Jelaskan Bentuk System Pemerintahan Republic Di Filipina Pada Abad Ke [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Jelaskan bentuk sistem pemerintahan republik di Filipina pada abad ke-19  Pendahuluan  







 Isi-Isi Penting











 Kesimpulan 



Filipina pernah dijajah oleh Sepanyol dan Amerika Syarikat Sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1946. Setelah merdeka, Republik Filipina mengalami perubahan yang besar dari semasa ke semasa selepas dipimpin oleh beberapa orang presiden sejak tahun 1946 hingga kini. Republik Filipina berbentuk kesatuan dengan sistem pemerintahan berpresiden. Sistem pemerintahan presiden merupakan sistem pemerintahan di mana ketua pemerintahan dipegang oleh presiden. Sistem pemerintahan republik di Filipina terbahagi kepada badan eksekutif, badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman. Kuasa eksekutif diserahkan kepada presiden sebagai ketua negara. Presiden dipilih dalam pilihan raya untuk jangka masa enam tahun dan mempunyai hak veto. Presiden mengetuai cabinet dan Menteri bertanggungjawab sebagai ketua negara yang juga merupakan ketua pemerintahan. Badan perundangan (legislatif) mempunyai dua buah dewan, iaitu Kongres yang terdiri daripada Senat dan Dewan Perwakilan. Anggota kedua-duanya dipilih oleh rakyat. Terdapat 24 orang senator yang berkhidmat selama enam tahun di Senat manakala Dewan Perwakilan terdiri daripada 250 orang anggota Kongres yang berkhidmat selama tiga tahun. Anggota Dewan Perwakilan dibatasi masas khidmatnya untuk tiga kali berturut-turut. 2/3 suara Kongres diperlukan untuk menolak hak veto undang-undang yang dicadangkan oleh presiden. Badan kehakiman pemerintah diketuai oleh Mahkamah Agung yang juga merupakan mahkmah tertinggi di Filipina dengan diketuai oleh seorang Ketua Mahkamah Agung dan 14 orang Hakim Agung yang kesemuanya diketuai oleh presiden. Usia bersara wajib bagi hakim Mahkamah Agung ialah 70 tahun. Badan kehakiman yang lain adalah Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tingkat Pertama dan Mahkamah Bandar. Perlembagaan Filipina merangkumi bidang kuasa presiden sebagai cara penjagaan terhadap kekuasaan pemerintah. Semua warganegara Filipina yang berusia 18 tahun atau lebih memperoleh hak bersuara. Sistem pemerintahan Republik Filipina berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan yang membahagikan kuasa kepada tiga buah badan utama iaitu badan eksekutif, badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman. Amalan demokrasi berparlimen menjadi asas penting kepada sistem pemerintahan Republik Filipina hinggalah ke hari ini.



Bincangkan sistem raja berpelembagaan yang diamalkan di Thailand pada abad ke-19 Pendahuluan



   



   Isi-Isi Penting



 







Revolusi 1932 dipimpin oleh Nai Pridi Panomyong dan dibantu oleh Phraya Bahol, Phraya Manopakorn dan Phibun Songkram yang juga merupakan golongan tentera. Parti Rakyat melancarkan rampasan kuasa tanpa menumpahkan darah pada 24 Jun 1932. Parti Rakyat mengambil alaih pentadbiran dan membentuk kerajaan sementara sehingga Raja Prajadhipok kembali semula ke Thailand dari England. Pada 24 Jun 1932, Parti Rakyat mengambil alih pentadbiran negara. Revolusi ini telah menamatkan sistem beraja mutlak di Thailand apabila Raja Prajadhipok bersetuju menjadi raja berpelembagaan. Pridi Panomyong kemudiannya dilantik menjadi ketua kerajaan sementara. Pada 10 Disember 1932, Perlembagaan Tetap Thailand diluluskan dan Phraya Manopakorn menjadi Perdana Menteri Thailand yang pertama. Pada tahun 1938, Phibun Songkram menjadi Perdana Menteri. Undang-undang diluluskan untuk menyekat kebebasan orang Cina dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Sekolah Cina ditutup dan akhbar Cina juga diharamkan. Rakyat Thailand diberi keutamaan untuk menguasai ekonomi negara. Rakyat Thailand digalakkan mengusahakan Kawasan balak dan bantuan kewangan diberikan kepada syarikat Thailand untuk memajukan ekonomi mereka. Jawatan-jawatan tinggi diberikan kepada pegawai yang beragama Buddha manakala pegawai yang bukan beragama Buddha akan dilucutkan jawatan atau tidak dinaikkan pangkat. Ini memaksa mereka memeluk agama Buddha. Pridi Panomyong dipanggil semula dan dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri selepas beliau didapati tidak terlibat dalam kegiatan komunis seperti yang didakwa. Pada Oktober 1933, kerajaan Phraya Bahol menerima tentangan hebat daripada kaum kerabat diraja di bawah pimpinan Putera Bovaradej, iaitu sepupu kepada Raja Prajadhipok. Putera Bovaradej yang pernah berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan di bawah kerajaan beraja telah melancarkan sastu pemberontakan tentera untuk memulihkan semula kuasa autokratik raja. Phraya Bahol pula mendapat sokongan tentera di bawah pimpinan Phibun Songkram dan menumpaskan pemberontakan Putera Bovaradej. Putera Bovaradej kemudian melarikan diri ke Saigon, Vietnam. Pemberontakan Putera Bovaradej telah menjatuhkan maruah kerabat diraja dan menyebabkan rakyat kehilangan keyakinan terhadap raja. Raja Prajadhipok yang disyaki terlibat dalam rampasan kuasa tersebut telah turun takhta pada tahun 1935 dan menetap di England atas alasan mengubati matanya. Baginda digantikan oleh puteranya, iaitu Ananda Mahidol.











 Kesimpulan 



Selepas peristiwa tersebut, kedudukan Phraya Bahol semakin kuat dan beliau melantik Pridi Panomyong sebagai Menteri Luar dan Phibun Sangkrom sebagai Menteri Pertahanan. Pada tahun 1937, Phraya Bahol meletakkan jawatan atas sebab kesihatan. Phibun Songkram mengambil alih pemerintahan sebagai Perdana Menteri manakala Pridi Panompyong menjadi Menteri Kewangan. Semasa serangan tentera Jepun, Thailand mengamalkan dasa proJepun bagi mengekalkan kemerdekaannya. Phibun Songkram juga berharap dapat memperoleh semula wilayah Thailand yang dirampas oleh Perancis di IndoChina. Sistem pemerintahan raja berpelembagaan selepas tahun 1932, menghadapi cabaran hasil percubaan kerabat diraja mengembalikan kuasa mutlak raja dan perkembangan pengaruh tentera dalam pentadbiran. Pada tahun 1940, Phibun Songkram telah menandatangani perjanjian dengan Jepun. Jepun telah memaksa Perancis di IndoChina menyerahkan Battambang, Siemreap dan Laos kepada Thailand.