Islam Islam Official [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0



Pengenalan Islam merupakan agama yang menjadi garis panduan untuk pembinaan tamadun



manusia yang berkaitan nilai-nilai yang bersesuaian ajaran Allah SWT. Pemerintahan Islam bermula pada zaman Rasulullah yang kemudiannya diteruskan oleh kepemimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin. Pada waktu tersebut, Islam telah berkembang pesat seiring perluasan wilayah di luar tanah Arab oleh pemerintah Islam. Setelah zaman pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin, muncul pula Zaman Daulah Islamiah Khalifah Umaiyah dan Khalifah Abbasiyah yang akan dibincangkan dalam penulisan akademik ini. Sejarah telah mengukir bahawa pada zaman Khalifah Abbasiyah, umat Islam benar-benar berada dipuncak kejayaan dan memimpin ketemadunan dunia pada waktu itu. Islam bukan sekadar agama yang membawa nilai-nilai keagamaan tetapi juga membawa tamadun Islam yang bermula dari zaman Nabi kemudian diteruskan semasa kepemimpinan Khulafa’ Ar-Rasyidin yang telah memberi kesan kepada dunia, kerana para khalifah Khulafa’ Ar-Rasyidin ini telah melakukan perluasan wilayah luar dari tanah Arab. Setelah berakhir zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin, Islam berkembang sangat pesat semasa kepimpinan Daulah Islamiah Umaiyah dan Abbasiyah di mana telah memberi pengaruh besar kepada dunia pada masa itu. Pengaruh besar kepada dunia ini berlaku disebabkan para Khalifah membuat pengembangan besar-besaran ke Asia, Afrika dan Eropah. Ahli sejarah memanggil masa itu "The Golden Age". Justeru itu, Islam berkembang pesat dalam pelbagai bidang seperti ketamadunan, sains, politik dan kerajaan, ekonomi, sosial dan bidang keilmuan. Justeru itu, dalam penulisan akademik ini kita akan menelusuri secara eksplisit dengan membandingkan pencapaian dan perkembangan dari segi ekonomi, sosial dan politik antara Zaman Daulah Islamiah Umaiyah dengan Khalifah Abbasiyah. 2.0



Perbandingan Dari Segi Aspek Ekonomi Persoalan ekonomi manusia sebenarnya telah berkembang seiring dengan zaman



manusia wujud di bumi ini, serta usaha untuk menyelesaikannya seperti apa yang hendak dimakan, bagaimana untuk menghasilkan, dan bagaimana untuk mengedarkannya. Isu-isu seperti ini menjadi topik utama semasa perjuangan manusia dalam menjalani kehidupan seharian, sama ada dirakam oleh sejarah atau tidak. Seperti yang kita lihat, selepas kejatuhan zaman pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin, bertukar pula sistem pemerintahan Islam pada masa itu menjadi sistem daulah. Perkembangan ekonomi yang dicapai juga berbeza dari semasa ke semasa. Berdasarkan itu, maka dalam penulisan akademik ini kita akan membanding bezakan ekonomi antara dua daulah ini. 2.1



