Karangan SPM - Kepentingan Amalan Menabung [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Karangan SPM - Kepentingan Amalan Menabung Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh dengan pancaroba, amalan menabung memainkan peranan yang signifikan dalam kehidupan kita. Namun begitu, segenap lapisan masyarakat semakin mengalpakan amalan tersebut. Isu tersebut semakin menjadi-jadi sehingga merunsingkan dan merimaskan anggota masyarakat. Isu tersebut juga mendapat liputan media massa dan menghiasi dada akhbar. Persoalan yang sering bersipogang dalam cebut orang ramai ialah apakah ....? [AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia yang perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya perlu dipraktikkan oleh ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi.Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.



Amalan menabung sememangnya dapat mendatangkan pelbagai manfaat kepada anak-anak khususnya apabila mereka ingin menjejakkan kaki ke menara gading. Hal ini demikian kerana kos pendidikan ke IPT semakin meningkat saban tahun akibat faktor ekonomi khususnya kolejkolej swasta. Amalan menabung juga dapat meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi keluarga yang mempunyai ramai anak. Oleh itu, menabung dapat meringankan beban untuk memasuki IPT khususnya kolej-kolej swasta. Di samping itu, amalan yang dituntut agama ini juga dapat digunakan bagi tujuan kecemasan. Hal ini demikian kerana kemalangan boleh



berlaku pada bila-bila masa sahaja kerana bak kata pepatah "malang tidak berbau". Kos perubatan yang semakin meningkat juga merupakan sebab amalan menabung perlu diamalkan sejak kecil lagi bagi menampung kos perubatan yang mahal. Pada masa yang sama, nilai berdikari dapat ditanam dalam diri seseorang individu. Seterusnya, sikap suka berhutang juga dapat dielakkan. Hal ini demikian kerana dengan adanya wang simpanan, kita tidak perlu berhutang dengan orang lain ataupun dengan ceti haram. Jika kita tidak mempunyai hutang, beban hidup kita akan berkurangan. Hal ini kerana kita tidak perlu risau diburu oleh pemiutang ataupun diisytiharkan muflis dalam perniagaan. Selain itu, kita juga dapat mempelajari selok-belok dunia perbankan. Perkara sebegini amat penting lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang bercita-cita untuk bekerja dalam agensi perbankan. Kita juga akan menjadi lebih arif akan perkembangan ekonomi dalam negara kita. Penabungan di bank juga dapat menyumbang kepada ekonomi dalam negara kerana wang yang ditabung akan dilaburkan sekali gus menjamin keteguhan ekonomi negara. Intihanya, sebagai warga yang sentiasa bersedia menghadapi ujian yang mendatang, amalan menabung perlu dipupuk sejak kecil lagi. Walaupun menabung wang dalam kuantiti yang sedikit, lama-kelamaan wang tersebut akan terkumpul menjadi banyak. Bak kata pepatah "sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit". Kita juga perlu ingat bahawa penabungan kita akan membawa kepada hasil yang lumayan pada masa akan datang. Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anakanak sejak awal lagi. Nyatakan kebaikan-kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini. Analisis soalan:-



Tema : Amalan menabung (AR) Contoh : Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan Nasional (AC) Skop Soalan : Kebaikan menabung (AA) KARANGAN LENGKAP PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya) AC: Ayat Contoh merujuk contoh tema AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan soalan *** tulisan berwarna biru = penanda wacana



PERENGGAN ISI - TEKNIK ATAH-ACAP AT : Ayat Topik AH : Ayat Huraian - menggunakan formula 5W + 1H + 2 I (5W=What, When, Who, Why, Where) + ( 1 H=How) + (2I= Impact/kesan + If) AC : Ayat Contoh - Masukkan contoh / peribahasa AP : Ayat Penyimpul / penegas bagi isi / idea utama [AT] Sebagaimana yang kita sedia maklumi, amalan menabung dapat menjamin masa depan seseorang. [AH-I] Dalam konteks ini, masa depan terjamin jika seseorang itu bijak merancang pendapatan mereka untuk perbelanjaan dan simpanan. [AC] Contoh yang boleh kita ambil ialah Puan Aliya yang berpendapatan RM 3000 akan menyimpan sebanyak RM



300 setiap bulan di dalam bank. [AH-I] Secara tidak langsung, wang simpanan tersebut dapat digunakan oleh seseorang untuk bekalan hari tua atau untuk menunaikan haji di Mekah. [AP] Jelaslah bahawa masa depan seseorang akan terjamin jika mereka mementingkan amalan menabung sejak awal lagi. [AT] Kita dapat menyaksikan betapa amalan menabung membolehkan individu melanjutkan pelajaran ke menara gading di luar negara. [AH-H] Dengan perkataan lain, pelajar dapat merealisasikan cita-cita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi melalui wang tabungan mereka. [AC] Sebagai analoginya, Danial telah menyimpan yang sakunya setiap bulan untuk persiapan memasuki ke Institusi Pengajian Tinggi yang diingininya. [AH-I]Impaknya, seseorang itu dapat mempraktikkan peribahasa sediakan payung sebelum hujan sekali gus mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa mereka. [AP]Sesungguhnya, seseorang dapat memenuhi impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui tabungan. [AT] Namun demikian, suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan ialah amalan menabung membantu seseorang menghadapi saat-saat kecemasan dalam hidup mereka. [AHH] Malang tidak berbau, oleh itu seseorang perlu bersedia menghadapi kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian. [AC] Sebagai contoh, apabila seseorang itu ditimpa kemalangan seperti rumah terbakar, mereka dapat menghadapinya dengan tabah melalu tabungan yang



dibuat. [AH-I] Natijahnya, seseorang itu dapat menjalani kehidupan seharian seperti biasa tanpa menyusahkan orang lain. [AP] Deduksinya, melalui amalan menabung, seseorang itu dapat menghadapi saat-saat kecemasan dengan mudah tanpa mengharapkan pertolongan orang lain. [AT] Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung sebenarnya dapat memupuk sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat di negara kita. [AHI] Dalam hal ini, sikap berjimat cermat dapat dipupuk jika seseorang itu merancang perbalanjaan tanpa mengikut hawa nafsu semata-mata. [AC] Sebagai contoh, Iman yang hanya membeli barang-barang keperluan dan mengetepikan barangbarang yang tidak perlu.[AH-I] Kesannya, seseorang itu dapat mengelakkan pembaziran yang merupakan amalan syaitan. [AP] Oleh itu, amalan menabung perlulah dititikberatkan agar sikap berjimat cermat dapat dipupuk dalam diri. PENUTUP - TEKNIK RCPH R : Rumusan C : Cadangan P : Pendapat H : Harapan [R] Kesimpulannya, sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, setiap individu sewajarnya mengutamakan amalan menabung dalam meniti kehidupan seharian. [C]Amalan menabung ini perlu disemai dalam sanubari setiap individu untuk



memudahkan mereka menghadapi cabaran atau dugaan pada hari muka kelak. [P] Oleh itu, seseorang itu perlulah bijak menguruskan kewangan masing-masing supaya dapat meneruskan kehidupan dengan tenang. [H] Sebagai penghias bicara akhir, amalan menabung hendaklah dijadikan pedoman hidup setiap individu yang berwawasan agar tidak dihimpit dengan masalah kewangan ataupun bebanan hutang.