Kajian Kes Murid Pendidikan Khas Autisme [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KAJIAN KES MURID PENDIDIKAN KHAS AUTISME



PENGENALAN Kajian kes yang saya buat ini adalah berkenaan seorang murid dari Sekolah Pendidikan Khas. Murid tersebut telah dikategorikan sebagai murid Autisme. Di sini saya huraikan sedikit fakta mengenai Autisme. DEFINISI AUTISME Autisme didefinasikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut: “Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, ‘rote memory’ dan lain-lain”. Istilah autisme juga digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung. Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak



dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur. Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari. Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri. Tanda-tanda 



Tidak suka bersosial.







Pendengaran tidak normal.







Mengelak daripada bertentang mata.







Gangguan pertuturan.







Corak kelakuan yang berulang / gemar memutarkan objek







Tidak mengendahkan rasa sakit.



  



Terlalu aktif / pasif Tidak suka dipeluk Berkomunikasi menggunakan gerak syarat atau tangan



OBJEKTIF KAJIAN INI DILAKUKAN



Kajian kes ini dilakukan bukannya untuk mencari kelemahan dan kekurangan murid ini, sebaliknya kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti ciri kanak-kanak murid berkeperluan khas ini, mengetahui sejauh mana perkembangan kognitif ( IQ ), tingkahlaku, cara berkomunikasi, perkembangan emosi, sosial, keperluan pembelajaran, keistimewaan kanakkanak ini dan cara pembelajarannya samada di rumah atau di sekolah.



Kaedah Kajian Kes dilakukan melalui : 1 ) Responden dari sekolah Pendidikan Khas. 2 ) Temuramah ( ibubapa murid, guru, rakan ) 3 ) Soal selidik 1) Mendapat kebenaran daripada ibubapa. ( surat kebenaran dari penjaganya di bahagian lampiran) 2) Mendapat kebenaran daripada guru kelas. 3) Membuat temuramah bersama murid sendiri, ibubapanya, guru kelas ( soalan temuramah di bahagian lampiran ) soal selidik daripada rakannya dan pemerhatian saya sendiri. Analisa Dapatan: Keseluruhan proses yang dilakukan untuk menghasilkan kajian kes ini berjalan dengan baik, walaupun terdapat sedikit masalah, contohnya kekangan masa, berjumpa guru kelas, melihat pembelajaran murid di kelas dan sebagainya, tetapi akhirnya penulisan kajian kes ini dapat dilakukan dan disiapkan.