untuk melengkapkan pengajian ijazah mereka. ''Setiap pelajar akan menghasilkan dua produk di mana untuk reka bentuk studio, penekanan diberikan kepada penghasilan prototaip dengan nilai estetika manakala reka bentuk makmal pula lebih memberi fokus kepada fungsi sesuatu produk,'' katanya.



bicara agama ARKIB : 10/07/2008 BUDAYA INOVASI DAN PEMBANGUNAN LESTARI Oleh Nurul Izzah Sidek ([email protected]) DALAM kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan yang dibentangkan baru-baru ini, teras kedua yang terkandung dalam Misi Nasional ini adalah berkaitan meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Ia telah menggariskan lima strategi dalam usaha usaha melahirkan modal insan berkualiti yang berpengetahuan, berinovasi dan memiliki nilai-nilai positif. Objektif tersebut dicapai melalui pelaksanaan lima strategi utama iaitu memperkukuh program pendidikan dan latihan, menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan, membina institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa, menggalakkan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan meningkatkan daya inovasi serta terakhir sekali adalah dengan memupuk nilai moral dan etika yang kukuh. Dalam kalangan rakyat Malaysia secara amnya, budaya inovasi dan reka cipta merupakan bidang yang semakin diberi keutamaan. Hakikat bahawa selama-lamanya negara tidak boleh bergantung kepada hasil ciptaan dari luar meningkatkan lagi tujuan utama negara dalam menghasilkan tenaga yang mampu mereka cipta atau melakukan inovasi atau pembaharuan terhadap rekaan semasa. Inovasi bermaksud menambah nilai atau menambah fungsi atau mengubah bentuk sesuatu rekaan atau idea sama ada menggunakan bahan yang baru atau lama supaya ia lebih efektif, mudah dikendalikan dan digunakan serta praktikal. Pelbagai langkah akan terus diambil bagi menambah baik infrastruktur dan sistem inovasi negara. Antaranya, lebih banyak biasiswa akan disediakan bagi peringkat pengajian lepasan ijazah untuk mencapai sasaran 50 penyelidik dan jurutera bagi setiap 10,000 pekerja. Ia bertujuan meningkatkan bilangan penyelidik dan pereka cipta pada masa hadapan. Infrastruktur juga perlu dibina dengan lengkap di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar bagi menggalakkan budaya reka cipta dan inovasi antara pelajar di luar bandar supaya setanding dengan kelebihan infrastruktur yang dimiliki oleh pelajar bandar. Modal Insan Berkualiti Pendorong Inovasi Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Justeru, dalam pada negara menghasilkan bilangan penyelidik dan saintis di masa hadapan, kita tidak harus melupakan mengenai keperluan untuk menghasilkan tenaga yang mempunyai kualiti insan dan ihsan. Modal insan yang berkualiti merujuk kepada pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan individu yang berilmu, berkeyakinan, berdisiplin, inovatif dan dinamik serta berdaya saing. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan lemah kerana ketiadaan faktor manusia yang menjadi pencetus idea baru serta pelaksana dalam kegiatan sosio ekonominya. Modal insan yang berkualiti juga tidak harus melupakan kualiti ihsan, iaitu insan yang berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral yang tinggi serta memahami maksud pembangunan sumber



manusia itu sendiri. Bagi umat Islam, kita perlu memahami matlamat kewujudan dan penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Firman Allah: Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah kepada Ku. (az-Zaariyat: 56). Modal insan yang mempunyai daya inovasi yang tinggi perlu dibangunkan secara holistik dan berterusan. Unsur nilai dan kemahiran perlu digabungkan bersama agar sumber manusia serta penghasilan yang direka mempunyai unsur nilai serta membawa kebaikan kepada umat manusia. Manusia yang berjiwa ihsan adalah manusia yang menganggap bahawa segala yang dilakukan mempunyai objektif yang baik dan mempercayai bahawa segala matlamat dan tingkah laku diketahui oleh Yang Maha Esa. Para saintis dan ilmuwan Islam terdahulu bukan sahaja arif dalam bidang sains bahkan juga merentasi bidang-bidang lain seperti falsafah, logik dan aritmetik, psikologi dan lain-lain. Kekuatan tamadun pada zaman silam tidak lain adalah dengan penerokaan serta penguasaan ilmu pengetahuan yang berpaksikan kepada nilai agama Islam itu sendiri. Al-Quran menjadi hikmah terpenting untuk membangunkan tamadun manusia supaya ia bukan sahaja selari dengan keperluan manusia, tetapi juga seiring dengan syariat. Kekuatan tamadun ini menjadi daya reflektif untuk umat Islam kini mencontohi kekuatan yang ada pada ilmuwan silam untuk diterjemahkan dalam konteks pembangunan daya inovasi negara pada masa kini. Inovasi Seiring Pembangunan Lestari Di dalam bidang reka cipta dan inovasi, hasil penyelidikan dan reka cipta haruslah bersifat lestari agar penghasilan tersebut membawa manfaat jangka panjang untuk generasi akan datang. Konsep pembangunan lestari yang diadunkan dalam pelbagai bidang ini bukan sahaja menuntut agar inisiatif tersebut bermanfaat malah juga membawa kepada keupayaan manusia untuk mengkaji dan menghayati ciptaan Yang Maha Pencipta. Pembangunan lestari disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Dalam surah ali-‘ Imran, ayat 191 misalnya, Allah berfirman bermaksud: (iaitu) orang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. Orang beriman dengan minda lestari sentiasa berusaha memulihara alam sekitar, mencipta sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada orang lain, tidak memudaratkan sumber manusia sekeliling dan mengguna pakai tenaga yang dianugerahkan Allah dengan sebaik-baiknya. Pembangunan lestari juga harus berupaya untuk mendekatkan jurang antara penduduk bandar dan di luar bandar supaya nikmat kemajuan dapat dikongsi secara adil dan saksama. Strategi yang harus diambil untuk mencapai kemajuan perlu dimulakan dengan daya usaha pembangunan sumber manusia adalah selaras dengan ajaran Islam. Kemakmuran dan kesejahteraan negara banyak bergantung kepada penduduknya. Justeru, jika setiap orang di negara ini mempunyai kualiti seperti beriman, bertakwa dan berakhlak mulia, tentu ia akan memudahkan proses untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang kehidupan. Konsep pembangunan sumber manusia dalam Islam adalah proses untuk membentuk insan yang baik dan berguna, bukan saja kepada dirinya, malah masyarakat, agama dan negara. Kesimpulan