Banding Beza Ekonomi Daulah Islamiah Umaiyah Dan Abbasiyah



Dari perspektif tamadun sejarah Islam, kerajaan Umaiyah disebut sebagai zaman keemasan dalam pencapaian pemerintahan Islam meskipun pemerintahan kerajaan Umaiyah tidak cukup satu abad (90-91 tahun). Berbanding dengan bidangbidang keilmuan yang lain seperti sains, politik dan sosial, sumbangan pemerintahan khalifah Umaiyah dalam bidang ekonomi tidak begitu besar dan menonjol. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sumbangan mereka terhadap kemajuan ekonomi Islam, antaranya peningkatan konsep Urus (transaksi) As-Salam, Murabahah, dan Muzara'ah, dan kehadiran Kitab al-Kharaj yang ditulis oleh Abu Yusuf yang hidup selama pemerintahan khalifah Hashim secara mendalam telah membahaskan tentang kebijaksanaan sistem ekonomi Islam telah dilihat sebagai sumbangan yang amat berharga kepada pemikir ekonomi dunia. Pada zaman Daulah Abbasiyah pula, perkembangan ekonomi berasaskan industri rumah berkembang pesat dan maju berbanding zaman Umaiyah yang kurang memberi perhatian dalam bidang ini. Kemudian, barang dagangan ini biasanya diangkut dengan kapal layar untuk dihantar ke tanah luar daripada Arab, dalam masa yang sama terdapat juga beberapa khalifah yang telah mengembara dengan sendirinya untuk memastikan barangan ekonomi ini tiba dengan selamat ke destinasinya. Pada zaman Abbasiyah juga, negara sekitarnya dapat mengimport barangan seperti rempah ratus, kapur barus dan sutera hasil pengeluaran yang pesat pada zaman Abbasiyah berbanding Umaiyah sebelum ini. Peranan penting ekonomi terhadap Daulah Abbasiyah sangat disedari oleh para khalifah Abbasiyah dalam menentukan kemajuan sesebuah negara terutamanya pada zaman ___. Oleh kerana itu, mereka memberi perhatian khusus kepada perkembangan sektor ini secara serius. Di samping itu, faktor pertumbuhan penduduk yang pesat juga merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan pertumbuhan ekonomi. Selain itu juga, peningkatan ekonomi Daulah Abbasiyah juga disebabkan faktor permintaan pasaran yang tinggi dan banyak yang mencetuskan produktiviti ekonomi yang kian meningkat. Berbalik pada zaman pemerintahan Umaiyah, penambahbaikan sistem politik Daulah Umaiyah dilakukan dengan pembentukan beberapa jabatan baharu dalam pemerintahan yang telah membantu meningkatkan pencapaian ekonomi kerajaan Umaiyah. Dengan ini, telah banyak membawa pengaruh positif terhadap kehidupan masyarakat terutamanya dengan terbentuknya Jabatan Kewangan Negara (Nizam Mal), yang tugasnya adalah sebagai berikut 1. Mengatur gaji tentera dan pegawai kerajaan.



2. Mengatur pembangunan prasarana pertanian, seperti pembinaan terusan. 3. Mengatur pembiayaan untuk orang-orang hukuman dan tawanan perang 4. Mengatur pembiayaan untuk perlengkapan perang 5. Mengatur hadiah untuk ulama dan sasterawan negara Dengan adanya jabatan kewangan tersebut, para khalifah Umaiyah mampu membangunkan rumah untuk orang tua dan anak yatim. Selain itu juga, jabatan kewangan ini berfungsi untuk membangunkan prasarana dan infrastruktur umum, seperti masjid, jalan, dan saluran air. Apabila kita lihat dalam aspek kemajuan ekonomi dan kemakmuran rakyat pada zaman Daulah Islamiah Abbaiyah pula, lebih maju dan kian meningkat berbancing zaman Daulah Umaiyah hal ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya, 1. Kestabilan dan keamanan politik kerajaan sehingga mendorong suasana yang kondusif bagi aktiviti ekonomi. 2. Mengurangkan perluasan kuasa ke kawasan baru supaya pendapatan ekonomi negara boleh disalurkan kepada oleh masyarakat. 3. Permintaan yang tinggi oleh negara luar, telah menggalakkan ekonomi Abbasiyah untuk meningkatkan kuantiti bekalan barangan dan perkhidmatan. 4. Keluasan wilayah jajahan menggalakkan pertukaran komoditi menjadi ramai. Terutamanya wilayah bekas tanah jajahan Parsi dan Byzantium. 5. Laluan pengangkutan laut serta kemahiran pelaut Islam dalam sains marin atau navigasi pandu arah Etika kerja ekonomi para khalifah Abbasiyah dan pedagang ekonomi orang Arab telah terbukti dalam sejarah sebagai ahli ekonomi yang hebat. Ini didorong oleh fakta bahawa perdagangan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan Arab apatah lagi fakta bahawa Nabi Muhammad sendiri juga seorang peniaga. Berbalik kepada kemajuan ekonomi kerajaan Umaiyah pula, Daulah Islamiah ini telah membuahkan hasil untuk membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyatnya, antaranya ialah: 1. Dalam



bidang



pertanian,



Daulah



Islamiah



Umaiyah



telah



memperkenalkan sistem pengairan untuk tujuan meningkatkan output pertanian yang telah diteruskan oleh Daulah Islamiah Abbasiyah.



