Jurnal Refleksi [PDF]

  • Author / Uploaded
  • Lee
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Jurnal Refleksi Projek 1 (Kumpulan) 1. Isu / Pekara yang difokus: Kem Motivasi Tahun 6 2. Analisis isu / pekara yang difokus: 2.1 Kekuatan:  Kos perbelanjaan mendapat kelulusan daripada pihak sekolah dan telah memudahkan kerja kami untuk menyiapkannya.  Sepanjang kem motivasi berlangsung, kami perlu melaksanakan pelbagai tugas untuk memastikan aktiviti sepanjang kem motivasi berjalan dengan lancar. Dengan bantuan warga pihak sekolah setiap masa, kami dapat menjalankan kem motivasi ini dengan berjaya. 2.2 Kelemahan:  Kekurangan komunikasi antara guru pelatih dengan pihak sekolah sehingga berlakunya tidak membuat pengumuman tentang butiran kem motivasi ini kepada guru-guru lain dan murid-murid. Ini turut menyebabkan murid-murid yang terlibat lambat mendaftar di kaunter pendaftaran yang disediakan. 3. Cadangan Penambahbaikan: Semasa melaksanakan program yang perlu melibatan peserta yang banyak, aktiviti perbincangan perlu sentiasa dijalankan untuk memastikan program yang dirancangkan dapat dijalan dengan lancar. Apabila berlakunya masalah semasa aktiviti dijalankan, kita perlu berbincang dan membuat keputusan yang waras dengan segera supaya tidak mengganggu kelancaran program.



Jurnal Refleksi Projek 2 (Kumpulan) 1. Isu / Pekara yang difokus: Program Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-60 2. Analisis isu / pekara yang difokus:



2.1 Kekuatan:  Dari segi peralatan, kami telah dibekalkan dengan peralatan yang secukupnya oleh pihak sekolah.  Pertandingan kior ini adalah memberikan peluang kepada semua murid untuk belajar menyanyi lagu patriotik. Murid-murid telah berlatih dengan bersungguh-sungguh dan bersedia dengan alatan-alatan persembahan masing-masing.  Segala perancangan dan persiapan telah dijalankan dua minggu sebelum sambutan kemerdekaan ke-60. 2.2 Kelemahan:  Semasa pertandingan kior dijalankan, suara pembesar suara yang rendah telah menjejaskan keseluruhan pertandingan kior. Murid Tahun 1, Tahun 5 dan Tahun 6 terpaksa mengulangi pertandingan mereka selepas masalah pembesar suara yang diatasi. 3. Cadangan Penambahbaikan: Mengatasikan masalah pembesar suara sebelum sesuatu majlis dijalankan. Memperbanyakkan lebih banyak aktiviti yang menarik. Masalah-malasah yang timbul perlu diatasi dengan segera.



Jurnal Refleksi Projek 3 (Individu) 1. Isu / Pekara yang difokus: Program Menghasilkan Bahan Bantu Belajar Operasi Darab 2. Analisis isu / pekara yang difokus: 2.1 Kekuatan:  Dari segi peralatan, saya telah menyediakan peralatan dan bahan yang diperlukan dengan secukupnya. Kesemua peralatan dan bahan



telah disediakan dalam massa yang singkat. Oleh itu, program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekurangan.  Sepanjang program berlangsung, idea dan pandangan yang baru dan kreatif sering diperolehi untuk menghasilkan bahan bantu belajar yang menarik dan sesuai digunakan oleh murid-murid di kelas pemulihan. 2.2 Kelemahan:  Semasa menjalankan program ini, saya kurang prihatin terhadap kekemasan dan kebersihan di bilik pemulihan sehingga mengganggu pembelajaran murid-murid di kelas pemulihan. 3. Cadangan Penambahbaikan: Semasa melaksanakan program menghasilkan bahan bantu belajar, saya perlu sentiasa menjaga kekemasan dan kebersihan kawasan tempat yang digunakan supaya kawasan tempat tersebut tidak dilihat kotor dan kurang kemas.