Budaya inovasi dan reka cipta seharusnya membawa manusia untuk menginsafi bahawa rekaan dan ciptaan tidak menjadi matlamat utama dalam kehidupan, tetapi hanyalah menjadi alat untuk menjadikan kehidupan manusia bertambah baik dan teratur. Matlamat utama bagi seorang insan adalah berupaya untuk mengaitkan kekuasaan Tuhan dalam setiap yang dilakukan serta menginsafi peranannya untuk menjadi modal insan yang berkualiti dalam menentukan hala tuju dan upaya strategik negara, bangsa dan agama.



Contoh Soalan: Malaysia akan menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dan untuk mencapai matlamt tersebut, rakyat Malaysia perlu menjadi masyarakat pencipta bukannya pengguna sahaja. Jelaskan kepentingan inovasi dalam kehidupan dan usaha-usaha untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Cadangan skema Jawapan : 2 + 3 atau 3 + 2 Pendahuluan h1 – wawasan 2020 meletakan hala tuju negara Malaysia pada landasan yang tepat hasil pemikiran peminpin negara yang memandang ke hadapan yang gemilang. h2 – rakyat Malaysia perlu menjadikan inovasi sebagai budaya untuk memenuhi cabaran globalisasi. h3 – inovasi bermakna menjimatkan kos dan mengoptimun pengeluaran atau hasil. h4 – kerana inovasi menjadi suatu kuasa yang mampu mengubah cara kerja rakyat Malaysia. Idea 1 Kepentingan Inovasi : membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa ( cekap dan produktif ) h1 – penggunaan alat seperti komputer untuk memantau dan mengawal mesin, jentera, bahkan beban kerja sumber manusia dapat dikurangkan. h2 – inovasi perisian ( hardware dan software ) mencepatkan penyebaran ilmu, maklumat dalam talian seperti e-zakat, e-hasil. HRMIS …. h3 – boleh melakukan kerja di mana-mana dan pada bila-bila masa atau di luar waktu kerja. idea 2 Kepentingan inovasi: Menjamin kualiti kerja yang lebih baik dalam sesebuah organisasi h1 mencipta dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan kerana inovasi bersifat mendahului, contoh pasaran untuk ” kek lapis ” boleh merentasi sempadan geografi; dibuat di Malaysia tetapi dijual ke seluruh dunia. h2 – mewujudkan persekitaran kerja yang berdaya maju kerana pengusaha atau kerajaan sentiasa membuat yang terbaik untuk terus kekal relevan sepanjang masa contoh inovasi dalam pembungkusan prdoduk keluaran Malaysia ( SM, IMP, FDA ), SIRIM. h3 – meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat; klinik bergerak dan klinik 1 M. Idea 3 Usaha ke arah inovasi: Memastikan wujudnya kesinambungan antara sistem persekolahan/pendidikan h1 – sekolah akademik,Vokasional, Teknik dan kolej komuniti latih 60 peratus tenaga mahir negara menjelang 2020. h2 – bidang teknologi dan inovasi, kemahiran hidup dengan kurikulum reka cipta dan pertandingan reka cipta kebangsaan. h3 – eksploitasi sepenuhnya perkembangan teknologi maklumat Siber Jaya Malaysia. Idea 4 Pelan strategi dalam transformasi kerajaan ( GTP ) h1 – rangka kerja jangka pendek dan panjang kerajaan h2 – karajaan sentiasa memberi peniktirafan, dorongan, insentif dan motivasi kepada rakyat melaui slogan “rakyat didahulukan dan pencapaian diutama.” h3 – tubuh taman teknologi dan koridor ekonomi utara, Timur dan selatan. Idea 5 Peranan ibu bapa h1 – dorongan dan minat anak-anak diterjemah melalui ikut serta dasar-dasar kerajaan. h2 – panduan dan bimbingan agar anak-anak berjaya dan menjadikan inovasi sebagai kerjaya yang gemilang pada masa hadapan.