2. Dalam bidang industri perkilangan, terutama kraftangan telah menjadi nadi pertumbuhan ekonomi untuk Kerajaan Umaiyah sehingga menyebabkan berlakunya kegemilangan pada zaman Abbasiyah. Berikut pula adalah beberapa pemaharuan berkaitan ekonomi oleh Khalifah, Fuqoha dan ulama semasa khalifah Umaiyah yang dapat dikenalpasti: 1. Kerajaan Islam pertama untuk menubuhkan pejabat rekod negera dan perkhidmatan pos (al-barid) 2. Percetakan mata wang, membangun birokrasi seperti pengumpulan cukai dan fungsi pentadbiran politik. 3. Melaksanakan dasar pemberian gaji tetap kepada tentara 4. Mengendalikan Percetakan mata wang Islam secara berasingan di seluruh wilayah Islam dan melarang penggunaan mata wang lain. 5. Tentukan gaji pegawai dan melarang pegawai melakukan kerja sampingan Dalam sumbangan ekonomi Daulah Islamiyah Umaiyah juga, setiap wilayah Islam mempunyai kuasa untuk menguruskan zakat dan cukai secara individu dan tidak memerlukan kebenaran dan pemerhatian daripada pemerintah pusat. Sebaliknya, kerajaan pusat akan memberi subsidi kepada kawasan Islam yang berpendapatan dan cukai zakatnya tidak mencukupi. Semasa pemerintahan Daulah Islamiyah Umaiyah juga, sumber pendapatan ekonomi negara berasal daripada zakat, rampasan perang, cukai pendapatan pertanian, dan hasil pemberian daripada ushawan yang berjaya. Khalifah Umaiyah mengambil langkah untuk meningkatkan ekonomi negara dengan membernarkan penjualan komoditi pada kredit dengan harga yang lebih tinggi daripada harga tunai. Raja-raja setiap wilayah juga tidak terkecuali untuk meningkatkan ekonomi negara dengan mempunyai tanggungjawab untuk memajukan rakyat dan memenuhi keperluan rakyat. Apa yang lebih bermakna, sumbangan yang agak ketara dalam bidang ekonomi oleh kerajaan Umaiyah ialah khalifah telah menerapkan prinsip-prinsip alMasahah, al-Mursalah. Al-Maslahah yang dapat didefinisikan sebagai prinsip manfaat, utiliti, yang memberi manfaat kepada individu dan masyarakat. Sedangkan prinsip alMaslahah dapat ditafsirkan sebagai prinsip kebebasan, tidak terbatas, atau tidak terikat. Dengan pendekatan dua prinsip ini, kerajaan Islam berhak menafikan cukai, apabila diperlukan melebihi jumlah yang dinyatakan dalam Syariah.



Sekarang kita lihat pula peningkatan dan penambahbaikan ekonomi pemerintahan Daulah Abbasiyah hasil kesinambungan daripada kerajaan Umaiyah dalam beberapa bidang antaranya ialah sektor pertanian di mana para Khalifah Abbasiyah terus cakna membela dan menghormati para petani, bahkan melepaskan cukai pendapatan mereka, dan beberapa cukai telah dihapuskan sama sekali seperti yang telah diperkenalkan pada Daulah Islamiyah Umaiyah. Dalam aspek perindustrian Daulah Abbasiyah Para Khalifah menganjurkan untuk melancarkan pelbagai industri, di samping beberapa bandar dan jenis industri dikenalpasti. Pada 565 H/ 258 M, terdapat serangan ke atas Kota Baghdad oleh golongan Mongol dan menyebabkan kejatuhan Baghdad. Kejatuhan Baghdad ke tangan Mongol tidak hanya mengakhiri pemerintahan khalifah Abbasiyah di sana, tetapi juga permulaan zaman kejatuhan ekonomi, politik dan tamadun Islam. Sebagai kesimpulan, sumbangan yang amat besar oleh Daulah Islamiah Umaiyah dan Abbasiyah ialah memperkenalkan prinsip asas sistem ekonomi cara Islam yang diguna pakai hingga ke hari ini. Antara prinsip asas sistem ekonomi Islam yang dianjurkan oleh kedua-dua Daulah Abbasiyah dan Umaiyah adalah kebebasan individu, hak harta, ketidaksamaan ekonomi dalam batas yang munasabah, ekuiti sosial, keselamatan sosial, pengagihan kekayaan yang meluas, larangan pengumpulan kekayaan, larangan terhadap organisasi antisosial, dan kesejahteraan individu dan masyarakat. Justeru, kita sebagai umat Islam, hendaklah mengetahui sejarah pemerintahan Islam dan bagaimana sistem ekonomi bercirikan Islam, khususnya pengurusan ekonomi oleh khalifah Umaiyah dan Abbasiyah agar pemikiran kita tidak hanya tertumpu kepada sistem ekonomi konvesional. 3.0



Perbandingan Dari Aspek Sosial 3.1



Sumbangan Dalam Pendidikan Daulah Islamiah Umaiyah Dan Abbasiyah Sebagaimana zaman awal Islam, sumber utama pendidikan Islam pada



Daulah Islamiah Umaiyah dan Abbasiyah ialah al-Quran yang merupakan suatu sumber yang sah dan hakiki, diikuti sunnah atau hadis. Selain itu, pendidikan Islam juga berpandukan kepada sumber akal dalam bentuk ijtihad dan qias bagi menjelaskan perkara-perkara yang tidak diterangkan secara jelas oleh sumber alQuran dan sunnah. Sesuai dengan perkembangan semasa, pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umaiyah dan kerajaan Abbasiyah bertujuan untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang antara aspek aqliah dan naqliah bagi membolehkan manusia mengenali pencipta-Nya serta mentaati segala perintah dan suruhannya.



Pendidikan Islam pada kedua-dua kerajaan tersebut berlangsung secara formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal berlaku di masjid, manakala pendidikan formal berlangsung di institusi yang didirikan oleh kerajaan seperti kuttab dan institusi pengajian tinggi serta madrasah seperti Bait al-Hikmah di Baghdad. Kandungan kurikulum pendidikan yang terdapat pada kedua-dua kerajaan ini merangkumi ilmu naqli dan ilmu aqli. Antara ilmu naqli seperti tafsir, hadis, fikah dan usuluddin, manakala ilmu aqli seperti falsafah, sejarah, bahasa (nahu), matematik dan ilmu alam. Ciri seterusnya pendidikan Islam pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah ialah munculnya ulama-ulama tersohor yang menjadi tenaga pengajar di institusi pendidikan seperti Abdullah b. Abbas, Hassan al-Basri dan Wasil b. al-Basri. Sumbangan yang besar pada kedua-dua kerajaan ini ialah kewujudan kaedah halaqah yang digunapakai hingga ke hari ini. Melalui kaedah ini, murid-murid akan berkumpul membentuk bulatan yang mengelilingi guru, mendengar apa yang disampaikan oleh guru sambil menadah kitab yang menjadi bahan pembelajaran. Pada zaman kerajaan Umayyah dan kerajaan Abbasiyah, pendidikan Islam mendapat sokongan padu daripada para pemerintah. Umpamanya, pada zaman kerajaan Umayyah, Khalifah Umar b. Abdul Aziz telah mendirikan banyak masjid dan meneruskan pendidikan percuma di kuttab bagi golongan yang tidak berkemampuan. Pada zaman kerajaan Abbasiyah pula, muncul tokoh-tokoh pemerintah yang mencintai ilmu pengetahuan seperti Khalifah Harun al-Rasyid dan Khalifah alMakmun. Pembaharuan dan sumbangan yang terdapat dalam sistem pendidikan keduadua Daulah Islamiah ini ialah kewujudan aktiviti penterjemahan karya-karya asing khasnya daripada bahasa Yunani. Di Baghad, aktiviti tersebut giat dilakukan di Bait alHikmah manakala di Nisabur, Universiti Nizamiyyah bukan sahaja berperanan sebagai institusi pengajian tinggi bagi umat Islam mendalami ilmu pengetahuan malah juga sebagai pusat penterjemahan. Sebagai kesimpulan, sokongan padu pemerintah dan kemunculan ulama menjadikan kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah cemerlang dalam aspek pendidikan dan menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan. 3.2



Banding Beza Sosial Daulah Islamiah Umaiyah dan Abbasiyah Dalam bidang sosial, khalifah semasa pemerintahan Umaiyah juga banyak



melakukan penambahbaikan iaitu dengan meningkatkan pembinaan hospital (mustasyfayat) di setiap kota semasa pemerintahan khalifah Walid bin Abdul Malik. Selain itu juga, beliau banyak juga membina tempat perlindungan untuk anak-anak



yatim yang ditinggalkan oleh ibu bapa mereka akibat perang. Malah orang tua yang tiada tempat tinggal juga mempunyai rumah perlindungan yang baik dan selesa. Jadi usaha murni khalifah pada zaman Daulah Umaiyah ini menghasilkan simpati yang cukup besar dari non-Muslim, yang pada akhirnya mereka berduyun-duyun untuk masuk Islam.