Kesimpulan h1 – kerajaan Malaysia bersungguh menjadikan negara Malaysia sebagai negara pencipta dengan pengubalan dasar-dasar negara. h2 – usaha yang dijalan kerajaan telah terbukti berjaya mengubah minda rakyat Malaysia. h3 – kita sudah sedia mengharungi masa depan yang cemerlang melalui inovasi.



CARA MEMUPUK BUDAYA SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KALANGAN PELAJAR Ekoran kemajuan sains dan teknologi, terciptalah pelbagai alatan yang memudahkan urusan harian manusia. Penciptaan kenderaan canggih membolehkan sesiapa sahaja bergerak ke sana ke sini dalam masa yang singkat. Penemuan kaedah rawatan moden pula telah membantu pihak perubatan mengesan dan merawat penyakit dengan lebih berkesan. Walaupun kepentingan sains dan teknologi diakui, namun kesedaran orang ramai, khususnya pelajar tentang perkara ini masih kurang. Sehubungan dengan itu, usaha untuk memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar perlu dilakukan. Bagi mencapai matlamat tersebut, ibu bapa hendaklah memperkenalkan “dunia sains dan teknologi” kepada anak-anak. Selain memberitahu anak-anak tentang kepentingan budaya sains dan teknologi dalam kehidupan era moden, ibu bapa seharusnya membawa anak-anak mengunjungi pameran sains dan teknologi yang sering diadakan. Tujuannya adalah untuk menanam minat anakanak terhadap sains dan teknologi sejak awal lagi. Bagi anak-anak yang menunjukkan minat mereka terhadap bidang ini, galakan hendaklah diberikan agar minat tersebut dapat disuburkan. Sesetengah pelajar beranggapan bahawa Sains merupakan mata pelajaran yang sukar dipelajari. Oleh hal yang demikian, fobia terhadap mata pelajaran Sains perlu dihilangkan dalam diri pelajar. Di sekolah, Unit Bimbingan dan Kaunseling harus mengadakan ceramah untuk membetulkan tanggapan tersebut. Kesedaran tentang hal ini juga perlu diberikan kepada ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Selain itu, pelajar yang telah berjaya dalam bidang tersebut boleh diundang untuk memberikan penjelasan kepada pelajar tentang perlunya budaya sains dan teknologi pada era globalisasi. Langkah ini penting untuk membina keyakinan dalam diri pelajar bahawa sains dan teknologi mampu dipelajari oleh sesiapa sahaja. Di sekolah, guru mata pelajaran Sains hendaklah memberikan penekanan kepada aspek amali dan penyelidikan, di samping penekanan terhadap teori. Selain itu, pertandingan reka cipta sains perlu diadakan dari semasa ke semasa. Aktiviti ini penting untuk meningkatkan inovasi dan kreativiti pelajar. Ganjaran yang setimpal perlu disediakan untuk menarik lebih ramai pelajar mengambil bahagian. Usaha ini dipercayai dapat meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi, sekali gus memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini. Seterusnya, institusi pengajian tinggi pula hendaklah menawarkan lebih banyak kursus yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Dengan berbuat demikian, lebih ramai pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian dalam bidang tersebut. Pada masa yang sama, pihak institusi yang berkenaan hendaklah menyediakan kemudahan pembelajaran sains dan teknologi yang mencukupi untuk membolehkan pelajar mengikuti pengajian dengan berkesan. Di samping itu, insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang tersebut wajar diberikan sebagai pendorong agar pelajar berusaha untuk menguasai bidang tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak institusi pengajian tinggi harus memikirkan pelbagai kaedah untuk menarik minat generasi muda dalam bidang sains dan teknologi. Di samping itu, Kementerian Pendidikan mengadakan Kempen Budaya Sains dan Teknologi dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, wacana ilmu yang berkaitan dengan bidang sains dan teknologi telah diadakan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, aktiviti forum dan wawancara tentang sains dan teknologi diadakan sepanjang pelaksanaan kempen itu. Selain itu, peraduan menulis esei, pidato, melukis poster, dan mencipta puisi yang bertemakan sains dan teknologi telah



diadakan khusus untuk pelajar sekolah. Kempen yang berterusan ini diyakini dapat memupuk budaya sains dan teknologi dalam kalangan generasi muda di negara ini. Sesungguhnya, bidang sains dan teknologi banyak mendatangkan faedah kepada kehidupan manusia. Pelajar hendaklah memantapkan ilmu dalam bidang ini. Selain itu, kesedaran semua pihak tentang kepentingan sains dan teknologi amatlah penting. Dengan adanya kesedaran sedemikian, usaha pemupukan budaya sains dan teknologi dalam kalangan pelajar akan mencapai matlamatnya. Akhir kata, sama-samalah kita memainkan peranan dalam memartabatkan bidang sains dan teknologi demi kemajuan negara. Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.